Thursday, April 30

Pulang, Marilah Pulang Bersama-Sama

Maka lagu Geylang Si Paku Geylang pun berkumandang. Tehehehe.


Malam ni saya akan pulang ke kampung En Abah. Agak-agak, ramai tak yang menuju ke selatan? [Berdoa: Janganlah jem. Saya tak suka jem di highway]


Jumpa Isnin nanti ye. *wink wink*



Saya Juga Sudah!

Oh semalam saya bertekad untuk pergi ke warehouse sale itu.


Dan saya berjaya membeli 4 buah buku untuk saya, 1 (je) untuk anak-anak, 3 untuk En Abah.


Jadilah, memandangkan bajet saya yang begitu ketat. (Kan mak kena prepare nak sambut birthday budak-budak ni kat TIGA tempat... huhu)


Kenapa satu je buku untuk anak-anak?


Sebab...


Pertama, saya tak boleh beli buku yang guna kertas biasa. Buku cerita contohnya. Sebabnya, nanti jangkahayat buku itu mungkin hanya bertahan takat seminggu sahaja. Pembaziran di situ kan? Hanya board book yang sesuai.


Kedua, buku cerita sudah banyak di rumah.


Ketiga, activities book belum sesuai lagi buat anak saya. Dia belum tahu menghargainya. Niat di hati memang teringin nak perkenalkan buku-buku aktiviti pada anak tapi memikirkan nanti buku itu akan dikoyak-koyakkan, maka saya tahankan dulu niat saya itu.


Kalau ikutkan meroyan saya, nak aje saya belikan kamus bergambar yang bermacam jenis kat warehouse sale itu. Nak aje saya belikan berpuluh-puluh lagi buku kanak-kanak yang sungguh-sungguh menarik di mata saya. Ahhh... tunggulah mama ada duit ya Imran & Irma.


Saya tahu, kenapa nak kedekut dengan anak-anak?


Tapi, bukan niat saya begitu. Bajet saya ketat, sangat ketat. Membeli buku yang tak mungkin akan dibaca/dilihat oleh anak-anak saya pada masa terdekat ini adalah amat tidak sesuai dengan poket saya.


Inilah entri untuk menebus rasa bersalah saya sebab tak dapat belikan buku yang hebat-hebat untuk anak-anak. Huhu.


P/S: Kenapa takde novel-novel Melayu dan buku-buku keagamaan (Islam) kat sana ye? Buku agama lain banyak pulak.


Wednesday, April 29

Tag oleh Lia

Ditag pula oleh Lia.


1. If you can be an animal, what will you be? Why?
Erm... mungkin saya ingin jadi kucing (mao, bak kata Imran) yang dibela oleh orang kaya. Kerana saya hanya makan, tidur dan be.rak. Serta dibelai dan dimanja, dan diberi makanan kucing termahal (maklumlah, kucing orang kaya), dan dibawa ke spa haiwan peliharaan untuk digrooming. Hahaha. OK. Mengarut di situ.


2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?
Settlekan interest hutang yang bertimbun-timbun. Interest je ok. Kan ke duit rompakan tu haram. So settlekan yang haram dengan yang haram. Hahaha. Bolehkah?


3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be?
Oh.. di mana ye? Nak pi ke kawasan yang ada pantai yang cantik. Mauritius?


4. If you know that you're dying, what is the last meal that you want? Why?
Sama seperti jawapan Lia. Santapan rohani.


5. If you can only kill one person in this world, who is the person? Why?
Yes, the Israeli yang takde hati perut itu.


6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? Why?
Erm... susahnya nak jawab. Kalau En. Abah pun boleh 'live more than 100 years', mungkin saya boleh consider pilihan kedua itu. Menjawab soalan kah?


7. If you can date celebrities, who is that person? Why?
Johnny Depp. Enough said.


8. If you can only have one thing in this world, what should that be? Why?
Ya, sama seperti Lia (tiru je aku nih), Iman. Dengan iman, tak dapat benda di dunia, di syurga Insyaallah pasti dapat. Amin.


9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? Why?
Oh, saya ingin sekali tag the first 7 top commentators saya:

Umi Sufira

CY
Mama Adib
Opie
Sayangibu (lia terkeluar sebab dia yang tag saya)
Marisa
Kak Yong






Neno's Award

Dapat award dari CY. Thanks babe!



  1. Letakkan logo award ini di blog anda.
    Dah.

  2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui "backlink" dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda

    Oh, saya rasa semua blog yang berada di bloglist saya mesra-mesra belaka. Tapi disebabkan tag ini hanya meminta 10 blog saja maka inilah dia:

    1. CY (pulang balik sebab blog CY memang best)
    2. Opie
    3. Nana
    4. Tata
    5. Rose Zan
    6. Izan Starla
    7. Arnie
    8. KNV
    9. Ealyie
    10. CPM

  3. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
    Sat gi ok.

