Friday, February 27

Jurnal EBM 27022009

Pagi: 9 oz. Alhamdulillah.

Masa lunch hour, pi lawat officemate yang dalam pantang kat rumah maknya kat Klang. Menumpang pumping kat sana.

Tengah hari: 3 oz.

Agaknya sebab malu-malu menumpang bilik dia sambil pumping, susu pun ala-ala malu nak keluar. Hihi.

Nak Pergi Ke Tak Nak?

Tiba-tiba En. Abah ajak kami satu family pi Genting esok. Sebenarnya family belah Abah semuanya pi esok, kecuali Mak Wan dan Atuk. Dan sebenarnya cuti-cuti ke Genting takde dalam senarai untuk aktiviti minggu ni sebab Abah bercadang nak main futsal lagi. Tiba-tiba je tadi lepas sembahyang Jumaat Abah call Mama ajak kami ikut gak.

Hm...

Ikutkan hati memang nak ikut. Tapi dalam masa yang sama macam ragu-ragu sikit kerana:

1) Kalau kat sana sah-sah la baby takleh main apa-apa. Dan mak baby ni pun kena la kelek anak 24 jam. Takkan nak bawak Irma naik roller-coaster? Gilo ko apo? Dan pi Genting tanpa main apa-apa game bukankah membazir duit aje serupa tak yah pi jugak?

2) Musim hujan yang tak menentu waktu. Buat mama takut la. Jalan tak licin ke. Selamat ke? Risau beb.

3) Ayong bagitau diorang bertolak pukul 5 pagi dari Seremban. Mampukan mama bangun awal siap-sediakan Imran dan Irma dan Abah awal2 ni?

4) Hari Sabtu ni penuh dengan jemputan kahwin dan kenduri serta aktiviti mencari almari dapur. Abah kata, "takpe kita balik awal, and kita pergi jugak semua kenduri tu". Heh? Larat ke Abah? Karang silap-silap mama yang kena drive balik dari Genting nanti. Kehkehkeh.

6th Photo of The 6th Folder

Di tag dan dikasihi oleh Umi Sufira

The challenge is :

- GO to your photos folder in your computer

-GO to the 6th Folder of your photos

-GO to the 6th photos in that folder

-Put the picture on your blog & description of it.

-Invite 6 friends to join the challenge


-Link them in your blog & let them know they have been challenged.


Jeng jeng jeng....

Ini adalah gambar masa pi umrah dengan mak ayah aku dan encik suami pada Ogos 2006. Masa tu baru 2 bulan kahwin. Kiranya mak ayah aku belanja 'honeymoon' ke sana lah. Terharu masa dapat tahu yang mak ayah aku ajak pi umrah. Ditanggung beres segala perbelanjaan lak tu. Mana la tak teruja. Ekeke. Ini gambar bazaar di Madinah yang terletak betul-betul di depan Masjid Nabawi. Aku ambil gambar ni dari bilik hotel kami. Masa tu ada sikit ribut pasir. Sebab tu gambar ni nampak macam ala-ala kabur. Pasir sebenarnya tu. Boleh dilihat dari gambar ni kubah Masjid Nabawi yang kaler hijau tu. Oh ye. Sebenarnya masa kat sana aku dah pregnant 2 minggu tapi tak tau. Selamba je makan pil perancang. Alhamdulillah takde pape. *Hm... bila la agaknya nak ke sana lagi ye?*

Okeh. Daku ingin mengetag orang-orang ini:
1) Opie
2) Rose Zan
3) Nana
4) Izan
5) Umihannie
6) Ealyie

Thursday, February 26

Jurnal EBM 26022009

Malam tadi minum Horlicks + Oats. Biasanya letak 2 sudu oats, tapi malam tadi letak 3 sudu entah nape.

Hasilnya... jeng jeng jeng...:

Pagi: 9 oz!

Alhamdulillah! Macamana pulak hasil untuk tengah hari ni ek?

Tengah hari: 5.5oz

Total: 14.5oz

Sudah Tiba!

Yang ditunggu dah tiba!!!

Setelah hampir seminggu akhirnya penantian mama berakhir jugak. Yay!


Silalah abaikan gambar yang kabur itu. Mak excited sangat, nyah!

Bungkusan Kejutan

Semalam mama dapat satu bungkusan. Selamat sampai ke rumah. Balik dari ofis mama pun tergedik-gedik lah membelek bungkusan itu. Wah! Dari Jua rupanya. Rujuk entri nya yang ini.

Setelah puas membelek, maka mama tergedik-gedik pula membuka bungkusan itu. Eksaited nih sebab tak pernah dapat hadiah/ole-ole gini kan. Dan... inilah dia isi kandungan ole-ole dari Bandung itu...

Isi bungkusannya... beg, keychain dan dodol nenas.


Beg yang comel dan shankteks



Isi di dalam beg itu... telekung!



Keychain dari Bandung


Terima kasih banyak-banyak Jua! Kebetulan mama memang tengah dok berkira berkira-kira nak beli telekung baru. Alhamdulillah dapat pulak hadiah dari kawan alam mayaku. Akan ku guna tidak berapa lama lagi. Toche!

P/S: Jua, mintak mahap le ku SMS mu waktu Maghrib itu. Mak eksaited terlebih masa tu. Huahuahua.

Wednesday, February 25

Jurnal EBM 25022009

Pagi: 7oz

Tengah hari: 5oz

Tumpang Tanya....

Kawan-kawan ku yang bijaksana lagi budiman, yang banyak pengalaman dan baik hati, saya ingin mengajukan pertanyaan lah. Berkaitan EBM.

Kalau simpan kat freezer tahan 3 bulan kan? 3 bulan tu maknanya 90 hari lah kan?

Saya yang bengong ini telah ter-lepas 90 hari itu. EBM saya bertarikh 20 Nov 08 dan sepatutnya digunakan sebelum 17 Feb 09. Huhuhu nyesal tak sudah mak, nyah! Sungguh marah dengan diri sendiri sebab leka. Udah le stok EBM ku begitu ciput.

Apa yang patut saya buat? Harus dibuangkah EBM itu? Atau kita thaw kan dia dan tengok samada elok ataupun tidak?

Moral: Lenkali tulis sekali tarikh luput EBM itu. And selalu-selalulah jenguk freezer itu.

Ibu Mithali

Nampaknya mama tetap post entri ngehngehngeh. Tapi copy paste aje.

Dapat email dari seorang kawan. Nak berkongsi dengan pembaca2 blog semua. Sedih woo...

IBU MISALI

OLEH NORHASHIMAH HASHIM

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.

Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.

Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."

Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang, disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"

"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Misali"
yang baru menerima anugerah sebentar tadi."

Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."

Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."

"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."

"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong. Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin
mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun. "Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak. Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah. Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."

Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang
pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air. Penat saya membersihkannya. "

"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. "Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak. Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru."

"Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar-benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. ..."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.

Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang-abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.

"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya."

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang comel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.' Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Misali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Misali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan."

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Misali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir itu.


P/S: Airmata mama berjurai-jurai masa baca cerita ni. Huhu. Harap jadi pedoman kepada semua.

Kerja

Hari ini mama takde mood. And banyak kerja. So kemungkinan besar mama akan menjarakkan diri dari memblogging. Kalau mampu lah. Hehehe.

Okeh. Till then, tata!

Tuesday, February 24

Jurnal EBM 24022009

Pagi: 5oz

Tengah hari: 4oz

Owh... cukup ke untuk Irma nih?

Petang: 4.5oz

Total: 13.5oz

Nampaknya pumping session tak cukup kat ofis aje. Kena pump kat rumah jugak untuk cukupkan 16oz.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menyediakan yang terbaik untuk anak-anakku. Amin...

Wajib Pergi Ke?

Saya dapat nota cinta dari bos supaya pi satu perasmian kempen nih.

Perasmian Kempen Cara Hidup Sihat.

Dan saya seorang saja yang dalam opis tu yang kena pi.

Why?

Adakah kerana saya gumuks maka saya tidak mengamalkan cara hidup sihat? Sungguh terasa tau bos.

Kenapa saya sorang je pulak tu yang kena pi? Dahlah sehari sebelum itu presentation. Saya nak la prepare apa yang patut. Karang kalo saya tergagap-gagap masa menjawab sebarang pertanyaan, kan ke malu. Huhu.

Kenapa saya sorang je yang kena pi? Bukankah saya ini tergolong dalam bangsa yang pemalu lagi pendiam dan tak reti nak ke mana-mana sengsorang. Sengsara lah saya begini.

Tak aci tau!

