Friday, November 28

Hari Ini Ialah Hari Makan

Pagi tadi dapat jemputan ke farewell Aunty Nina di bangunan Canseleri. Pagi2 sudah makan nasi campur ok. Lauk daging kicap (kut? ke dendeng?) masak lemak nenas, sayur kobis, sambal belacan dan ayam goreng. pastu ada pulak roti jala, murtabak lapis, puding serta buah tembikai. Huh. Sendat dah kain baju kurungku.

Tengah hari pulak, mama balik rumah. Almaklum lunch hour pada hari Jumaat kan panjang. Mama belikan abah nasi campur. Mama pun beli sama (makan lagik...). Lauk sardin, kupang sambal, dan sayur bayam serta air fresh oren.

Petang, dalam pukul 1530, ofismet mama telah belanja kami satu opis makan pizza hut. Hoho. Mama makan erm... 3 keping. Tapi dah potong kecik2 ye kawan2. Serta satu kepingan kecil itu garlic bread. Wauuu... senak senak senak.

Sekian entri makan kita.

Nota: Mama takkan timbang berat mama dalam tempoh terdekat ini kerana takut untuk lihat keputusannya. Terima kasih.

Rahsia Tarikh Lahir

Entri ini di-copy paste dari blog cik yan.

Posting ini adalah copy paste pasal Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr. Fadzilah Kamsah
First, kita tengok yg ni dulu.
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Birthday mama ialah pada 15/10/1981
(1) kita kira jumlah hari..
1+5=6

(2) then, kita kira pulak jumlah keseluruhan tarikh lahir..
1+5+1+0+1+9+8+1 = 26 = 2+6 = 8

akhir sekali, amik jumlah (1) dicampur dengan (2)
6 + 8 = 14 = 1+4 = 5

Makanya mama adalah seorang yg
6 Angin
8 Bisnes
5 Boleh berbincang


Hohoho this is soooo true.

Angin - memang rasanya mama kurang tetap pendirian kot. Dan indecisive. Susah nak buat keputusan. jangan kata keputusan besar. Keputusan nak makan apa malam ni pun daku mengambil masa lama sekali. Huhu.

Bisnes... hmm... no wonder mama amik prinsip akaun masa SPM dulu. Drop subjek Bio, amik akaun. Kihkih. Well, teringat masa kecik-kecik mama bisnes name card kat sekolah. Ingat tak masa zaman sekolah ada name card yang cantik2 tu? Yang kita boleh tempah ikut design yang kita suka? Mama bisnes tu lah. Mama sungguh berjaya sampaikan mama dapat banyak free gifts dari pihak pembekal. Tapi takat tu ajelah bisnes mama. Hopefully kalau betullah rahsia tarikh lahir ni, mama akan jadi WAHM yang sangat berjaya bisnesnya. Amin...

Boleh berbincang. Well, mama rasa mama memang jenis yang boleh dibawa berbincang kot. Tapi kalau nak jadi negotiator tu, mama tak tahulah sesuai ke tak. Hohoho. Pehal la mama asyik gelak cam santa claus je nih. Hadoyai.

Definisi ringkas.
No 1 = Pemimpin
Layak menjadi seorg pemimpin, namun jika visinya pemimpin tanpa disokong no 5 (boleh berunding) akan berasa sedikit gila kuasa.

No 2 = Lembut
Kita boleh lihat no 2 pd sikapnya yang lembut, namun jika no 2 pd sifat dlmn, dia mudah mengaku kalah dan terlalu lembut tanpa org lain sedar. Oleh itu, org yg memiliki no 2 pada sifat lembut harus berusaha menjadi lebih kuat dan pendirian tetap.

No 3 = Kemas/Cerewet
Cara pengurusannya amat teliti namun ada sesetengah org yg terlalu cerewet. Visinya yg kemas tanpa disokong no 4 (rajin) akan menjadi seperti biasa shj.

No 4 = Rajin
Sikap rajinnya amat terserlah, Visinya yang rajin mampu membuat sebarang kerja atau apa bidang sekalipun dan mampu mengeluarkan idea2 bernas lain drpd org lain.

No 5 = Boleh Berunding
Sikapnya boleh berunding dan senang berurusan dgnnya, namun dia juga dipengaruhi no-no lain pd visi dan sifat dlmn. Mampu berkomunikasi dgn org lain secara diplomasi.

No 6 = Angin
Sikapnya seperti angin, jika kita tiup angin, dia akan pergi, jika kita sedut angin, dia akan dtg. Maksudnya di sini, dia tidak begitu tetap pendirian. Sesiapa yg mempunya no 6 pd visi, dinasihatkan duduklah di sebelah org yg positif kerana anda mampu menjdi seorg yg hebat drpd org yg menyokong anda dan jika duduk sebelah org negatif, hancurlah anda.

No 7 = Patuh
Seorg yg sgt patuh pd sikap, kalau visinya patuh, kira bguslah boleh mendengar kata nasihat2 org dan harus dipraktikkan, namun jika sifat dlmnnya patuh, jgnlah terlalu menunduk dan menyerah kalah.

No 8 = Berniaga
Org yg mempunyai no ini mmg suka berniaga, suka tgk duit dan mampu mengembangkan harta, dll. Hati2 jika no 8 jatuh pd sikap kerana semua bisnes dia mahu ceburi tanpa focus dan menjayakan sesuatu. Visi 8 mampu bekerja keras dlm berniaga dan itulah kerjaya sebenar. Yg paling bgusnya jika sifat dlmnnya no 8 (jrg org ketahui) bhw dia mempunyai bakat dlm perniagaan.

No 9 = Glamour
Glamour di sini bermaksud berani menonjol diri, pandai berkomunikasi, pandai bergaya. Visi glamour mampu dan berani menceburi bdg2 spt penyiaran, penyanyi, peguam, dsb. Jika sifat dlmnnnya 9, jgn la terlalu branded style jika tidak disokong sikap dan visi yg tertentu.

Thursday, November 27

Kisah menjahit

Uish.

Mama baca-baca kat forum kesayangan mama ni, lalu terjumpa thread pasal CD (cloth diaper). Mama memang dah lama berhasrat nak pakai CD untuk anak-anak mama. Ye lah, dah lah selesa, menjimatkan pulak tu. Ada anak kecil dua orang yang pakai dispo diapers memang makan belanja yang banyak!

So after baca-baca, ada forumer yang suggest few website yang ajar cara-cara jahit CD sendiri. Wah wah wah. Ini sudah bagus. Macam-macam instruction yang diajar.

Semangat nak belajar menjahit makin menjadi-jadi nih. Tapi mampukah? Projek tudung Mektwain pun belum mampu kubuat. Apatah lagi CD. Guna mesin? Oh oh oh. Mama tak reti lor. Mampukah?