  4. Berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.
    Err saya tak paham mende maksudnya. Spread the love?

MC dan Warehouse Sale Itu

Sejak Isnin, kepala dah rasa 'weng'. Didatangkan dengan pakej loya-loya-tapi-takmo-keluar-muntah. Masa berbaring pun masih rasa pening.


Maka saya pun MC lah semalam.


Terlupa pulak ada warehouse sale yang menarik itu. Kalau tak, akan ku gagahkan juga untuk ke sana walau migraine ku bagai nak pecah kepala rasanya. Huhu.


Tadi ada hint kat En Abah pasal warehouse sale tu, berkemungkinan lepas office hour lah agaknya saya akan menjengah ke sana. Kalau sempat. Ataupun, mungkinkah saya patut isi borang keluar pejabat? Hehe. Dah lah MC semalam, mahu keluar pejabat pulak hari ni. Tak patut, tak patut.


Tapi, hati meronta-ronta mahu ke sana. Arghhh!


Monday, April 27

Soksek Soksek

Hari ni saya terbaca entri di blog jurugambar kegemaran saya ini.


Entrinya dah lama. Beberapa hari yang lepas (takde la lama sangat kan? eheh). Tapi saya suka baca isinya. Oh mungkin sesuai digunakan untuk menangani situasi seperti dalam entri saya ini.


Tuala & Doraemon: Hingga Bila?

Anak dara saya seorang yang terlalu attached pada tuala. Tak kisah la handkerchief ke, hand towel ke, face towel ke, mahupun tuala mandi. Oh kain lampin yang saya guna masa bedungkan dia dulu pun boleh jugak bagi dia.


Kalau dia menangis merengek meragam, selain daripada susu ibunya, mahupun bau ibunya, tuala lah penenang hatinya. Hihi. Bila dia dah dapat tuala kesayangan hamba dia tu, cepat-cepat dia masukkan dua jari (jari telunjuk & jari tengah) tangan kanannya dan gentel tuala menggunakan tangan kirinya. Sungguh comel!


Tetapi, ada jugak suara-suara asing yang bising-bising bila melihatkan anak saya menghisap jari sambil menggentel tuala. Bad habit, kata suara-suara itu. Nanti habit sampai ke besar, kata suara lain pula.


Sakit telinga? Memang. Tapi saya cuba sedaya upaya pekakkan aje.


Anak teruna saya, pengguna paci sejati suatu ketika dulu. Tetapi, Alhamdulillah dengan mudahnya saya berjaya berhentikan tabiatnya. Dia juga seorang yang susah nak tidur kalau tak naik buai. Dulu. Kemudian, setelah dilatih untuk tidur sendiri tanpa buaian, maka berjaya sudah. Sekarang buaian hanya menjadi perhiasan di rumah saya, rumah mak saya dan rumah MIL saya. *Tepuk tangan untuk diri sendiri*


Satu je yang masih lagi berdampingan dengan anak teruna saya...


































































Imran suatu ketika dulu. Kini - minus the puting and the buaian. Tinggallah Doraemon itu bersama-samanya. Hehe.

Doraemon kesayangannya itulah!


Yang ini memang agak susah sikit nak pisahkan dari dia. But then, siapalah yang takde bantal bucuk kan? Hampir semua orang rasanya. Termasuklah mama dan abah kepada anak teruna saya ini. Dululah. Sekarang takde lah sebab dah ada 'objek bucuk' yang boleh dipeluk sesama sendiri. Hahaha. Abaikan jika tak paham.


Saya yakin anak saya takkan terus berdampingan dengan Doraemon mahupun tuala hingga dewasa.


Anda pula bagaimana?




Friday, April 24

Jurnal EBM 24042009: Semakin Hari Semakin....

... sayang bertambah?


Sebelum itu, biar saya update sedikit entri semalam yang tak sempat dikemaskini. Petang semalam saya pam dan dapat 5oz, which is tak pernah terjadilah petang-petang dapat 5oz.


Maka, malam tadi saya minumlah lagi air roselle itu. Air ini dalam bentuk sedia diminum. Saya minum sebotol selepas balik kerja, sebotol sebelum tidur dan sebotol lagi sebelum pergi kerja pagi tadi. Huuu melantak tak hengat!


Pagi tadi saya pam. Dapat 9.5oz. Bagus bagus. Kemudian baru tadi saya pam lagi. Dapat 6oz! Tak pernah terjadi okeh. Ini rekod peribadi saya yang terbaru.