Tak nak pi boleh tak?

Kencing Lipas & Bebelan Parking

Mama sakit mata la pulak....

Mata kanan ni macam bengkak. Rupa ketumbit pun ye. Mama perasan mata ni bengkak masa malam tadi, masa tidurkan Imran. Pastu rasa gatal2 dan berair.

So pagi ni pi klinik. Takde la sakit pun. Cuma takut berjangkit kat anak-anak. Kan ke payah nanti.

Doktor just bagi ubat tahan sakit, ubat gatal, antibiotik dan ubat sapu. Doktor kata sakit ni tak berjangkit. Nasib baik...

Erm.. ada kawan mama kata kadang-kadang mata bengkak dan gatal-gatal sebab kena KENCING LIPAS. Ye ke? Mama tak pernah pulak mendengarnya. Bila masa pulak lipas tu nak kencing? Apsal kat mata mama pulak? Hoho.

Oh ye, sebelum pi klinik mama pi ofis dulu. Ketuk itu punch card and inform itu boss. Waduh! Apsal laaa jem teruk sangat kat dalam tempat kerja mama nih? Mama sampai kat pintu gate pukul 8 pagi. Sampai kat ofis pukul 8.30! Padahal biasanya dalam 3 minit aje masa yang diambik dari gate ke ofis mama. Tensen okeh! Ni semua gara-gara students-yang-kaya-raya-bawak-kereta-sorang-satu-pastu-tak-reti-nak-parking-ikut-peraturan la ni!

Mungkin patut catukan aje sticker untuk diorang ni. Tapi student zaman sekarang bijak hokeh. Dia boleh duplicate sticker kereta staf and dengan selamba badak tempek sticker tu kat kereta dia. Waduh. Bijak kan?

Student zaman sekarang takmo hidup susah. Nak park betul-betul depan fakulti dia. Jalan kaki setapak dua pastu sampai kelas. Gila heaven. Tapi parking kat tempat staf. Siap ada yang parking kat tempat letak kereta khas lagik! Aduyai. Panas sikit, berpeluh sikit, mengadu macam kena dera.

Mama dulu naik turun bas. Dengan berebutnya tak payah cerita la kan. Dengan segala tok nenek bau macam-macam ada. Pastu naik pulak segala mala bukit bukau tangga bertingkat2 sebelum sampai ke kelas. Itu pun kena berebut jugak naik lif. Almaklum kelas mama kat tingkat 14. Pun pernah ada kes (kawan mama la. kalau mama harus ku kurus ramping jelita) menapak naik tangga 14 tingkat. Semata-mata nak sampai kelas tepat pada masa and nak elakkan berebut naik lif.

Tapi mama naik bas pun tak lama sebab lepas tu bawak kereta sendiri jugak. Kes tak dapat kolej lah nih. And kes En. Boipren (now En Abah) jeles mama berebut sakan naik bas dengan bebudak laki lain. Tapi mama bawak kawan2 semua pi kelas okeh. Bukannya bawak kereta sorang2. And mama takde la park kat tempat staf. Mama parking kat tempat student, menapak jalan kaki ke kelas tau.

Huhu. Tetiba emo ku datang. Terus membebel pulak.

Kesimpulannya, tolonglah ikut peraturan. Kalau pak gad kata jangan parking situ, jangan la. Sila la parking kat kawasan student. Anda masih muda belia bukannya macam mak yang dah lenguh2 badan nih. Tenaga banyak so tolonglah guna tenaga anda itu.

Sekian bebelanku.

Monday, February 23

Mini Gathering @ Taman Tasik Permaisuri

Semalam mama pi mini gathering itu. Straight dari Seremban tau.

Ramainya laaa umat kat taman tu. Pastu ramai pulak yang pakai baju merah walaupun tak terlibat apa2 pun dengan gath tu.

Mama bawak air kotak aje (macam biasa hahaha).

Sampai sana, kita makan duluuuu. Ngehngehngeh. Makan sate yang sedap itu. Dan jugak roti jala. Yang lain-lain tak sempat nak makan sebab Imran dah tak tahan dah tengok mainan kat playground tu. Irma pulak dah start merengek. Nak nenen.

Oh ye. Mama ni tergolong dalam umat manusia yang masih shy-shy cat nak nenen in public. Serius. Walaupun mama ada itu nursing cover, tapi mama still segan lah. So mama berlari ke kereta untuk nenenkan Irma. Tak praktikal, I know. Hm... kena cuba jugak one day nanti kan? Huhu.

Well, kat gath tu mama beli 2 keping CD Lunatots. Sampai sekarang CDs tu masih lagi dalam plastic bag. Kehkehkeh. Satu kaler merah, satu kaler hijau. Before this mama cuma ada sekeping CD Freshbot 2nd hand.

Beza antara dua CD ni, Freshbots bulky and Lunatots ni nampak macam slim dan trim. Tapi tahap ketahanan dia tak boleh la nak dibezakan sebab belum try lagik. Cuma yang Freshbots ni sangat bagus la tahap absorption nya. Setitis pun tak bocor. Tapi sangatlah bulky sampaikan Imran terkengkang-kengkang bila berjalan. Hehehe. Harap-harap Lunatots ni sesuai lah dengan Imran dan Irma. Kalau sesuai akan kuborong berbondol-bondol untuk budak berdua ni.

Masa kat gath tu jugak mama ingat nak beli pouch sling Kak Shada kita. tapi tak sempat jugak. Ramai betul yang kerumun Kak Shada untuk try sling dan jugak memborong. Mama dah lama nak beli tapi tak tau saiz (read: malas nak ukur. boleh?). Ingatkan nak ambik kesempatan membeli la masa gath ni. Tapi disebabkan Kak Shada nampak begitu bz, dan anak-anak mama dah mula rimas, so mama pun dengan separuh hati balik lah ke rumah.

Abah pun nampak penat sangat. Almaklumlah Sabtu tu abah join komuniti rumah kami main futsal. Dah lama tak bersukan, pancit la sana sini. Hihi. Ni gambar abah:
Cuba cari/teka mana En Abah kesayangan beta itu? Kalau teka dengan betul.... takde hadiah pun. Saja je teka. Hahaha.

Oh ye. Kat gath tu jugak mama terjumpa kawan lama mama masa zaman sekolah dan degree dulu, Arbee. Lama gila tak jumpa. Tup tup dah anak sorang dah. Well, Arbee masih maintain macam dulu. Borak dengan dia pun tak banyak sebab tak sempat.

Kawan-kawan yang lain ada yang attend tak? Minta maaf la kalau mama tak tegur. Mama tak sempat nak usha name-tag orang lain. Dah lah mama ni jenis susah nak ingat muka orang. Plus pendiam yang amat. Huhu. kronik kan?

UPDATE:

Mama tempekkan gambar Imran dan Irma di gath itu, ihsan Cik Ain the photographer aka kawan Me_Czar dan abah.
Sila perhatikan T-shirt Imran. Ultraman okeh.



Irma yang takde mood.

First Pregnancy

Kali ni takde siapa mengasihiku dan mengetag ku. Maka aku tag ajelah diri sendiri. Hahaha. Nak buat jugak tuh.


1. WAS YOUR FIRST PREGNANCY PLANNED?

Tak. Sebab dah tak sabar nak dapat baby. After 2 months kahwin mak pun berisi.


2. WHAT WAS YOUR SECOND CHOICE NAME FOR YOUR OPPOSITE GENDER NAME?
Er... masa mula-mula tau pregnant tu memang dah terasa nak dapat baby boy. So, memang tak pernah pun sediakan nama baby girl. Hehe. Menjawab soklan tak nih?


3. WHAT WERE YOUR REACTIONS?
Excited, of course. Dan agak takut bila pikirkan nak bersalin. Haha.


4. HOW OLD WERE YOU?
26 y.o.


5. HOW DID YOU FIND OUT YOU WERE PREGNANT?
Sebab 2 minggu period tak datang. Sebenarnya, masa tu baru balik dari umrah. biasalah pi umrah kan kena makan pil perancang. So, masa tu assume lepas je stop amik pil tu, terus la period. Tapi tak period jugak. So dalam diam-diam aku pun buat le pregnancy test. Ekeke.


6. WHO DID YOU TELL FIRST?
Encik Abah. Disebabkan aku test diam-diam, so aku bagi suprise la kat En Abah. Melompat-lompat En Abah masa tahu. Tapi lepas tu dia suh pi klinik jugak untuk sahkan.