Makan-makan@Rumah

Semalam Mak Ngah dan anak-anaknya, Ayong dan Ucu datang rumah. Abah bagitau last minute. Haiyo! Kelam kabut mama dok pikir apa nak masak. FYI, mama dah seminggu lebih tak memasak since gas habis. Hahaha. Kes malas nak pi kedai tukar gas. So nak memasak tangan sudah keras. Apa lagi, mama cepat2 la masuk website Kak Liza untuk browse apa2 resepi yang mudah dan cepat.

Sudahnya, mama decide buat asam pedas ikan pari, as usual; bayam tumis air; ayam kacang pis; dan telur dadar.

Abah pulak kata dia nak masakkan asam pedas. Kononnya nak ikut taste dia lah. Ok. Lagi bagus. Kurang satu kerja mama. Hahaha.

Ayam kacang pis ni pulak, ala-ala macam ayam masak merah cuma tak pedas langsung. Manis. Sesuai la untuk budak-budak.

So mari mama coretkan resepi asam pedas ikan pari ala mama dan ayam kacang pis Kak Liza yang mama dah godek2 sendiri. Tapi berapa amaun nya, mama ikut petua orang tua-tua je - agak-agak. Hoho. Kawan-kawan pun agak2 sendiri lah ek.


Asam Pedas Ikan Pari Ala Zety
Bahan:
Ikan pari dipotong sederhana
Cili kering - blend
Air asam jawa
Bawang putih - tumbuk
Bawang merah - tumbuk
Halia - tumbuk
Daun kari
Bunga kantan
Daun kesum
Minyak masak
Air

Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk bersama daun kari dan garam sampai naik bau. Masukkan cili blend. Masak hingga agak naik minyak/garing. Masukkan ikan pari. Biar ikan sebati dengan cili. Kemudian masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masukkan pula air asam jawa sedikit demi sedikit ikut kesesuaian dan selera. tambah air jika perlu. Tunggu mendidih. Kemudian kecilkan api. Dalam 5-10 minit bolehlah tutup api.


Ayam Kacang Pis Suka Hati Mama - minta maaf Kak Liza sebab dah godek resepi ni.
Bahan:
Ayam dipotong kecil
Kacang peas dalam tin
Bawang putih - cincang
Halia - cincang
Sos cili dan tomato
Bawang besar - potong bulat
Cili merah - hiris

Cara:
Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam. Goreng hingga masak. Masukkan sos cili dan tomato. Sebatikan. Masukkan kacang peas, bawang besar dan cili merah. Gaulkan rata. Siap.

Sempoi aje kan?

Alkisahnya, masa mama tengah tumis bawang putih dan halia untuk lauk ayam tu, atuk telefon dari Mekah. Hayoyo. Lama pulak tu atuk cakap. Sudahnya, bawangku hangus! Tapi mama belasahkan ajelahhhh....

Keputusan:
Anak-anak MakNgah makan dengan berselera sekali lauk ayam mama tu. Asam pedas abah? Tak laku. Abah sorang je yang makan. Hihi. Kata abah, tawar. Tapi takde siapa pun tau abah yang masak asam pedas tu. Sah-sah mama lah yang 'dapat nama ' nanti. Huhu. Tak kisahlah abah kan. Asalkan diorang kenyang oklah tu.

To Kak Liza, thanks for the wonderful resepi. Sangat sesuai untuk budak-budak.

Nota: FP Kak Liza ni memang jadi rujukan utama mama kalau dah blur tak tau nak masak apa. Sebabnya, resepi dia takde yang tak menjadi. Semuanya sedap! Al maklum, Kak Liza ni memang 'otai' memasak!

Wednesday, November 26

...

Hari ni mama datang kerja. Alhamdulillah dah ok sikit. Mana taknya, semalam tido dari pukul 12 tengah hari sampai 4petang! Tak senonoh betul! Bukan apa, memang tak larat angkat kepala. Migrain teruk semalam.

Pastu, selera makan pun takde. Bayangkan semalam mama breakfast aje. Lunch dgn dinner, tak lalu makan. Mama cuma minum susu aje.

Akibatnya, semalam susu sikit sangat. Yelah, tak makan kan. Irma pun macam tak puas aje bila nenen.

So harap-harap hari ni susu banyak balik. Hopefully...

Tuesday, November 25

Dan Keputusannya....

Semalam lepas habis kerja, mama singgah ke klinik. Doktor check, rupa-rupanya kencing kotor. Mama kena lebihkan minum air. And doktor suggest minum air barli.

Dapatlah ubat lawas, antibiotik dan ponstan (betulkah ejaanku ini?) sebab mama migrain sekali.

Balik rumah mama terus terbaring sebab tak larat nak buat apa-apa. Asal berdiri je rasa melayang. Abah pulak terus keluar pi farmasi. Beli home pregnancy test.

Masa mama mandi, mama pun menge-test lah. Dan keputusannya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Negatif

Iye. Negatif ya kawan-kawan. Imran dan Irma masih belum bersedia untuk terima adik lagi. Dan badan mama pun rasaya belum cukup kuat untuk pregnant lagi.

Entahlah. Mama ni sekarang asyik rasa sakit-sakit badan aje. Macam orang tua (muda sangat ka?)

So today mama amik cuti walaupun takde mc. Mama nak rest. Jap lagi nak hantar Imran & Irma pi taska, dan mama nak rest sepanjang hari. Pinggangku sakit doh!

Monday, November 24

Seram Sejuk

Mama rasa tak sedap badan lah.

Seram sejuk. Kepala lutut menggigil entah kenapa. Bibir kering. Perut rasa semacam.

Sabtu lepas mama makan lauk nenas masak lemak kat kenduri Nek Bee. Then petangnya tu masa mama pi toilet, ada la keluar sikit darah. I thot dah nak peot so abaikan aje. Esok pagi tengok kering kontang aje. Takde tanda2 langsung nak peot. Ah sudah.

Mama terpikir:
1. Adakah mama pregnant and bila makan that nenas masak lemak so keluar darah?
2. Kalau betul mama pregnant, adakah this little fellow (kalau ada lah) selamat?

Huhu... harus pi beli pregnancy test nih!

Nota: Badan mama makin sejuk and I can't stop shivering in front of my PC. Patut ke mama balik? Dah pukul 2 dah Sayang je kalau balik sekarang. 3 jam aje lagi....

Bosan

Oh so bosan hari ini.

Tak de mood nak kerja.

Kisah Solid Food dan Rambut

Semalam Irma dah start makan bubur nasi blended plus susuibu.
Inilah buburnya
.
.
Mula-mula berkerut jugak muka Irma bila mama suapkan bubur tu.
Hoh! Amende nih?
.
.
Kemudian setelah suapan pertama, Irma begitu sukakannya dan makan dengan gembira.
Mmmm.... syedap!
.
.
Dan misi untuk bagi Irma solid food berjaya!
.
.
Okeh. Ini adalah gambar Imran yang terbaru.
Rambut sangat panjang hokeh!
Pandangan depan
.
.
Pandangan sisi
.
.