Maka, bolehlah saya simpulkan tali rafia di sini, air roselle adalah sesuai untuk saya menambah susu.


Tak sia-sia kawan adik saya bagi 3 karton air roselle free. Nampaknya saya je la yang perabihkan air tu. Hehehe.





Saya Seorang Harmonizer

Dikidnap dari sini melalui tuanpunya blog ini.

LIBRA - The Harmonizer (Sept 23 - Oct 22)
Nice to everyone they meet.
Can't make up their mind.
Have own unique appeal.
Creative, energetic, and very social.
Hates to be alone.
Peaceful, generous.
Very loving and beautiful.
Flirtatious.
Give in too easily.
Procrastinators.
Very gullible.




Ye ke? Ada yang betul ada yang tak. Wallahualam.



Kisah Anak-anak

Malam tadi saja-saja la timbang berat anak-anak ku yang sihat itu.


Imran: 13kg. Naik sekilo lepas dua minggu duduk rumah nenek.
Irma: 7kg. Pun naik sekilo selepas 'kisah itu'.
Mama: Pun naik sekilo. Berapa beratku? Wahaha tak payah tau. Biarlah rahsia.


Syukur sangat-sangat Irma makin menunjukkan perubahan positif.


Duduk rumah nenek macam-macam yang diajar. Harapkan mama... hm... Hihi. Irma dah pandai 'flying kiss' dan dah pandai salam sambil cium tangan. Ohhh anakku itu juga semakin becok mulutnya. Dan dah pandai tiru suara kucing nenek si AJ yang bersuara halus itu. Hahaha.


Imran? Imran telah ada minat baru pulak... Ben 10! Nenek dan aunty nya telah membelikan mainan Ben 10. Alah jam dia tu lah. Siap berlampu berbunyi bagai. Kemain anak mama dapat macam-macam. Cucu sulung lah katakan.


Semalam mama pi pasar malam belikan baju Ben 10 dua pasang untuk Imran dan dress 2 pasang untuk Irma. Huhu... anak teruna mama sudah semakin besar rupanya. Kedua-dua pasang baju Imran tu muat-muat aje. Nampak perutnya yang bolat itu. Seluar pun betul-betul takat paras buku lali. Hehe. Muatlah untuk pakai barang sebulan dua.


Oh part yang best semasa membeli baju budak-budak ni ialah, harganya RM5 je sepasang! Hahaha. Murah je. Alah baju pakai hari-hari. Tak kisah la baju murah pun kan? Yang penting anak mama suka! Dan poket mama pun tidaklah rabak sangat!


Thursday, April 23

Roselle, anyone?

Setelah cuba bertanya kepada Pakcik Goo.gle, maka mama menemui jawapannya.


Rujuk di sini.

SATU ketika dahulu roselle menjadi sebutan ramai. Dengan khasiat kepelbagaian fungsi tanaman itu, penghujung tahun 1990-an roselle menjadi kegilaan para petani dan penggemar makanan sihat di Malaysia.

Tetapi lewat kebelakangan ini, hasil penjualan roselle tidaklah hebat seperti tanaman kontan lain, buah yang dikenali dengan nama saintifik hibiscus sabdarifa L semakin hilang populariti.

Namun, tiada siapa yang dapat menafikan kelebihan nutrisi yang ada pada tanaman yang sebenarnya berada dalam keluarga spesies bunga raya itu.

Roselle yang berasal dari Afrika adalah pokok yang boleh mencapai ketinggian mencecah antara tiga hingga lima meter dan berbunga sepanjang tahun. Buahnya yang berwarna kemerah-merahan mengandungi lima kelopak pada setiap kuntum bunga.

Kelopak dan biji inilah yang diproses untuk menghasilkan pelbagai produk seperti jeli, teh roselle, kordial, halwa, campuran biskut dan kek.

Berdasarkan kajian nutrisi, setiap 100 gram roselle mengandungi 260 hingga 280 miligram vitamin C, D, B1 dan B2. Kombinasi vitaminnya sudah cukup memberi pelbagai manfaat kepada manusia baik sebagai perisai kepada serangan penyakit, dapat mengurangkan risiko sakit jantung dan menjaga kesihatan otak serta saraf.

Selain kandungan vitamin yang tinggi, roselle turut mengandungi kalsium iaitu pada kadar 486 mg bagi 100 gram buah itu. Tidak ketinggalan beberapa nutrisi penting lain seperti omega 3, magnesium, beta karotin dan asid amino esensial.

Kandungan vitamin C dan mineral esensial dipercayai mampu melawan radikal bebas yang mendorong kepada penyakit kanser selain kalsium yang tinggi dapat mengelakkan kerapuhan tulang.