7. DID YOU WANT TO FIND OUT THE SEX?
Yup! Of course..


8. DUE DATE?
5 Mei 2007.


9. DID YOU HAVE MORNING SICKNESS?

Masa bulan puasa je. Lepas sahur tido balik. Bila Subuh je, lepas aje gosok gigi sure uwekkk keluar semua yang aku makan masa sahur. Akibatnya, aku tak posa 5 hari tahun tu.


10. WHAT DID YOU CRAVE?
Takde apa yang pelik. Masa tu masing2 bawak kereta sendiri. So, bila aje rasa nak makan apa2, mak pun berdesup naik kereta pi memana. Tapi, aku memang WAJIB minum air manis sepanjang mengandungkan Imran. Kalau tak, rasa macam tak lengkap.


11. WHO/WHAT IRRITATED YOU THE MOST?
Bau minyak goreng, sabun mandi (except yang bau fruity) dan perfume En Abah! Yucks!


12. WHAT WAS YOUR FIRST CHILD'S SEX?
Boy


13. DID YOU WISH YOU HAD THE OPPOSITE SEX ?
Nope. Sebab memang dah boleh agak akan dapat baby boy.


14. HOW MANY POUNDS DID YOU GAIN THROUGHOUT THE PREGNANCY?
13kg.


15. DID YOU HAVE A BABY SHOWER?
Nope..


17. DID YOU HAVE ANY COMPLICATIONS DURING YOUR PREGNANCY?
Nope. Syukur Alhamdulillah..


18. WHERE DID YOU GIVE BIRTH?
Poliklinik Syahirah, Seksyen 7, Shah Alam.


19. HOW MANY HOURS WERE YOU IN LABOR?
Jumpa doktor pukul 9 pagi. Doktor check bukaan dah 6cm. Terus masuk labor room. Tak ingat le start sakit pukul berapa. Tapi baby selamat dilahirkan pukul 5.37pm.


20. WHO DROVE YOU TO THE HOSPITAL?
Encik Abah.


21. WHO WATCHED YOU GIVE BIRTH?
Dr Yus, Encik Abah, nurses, dan ada makcik ni bekas bidan kerajaan yang tolong baca-bacakan surah Yasin dan sediakan air selusuh.


22. WAS IT NATURAL OR C-SECTION?
Natural. Tapi vakum sebab masa tu aku takde kederat nak meneran dan heartbeat baby dah slow. Tu yang koyak besar tuh. Harharhar.


23. DID YOU TAKE MEDICINE TO EASE THE PAIN?
Kena induce. Tapi induce ease the pain ke? Makin sakit ada laaa...


24. HOW MUCH DID YOUR CHILD WEIGH?
3.6 kg


25. WHEN WAS YOUR CHILD ACTUALLY BORN ?
5 Mei 2007. Ikut EDD.


26. WHAT DID YOU NAME HIM/HER?
Muh4mm4d 1mr4n D4n15h b1n M0hd H4zr1n.


27. HOW OLD IS YOUR FIRST BORN TODAY?
1 year, 9 months, 2 weeks and 4 days old.


28. WOULD YOU DO IT AGAIN?
Dah selamat no 2 dah pun. Ekeke.

Artis Makcik

Korang ada dapat tak email pasal gambar panas artis status makcik ni? Aku dapat.

Adeh... meluat pon ada, kesian pon ada bila tengok gambar2 dia nih.

Sangat2 seksi dressing dia walaupun dia sedikit pun tidak seksi di mataku yang rabun ini. Mungkin kalo budak muda yang pakai gitu idak le aku geli sangat. Tapi ini umur dah 45 tahun. Huhu. Sadis sungguh.

Apa-apa hal pun, terpulanglah pada dia ek. Cuma, harap-harapnya, insaf-insaf la sikit wahai makcik! Dah le bergambo dengan laki orang. Tak sesuwei taw!

The Letter Z

Mama di-tag oleh Arnie, Cik Yan dan MamaAdib. Memang susah okeh tag ini sebab nama mama start dari 'Z'. Boleh tak kalo ngelat guna nama 'Mamaimran'? Hehehe.


The rules:

It's harder than it looks! Copy to your own note, erase my answers, enter yours and tag twenty people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question. Have fun! Don't forget to post it!

1. What is your name: ZetyZin
2. Four letter word: Zone
3. A boy's name: Zack hero Azura :P
4. A girl's name: Zakiah
5. An occupation: Zookeeper
6. A color: Zimbobwayla - (a dark yellow almost gold) - interesting kan? refer kat sini.
7. Something you'll wear: Zoot suit
8. A food: Zucchini?
9. Something found in the bathroom: Zebra print toilet seat. Ekekeke.
10. A place: Zimbabwe?
11. A reason for being late: Zzzzz overdose.
12. Something you'd shout: Zass!!
13. A movie title: Zodiac
14. Something you drink: Zappel
15. A musical group: ZZ Top (Mak pon tatau pasal group ni. Mak tanya Uncle Google sajork)
16. An animal: Zebra
17. A street: Zirkon 7
18. A type of car: Z8 BMW

Mak la ni yang bawak keta nih! Hahaha.

19. The title of a song: Zombie by Cranberries

Memang susah okeh. Nak tag saper ek? Sila lah rujuk nama anda di bloglist. 20 orang pertama itulah dia. Hihihi.

Friday, February 20

Jurnal EBM 200209

Pagi: 7oz

Alhamdulillah. Nip*ple yang bernanah tu dah makin sembuh. Tapi mama ada ala-ala tak berani nak bagi direct feeding kat Irma. Takut sakit! Huhuhu.

Tengah hari: 4oz

Petang: Tak sempat nak catat kat sini. Abah datang awal la pulak. Mungkin pam dalam kereta kot nanti.

P/S: This is a scheduled entry. Ecewah. Semenjak dilantik secara paksa rela jadi translator ni, harusku biasakan diri ber-speaking landen. Huhu.

Tolong Bayarkan & Terkujat Beruk

Adeh.

Tadi bos datang bilik. Bagitau 4 Mac ni dia kena buat presentation pasal sistem kami ni pada somebody. Presentation pukul 5 petang and aku wajib hadir okeh! Menci tau. Nape tak buat presentation masa office hour? Nape mesti after 5pm? Dah la aku dapat merasakan yang presentation tu akan mengambil masa yang lama. Huhu.

Bos, nak tolong bayarkan OT taska anak saya tak? Sejam RM6. Tolong bayarkan ye bos.

Pastu dapat lagi satu berita yang tak tau la nak kata good news ka bad news ka.

Gini, jabatan aku tengah develop financial portal. In BM. Cita-cita 'the biggest boss' ialah supaya segala web di-dwi bahasa-kan. And guess what?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak pasal2 aku kena jadi salah seorang translator-nya! BM ke BI lak tu! Kalau BI ke BM boleh le lagi aku hadap.

FYI, semenjak keje gomen ni BI ku sangatlah karat. Karat sekarat-karatnya. Kalau cikgu English aku masa sekolah dulu dengar aku bercakap, atau tengok hasil penulisan BI aku sekarang ni, sure dia menangis sampai banjir satu sekolah.

Terkujat beruk masa dapat berita jadi translator nih. Siapa laaa yang up kan nama aku nih? Huhuhu.

Actually, basically (hahaha jgn marah Fid) aku ada la rasa honoured sikit sebab diberi kepercayaan gitu. Yang aku takutkan, mampukah aku? Huhu.

Mama... tolong!

Gambar Lama

Mari lihat gambar-gambar ini.
.
.
.
.

.
.
Berminat dengan teknik gambar ini?
Mudah aje.
Moh ke sini.

Sekadar berkongsi.
Sharing is caring, right?

Thursday, February 19

Jurnal EBM 190209

Pagi: 6 oz.

Nip*ple kiri sakit. Semalam keluar nanah. Irma nenen pun mama tahan kan sajork la pedihnya tu. Mama sapu Lucas Papaw untuk legakan sikit rasa pedih.

Petang: 6 oz.

Tak sempat pumping session masa tengah hari sebab sibuk jalan-jalan baca blog orang buat kerja. Alhamdulillah dapat 12 oz hari ni.

Wednesday, February 18

...


SERDANG: Seorang ibu hanya mampu menitis air mata pilu apabila bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan mati akibat tersedak susu ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bayi berkenaan, Daniel Thaqif Juraimi dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu diberi minum susu oleh pengasuhnya yang tinggal di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini.

Difahamkan ketika insiden, pengasuh berkenaan yang turut menjaga empat bayi lain cemas apabila mendapati bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Dia kemudian dikatakan meminta bantuan suaminya sebelum bergegas menghantar bayi berkenaan ke Hospital Serdang.