Mama nak potong rambutnya tapi abah say no, no! Dia nak bela rambut Imran sampailah Imran masuk sekolah rendah nanti. Haiyo.

Kesian anakku dok menggaru-garu kepala sebab rimas.

Saturday, November 22

Kenduri @ Nek Bee's

Hari ni ada kenduri sempena nak pi haji kat rumah Nek Bee.

Nenek, atuk, aunty baya dan aunty dilah pun akan berangkat ke Mekah pada 24hb ni. Actually nenek pun dah buat kenduri last week. Tapi mama tak tulis pape pun kat blog ni sebab takde mende yang menarik yang nak diceritakan.

Kat kenduri Nek Bee ni pun takde apa yg best berlaku. Satu-satunya perkara yang best terjadi kat sana ialah kambing panggang. Hahaha. Mama dan abah suka makan kambing. Nyum nyum.

Esok petang kita semua akan berangkat ke rumah Nek Jah. Dari satu the whole family akan berkumpul untuk menghantar family kita (except kita lah), tok ngah n nek ngah, tok long n nek long, nek jah, nek bee dan tok yem, nek nah dan tok atan serat pak ngah aza ke tabung haji di kelana jaya.

Tak tahu lah macamana esok ye. Mesti penuh dengan adegan air mata. Nenek sure akan rindu dengan Imran. Maklumlah, tiap kali kita ke Cheras mesti Imran tido dgn nenek. Lepas ni sebulan lebih la Imran tak jumpa nenek.

Oh ye. Nenek dan amanahkan mama dan abah untuk menjenguk rumah kat Cheras at least seminggu sekali. Untuk ber Didi dan AJ (our kucings) makan, serta membasuh apa-apa bahan buangan budak berdua itu (jika ada). Hoho.

Kawan-kawan, doakanlah supaya family mama selamat pergi dan selamat pulang ye.

Terima kasih.

Friday, November 21

Tag By Roza

Sekarang ni memang musim menge-tag ek? Hehehe.

Mama di-tag oleh Aunty Roza.

1) bekas kekasih saya adalah
tak ada
2) saya sedang mendengar bunyi
keletak keletuk mama ketuk keyboard sambil jawab tag ini
3) mungkin saya patut
kurangkan makan yang mengundang kepada berat badan yang meroket ini
4) saya suka belajar
cara-cara untuk memberanakkan duit. wakaka.
5) sahabat baik saya ialah
abah aka hubbyku
6) saya tak paham
orang yang nyebok suruh mama bagi FM kat Irma. dia nak sponsor FM untuk Irma sepanjang tempoh childhood kah?
7) saya kehilangan my
kucing peliharaan, Mocha (read: Mok) selepas beberapa hari pindah rumah
8) ramai yg berkata aku
pendiam. ye kot.
9) makna nama saya ialah
Zety - takde makna. sempena nama gabenor bnm tu sajork. Afza - membesar (no wonder lah kan badan ku ini....)
10) cinta tu adalah
satu keperluan bagi semua insan.
11) di suatu tempat
bernama TILAM KESAYANGAN... mama teringin nak tido 8 jam straight. hahaha
12) saya akan cuba
habiskan novel Ayat-Ayat Cinta versi BM by this Sunday
13) makna SELAMANYA
sampai bila-bila
14) henpon saya...
Sony Ericsson W660i
15) saya paling meluat bila
tengok perempuan tergedik2 tak kira la dengan siapa pun
16) bila saya bangun dr tidur
mama tengok Imran, Irma dan abah (abah last sekali ek? ekeke)
17) party adalah tmpt
untuk makan free (makan je yang mama pikir. haiyo. tak senonoh)
18) haiwan yg paling cute
kucing
19)Peringkat umo yg paling menyeronokkn
tahun 1999-2002 (bercinta sakan dengan abah. ahahaha)
20) hari ini saya rasa sgt tension
sebab tak sempat nak mintak tandatangan pesuruhjaya sumpah tadi. dia dah pi sembahyang jumaat
21) mlm ini saya akan
cuba selesaikan sesi mengemas rumah sebelum balik ke Cheras
22) saya btl2 inginkan percutian ke
mana-mana aje asalkan dengan abah, Imran & Irma SAHAJA
23) bila tgk muka kt cermin pg tadi
alahai kusamnya wajahku. kena pi facial ni. hahaha.
24) shopping kompleks
tempat perabih duit
25) makanan segera biasanya
mahal
26) ayat2 terakhir kata pd org
OK. Babai. (ucapan pada abah masa hantar mama tadi)
27) nk pnjgkn tag ni?
Opie
Nana
Izan
Tata

Tayar Bocor

Pagi tadi masa mama on the way pi kerja, terdengar bunyi pelik dari tayar belakang belah kiri. Mama suruh abah berhentikan kereta. Sekali check rupa2nya tayar dah flet dh. Huhu. Tah memana laa agaknya terlanggar sampaikan tayar bocor.

Terus mama sms opismet dan boss. Bagitau mama masuk lambat sebab tayar kereta bocor. Abah buka boot untuk amik spare tyre. Sekali tengok tools nya tak ada pulak. Ah sudah! Abah pun telefon husband kazen mama a.k.a Pak Long yang rumahnya dekat aje dengan rumah kita.

Tak lama lepas tu Pak Long pun sampai. Rupanya Pak Long dari rumah Nek Bee kat Seksyen 18. Patut laa kitorang tunggu agak lama jugak lah.

Sementara abah dan Pak Long tukar tayar, mama bawak Irma jalan2 dalam stroller. Hehe. Nasib baik simpan stroller dalam boot kereta. Imran pulak syok aje tidur dalam car seat dia. Hoyeh. Kalu dak, jenuh jugak nak melayan kerenah dua babies kat tepi jalan.

Selesai tukar tayar, mama dan abah hantar Imran dan Irma pi taska dulu. Then siap singgah kat mapley pekena Horlicks suam dan mee goreng mamak. Hahahaha. Dah alang-alang masuk lambatkan. Tak senonoh sungguh.

Mama sampai ofis pukul 0840. Okeh la tu. Takde la lambat benor, kan?

Best Blogger???

Huahuahua.



Mama dapat award ini.



Biar benar cik Imsintan/Sayangibu nih.

Sungguh mama tidak layak.

Apa-apa pun, terima kasih!