Roselle mempunyai sifat astrigen dan antiseptik. Lantaran itu, roselle mempunyai kemampuan untuk meredakan batuk, cirit-birit dan berak berdarah. Roselle juga mempunyai kandungan asik askorbik yang tinggi dapat membantu badan membina sistem pertahanan yang kuat.

Salah satu nilai perubatan tinggi yang ada pada roselle ialah nutrisinya mampu menurunkan kandungan kolesterol dan menstabilkan tekanan darah.

Khasiat perubatan roselle itu didedahkan oleh penyelidik Universiti Malaya, Profesor Dr. Rais Mustafa dan Profesor Dr. Mustafa Ali Mohd. yang mengakui kepelbagaian nutrisi pada roselle jarang ada pada bahan semula jadi lain.

"Roselle turut membantu proses metabolisme dalam badan manusia dan proses pengoksidaan secara berterusan. Ia dapat serta juga merangsang dan melancarkan air kencingmenurunkan tekanan darah.

"Malah, roselle juga mengandungi banyak asid organik yang sangat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga," katanya.

Dengan faktor tambahan seperti hampir keseluruhan pokok itu dapat digunakan, ramai pakar botani menggelarkan roselle sebagai magical plant. Daun roselle telah lama diambil oleh masyarakat zaman dahulu sebagai ulam-ulaman yang berkhasiat.

Sementara batangnya pula merupakan fiber putih berkualiti tinggi yang dapat digunakan untuk menghasilkan berus dan tali.


P/S: Saya bukan pengedar makanan/minuman berasaskan roselle. Kalau nak beli, cuba tanya pada si dia.



Wah banyak khasiat ye roselle ni. Hampeh betul baru nak amik tahu. Hihi.


Jurnal EBM 23042009: Penemuan baru?

Hari ni ada sesuatu yang buat mama agak curious.

Pagi: 9 oz!

Dah lama tak dapat banyak macam ni! Selalunya paling banyak pun dalam 6 oz. Tu tahap paling mewah la. Hasil yang banyak buat mama tertanya-tanya, apa yang mama makan/minum?

Bila dok ingat-ingat balik, rasanya benda baru yang masuk ke dalam anak tekak ni ialah...














































..... air roselle!





Mama tak pasti lah pulak samada roselle ni boleh membantu menambah susu atau pun tak. Malam karang kita test lagi sekali.

Ke... sebenarnya memang boleh bantu tambah susu cuma mama je yang tak tau? Hihi.



Merapu saja

Perjalanan ulang-alik Cheras-Shah Alam memang memenatkan. Bukannya jauh sangat pun. Tapi jemnya tak hengat! Ditambah pulak memikirkan duit yang keluar bagaikan air yang mengalir dari wallet mama semasa mengisi petrol dan membayar tol. Huhu. Memang penat rasanya.


Siapa yang lalu NPE kat sini? Sekarang ni kalau masuk dari Federal Highway dekat-dekat Kampung Medan tu, fuhh... jem boleh tahan ye? Maklumlah tol dah takde. Dah free. Semua pakat-pakat lalu situ.


Mama tak pasti la orang lain macamana tapi mama rasa sangat la exhausted nya. Mungkin kalau orang lain takde la rasa sepenat mama kot. Or mungkin jugak orang lain laagii penat tapi mama ni pulak lelebih ngomelnya. Heh.


Bila dipikirkan balik, orang lain lagi la. Kejar LRT, Komuter dan macam-macam public transportation lagik. Pastu bersesak pulak dalam LRT bagai tu. Lagi la kan. Mama ni naik kereta pun nak kecoh. *Insaf*


By the way, dek melayankan sangat penat mama yang tak seberapa tu, lepas Maghrib semalam mama terus tergolek atas katil. Amboi... mentang-mentang le duduk kat rumah nenek, ada orang tolong tengokkan anak-anak, ambik kesempatan pulak ye. Huh.


Pukul 10 bangun, mandi dan turun bawah. Kononnya nak main dengan anak-anak. Nenenkan Irma kejap. Lepas tu lepak la atas sofa. Entah bila mama pun tak sedar, tau-tau je mama dah zzzzz.... aiseh. Serius tak sedar. Tetiba je abah kejut mama suruh naik atas. Terpisat-pisat le hamba.


Kesian anak-anak mama. Takpe. Malam ni mama qada' balik ye. Oh pagi tadi disebabkan terover dose tidur nya, mama bangun dengan mata yang begitu segar sekali. Hoyeh. Thanks to aunty dilah dan nenek yang sudi jaga Imran & Irma masa mama tidur. Hihi.


Award Cute

Dapat award dari tuanpunya blog ini. Thanks!




Dan yang ini dari tuanpunya blog ini dan ini:


Thanks!