Bagaimanapun, doktor hospital berkenaan cuba memberikan bantuan oksigen untuk menyelamatkannya namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.

Ibu bayi berkenaan, Nursanisah Sargiman, 31, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan yang juga jirannya berhubung kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dia terkilan kerana pengasuh terbabit tidak tampil di hospital untuk menemuinya dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Sehingga kini, saya tidak pasti punca anak lelaki saya itu meninggal dunia dalam keadaan mendadak walaupun bedah siasat mendakwa anak saya itu mati akibat tersedak susu.

“Apa yang saya tahu, selain menjaga anak saya, pengasuh berkenaan turut menjaga empat bayi lain di rumahnya. Walaupun sedih namun saya reda dengan ketentuan Illahi atas apa yang berlaku,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Bangi menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap kes kematian anaknya itu.

Sementara itu bapa mangsa, Juraimi Ali, 33, melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan nasib menimpa anak keduanya itu yang mati dalam keadaan mendadak.

Sementara itu, pasangan suami isteri berkenaan dilihat menuntut mayat bayi berkenaan di bilik mayat Hospital Serdang pada jam 6 petang sebelum menaiki van untuk pulang ke kampung Juraimi di Kuala Lipis, Pahang bagi pengkebumian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kematian bayi itu dianggap kematian mengejut, tetapi siasatan diteruskan.


Kanser Bedak Talkum

Kanser bedak talkum

GEORGE TOWN - Membersihkan anak terutama bayi dan memakaikan mereka bedak wangi agar kelihatan segar dan harum bukanlah perkara baru.

Namun bagi Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), bedak itu yang mengandungi magnesium silicate hydoxide atau talc ialah produk beracun kerana zarah-zarahnya boleh menyebabkan berlaku ketumbuhan dalam ovari dan paru-paru.

Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris pada sidang akhbarnya semalam mendakwa ia turut membabitkan beberapa jenama bedak talkum wangi yang popular.

Katanya, ada juga kajian yang membuktikan zarah talc ditemui dalam ovari wanita kerana amalan menyapu bedak di tempat sulit.

"Penemuan dari Amerika Syarikat menunjukkan di kalangan wanita yang memakai bedak talkum, kira-kira 40 peratus berisiko menghidap kanser ovari,'' katanya.

.

.

Uish... scary beb!

Imran...

Hari ini mama takde mood nak duduk dalam ini opis.

Fikiran bercelaru dok teringatkan Imran kat rumah nenek.

Pagi tadi before pi kerja Imran menangis-nangis. Mama pujuk-pujuk dia suh tido balik sambil nyanyikan lagu 'ABC' dengan 'ba ba black sheep'. Ini lagu wajib sebelum tidur semenjak dua menjak nih. Lagu lain bolayan...

Lepas nampak macam Imran mamai-mamai mama panggil Aunty Dilah jagakan Imran sementara mama nak mandi. Sekali tu Imran terjaga la pulak. Bila tengok mama takde kat sebelah terus dia huwaaa balik. Haiyo. So kena la pujuk2 balik sambil nyanyi2 dua lagu itu di Subuh hari.

Lepas kompem Imran dah lena barulah mama mandi. Lepas mandi mama masuk bilik, Imran tersedar. Huwaaaa lagi sekali. Hadui. Last-last nenek pujuk ajak tengok kartun pepagi buta. Gitu pulak. Kalu dak mau mama EL lagi hari ni.

Mama perhati kulit Imran kemerah-merahan akibat suhu badan yang tinggi. Panas dalam kata nenek. Sebab bila rasa badan dia takde la panas sangat. Tapi air mata meleleh, hidung merah menyala cam Rudolph dah rupanya. Huhu. Sian anak mama. Hingus tak yah cerita la. Kalau boleh tadah mau sebaldi gamaknya. Time tengah malam dia terbatuk-batuk tak berhenti. Pastu mesti menangis. Sakit tekak la kot. Kesian sangat-sangat.

Tapi apa mama boleh buat. Terpaksa jugak pi kerja sebab dah 2 hari cuti. Kalau ikutkan hati seorang ibu, mau mama cuti sepanjang minggu ni!

Imran, cepatlah sembuh!

Tuesday, February 17

Mama EL....

... sebab Imran dan abah jatuh sakit.

Imran start muntah-muntah petang Jumaat. Mama yang bijak pandai telah beriImran makan coklat. Lepas aje dia makan coklat, dia terus muntah-muntah. Kesian anak mama. Masa tu mama tak habis-habis salahkan diri sendiri. FYI, ada kacang dalam coklat tu. Mama tak perasan. Bila Imran muntah, mama dah start takut dah. Takut Imran alergic dengan kacang. Imran ni kan sensitif, macam-macam alergic dia ada.

Dari petang Jumaat sampai la hari Ahad, Imran muntah 4 kali. Kesian sangat tengok dia. Muntah sampai keluar kat hidung! Bawak pi klinik, doktor bagi ubat tahan muntah. Doktor kata, kalau dia dah start cirit-birit, bawak ke klinik lagi sekali.

Ahad, Imran start cirit-birit. 3 kali. Ahad klinik tutup, so mama terpaksa ambil cuti hari Isnin untuk bawak Imran ke klinik. Semalam jumpa doktor. Doktor check, tekak Imran dah merah-merah so terpaksa start antibiotik.

Doktor kata ada infection. Mama tanya, alergic ke? Doktor kata bukan. Lega sikit mama. Tapi Imran still belum betul-betul sihat. Mata merah, hidung pun berair je. Muka pun merah-merah gitu. Badan dah start panas. Now mama dalam dilema, nak biar dia stay dengan nenek ke atau nak bawak dia pi taska macam biasa? Huhu. Kesian dengan dia tapi... kalau stay Cheras nampaknya mama kena la berulang Cheras-Shah Alam, which is sangat la memenatkan sebab jem sokmo. Menci tau. Kalau pi tasak, takut tak terjaga sangat. Ye lah, takleh la nak expect pihak taska nak jaga anak kita 24 jam kan? Lagi-lagi budak kurang sihat ni banyak benor ragamnya. Huhuhu.

Ok cerita pasal abah pulak. Hari Ahad abah dah start rasa tak sedap badan tapi dia buat tak layan je. Hari Isnin abah dah start tumbang. Badan panas, sakit-sakit badan, cirit-birit, muntah-muntah. Kesian abah. Makan pun tak lalu. Kata abah, macam simptom masa nak kena denggi hari tu. Mama dah risau dah. Tapi kali ni abah lawan jugak. Minum 100 plus bebanyak. Mama tak sampai hati nak biarkan abah sengsorang kat Cheras so mama pun ambik la EL lagi sekali hari ni.

Alhamdulillah hari ni abah dah kebah sikit. Tapi abah kata dia still kena minum 100 plus banyak2. Kalau kurang je air dia rasa macam tak balance je badan dia. Huhu.

Nampaknya mama kena la berulang dari Cheras minggu ni. Takpelah asalkan abah dan Imran sihat.

Friday, February 13

The Bloggy Friend Award

Award dari Cik Roza pula. Tengs!






Maka, mama berikan pula award ini kepada semua pembaca blog ini.
Anda semua geng saya!!

Thursday, February 12

Tag Lagik

Kali ni oleh Opie pulak.

5 things found in my bag:
1. Wallet
2. Duit syiling
3. Lucas Papaw
4. Compact powder
5. Lipstick


5 things found in my wallet
1. IC
2. Lesen
3. Kad nikah
4. ATM kad
5. Duit


5 favourite things in my room
1. Tilam
2. Bantal
3. Bilikku kosong takde mende
4. Comforter
5. Air-cond


5 things I’ve always wanted to do
1. Clear my debts
2. Save & invest my money
3. Cuti-cuti Malaysia
4. Being a SAHM
5. Breastfeed Irma until at least 2 y.o.


5 things I’m currently into
1. Blogging
2. Surfing
3. Online (window) shopping --> shoppingnya tunggu ada duit dulu ye
4. Searching for reading material for Imran
5. Makan(ing?)


5 person yang nak tag
  1. Ealyie
  2. Mama Adib
  3. Ms Lola
  4. Zufa
  5. Mommy Sarah

Kejutan

Imran sekarang ni kalau dia nak something dia akan sebut:

"Iman want..." atau
"Iman nak..."

Tatau la mana dia belajar perkataan "want" tu sebab mamanya tak pernah cakap omputih dengannya kat umah. Kadang2 aja. Mama suspek dia belajar kat taska. Bagus la. Hehe.