Oh, dengan ini mama anugerahkan pulak award ini kepada orang di bawah:

1. Opie

2. Nurnana

3. Tata

4. Izan

5. Umihannie

6. Roza @ Mimi

7. Mimielola

8. Cik Yan

9. MamaDhea

10. Cik Pau

11. Mrs. Noba

12. Ealyie

13. Pinkytoe

14. Yatie

15. Mektwain

16. Mamadanish

17. Rose Zan

18. Ismahani

19. Adieha

20. Kak Zura

21. Mommy Lina

22. Zil

23. Mama Adib

24. Afkar'z

25. MummyHnH

26. Mrs. H

Wah ramainya kan. Sudilah terima sekalung penghargaan dari mama. Ecewah.

Dah Ada Tapi...

... pinjam punya!!!

Mama pinjam novel ni dari kawan mama. Siap diterjemahkan ke Bahasa Melayu instead of Bahasa Indonesia.
Mama nak baca. Nak tau feeling dia kalau baca in BM. Hehe.
My weekend project.

Thursday, November 20

Speed Test

Try la. Mama dapat banyak ni aje. Huhu.
44 words

Typingtest

Tudung dan Sakit

Huhu... merayau-rayau ke blog orang, rasa teringin pulak nak memakai tudung yang ada awning itu (apa namanya mama tatau). Hahahaha. Nampak begitu comel, kemas dan ayu sekali. Tapi kalu mama pakai, tak ke muka mama nampak bertambah bulat? Almaklum mukaku ini begitu chubby sekali Huhu.

Harus try nanti.

Well, update pasal batuk Imran - kini dilengkapi dengan selsema sekali. Pakej. Huhu.

Dan Irma pun kena selsema jugak.

Petang semalam badan Imran sedikit panas. Demam sikit lepas kena cucuk kelmarin. Semalam lepas susu mama bagi Imran makan ubat. Alhamdulillah panas badan dah kurang.

As for Imran, ubat dah ada. Both for batuk dan selsema.

As for Irma, mama kena minum Peel Fresh Orange la nampaknya. Untuk menambahkan kandungan Vitamin C dalam susu. So far, apa yang mama buat ni berjaya hilangkan selsema Irma dalam masa sehari-dua aje. Hopefully kali ni macam tu jugak la kan.

Ya Allah, kurniakanlah kesihatan kepada keluargaku. Amin...

Wednesday, November 19

Irma Ikut Muka Siapa?

MyHeritage: Family tree - Genealogy - Celeb - Collage - Morph

Ikut muka siapa?

Kawan-kawan,
Sila beri pendapat korang setuju ke tak dengan benda alah look-alike meter ini...

MyHeritage: Look-alike Meter - Family search - Vintage pics

The Pink Sisterhood Tag

Mama ditag lagi. Kali ni oleh Mama Dhea. Berbalas-balas tag pulak kita ek. Hehehehe.


Let's help spreading the breast cancer awareness. Thank you!
And now, here is the tag rules:
1. Put the logo in your blog.
2. Add a link to the person who shared it with you.
3. Nominate at least 7 other blogs
4. Leave a message for your nominee on their blog.
Mama nak tag:
1. Izan
2. Opie
3. Nana
4. Rose Zan
5. Umihannie
6. Tata
7. Kak Zura

Tag Tulisan Tangan

p/s: Opie... nasib baik lakiku dah belikan hp baru untuk aku tau. Kalu dak, tak merasa la aku nak menjawab tag mu ini.


Sekali lagi, Aunty Opie tag mama. Kali ni, kena jawab semua soalan guna tulisan tangan la pulokk... Apakah tujuannya? Mungkinkah untuk elak copy&paste yang biasanya mama buat? Hahaha

Nota: Minta maaf gambar tidak clear.

1. Your name / Username:


2. Right handed and Left handed

3. Favorite letter yg korang suke tulis:

4. Least favorite letter to write:

5. Write "The quick brown fox jumps over the lazy panda":

Argh... sungguh buruks tulisan mama. Ditambah pulak dengan kualiti gambar yang tah hape-hape. Layan kan aje laa ek.

6. 6 persons to tag:
- Cik Yan
- Roza aka Mimi
- Ealyie
- sayangibu
- mamaDhea
- mama Adib

Done

Bebas Alah Kacang

Sumber: Kosmo

KEKACANG sebagai snek adalah sebahagian daripada hidup kita. Tetapi bilakah kekacang patut dan bagaimana harus diperkenalkan ke dalam diet anak sering menimbulkan persoalan di kalangan ibu.

Alahan makanan lazimnya melibatkan pembanjiran bahan-bahan histamina dan kimia-kimia keradangan lain dalam tubuh akibat tindak balas dengan protein.

Protein kekacang biasanya menjadi punca umum berlakunya alahan. Malah, ia boleh berlaku pada sebarang usia. Trend ini dilihat semakin meningkat di kalangan bayi dan anak-anak kecil berusia sehingga tiga tahun.

Malangnya, apabila seseorang kanak-kanak mengalami alahan kekacang, kecenderungan untuk bebas daripada masalah ini agak sukar. Pendedahan kepada kekacang boleh berlaku seawal kanak-kanak diperkenalkan kepada makanan seperti kek dan biskut atau susu badan.

Namun, mengapakah alahan kekacang dilihat sebagai perkara serius? Ini berikutan simptom-simptomnya yang nampak ringan seperti rasa seakan tercucuk-cucuk di mulut atau bibir, bengkak di muka, pening-pening dan ketegangan di bahagian tekak.

Dalam sesetengah kes bagaimanapun, jangankan makan segenggam kacang, sedikit kacang pun boleh menyebabkan masalah seperti saluran pernafasan yang membengkak teruk sehingga menjejaskan daya pernafasan, penurunan tekanan darah secara mendadak disusuli dengan pengsan.

Jadi, jika begitu kesnya, adakah kekacang benar-benar selamat untuk diet anak? Pakar nutrisi yang juga kolumnis Times, Amanda Ursell berkata, kanak-kanak berusia di bawah umur lima tahun tidak seharusnya diberikan kekacang penuh kerana risiko tercekik.

"Selain faktor ini, jika salah seorang ahli keluarga terdekat mempunyai sebarang alahan atau asma mahupun rinitis alergik (hay fever), maka, makanan yang mengandungi kekacang perlu dielakkan sehingga anak mencecah usia tiga tahun. Ini mungkin memberi kesan perlindungan kepada anak," jelasnya dalam satu artikel baru-baru ini.

Sebaik sahaja anak mencecah usia tiga tahun, kekacang boleh diperkenalkan dalam dietnya pada tahap terkawal. Ini bermakna si ibu boleh memantau atau memerhatikan jika sebarang reaksi atau tindakan balas tubuh berlaku akibat pemberian kekacang dalam dietnya.

Tambah Ursell, kekacang boleh diperkenalkan dalam diet anak menerusi mentega kacang, masakan atau dalam sos sate.