Sekarang saya beri pulak anugerah ini kepada:

Opie
Nana
Tata
Rose Zan


Wednesday, April 22

Top Commenters

Sungguh musykil dengan widget top commenters itu.


Meh saya bagi contoh.


Masa memula letak widget tu, jumlah komen Umi Sufira ialah 44. Semalam saya tengok, jumlah komennya jadi 36. Hari ni jadi 35 pulak. Ngape ye? Adakah Umi Sufira telah mendelete komen-komen beliau di blog saya? Atau ada setting yang saya tak buat dengan betul? Ada benda ni memang agak b*ngong?



Tuesday, April 21

Birthday dan Kisah Cik Cen

Ohhh mama sekarang tengah sibuk mencongak. Berapa la agaknya peruntukan yang diperlukan untuk bulan ini. Maklumlah, nak sambut birthday anak-anak mama. Dua-dua pulak tu! Nak menyambutnya, kena kat dua tempat. Satu kampung mama, satu kampung abah. Hoho. Yelah, barulah adilkan. Nak buat kat rumah sendiri... err... nanti dululah. Rumah sangat bersepah dan tidak organize! Segan mama nak ajak orang datang rumah. Takut-takut karang ada yang pengsan pulak. Hahaha.


Ok. Udahlah nak menyambut kat dua tempat. Ni mama dok terpikir nak menyambut birthday dua budak bucuk ni kat taska diorang. Alah bukan sambut apa pun. Takat bagi cupcakes dan goodies bag sorang satu kat kawan-kawan diorang. Tapi masih dalam perancangan lah. Tengok lah bajet macamana. Bajet sangat-sangat ketat sekarang ni.


Oh ye. Bercakap pasal rumah. Sudah dua minggu mama dan family menumpang rumah nenek kat Cheras. Sudah dua minggu jugak la mama berulang Cheras-Shah Alam. Bukan apa, abah sibuk buat kertas kerja dan perlukan masa bersendirian. Oh, sesiapa yang baca entri mama masa mama private kan blog mungkin tahu. Takpe tak penting.


Yang mama nak cerita ni, lately ni, ada Cik Cen yang sudah berani masuk rumah! Haiyo! Mama amatlah tidak suka binatang-binatang asing datang menyinggah ni! Mencik tahu!


Orang tua-tua kata, letak daun kucai kan? Oh mama dah letak. Busuk satu rumah bau daun kucai! Jangan kata Cik Ti mahupun Cik Cen, mama pun rasa macam nak keluar je dari rumah tu.


Tapi....


Nampaknya Cik Cen ni either tak paham bahasa ataupun dah terlalu advance. Tak makan saman langsung! Semalam abah singgah rumah. Buat kerja kat rumah sementara tunggu mama balik dari ofis. Abah kata dia dengar bunyi-bunyi tapak kaki Cik Cen berlari keriangan ke sana ke mari hokeh! Arghhh!!! Nyampahnya!!!


Apakah petua lain yang ada? Oh no. Jangan suruh saya pasang perangkap tikus sebab nanti tiada siapapun antara mama atau abah yang sanggup memungut perangkap yang dah berisi! Oh no no no no!



Monday, April 20

Private ~Sekali Lagi~ (UPDATED)

Kisah yang saya paparkan semasa saya privatekan blog saya Jumaat hingga Ahad lepas ada sambungannya. Dan sangatlah mengejutkan. Ada ke sesiapa yang nak tahu kisah selanjutnya? (Ecewah. Macam apa pulak. Poyo je). Ingin saya berkongsi cerita saya dan pendapat kawan-kawan.


Kalau ada sesiapa yang sudi nak baca, silalah beritahu ye. Sebab saya cadang nak privatekan blog saya. Again. Atau sesiapa yang nak tahu kisah sebelum ini, boleh juga beri email anda. Saya akan invite ikut senarai email yang baru ni, jadi kalaulah reader yang dulu nak tahu sambungannya, harap dapat beri email anda lagi sekali.



Tarikh saya akan privatekan blog saya akan diberitahu kemudian.


UPDATE

Saya rancang nak private blog saya esok. Jadi kepada kengkawan yang nak tahu kisah selanjutnya tu, atau nak tahu kisah misteri saya, silalah tinggalkan email anda. Thanks.


Angelina Jolie dan Sangkar Kucing

Menjenguk-jenguk page Nuffnang saya, inilah yang saya dapat:


Wah! Dari Angelina Jolie ke blog saya pula. Hihi.
Kisah berkaitan dengan AJ di sini.


Yang sangkar kucing tu pun, agak memusykilkan juga. Bila agaknya saya ada buat entri pasal kucing ye?


Ohhh rupanya kisah yang ini.