Kalau dapat apa dia nak, KADANG-KADANG dia akan sebut, "tengs... (thanks)". Inipun mama tak pernah ajar. Biasa mama ajar 'thank you' atau 'terima kasih'.

Oh benda baru ni nenek dgn atuk yang perasan. Mama tak perasan pun. Tak senonoh kan?

Kadang-kadang pulak, kalau Imran ternampak abahnya nak keluar (untuk 'fogging'), Imran akan sebut, "abah nak ikut."

Hm... Imran ni selalu buat kejutan kat mama dengan abah. Hehehe. Lambat bercakap. Tapi bila sesekali terkeluar dari mulut dia, amboi.

Night Terrors

Kan before this mama ada bagitau yang Imran sekarang selalu bangun tengah malam and menangis tanpa sebab yang buatkan mama naik geram kan? Mama baca kat sini dan rasanya dah tau apa puncanya.

What are night terrors?

Night terrors, sometimes referred to as confusional arousal, occur in five to 15 per cent of children between the ages of four and six, though they can appear in babies as young as nine months. Technically speaking, they are caused by partial awakenings from non-REM, or non-dream, sleep. A child in this state may cry, whimper, and flail. "He won't look scared, but he'll appear to be confused," says Dr. Richard Ferber, author of Solve Your Child's Sleep Problems (Dorling Kindersley).


How are they different from nightmares?

Nightmares occur during rapid eye movement (REM) or dream sleep. A child who has had a nightmare is likely to have a clear idea of what scared him, though before before he is about two, he probably won't be able to articulate his fright. He may also be afraid to fall back asleep, and in the morning, he may remember that he had a bad dream.


How long do night terrors last?

An episode may last anywhere from two or three minutes to around thirty minutes. A child having a night terror cannot be calmed down. It can be very frightening to a parent because repeated attempts to soothe the child have no effect.


How should I handle them?

Of course, you'll want to comfort your baby, and you should, but that's not enough. Since the baby is stuck between two sleep stages, you can try to offer him a bottle so he can go into deeper sleep, or take him out of his bed to another room, which might rouse him. If neither measure has any effect it's important to remember, say the experts, that the child isn't actually awake. And though it's upsetting to see your child thrashing about in distress, attempts to comfort may not help; in fact, in many cases, your baby won't even know you're there.


What should I do when one occurs?

It's best to sit nearby and wait for the episode to pass. You can try taking your child into another room or outside where the temperature is very different. This may bring him into a lighter sleep state.

Within 15 to 20 minutes your child should calm down, curl up, and fall asleep again. He won't recall the incident in the morning, and it's best not to remind him of it.


How do I prevent them?

There are steps you can take to head off night terrors. Children who go to bed agitated or overtired are more likely to suffer these sleep disturbances. Babies under a year old usually need between 13 and 14 hours of sleep a day, including two daytime naps, whilst older children may sleep nine or ten hours at night, with a one-hour nap. So that you know your child is getting enough sleep, lengthen his nap time, let him sleep a little later in the morning, or put him to bed earlier. And make sure that there's plenty of time for calming bedtime rituals, such as bath-time, songs, stories, and lots of cuddles.

Since night terrors tend to happen in the first part of the night, after your child has been asleep for two or three hours, you can try to prevent them by gently waking him up about 15 minutes before the typical episode would start. This should alter the sleep pattern and prevent the night terror from creeping into his slumber.

P/S: Ohhh lepas ni kena la try kejutkan Imran tengah-tengah malam so that dia jadi tidur-tidur ayam ek? Biasanya mama bagi susu aje. Tapi kadang-kadang tak jalan jugak. Dibalingnya botol susu tu kat muka kita pun ada. Huhu.

Men! Men!

Malam.

Sang ibu sedang mengangkut baldi berisi baju yang baru aje dikeluarkan dari mesin basuh. (Aik? Macam ayat dalam soap opera episod 14 aje. Kehkehkeh) Dengan tergedik-gedik dan terkedek-kedek sang ibu mahu menjemur baju di ampaian.

Tiba-tiba sang anak teruna datang pada sang ibu sambil jari telunjuknya terarah ke baldi itu.

"Men! Men!"

Ah sudah! Dia sudah nampak baju dan seluar pendek Ultraman dalam baldi itu! Mengamuk sakan sang anak teruna mahu pakai baju itu. Sang ibu terpaksa memujuknya dengan menukar baju tidur sang anak teruna. Baju Ultraman juga tapi yang berlengan panjang. Selepas selesai tukar baju, sang anak teruna dengan gembiranya menunjukkan gambar Ultraman pada baju itu kepada sang ibu.

"Men! Men!"

****************************************

Pagi.

Sang ibu sedang membancuh kopi untuk sang abah. Tiba-tiba sang anak teruna datang bergayut di babygate di pintu dapur sambil tersengih-sengih. Dengan mata yang terpisat-pisat penuh dengan tahi mata.

"Men! Men!" Sang anak teruna menunjuk-nunjuk gambar Ultraman pada baju tidurnya.

"Ye la Imran. Ultraman. Malam tadi tidur mimpi Ultraman ye?"

*****************************************

Adeh! Mama sudah mula pening kepala dengan gelagat Imran bersama Ultraman nya. Pantang nampak baju Ultraman, mesti nak pakai. Dan-dan tu jugak! Nasib baik nenek dan auntie belikan 3 pasang baju Ultraman untuk Imran.

Wednesday, February 11

45 Soalan

Tag lagi. Kali ni dari Cik Yan.

Here are the rules - post this list on your profileblog replacing my answers with yours.
Tag 25 people to do the same thing.

If I tagged you, it's because I want to know more about you.
  1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
    Yes. After Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara.

  2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
    Last two weeks.

  3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?
    Kadang-kadang.

  4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
    Apa aje asal nasik.

  5. DO YOU HAVE KIDS?
    Yes. One boy and one girl.

  6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
    Sure!

  7. DO YOU USE SARCASM?
    Sometimes.

  8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
    Heh?

  9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?
    Teringin jugak.

  10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
    Coco Crunch!

  11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
    Mak pakai sandal. Tang mana nak untie ek?

  12. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
    Chocolate!

  13. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
    Face (Sama dengan Cik Yan. Tapi mak jenis tak ingat muka orang. Kohkohkoh. Kes pelupa)

  14. RED OR PINK?
    Both.

  15. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
    Bad temper. (Also same answer)

  16. WHO DO YOU MISS THE MOST? (READ :WHO not WHAT)
    En. Abah, Muhammad Imran Danish, Irma Adreanna

  17. DO YOU WANT EVERYONE TO COMPLETE THIS LIST?
    If they want to.

  18. WHAT COLOUR OF PANTS AND SHOES ARE YOU WEARING?
    Kain baju kurung kaler kelabu+kuning ad sandal kaler maroon. Sungguh tak match. Hahaha.

  19. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?
    Bunyi air cond dan bunyi jari jemariku mengetuk keyboard.

  20. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?
    Yellow

  21. FAVOURITE SMELLS?
    Muhammad Imran Danish & Irma Adreanna. Bucuk masyam mama! Ok ok. Mak suka Gucci Envy Me and Daisy by Marc Jacobs (macam ni eja dia kan??)

  22. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?
    En. Abah.

  23. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
    Yes

  24. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
    None.

  25. HAIR COLOUR?
    Dark brown.

  26. EYE COLOUR?
    Dark brown.

  27. DO YOU WEAR CONTACTS?
    Used to.

  28. FAVOURITE FOOD?
    Nasi beriani kambing. Kohkohkoh. Patut la gumuks.

  29. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
    Happy endings

  30. LAST MOVIE YOU WATCHED?
    Final Destination 3. Tapi dah nak habis dah masa tu.

  31. WHAT COLOUR OF SHIRT ARE YOU WEARING?
    Kelabu+kuning

  32. SUMMER OR WINTER?
    Summer

  33. HUGS OR KISSES?
    Both

  34. FAVOURITE DESSERT?
    Anything chocolate! Ngehngehngeh. Once again, patut lah gumuks!

  35. MOST LIKELY TO RESPOND?
    RM? Er... food?

  36. LEAST LIKELY TO RESPOND?
    Call from private number - oh yeah... kita serupa Cik Yan!

  37. WHAT BOOK ARE YOU READING?
    Dah lama mak tak baca novel aka buku. Aiseh. Teruk kan? Sokabar kira tak?

  38. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
    Mouse mak togel. Tak pakai pad.

  39. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
    Berita. Pehtu kuar makan. Balik dari dinner, Imran menjerit2 nak tengok 'men'.