Kanak-kanak yang tidak mempunyai sejarah keluarga bermasalah alahan boleh menikmati kekacang selepas bercerai susu.

Kekacang diperlukan dalam diet kerana kandungan protein sesetengah jenis vitamin B yang perlu untuk membebaskan tenaga. Selain itu, ia juga membekalkan zat mineral seperti besi dan zink untuk imunisasi serta tenaga.

Jika si ibu bimbang anak tidak memperoleh lemak yang baik, ingatlah kekacang telah terbukti menyalurkan lemak baik yang berpotensi mengurangkan risiko penyakit jantung.

Oleh kerana kacang tanah berasal dari keluarga legum iaitu bersaudara dengan kekacang seperti kacang hijau dan lentil, maka dan alahan kekacang mungkin berbeza.

Misalnya, si anak mungkin hanya alah terhadap kacang tanah dan bukan kacang badam atau kemungkinan alah kepada semua jenis kekacang.

Dalam perangkaan terkini di Britain misalnya, setiap seorang dalam setiap 70 orang kanak-kanak berusia tiga tahun ke bawah mengalami sesetengah jenis alahan ekoran kacang tanah.

Makanan yang biasanya mengandungi produk kekacang terselindung termasuk kek, biskut, pastri, aiskrim, sos sate, kari, bijirin sarapan serta dalam pelbagai kuisin berbeza.

Justeru itu, pihak pengeluar makanan juga perlu menyatakan kehadiran sebarang jenis kekacang tetapi malangnya kebanyakan bungkusan makanan tiada tanda amaran seperti ini. Jadi, jika anda sebagai ibu juga tidak pasti akan kehadiran kekacang dalam makanan yang dibeli, maka, adalah baik untuk mengelakkannya sahaja. - Times

Nota: Sebab tu mama tak mau bagi Imran makan kacang. Lagi-lagi Imran ni jenis yang sensitif.

Imunisasi @ 18 months

Semalam bawa Imran pi injection imunisasi @ 18 months.

Berat Imran sekarang 9kg++. Makin ringan pulak dia. Kenapa ye anakku?

Mama ambik kesempatan timbang Irma sekali. Berat dia 6.15kg. Alhamdulillah. Naik jugak. Lagi 0.15kg cukup beratnya dua kali ganda dari berat masa lahir. Masa lahir dulu beratnya 3.15kg.

Huuu... dah lama tak injek, semalam nangis pulak Imran. Sebabnya dia ternampak doktor tu nak cucuk dia. Padahal mama dah cuba lekakan dia dah. Tapi ternampak jugak. Apa lagi, melalak la anak teruna ku itu. Nasib baik kejap aje.

Lepas tu minta doktor cek kan sekali Imran batuk. Doktor bagi ubat batuk, makan 3x sehari.

Lepas jumpa doktor, abah ajak makan kat Warung @ Seksyen 20. Sini memang jadi port kami masa zaman bercinta dulu. Ahaks. Rasa sekejap je masa berlalu ek?

Mama order bubur nasi. Kongsi dengan Imran. Kemain suka Imran makan bubur. Irma pulak terkulat-kulat aje tengok mama. Sabar ye sayang. Tak lama lagi dah. Lepas ni Irma pun dah boleh start makan.

Mana laa food ni. Imran dah lapar nih.

Posing sikitt...

Abah yang kekenyangan

Huh... abang dengan abah makan apa tu?

Nyum nyum... nampak macam best aje?

Irma nak sikit la mama.... boleh tak??

Tuesday, November 18

Jurnal EBM 181108

Pagi: 6.5 oz
Tengah hari: 5 oz

Alhamdulillah.

Mama Sedih


Tengoklah baby ni. Comelkan?


Sayangnya dia telah pun pergi meninggalkan ibubapanya, akibat kecuaian pihak nurseri.

PUTRAJAYA: “Hati ibu mana yang tidak luluh apabila melihat jasad anaknya terbaring kaku sedangkan pada sebelah pagi dia kelihatan gembira ketika bermain dengan bapanya,” luah Adelina Christine Awent Jon Abdullah, 28, ibu kepada seorang bayi empat bulan yang maut dipercayai tersedak susu di nurseri.

Malah, kata Adelina, dia masih ingat arwah seolah-olah melambai tangan ke arahnya ketika meninggalkannya di nurseri sebelum ke tempat kerja.

Mangsa, Abrahaem Noah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya di sini, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan bayi malang itu sudah meninggal dunia sebelum dibawa ke situ.

Dia dan suami, Mohamad Najib Rosli, 29 dimaklumkan mengenai keadaan anak mereka oleh seorang penjaga nurseri di Istana Kehakiman di sini, kira-kira jam 2.30 petang, sebelum bergegas ke hospital.

Malangnya, Abrahaem sudah tidak bernyawa.

Menurut Adelina, kejadian itu meninggalkan kesan mendalam pada dirinya, apatah lagi Abrahaem berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri.

Malah, anaknya itu tidak mempunyai masalah kesihatan sejak lahir.

“Saya amat terperanjat dengan kejadian ini. Kami sudah kering air mata...kalau bayi kami sakit tak apa, tetapi dia berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ke nurseri. Itu yang menyebabkan kami terkilan.

“Lebih menyedihkan, kami tidak dimaklum awal mengenai kejadian itu, sebaliknya mengetahui selepas satu jam berlaku. Walaupun pihak nurseri meminta maaf tetapi kami perlukan penjelasan mengapa kami lewat dimaklumkan,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Ketika ditemui, Adelina Christine yang juga seorang pegawai di Kementerian Kewangan kelihatan sugul.

Dia ditemani Mohamad Najib dan ibunya, Rani Ibot, 50.

Beliau berkata, berkata Abrahaem didaftar ke nurseri itu sejak dua bulan lalu selepas mendapati ia terletak tidak jauh dari pejabatnya dengan bayaran RM250 sebulan manakala pekerja adalah warga tempatan.

“Terdapat antara lima hingga enam bayi berusia bawah setahun dan lebih 10 yang berusia lebih 10 tahun serta beberapa kanak-kanak lain di nurseri terbabit,” katanya.

Berikutan kejadian itu, pasangan terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, pada hari sama akibat tidak berpuas hati dengan jawapan pihak nurseri.

Ini untuk memastikan kejadian terbabit disiasat bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Kami terima takdir Ilahi, tetapi tidak mahu ada lagi bayi tidak berdosa menjadi mangsa akibat kelalaian. Kami tidak mahu apa yang kami tanggung ketika ini menimpa ibu bapa lain,” katanya.

Adelina berkata, kini hanya rakaman gambar dan video Abrahaem di telefon bimbit milik mereka berdua menjadi kenangan untuk melepaskan rindu kepada anak tunggal kesayangan pasangan yang berasal dari Sarawak itu.