Macam-macam ek?





Diet Oh Diet (Entri Khas Buat Cik Iszan)

Merujuk kepada entri Cik Iszan kita yang ini dan ini, maka terpanggillah saya untuk menceritakan pengalaman saya semasa nak kurus dulu. Konon aje lah tapi. Bukan bermakna cara tu salah, cuma saya yang tak disiplin.


Saya jumpa seorang doktor di BTS (dekat dengan rumah CY ka?) untuk dapatkan pil kurus. Tapi kita bukan nak cerita pasal pil-pil di sini. Saya nak cerita tentang menu-menu yang dia berikan sebagai garis panduan kepada saya.


OK. ini takat yang saya ingatlah ye. Ini adalah menu high-protein low-carb dan diamalkan bersama pengambilan ubat-ubatan yang doktor tu berikan. So kalau nak amalkan berpada-padalah sebab takde ubatnya kan. Sekadar guideline saja ok.


Breakfast:
4 keping biskut (Tau tak biskut Luxury yang dalam peket2 tu? Ha yang itulah)
atau
Sekeping roti bakar disapu sedikit Dorina
* Jangan sesekali minum kopi yang 3 in 1 tu. Kalau boleh, elakkan kopi. Kalau nak jugak, minum kopi letak 1/2 saja gula dari yang biasa kita bancuh.


Lunch:
1 potong buah (Bukan semua buah boleh tau. Dia suruh makan buah jambu batu. Ada lagi beberapa jenis buah tapi saya tak ingatlah. Sorry. But the best is jambu batu lah)


Dinner:
Sebiji telur rebus boleh dimakan bersama kicap
atau
Sosej yang direbus selama 20 minit dan dimakan dengan French atau Italian dressing. Sosej ni dia tak sebut berapa banyak. Agak-agak la.
atau
Tuna dalam tin yang ada cili tu (ayam brand kot kan?) Makan begitu sahaja
atau
Rojak sotong kangkung tu, tapi make sure kangkungnya 1/3 sahaja dari jumlah sotong.
*Menu lain saya tak ingat sebab tak amalkan.


- MESTI minum air yang banyak. Sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.
- Exercise sekurang-kurangnya 3 kali seminggu (ni biasalah semua orang kata gitu kan)
- Elakkan makan sayur dan buah kecuali seperti yang disarankan sebab buah dan sayur ada complex carb (betul ke? mak ulang apa yang doc tu cakap aje)


Ini hanya guideline aje tau. Better jumpa orang yang pakar. Yang penting, nutrisi dalam badan mesti cukup supaya kita sentiasa sihat. Janganlah kurus tapi sakit aje tak best jugak kan?




Friday, April 17

Wallpaper

Saya kena tag dengan Puan Opie lagi. Kali ini berkenaan wallpaper pulak.


1. Arahan tag:

Anda perlu printscreen wallpaper di desktop anda yg sedang anda gunakan sekarang. Jgn tukar tau. Hihihihi

2. Bg tau kenapa anda suka wallpaper ini.

Gambar anak-anak saya yang telah diedit. Gambar anak-anak saya, mestilah saya suka!

3. Sila tag 10 org

CY, KNV, Cik Fid, Mrs Noba, Mimielola, Umi Sufira, MamaDhea, Ealyie, Cikgu Intan, MommyLyna.


Thursday, April 16

Award Dari Opie

Mama dapat award dari Puan Opie.








Terima kasih, Opie!

Mama berikan award ini kepada kawan-kawan di bloglist mama.
Korang semua memang best!
Sila tempek ok!




Private ~Updated~

Saya bercadang untuk mem'private'kan blog saya demi kerana satu entry ini. Terpaksa private sebab takmau orang-orang tertentu terbaca blog saya. Manalah tahu kan.

Makanya, Insyaallah blog ini akan di-privatekan hari Jumaat. Kalaulah ada sesiapa berminat nak baca entry misteri saya itu, bolehlah tinggalkan email anda di bahagian komen.

Sekian terima kasih.

UPDATE

Sekadar pemberitahuan, blog saya ini akan diprivatekan sehingga pagi Isnin, Insyaallah. Sebabnya kalau wiken saya memang jarang-jarang online dan amat jarang sekali update blog di hujung minggu.

Kali Pertama Kulihat Wajahmu

Ohhh... mak baru perasan yang mak ditag oleh Cikgu Intan. Mintak ampun baru sekarang nak buat. Hahaha.


Rule #1:

Letakkan Gambar Anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA..


Imran - setengah jam selepas melihat dunia. Lihatlah kepalanya ada sikit lonjong sebab kena vacuum.





Irma - tak sampai sejam (tak ingat le) selepas lahir. Baru lepas nenen yang pertama.