  40. FAVOURITE SOUND(S)?
    Sama la dengan Cik Yan. Gelak ketawa anak2. (Bukan tiru tau!)

  41. ROLLING STONES OR BEATLES?
    Beatles

  42. WHAT IS THE FURTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
    Melaka. Hehehe. Sedih kan? 'Jauh' betul!

  43. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?
    Eat a lot - is it consider as a special talent?

  44. WHERE WERE YOU BORN?
    HKL

  45. WHOSE ANSWERS ARE YOU LOOKING FORWARD TO GETTING BACK?
    Dia mintak 25 tapi mak bagi 10 je la ek:
    Opie
    Izan Starla
    Jannah
    Nana
    Tata
    Rose
    Fid
    Mrs Noba
    Umi Sufira
    Mama Dhea

Meeting

Hari ini saya ada meeting.

Saya tak suka attend meeting. Kalau discussion takpe. Sebabnya, saya tak nampak apa-apa perkara yang menyumbang kepada produktiviti kerja jika ada meeting banyak sangat. Kalau ada pun seciput aje.

Meeting saya dijangka habis pukul 12 tengah hari. Tapi saya rasa habis pukul 1 tu nanti. Gamaknya terlepas la sesi mengepam kali kedua. Ouh.

Saya tak suka meeting.

Tuesday, February 10

Glamour Youuu

Wahh... muka mak masuk paper sehhh. Hahaha.




Mak yang kanan sekali, pakai baju hitam dan jeans sambil dukung Irma. Aleh yang gumuks-gumuks tu lahhh...
Tak sangka sebenarnya diorang hantar gambar ni ke paper. Oh lupa lak. Ni kat paper Sinar Harian, 08022009. Layan je la labuuu...

Bosan

Saya sangat bosan hari ini. Titik.

Irma Sayang

Dua tiga hari ni Irma asyik muntah-muntah. Tak tahu kenapa. Bukan muak susu tapi muntah terkeluar semua isi perut. Huhu. Tapi takde lah kerap muntahnya. Sehari mesti ada sekali. Biasanya bila dia terjaga tengah malam. Mama suspect sebab dia kembung and menangis agak lama sampai termuntah anak dara mama. Syian Irma.

Oh malam tadi Irma bangun sejam sekali. Huhu. Terasa macam masa dalam pantang pulak. Sangat mengantuk pagi nih.

Pagi tadi masa nak siapkan susu Irma untuk ke nursery, mama bau la susu tu. FYI susu tu mama perah Jumaat lepas and simpan dalam fridge kat rumah nenek. Hari Ahad mama transfer susu tu ke freezer nenek. Semalam bawak susu tu balik Shah Alam, terus simpan dalam fridge untuk cairkan dan get ready untuk hari ni.

So pagi tadi mama bau, semacam aje. Tak puas hati, mama rasa. OK. Manis. Tapi mama still tak puas hati. Mama kejut abah suruh bau. Abah kata OK. Hish. Macamana ni? Mama tawakal ajelah pada Allah. Insyaallah ok kot. Kalau tak OK Irma mesti reject punya, kan?

Tadi masa hantar anak2 pi nursery mama dah pesan kat teacher, kalau Irma refuse nak minum susu tu, call mama cepat2. Nanti mama hantar la susu lain. Huhu.

Friday, February 6

Cuti

Beb, Isnin ni cuti. Hoyeh!

Warisan Wanita Terakhir

** Tajuk ini dipilih kerana menjawab soalan tag yang terakhir.

Mama ditag oleh Nana. Nana, aku enjoy buat ini tag. Terbahak-bahak ketawa sengsorang depan PC.

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!
*******************************************************************

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Bergending Dang Gong - Siti Nurhaliza & SM Salim (Hahahahaha. Apakah?)

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Dewi -
Dewa 19 (Wow. Kelesss. Perasan tahap dewa langit ketujuh nih)

WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?

Semangat Yang Hilang -XPDC (Hohoho. Aku suka orang yang tak bersemangat ke?)

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Demi Waktu -Ungu (Memang dah tak sabar nak balik dah ni.)

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
Pastikan - Siti Nurhaliza (Pastikan segala-galanya OK kut?)

WHAT’S YOUR MOTTO?
Masih Terserlah Ayumu - Exists (Wakakakakaka. Patutnya Masih Terserlah Ayuku Setelah Beranak Dua. Kohkohkoh)

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Opera Hidup - Awie Wings (Apakah? Mak hidup dalam kepura-puraan ke uols? Kompius hokeh)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Semalam Yang Hangat - Wings (Haiyo?)

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Rama-Rama - Ella (Pekeheynya mak nak dok teringat rama-rama sokmo? :P)

WHAT IS 2 + 2?
Perpisahan -Anuar Zain (Perpisahan = Minus? patutnya Tambah la kan?)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Malam Ku Bermimpi - Sheila Majid (Apakah motif?)

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Cahaya Cinta - Siti Nurhaliza (Hidupku penuh dengan cinta... hoyeh)

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Anugerah - Exists (Anugerah kepada En Suami kihkihkih)

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Debu Di Hati - Ebby Saiful (Hoh? BTW Lagu dalam winamp mak ni banyak lagu lama kan? :P)

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Kapal Terbang Kertas - Exists (Hahahaha... mau terlonjak tergediks menari lagu ni)

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Hukum Karma - Wings (Hoh? Balasan Tuhan kah?)

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
Ingin Ku Miliki - Dayang Norfaezah (Hoh ni kes tamak la nih hahahaha.)

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Atas Nama Cinta - Rossa (Takut bercinta?)

IS YOUR BIGGEST SECRET?
Sketsa Sebuah Cinta - May (Abah, mama tak pernah ada orang lain tau!)

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Kejora - Search (Mana nak cari benda alah kejora ni? Ada sesiapa tau? Mak nak sekarang jugak nih!!)

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Lelaki Ini - Anuar Zain (Apakah? Gatal?)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Warisan Wanita Terakhir - Teacher's Pet (Hahaha. Keless beb. Sure ramai tertanya pehal tajuk entri gini)

*************************************************************

Kalau dilihat, banyak lagu-lagu lama dalam playlist mama, kan? Yang penting rock kapak bebeh! Hahaha.

Okeh. Now nak tag orang-orang ini:

Cik Yan
Mrs Noba
Ms Lola
Iszan
Wanie
Izan Starla
Madam Za
Roza
Intan
MamaDhea

Resepi Lagi: Asam Pedas My MIL Style

Asam pedas ialah antara lauk favourite abah. Mama belajar masak asam pedas ni dari Mak Wan.

Bahan-Bahan
Ikan
Air asam jawa - setengah cawan (pekat)
Daun kari
Bawang putih 2 ulas - tumbuk
Bawang merah 3 ulas - tumbuk
Halia 1 inci - tumbuk
Minyak masak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bunga kantan 1 kuntum
Bendi 4-6 batang (boleh tambah ikut suka)
Bawang putih 1 ulas - hiris nipis-nipis

Bahan Kisar
Bawang merah 3-4 ulas
Cili kering segenggam

Cara-Cara
Panaskan periuk dan minyak.
Tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk bersama-sama dengan daun kari hingga wangi. Masukkan garam.
Kemudian masukkan bahan kisar. Tunggu hingga separuh masak, masukkan ikan, bunga kantan dan bendi.
Agak-agak ikan dah mesra sikit, masukkan air asam jawa sikit-sikit.
Tambahkan air.
Tunggu mendidih. Perasakan garam dan air asam. Jika cukup dan sesuai dengan selera, tabur bawang putih yang dihiris nipis. Biar seketika.
Tutup api. Sedia untuk dihidang.

Sempoi je cara Mak Wan kan? Kawan-kawan yang lain mungkin guna style yang berbeza. Care to share?

Soap Opera : Episode 14

Waduh waduh terkena jugak ye. Ekeke. Susah pulak tu sambungannya! Mati kutu diabuatnya weii... Mama ni pulak bukannya jenis yang terer bab mengarang ayat nih. Layanz je la ek.


Soap Opera : Episode 1
(by Ms Lola)

Aku berjalan ke sana, ke sini tanpa kenal erti penat dan sakit. Kadang-kadang aku tidak diberi makan, hanya disimbah dengan percikan air kotor lagi hina. Liku-liku kehidupanku penuh dengan onak dan duri (dan juga perkara-perkara keji yang tak sanggup aku kongsi bersama).