“Saya sering merakam gambar dan video Abrahaem setiap hari. Saya tidak menyangka ia akan menjadi kenangan selepas arwah meninggalkan kami buat selamanya,” katanya.

Dia dan suami turut meluangkan masa setiap hari menziarahi kubur arwah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di sini, Sabtu lalu.

Mama sedih. Bergenang airmata mama. Semoga ibunya tabah menghadapi dugaan hebat ini. Comelnya anak ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin...

Ini ialah klip di mana Imran 'menyerang' mama secara tiba-tiba. Hehe.

Mama tengah syok2 amik gambar Imran, tetiba je 'diserang' oleh Imran dan handphone mama jatuh.

Jalan-Jalan Di Tasik

Semalam lepas jemput Imran & Irma dari taska, abah dan mama bawa pi jalan-jalan kat playground kat tasik. Abah offer Imran naik gelongsor tapi Imran takut. Gayat kah anakku ini?

So Imran just naik and main2 blok kat situ aje. Irma pulak seronok tengok kakak2 dan abang2 yang berkeliaran main kat playground sempena cuti sekolah ni.


Sila rujuk gambar kedua. Tak tau lah Imran buat muka boring ke muka ngantuk tu. Haha. Sila juga rujuk gambar baris kedua paling kiri. Imran begitu teruja masa main blok kat situ. Sampai ternganga-nganga.

P/s: Nape gambar ni kecik sangat ek? Macamana nak besarkan ek? Dah opt saiz yang paling besar tapi hasilnya kecik aje. Tak puas mata memandang.

Monday, November 17

Jurnal EBM 171108

Pagi: 9oz
Tengah hari: 5oz

Alhamdulillah.

Ayat-Ayat Cinta: Selesai Sudah!

Yay!

Mama dah selesai membaca Ayat-Ayat Cinta!

Secara rumusannya: Novel ni memang amat-amat best! Sebuah novel Islamik yang ada sedikit unsur cinta tapi cinta yang amat-amat mengikut batas agama. I like!

The best part, bila membaca novel ni terasa betapa kerdilnya diri di sisi Allah. Setiap bab dalam novel ni semestinya ada unsur-unsur dakwah yang digarap dengan begitu halus dan baik sekali, sesuai dengan jalan ceritanya. Wah.. mama jadi macam pengkritik pulak ek. Hehe.

Lepas ni mama nak pi cari ini novel jadikan koleksi peribadi kesayangan mama. Novel ni antara novel yang betul-betul buat mama 'terkesan' dan tersentuh.

Kepada yang belum membacanya, mama rekomen novel ni 200%!

Friday, November 14

Jurnal EBM 141108

Pagi (0930): 8oz
Tengah hari (1500): 8oz

Petang: Mama bawak 2 botol je hari ni. Huhu. Boleh tertinggal pulakkk....

Total: 16oz

Alhamdulillah Allah masih izinkan mama berikan susu pada anak mama...

Jatuh Cinta

Dengarlah semua isi alam...

Sesungguhnya mama telah jatuh cinta dengan novel Ayat-Ayat Cinta!

Harus beli untuk koleksi peribadi ni!

Status terkini: Mama sedang terawang-awangan lepas baca si Fahri bernikah dengan Aisha. Hati bagai digaru-garu tau. Terasa hati ni cairrr je bila baca betapa Fahri dah jatuh cinta dengan Aisha. Wohoo! Ada lagi 100++ pages lagi je nak habiskan ni.

Gambar

Mama terbaca di blog Aunty Roza a.k.a Mimi berkenaan dengan software Shutterfly Studio. So mama pun download lah.
Jadinya hari ini mama pun tepek lah gambar-gambar ini ya kawan-kawan.




Thursday, November 13

Ayat-Ayat Cinta: Susu Ibu

Sedang enak membaca Ayat-Ayat Cinta, hati terpaut pada tulisan ini:

“Maria ini waktu kecil sampai umur empat tahun masih menetek. Umur lima tahun masih ngompol apa nggak menyebalkan!” kata Madame Nahed memperolok puterinya.
“Benarkah itu?” sahutku santai sambil memandang sinar purnama yang keperakan di atas riak sungai Nil yang memanjang di samping kiri jalan.
“Ah itu bohong. Tak mungkin itu terjadi!” tukas Maria cepat setengah teriak.
“Itu benar. Kalau tidak percaya nanti kalau bibinya yang bernama Latefa datang tanyakan padanya,” kata Tuan Boutros membela isterinya.
“Itu bukan sesuatu yang tidak baik. Tidak apa-apa. Menetek pada ibu dalam waktu yang lama malah membuat cerdas. Begitu yang kubaca pada sebuah majalah,” sahutku.

Wah... Lihat kawan-kawan. Even Fahri pun sokong susuibu tau!

Rindu

Mama rindulah kat abah.

Rasa macam lama sangat la pulak abah pi kursus. Huhu.

Wednesday, November 12

Jurnal EBM 121108

Pagi (0930): 7oz
Tengah hari (1330): 5oz

Hopefully petang ni adalah hasilnya.

Ok.

Pumping session in progress!

UPDATE

Petang (1630): 3.5oz
Total: 15.5oz

Alhamdulillah.

Bercucuran Air Mata...

...bila mama baca blog ini.

Agaknya kalau officemate mama nampak mama dok terpisat-pisat lap air mata yang meleleh kat pipi, sure diorang semua pelik.

Apasal dengan Cik Zety tu? Ye, orang di ofis panggil mama 'Cik'. Takpe lah. Awet muda gitu.

Sungguh.

Mama kagum dengan hati pemilik blog ini.

Begitu tenang, begitu tabah, begitu kuat. Mama harap mama juga punya hati setabah beliau.

Baca blog ini buatkan mama terfikir betapa Allah jadikan seseorang itu begitu tabah di saat-saat hatinya begitu sedih dan luluh.

Baca blog ini juga mengingatkan mama betapa Allah hanya menguji insan yang mampu menerima ujianNya.

Baca blog ini juga buatkan mama ingin ucapkan ini:


Make Love Letters at BlingPixie.com

Sebenarnya, banyak lagi yang mama nak ucapkan kat abah. Tapi tak sesuai pulak nak ditulis secara umum di sini. PnC oke.

Sekali lagi, mama kesat air mata yang terseka di pipi. Huhu.

P/S: Mohon maaf atas olahan bahasa yang agak jiwang, kerana mama sedang dalam proses membaca 'Ayat-Ayat Cinta'!

Abah Sakit Lagi

Semalam masa abah jemput mama dari kerja, abah bagitau dia kena attend kursus kat Nilai. 3 hari. Dari Rabu hingga Jumaat. So mama kena bawak Imran dan Irma stay rumah nenek kat Cheras. Ponteng sekolah la gamaknya budak-budak ni.