Nota: Samakah rupa dua beradik nih? Doktor yang menyambut diorang ni (ya, doktor yang sama) kata muka diorang sama. Ye ke?




Rule #2:

Letakkan butir ini :

Anak Pertama

Nama penuh : Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin
Nama Panggilan : Imran/Danish/Abang Imran
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 5 Mei 2007
Tempat Lahir : Poliklinik Syahirah, Seksyen 7, Shah Alam
Berat Lahir : 3.60kg
Cara Kelahiran : Normal-Vacuum



Anak Kedua

Nama penuh : Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
Nama Panggilan : Irma/Adik/Ma/Gegerl
Jantina : Perempuan
Tarikh Lahir : 24 Mei 2008
Tempat Lahir : Poliklinik Syahirah, Seksyen 7, Shah Alam
Berat Lahir : 3.15kg
Cara Kelahiran : Normal


Rule #3:

apakah harapan korang pada anak ini..

Jadi anak-anak yang soleh & solehah, jadi insan yang berbakti kepada kedua ibubapa, agama, masyarakat, negara. Sentiasa ingat dan rapat dengan family, jadi anak yang bijak, cerdik, pandai, berilmu, segala yang baik-baik belaka lah.


dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Ohhh saya tak kisah anak-anak saya nak jadi apa. Asal jangan jadi artis atau yang berkaitan dengannya, asalkan kerja tu halal rezekinya. Yang penting adalah kerjasama anak-anak mama ni haruslah memberikan yang terbaik dalam segala apa jua bidang yang dipilih serta mampu berikan mamanya ni duit yang banyak tiap-tiap bulan.



Rule terakhir....

Mau tag siapaaaa???

Rasanya semua orang dah buat kot. Tapi kalau sesiapa yang belum buat tapi nak dibuat, dipersilakan....





Tuesday, April 14

Jurnal EBM 14042009

Oh sudah lama mama tak buat entri berkenaan jurnal EBM mama ni.

Hari ini:

Pagi: 6.5oz
Alhamdulillah. Masih belum cukup meriah seperti dulu tapi mama syukur sangat-sangat.

Tengahari: 3.5oz
Mungkin sebab mama tak lunch kot. Bukan niat nak skip lunch tapi perutku sudah penuh dengan taik. Tak lalu nak makan apa-apa.



Bapak Vroom!

Imran sekarang sangat kuat membebel. (Sejak dulu lagi sebenarnya)
Kalau kat dalam kereta tu, segala benda yang dia nampak, mesti dia nak sebut (mana vocab yang dia tahu la).

Contohnya, digi (dey-jey), shell (cel), petronas (nan), tol (ton).

Nak kita layan pulak tu. Kalau kita buat dekk je, siaplah. Kadang-kadang mama abahnya kena penampo. Haha. Sapa suruh tak layan?

Kalau dia kat dalam car seat nya kat depan and mama & Irma kat belakang, abahnya la yang jadi mangsa. Setiap benda yang dia mention, abah mesti layan. "Haah. Digi." Sekurang-kurangnya. Kalau tak, nanti dicuitnya lengan abah. Tak pun, cubit. Tak pun, babab. Apa-apa je lah asalkan abahnya layan. Haha.

Paling tak tahan? Bila nampak logo Pro.ton. Terus dia sebut, "Bapak!" atau pun, "Bapak vroom!". Sebabnya kami pakai kereta jenama itu.

Sampai abahnya selalu kata, "Apsal la kaitkan abah dengan Pro.ton ni? Kalau kaitkan dengan Hon.da ke, Toyo.ta ke, Mer.cedes ke, BM.W ke, best la sikit. Ini Pro.ton pulak. Apa laaa."

Tak pasal-pasal abah ada share dengan Pro.ton ye Imran?


Teringin

Saya teringin nak makan ini.





Adakah anda masih memboikot dari membeli makanan di sini?


Saturday, April 11

Tahniah Puan Rose

Hari ini saya ke majlis perkahwinan kawan saya ketika sekolah menengah dulu. Rose Zan namanya.

Kepada Rose Zan, tahniah atas dua perkara. Hehehe. You know what I'm talking about, rite?


Friday, April 10

Apa Pendapat Anda?

Apa pendapat anda jika setiap hari anak anda menangis ketika anda menjemputnya dari taska?

Tapi, sebelum tu takde nangis pun. Dan anda ada juga buat 'lawatan mengejut' untuk meninjau keadaan anak anda. Ok je. Hepi main dengan kawan-kawan. Tapi ketika nampak je anda, anak anda terus menangis ala-ala mengadu gitu.

Anda juga telah meng'interview' staf-staf di taska tentang sikap anak anda sepanjang berada di sana, dan menerima feedback yang positif.