*

*

Soap Opera : Episode 2 (by Mrs Noba)

Aku sedar siapa aku…Hanya seorang insan yang hina. Hina di mata masyarakat, hodoh untuk dipuja. Apakah tidak ada sekelumit bahagia untuk diri ku? Sudahlah tak pernah dapat mandi pagi merasa dikasihi dan disayangi. Jauh sekali untuk dibelai manja…Oh, di manakah agaknya keadilan buat diriku? Tak terbayang bagaimana harus aku meneruskan kehidupan ku.

*

*

Soap Opera : Episode 3 (by cik_yan)

Aku merasakan sesuatu bergelora dalam jiwaku.. Seolah-olah meronta-ronta.. merayu dan meminta untuk dibebaskan.. Bebas dari belenggu kedukaan yg asyik mewarnai rona-rona hayatku lewat kebelakangan ini. Aku juga ingin bahagia seperti mana yg sepatutnya dikecapi oleh setiap yang bernyawa di muka bumi ini..Apakah masih ada harapan buatku? Atau aku sudah terlambat untuk meladeni perasaan sebegitu?

*

*

Soap Opera : Episode 4 (by iszan)

Tiba-tiba..‘Ding Dong’
Terjaga aku dari lamunan jauh. Kedengaran bunyi door bell rumahku di tekan seseorang dari luar.
“Cik Sofea ke? Ada bunga utk anda, sila tandatangan di sini”, terjongol seorang jejaka dari muka pintu sebaik sahaja daun pintu itu ku kuak. Di tangannya ada sejambak mawar merah dan sebelah tangan lagi menghulurkan sesuatu untuk aku tandatangani.Aku terpempan seketika melihat raut wajahnya. Raut wajah itu mengingatkan aku pada sesuatu.
“Cantik bunga ni, secantik penerimanya” dia berkata lagi.Baru aku sedar aku sedang merenung wajahnya. Lalu aku tunduk dan terus melarikkan tandatanganku dia atas kertas yg dia hulurkan kemudian jambangan mawar merah itu beralih tangan.
“Terima kasih”, ucapku seraya menutup pintu.Kad kecil yang terselit dalam jambangan itu kuambil dan…………

*

*

Soap Opera : Episode 5 (by Kak Non a.k.a. anamiraa)

“Eh eh?”Aku mengerut dahi yang tidak gatal. Ku amati nama yang tertera diatas kartu kecil itu.

“Sofea Jane?”Ini tentu ada kesilapan. Nama sebenarku Sofea Jun. Bukan Sofea Jane!

“Hish frustnya!!!!” aku mengeluh kuat. Sudah acapkali aku dipermainkan sebegini. Mentang-mentanglah mukaku hodoh dan banyak jerawat batu bata, sampai hati aku dipermainkan sebegini rupa.Aku amati lagi kartu kecil itu. Hatiku bertambah sakit bila membaca bait-bait perkataan yang tertulis disitu.

“Hi Sofea! Bila nak bayar hutang I? Dah berkurun I tunggu tau!! Bayar cepat-cepat ye! You ni masa pinjam laju je. Tapi masa nak bayar bukan main liat lagi!! Sampai kena hantar bunga!! Tak kuasa tawww!! Okey ta-ta.”

Aku terasa ingin menjerit sekuat hati. Bila pulak aku meminjam duit orang? Bila? Bila? Bila?Aku bergegas ke bilik tidurku. Perasaan marah dan benci yang membuak-buak membuatkan aku terus mengambil satu keputusan penting dalam hidup aku.Aku perlu berjumpa dengan dia. Hanya dia yang mampu mengubah aku menjadi manusia yang jelita, disegani dan ditakuti ramai.Aku harus berjumpa EDWARD CULLEN!

*

*

Soap Opera : Episode 6 (by n.i)

Lantas aku berlari-lari anak menuju ke arah meja yang menempatkan telefon bimbit kesayanganku… “Aku mesti lekas menghubungi dia,” detik hati kecilku, termengah-mengah kepenatan.Sebaik sahaja telefon berada dalam genggaman, jari-jemariku yang sontot runcing ber’manicured’ terus mendail nombor keramat itu…Tiba-tiba… satu suara yang agak ‘familiar’ kedengaran dihujung talian…”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”Oh, tidaakkkkk!!!! Apakah….???

*

*

Soap Opera : Episode 7 (by Jua)

Woi!! aku taknak ckp dgn kau lah perempuan! Aku nak cakap dgn Edward Cullen”. Aku menjerit marah sebagai tanda protes kerana kebodohanku yg terlupa menambah kredit telefon.Aku bertanya sendirian, kenapakah nasibku malang sentiasa. Dikala umurku yang semakin mencecah 35 tahun ini, hatiku ini masih belum dimiliki. Rakan-rakanku semuanya sudah beranak empat, malah dua tiga rakanku sudah merasa berkahwin dua kali, dan rakanku yg seorang itu dah naik turun mahkamah nak masuk 5 kali. Namun aku, sekali pun tidak pernah merasa erti sebenar perkahwinan. Oh syahdunya..Kerana tidak mahu terlalu hanyut dibuai kesedihan, aku lantas mengangkat pungungku ke kerusi di ruang tamu. Ku capai majalah URTV. Ku belek setiap helain dan terhenti di saat aku terlihat wajah Memey.“Umur setahun jagung macam ni dah boleh rembat laki orang. Pandai pulak dia pilih yang macho-macho macam Norman Hakim” bisikku sendirian.“Kalau semua lelaki asyik nak sambar awek-awek muda macam Memey, aku ni jawabnya tak berlakilah sampai ke tua” sambungku lagi.Lantas aku terus…..

*

*

Soap Opera : Episode 8 (by Mommysarah!!!)

tersenyum2 sendiri.ya…aku pasti. hanya 1 sahaja cara untuk menjadikan semua impian aku menjadi kenyataan. aku harus berjumpa Niyang Rapik. aku harus meminta dia menjampi muka aku, supaya aku setanding dengan artis2 hollywood.ehek ekk hek ekk!!!aku tertawa ala2 Cikgu Marlia Musa dalam AF. aku rasa cara ketawa itu pelik tapi unik. jadi aku harus ketawa sambil menahan napas 2 saat..3 saat..kemudian 2 saat semula.PERFECT!!!aku yakin aku sebiji MARLIA MUSA dalam AFtapi, bagaimana aku mahu berjumpa dengan Niyang Rapik??? Bagaimana???”WOI!!!Kau berangan ker? Muka pecah rumah, ada hati lagi nak berangan. apa ko buat dengan bunga yang aku dapat tu? Mana ko campak? Penat2 aku bayar gaji, ko sedap2 baca URTVlah, buku akulah! Mana Twilight aku? Kau bukan reti English pun. Setakat tengok2 cover pun ada hati tue.Sudah..aku nak pergi Shooting ni. Bunga tu pegi susun dalam vase, ganti yang lama punya.”ha..aku maid sahaja rupanya??? Sofea Jan*e ni memang kejam. suka menghina aku. takper, aku akan pastikan berjumpa dengan Niyang Rapik jugak. jangankan Sofea Jane, Jins Samsudi*n pun aku mampu tewaskan.Puaka pun puakalah…

*

*

Soap Opera : Episode 9 (by Mamadhea)

Lantas aku meletakan majalah URTV & mengambil bunga yg aku letakkan di atas meja makan. Dengan muka yg berkeriut menahan sakit hati, aku menyegerakan langkahku utk mengambil vase kegemaran majikan ku itu.. ‘Huh, vase yg dah sopak ni jugak yg jadi faourite! Mmg dasar kedukut!!’Bebelan itu hanya mampu ku pendam dlm hati. Sementelah, tgn aku laju mengeluarkan bunga yg sudah layu utk digantikan dgn bunga yg baru shj diterima tadi. Sempat juga aku mencium bunga yg sudah tersusun rapi itu sebelum meletakkannya semula di meja di ruang tamu. Hmm, wangi…… Sewangi haruman Sweet Heart.. Tenang sekejap fikiranku yg bercelaru tadi. Mungkinkah setenang Mawi sewaktu majlis akad nikahnyer baru-baru ini..Aku berjalan perlahan ke dapur. Sesungguhnya aku tak mampu menghalau persoalan yg sering menjerut benak ku itu.. Ia melekap, kuat & ketat, seolah-olah digam dgn gam cap gajah..Bagaimanakah caranya utk aku menjadi cantik, secantik majikan ku itu..? Klu boleh, aku nak jadi lebihhhhh cantik lagi drp Sofea Ja.ne yg kerek & kejam itu.. Bagaimana ya? Bagaimana???Aku tersepit antara 2 pilihan, antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK.. Arghhh… Bertambah pening kepala hotak aku yg sememangnya sudah sedia pening dgn kerenah majikan ku yg byk songeh itu. Sudahlah kedukut, bakhil pulak tuh! Sudah hampir 4thn aku bekerja menjadi kuli bataknya, sesen pon dia tak pernah menaikkan gaji aku. Malah, gaji aku yg seciput itu pon dia tak penah bayar on-time.. Acapkali dia menangguhkan pembayaran. Nasib baiklah aku tak diberi kuasa utk charge interest!Eh, ape yg aku fikirkan tadi? Oh ya.. Antara EDWARD CULLEN dan NIYANG RAPIK… Mampukah kedua-dua insan itu membantu aku? Tp, persoalan paling besar yg patut aku fikirkan, SUDIKAH mereka?!!!