Abah pun ada bagitau mama yang telinga abah yang sakit tu makin menjadi-jadi sakitnya. Bengkak makin besar. Pain killer pun dah tak mampu membunuh rasa sakit yang terpaksa abah tanggung.

So semalam lepas hantar Imran dan Irma ke rumah nenek, mama bawak abah pi klinik dekat sana. Dah pukul 9.30 malam tapi punyalaaa ramai umat tengah tunggu turn. Kalah hospital kerajaan!. Abah punya turn nombor 66. Masa kami sampai baru nombor 50! Huhu. Sabar ajelah menunggu.

Doktor bagitau yang bengkak abah tu dah nak sampai ke gegendang, Dan sakit dia bukan sekadar sebab allergic tapi dah kena infection. Doktor bagi ubat titis, antibiotik, ubat tahan sakit, ubat bengkak. Sampai rumah nenek abah terus makan ubat.

Pagi tadi abah bagitau yang ubat ni ok. Sakit abah dah kurang. Alhamdulillah. Tu lah abah. Lepas ni kurangkan makan seafood, belacan dan yang seangkatan dengannya ok!

Tuesday, November 11

Jurnal EBM 11112008 dan Berat Ideal Baby

Ouhhh dah lama gile mama tak tulis apa-apa pasal Jurnal EBM mama.

Bukan apa, EBM yang merudum menyebabkan mama malesss nak report kat blog ni. Tapi hari ni mama rekodkan la jugak eh.

Pagi (9.30 am): 8oz
Tengah hari (2.30pm): 5.5oz

Alhamdulillah walaupun gitu-gitu aje production nya tapi ok la jugak kan?

Mama nak tanya kawan-kawan lah. Baby bf umur 5 bulan ni biasanya minum berapa banyak eh? Irma ni kalau kat taska dia minum dalam 9oz ke 12oz. Kat rumah ikut suka dia. Kadang-kadang dua jam sekali. Kadang-kadang 3-4 jam sekali. Tapi kalau tidur malam tu, memang dia lena sampai ke pagi. Nak kejut ke ek?

Mama agak concern dengan berat badan Irma. Ramai orang kata Irma macam anak patung. Kecik aje.

Mama bukanlah nak paksa anak mama jadi debab-debab (macam mama), tapi kalau boleh biarlah beratnya kasi up sikit. 6kg ke, 6.5kg ke kan. Ni 5.6kg. Macam berat baby umur 3 bulan. Normal ke ek?

Nak tanya kat dalam forum kesayangan tu, rasa macam dah banyak dah topik pasal ni dibincangkan. Cuma malas nak browse aje. Haha. Tak senonoh.

Walaubagaimanapun, mama bersyukur sebab anak mama ni sihat. Kalau sakit pun kejap aje dah ok. Berkat susuibu mungkin. Alhamdulillah hingga saat ini mama masih lagi menyusukan Irma. Harap-harap dapat la mama menyusukan Irma hingga sekurang-kurangnya umur Irma dua tahun. Kalau after Irma 2 tahun dia nak go on dengan bf, mama ikutkan aje.

Besarnya Sofa:Keciknya Imran?


Ini ialah gambar Imran tengah minum susu sambil tengok TV.


Nampak macam sofa ni besar gile ek?


Ke si Imran ni yang kecik?


Padahal mama rasa sofa ni takdelah besar mana pun.


Ataupun mama yang besar sampai rasa sofa ni muat2 je untuk mama? Hahaha.









Tag Gambar


Hm... mama di tag oleh Opie. Kali ni ngengada pulok nak suh letak gambar. Mama dah la huduh hari ni. Tak caya? Rujuk gambar ni atas.

Mama takmo la tag sesapa kali ni. Hehe. Sekian.

Sakit dan Tidur

Akibat makan seafood yang banyak weekend lepas, abah sakit telinga!

Ya, abah tak boleh makan benda gatal banyak2. Alergik gitu. Semalam telinga abah dah bengkak-bengkak kat dalamnya. Kata abah, sakitnya terasa sampai ke gigi, ke kepala. Kesian abah.

So semalam lepas insiden menyakitkan hati kat post office tu, mama dan abah pi DEMC. Doktor suruh abah avoid makan seafood.

Lepas tu, mama dan abah ambil Imran dan Irma dari taska. Kemudian balik. Sampai rumah abah terus tidur. Berehat.

Lepas Maghrib, atuk, nenek, Aunty Baya dan Aunty Adik datang. Nenek kata, atuk nak jumpa Imran. Rindulah tu!

Diorang datang rumah bawak sate. Sate Padang, kata atuk. Boleh la tahan rasa dia. Bezanya, dia rebus dulu daging sate tu kendian baru bakar.

Imran happy sangat2 masa atuk datang. Kemain gelak sakan. Boleh la mama rest kejap. Hehe. Pukul 9.30 mlm, atuk balik. Imran nangis nak ikut. Tapi kejap aje nangisnya. Mama tunjuk flyers kedai perabot, terus Imran leka. Hehe.

Malam tadi Imran tidur pukul 10.30 rasanya. Kategori awal la tu. Semenjak masuk sekolah, Imran jarang tidur dalam buai. Dia dah boleh tidur sendiri. Ye lah, anak mama ni pun dah besar kan. Dah setahun setengah dah. Takkanlah nak tidur buai lagi.

Lepas ni boleh la mama simpan buaian tu.

Irma pulak sekarang ni dah takmo tinggal sesorang dalam playpen. Asyik nak berdukung je pulak. Adeh. Mama kasi nenen banyak2 sampai dia tertidur. Hehe. Ok la tu. Plus Irma pun kena naikkan berat badan dia ni. Hopefully bila dia dah start on solid food, beratnya pun naik la.

Irma tidur boleh tahan lasak. Kalau tidur dalam playpen tu, habis semua kawasan dia redah. Kejap kat belah sini. Karang tengok2 dah tergolek ke sana pulak. Bangun pagi tengok2 position dah terbalik dari malam tadi. Huhu.

Waktu malam, Irma tidur atas tilam dia sebelah mama. Mama pun tidur atas tilam aje. Takde katil. Pagi tadi masa mama nak pi mandi, mama tengok Irma elok lagi atas tilam dia. Habis mandi, Irma dah tergolek keluar dari tilam! Nasib baik mama letak comforter sebagai alas. Kalau tak, sure kepala Irma dah terhantuk ke lantai. Isyyy... Bahaya sungguh!

Budi Bahasa Budaya Kita

P/S: Adeh Opie... pape hal pon tag ko nanti lah aku buat ye. Rupaku buruks pagi ni. Hahaha.

Semalam mama keluar ofis awal. Pukul 3 petang. Sebabnya mama pi post office untuk dapatkan rebate road tax tu. Then cadang nak pi Tabung Haji untuk buka akaun Irma and tambah duit kat akaun Imran.