*

*

Soap Opera : Episode 10 (by Ummi Sufira)

Dengan seberapa segera aku mencapai telefon bimbit ku buat kesekian kalinya dan terus mendail Bedah pembantu rumah jiran sebelah yang mungkin tahu nombor kontek NIYANG RAPIK yang berdekatan…owh, sekali lagi suara yang tidak aku gemari berkumandang..”Kredit anda tidak mencukupi, sila tambah nilai”..Owh! kenapalah nasibku begini. Sudahlah dipandang hina, banyak jerawat batu, bermajikankan Sofea J*ne yang kejam, tiada kenaikan gaji…pelupa pulak tuh!Tadikan aku dah kena dengan penjawab telefon tidak di undang itu…”Kenapalah sengal sangat aku nih!” marah ku pada diriku sendiri sambil membaling telefon bimbitku ke tepi….Tiba tiba otak pintarku mendapat satu idea bernas untuk kebaikan diriku sendiri…Nasib ku mesti diubah! Cukuplah segala penderitaan yang aku alami sekian lama ini…aku tidak mahu lagi derita…”Owh, dalam diam bijak juga aku rupanya”….pujiku pada diriku…Aku bertekad tidak mahu menggunakan khidmat EDWARD CULLEN mahupun NIYANG RAPIK…Aku mahu membuat PLASTIC SURGERY. Aku nekad!! Tapi harus muka siapakah yang aku inginkan..Macam Memey kah supaya sesiapa pon mudah terpikat padaku…Yosh! aku harus segera bertindak demi impianku ini.Langkah pertamaku…..

*

*

Soap Opera : Episode 11 (by Zufa)

……..ialah merencana tindakan demi tindakan yang bakal kuambil untuk mengukir sebuah impian. Tika dan saat ini aku akan menjejak maju. Aku tidak akan menoleh lagi. Kugapai buku akaun Hong Leong Bank yang kuselitkan di antara helaian tinta cinta, lipatan kenang-kenangan yang masih tersemat rapi dalam Peti Rahsia. Niatku ingin memeriksa angka-angka baki yang terkini. Aneh, kerana walau mimpi-mimpiku ingin berlari di kaki pelangi dan mengecap sirna rembulan, namun dalam soal wang, kakiku nyata berpijak di landasan yang bernama hakikat. Peti Rahsia itu kubuka dengan cermat. Tanpa kusedari, jari-jemariku tersentuh warkah-warkah rindu yang pernah menjadi peneman di kala hati ini pedih menahan kedinginan malam yang menggigit. Mindaku menerawang. Terus-menerus menyusuri pantai kenangan. Menerobos segala isinya. Pada si dia. Dan tentang aku, sang pencinta. Aku digamit memori silam itu sekali lagi. Aku, dia dan sebalang almond London….

*

*

Soap Opera : Episode 12 (by Fid aka Lovebaby)

Aku, dia dan sebalang almond Londom yang dicuri dari rumah Mak Cik Leha jiran sebelah rumah. Ahh persetankan semua itu, aku harus teruskan. Aku mahu jadi apa yang aku impikan. Menerawang lagi fikirannya terkenang akan kisah filem Korea, 250 pound love. Selepas plastic surgery itu Kang Hannah nampak begitu anggun.Adakah dia akan jadi begitu>

Plastik! Tidak…Aku tidak mahu menjadi plastic. Haruskah diteruskan niat bertemu NIYANG RAPIK???

Tidak… Apa harus aku lakukan. Buntu jiwa….

Aku bingkas bangun mencapai remote control ASTRO yang sudah rebeh sebelah dek sakit hatinya membaling ke dinding ketika mengamuk pada suatu masa dahulu kerana mengetahui kekasih lamanya mengorat kawan kepada Mak Tijah jiran selang 4 buah rumah dari rumahnya yang berusia 20 tahun lebih tua darinya…Gilaaaaa………

*

*

Soap Opera : Episode 13 (by Madam Za)

ya gila.....memang gila....dan mmg puaka....sepuaka kehodohan ku ini...

Aku juga tahu yg kecantikan itu hanya sementara. Sementara jugalah yang bakal ku kecapi..seperti derita yang kualami ini. Mengapa aku ditakdirkan menjadi makhluk dua alam...eh..talam dua muka...eh..bukan...makhluk dua rupa!
Ya...aku juga mempunyai `split' personalitas.

Jika Puteri Fiona ditakdirkan cantik rupawan di siang hari dan menjadi hodoh piang di malam hari...aku pula ditakdirkan menjadi cantik tatkala hujan mula menyimbah bumi dan akan bertukar menjadi hodoh piang tatkala sang suria sedang bermegah memanahkan cahayanya di muka bumi....
dan kerana itu lah juga..rancangan kegemaranku hanyalah segmen `ramalan kajicuaca'..

argh..mengapa donia seolah2 menangis melihat aku yg rupawan dan ceria tatkala melihat ku dirudung kehodohan? Mengapa tidak gembira dengan kecantikan ku...seolah2 kecantikan yg sementara itu mengundang kecelakaan kepada sesiapa sahaja yang memandangku..mengapa harus begini?...mengapa....

ya...semasa jambangan mawar merah itu sampai pagi tadi, hujan masih lagi renyai2 di luar jendela. Kini matahari sudah pon memancar terik di atas kepala. Terasa panahan cahayanya ke atas kulit mukaku yang tiba2 terasa seperti permukaan bulan ini.

"Argh...mengapa tidak terus hujan sahaja hari ini?" bisik hati kecil ku.....

*

*

Soap Opera : Episode 14 (by Me)

Mentari semakin memancarkan cahayanya. Wajahku pula? Perlahan-lahan ianya bertukar menjadi seperti baru digelek steamroll. Sungguh buruk lagi memburukkan! Aku sendiri tidak berselera melihat wajahku di cermin di saat-saat begini.

Ah! Aku bingkas. Meneruskan kerja-kerja ku sebagai seorang maid. Baldi yang penuh dengan baju yang baru selesai dicuci oleh sang mesin basuh kuangkat dan bawa ke ampaian. Nasib baik ampaian ini letaknya di belakang rumah. Kalau di depan rumah? Harus aku bertopeng seperti Michael Jackson, seperti yang pernah kulihat secara curi-curi dalam internet mem besar Sofea Ja*ne baru-baru ini.



'Ding Dong'. Loceng pintu berbunyi. Ah siapa lagi ni? Sudahlah datang waktu matahari memancar. Waduh. Aku paling benci kehadiran tetamu waktu siang. Namun memandangkan ini bukannya rumah aku tetapi rumah mem besar Sofea Ja*ne itu, maka terpaksalah aku membuka pintu.

"Er...." Oh! Mamat penghantar bunga tadi rupanya. Dia terkejut beruk melihat aku. Aiseh! Mana aku nak sorok muka aku ni.

"Cik, mana Cik Sofea tadi tu? Yang ambil bunga masa saya datang tadi?" Begitu menggeletar mamat itu sewaktu bercakap denganku. Rupa macam nak termuntah pun ada juga. Dia memalingkan mukanya dariku agar tak perlu dia bertentang mata denganku. Hodoh sangat-sangat-sangat kah rupaku? Ya. Mungkin juga sebab sekarang dah waktu tengahari, di mana itulah saat wajah hodohku berada di tahap kemuncaknya. Namun aku sedikit lega sebab dia tak dapat nak cam aku.

"Dia tak ada. Ada apa?" Aku cuba ubah suaraku agar berbeza dari suara asal. Mamat itu menyerahkan sebuah bungkusan padaku....

-----end of episode 14----

Minta maaf lah. Tak sehebat episod sebelum-sebelumnya. Tarak idea seh.

Maka dengan ini mama serahkan kepada Cikgu Intan aka SayangIbu untuk menyambung soap opera ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!