Sampai di post office, mesin yang keluarkan tiket nombor tu rosak la pulak. So kena la beratur panjang2 macam dulu2. Mula2 abah pi tanya kat satu kaunter ni, orang tu suruh beratur. So kami yang tak tau apa2 ni pun pi la beratur.

Sampai turn mama, orang yang jaga kaunter tu minta mama bagi IC dan borang.

Mama: Heh? Borang? Kena isi borang ke? Tak tau pun?

Orang kaunter: (Muka yang ala-ala nyampah mama nak tengok) Kena isi borang dulu la. Mana borangnya?

Mama panggil abah.

Abah: Oh. Kena isi borang ke? Borang mana?

Orang kaunter: Iye la. Bagi borangnya dulu. Tengok orang lain tu semuaaaaaa isi borang. Penat-penat diorang isi borang. (Dengan intonasi yang menyakitkan hati)

Mama: (Amik dokumen dan IC) Lain kali cakaplah elok2 sikit, tak boleh ke?

Mama dan abah blah. Hish. Panasnya hati kami. Tak boleh ke cakap lemah lembut. Dia ingat dia cakap dengan adik dia ke? Tak boleh ke dia kata, minta maaf puan, tapi puan kena isi borang dulu. Takpe, nanti puan isi borang. Kemudian datang balik terus ke kaunter ni. Tak payah beratur.

Ni tidak. Tak pasal2 mama kena beratur panjang semula semata-mata kerana sehelai borang yang cuma minta nama, no IC, no plet kereta. Huh! Tapi tobat la kami nak beratur kat tempat pompuan tadi tu. Cukup menyakitkan hati.

Apa lah diorang ni. Dah la imej orang gomen ni dah buruk. Sepatutnya generasi baru yang bekerja kat gomen ni cubalah ubah persepsi orang dengan beri layanan yang baik kat customer. Customer ok? Bukannya adik hang!

Kalau yang jaga kaunter tu ala ala makcik, mama masih boleh terima laa perangai gitu sebab kebanyakan makcik2 yang keje gomen ni memang macam tu perangainya. Ni tidak. Masih muda lagi. Tapi mulut macam hapa. Tak reti nak bersopan santun langsung.

Mama bukan nak kondem orang gomen. Mama sendiri kerja gomen. Tapi kalau mama la kan, mama hormat semua orang tak kira tua muda. Unless orang tu tak hormat mama la. Memang nak kena laser macam budak kaunter pos tu.

Tak boleh ke berbudi bahasa sikit?

Sesia je kerajaan laung-laungkan 'Budi Bahasa Budaya Kita' tapi orang yang kerja kerajaan sendiri tak mau ikut.

Ada ka patut??

Monday, November 10

Wajah Baru Blog Ku

Ok kawan2

Inilah masanya untuk memberi komen2 bernas anda mengenai wajah baru blog mama

Ok ka tada ok ka

Reader friendly ka

Kalu tak ok mama akan cuba try yang lain punya pulak

Ok

Sila komen

Imran dan Vacuum

Ini gambar lama tapi mama upload kan aje ye.

Imran tengah busy vacuum rumah. Please excuse my messy home.
.
.
.

Imran, dah besar nanti tolong mama kemas rumah oke?
.
.
.



Imran dan Irma

Ini ialah gambar Imran & Irma selepas mandi petang di rumah Mak Wan semalam.
Look at the camera... smile! (Tapi dua2 buat muka serius)
Sila perhatikan gaya balutan tuala Abah's style - Imran tak mampu bergerak you!
.
.

Yahh... Irma mula nak meniarapkan badannya tapi Abang Imran menghalang.
Abang Imran rasa geli-geli so Abang Imran pon gelak sakan.
Punya la Irma berusaha nak bergolek, sampai terbuka butang baju dia.
.
.
.


Dush! Dush!
Abang Imran tak mampu berbuat apa-apa kecuali menutup mata walau 'diserang' Irma, gara-gara balutan 'Tuala Merah Tahap Ke-7' Abah. Hahahaha.
.
.
.

Irma yang suka senyum

Hari ni ialah hari upload gambar. Hahaha. Jom kita tengok gambar terbaru Irma.
.
Uhhh... nape pulak Irma muncung niii???
.
,

Smile!
.
.
.

Smile again!
.
.
.

Senyum sikit aja...
.
.
.

Look at my dimple!
.
.
.
Irma memang suka senyum. Even masa nangis pun, kalau dia nampak muka sesiapa yang pandang dia, automatically dia akan senyum. Hehe.
.

Picnic@Ulu Bendul

Last weekend balik Seremban. Pagi Ahad, Mak Ngah ajak the whole family pergi bbq kat Ulu Bendul. Ulu Bendul ni letaknya dalam 15 minit dari rumah Mak Wan. Dekat aje kan?
.
Mama tak mandi pun. Imran mandi kejap, dalam 5 minit aje. Hehe.
.
Menu masa bbq: ikan bakar, ayam bakar, udang, sotong serta kerang bakar. Mama tak sempat la amik gambar Imran masa mandi. Ini aje gambar yang mama amik:



Imran lepas mandi sungai (gambar belakang - Mak Wan dan Mak Ngah)
.
.
.

Irma yang suka tido
.
.
.


Apa pandang-pandang haa??
.
.
.

Abah in action
.
.
.

Kazen Imran dan Irma bersama Ucu...
Mandi sampai kecuttt
.
.
.


Irma tidur dalam khemah Mak Ngah
.
.
.


Imran tidur kepenatan
.
.
.

Abah baca buku (konon... tapi dapat baca dalam 5 minit aje - abah kena jaga food yang dibakar)
.
.
.


Irma tido lagi... dah terlentok dah kepala dia.
(Kat hujung kepala Irma ialah nursing cover untuk kemudahan mama)
.
.
.



Bakul Imran dan Irma yang berselerak
(saja amik gambar ni... suka lighting effect ciptaan Allah - cahaya matahari di sebalik pokok-pokok hutan - abah kata macam gambar hantaran.. hahaha.. adaka patut)
.
.
.

Abah dan atuk in action... bakar kerang
.
.
.


Irma tido lagiiii... asyik tidooo aja anak dara sorang ni... hehe... kasi can mama makan
.
.
.

Kazen-kazen Imran mandi lagi.... Sampai menggigil-gigil semuanya
.
.
.

Me and my unmatch tee and tudung. Hahaha. Apsal hidungku sahaja yang bercahaya?? Besar sangatkah??
.
.
.

Haaa... banyak tak gambar? Hehe. Sorry le kalau susunan gambar tah apa-apa. Mama ni bab upload dan menempel gambar dalam blogger ni memang fail sikit. Haha.
.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!