Patutkah anda rasa suspicious kepada pihak taska? Mungkinkah pihak taska selalu 'babab' anak anda yang restless dan super-active?

Atau anda beranggapan, anak anda memang sikapnya begitu - saja-saja menangis minta simpati semasa anda menjemputnya?

Apa pendapat anda?



Birthday

Semalam hari lahir mak saya. Yang ke-54.

Happy Belated Birthday Mama!

Lagi 2 tahun dah nak pencen dah. Boleh la fokus main dengan cucu. *Hint* ;)



Thursday, April 9

Can A Family Man With Salary RM3k Survive In Malaysia?

Dapat email ni yang diforward oleh seorang rakan.

Can A Family Man With Salary RM3,000 Survive In Malaysia .....!

Can a family man with Salary RM3,000 survive in Malaysia

Let's do some simple calculations here.

In Malaysia , the average family income is RM3,000 /month (where father works, mother doesn't).

I understand there are many families whose monthly income does not reach RM3,000, but, to make things simple, let's take RM3,000 as the figure. Ok lah, right?

Okay, let's start rolling with a family which has Papa, Mama, 1 daughter and 1 son. Ngam-ngam ....

Calculation starts...

Electricity and water bill: RM100
(No air-con, No home theatre, No water heater ... ok?)

Phone bill ( Telekom): RM100

Meals for a happy family: RM775
(3 meals on RM25/day, RM25 for 4 persons...?)

Papa makan / teh-tarik during working hrs: RM155
(RM5/day, RM5 .. can eat what?)

Car repayment: RM400
(A proton saga aeroback, 7 yrs repayment)

Petrol (living in city, traffic-jam): RM300
(go to work, bring son to school, only can afford one car running)

Insurance: RM650
(kids, wife and myself)

House repayment: RM750
(low cost housing repayment for 30 yrs, retired still have to work to pay!)

Tuition: RM80
(got that cheap meh? i don't think so)

Older children pocket money @ school: RM20
(RM1/day, eat bread?)

School fees: RM30
(enough ah?)

School books and etc: RM100
(always got extra to pay in school)

Younger children milk powder: RM50
(cannot have the DHA, BHA, PHA one, expensive)

Miscellaneous:

RM100
(shampoo, rice, sauce, toilet paper)

Oh wait!!! I have to stop here, so...
No Astro,
no movie @ cinema,
no DVD,
no CD,
no online,
cannot KFC,
cannot McDonald,
cannot go Park walk during weekend (petrol expensive),
no chit chat on phone with grandparents, and etc...

Let's use a calculator to total up... WALAO EH! Shit! RM3,610 already... EPF belum potong, income tax lagi........oledi RM3,610 ....

How to survive lah tuan-tuan dan puan-puan sekalian ???

Ada lagi sambungannya tapi tak sesuwei nak dipastekan kat sini.

Hm, kalau aku, dengan duit taska lagik (untuk 2 anak, mind you), susu Iso.mil Imran yang tersangat mahal tu lagik, dispo diaper lagik (sekarang tengah slowly nak berhijrah ke CD), owhhh sangat tinggi belanja bulananku!

Gaji bersih tidak lah sampai macam yang di atas ok. So sekarang korang boleh agak le berapa gaji aku (relevan?)



Mama Risaukan Irma

Sejak semalam, Irma asyik menangis masa kat taska, sampaikan teachernya naik risau. Kata teacher, Irma menangis macam tengah sakit, tapi bila check, takde pulak kembung ke apa ke, selain selsema yang berpanjangan tu.

Mama risau sangat2 ni. Apa yang patut mama buat? Irma ni dalam kes separation anxiety ke? Kot ye pun kenapa menangis sepanjang hari? Risau sangat-sangat. Ada apa-apa petua/tips/pengalaman untuk dikongsikan?



Wednesday, April 8

Entri Untuk Jua Updated

Jua, inilah orang yang saya maksudkan itu.

-delete-

-delete-

-delete-

Tiba-tiba rasa geli pula letakkan gambar-gambar itu di blog ini. Boleh? Hihihi.
Mungkin taste mak juga sudah berubah.

Cukup 3 gambar je.

So Jua, yummy tak? Hahahaha.



Kisah EC dan Kisah Mengandung

Semalam, saya tonton cerita ini.

Psstt... EC di title bermaksud Edward Cullen, harap maklum ya.



Nasib baik semasa saya menonton, Irma dah tidur. Imran pula kacau En Abah buat kerja. Kehkehkeh.

Saya bagi 4 bintang. Cukup?

Baca blog Mamaadib pasal nak break the news kepada orang-orang kat opis, saya teringat pulak kisah saya.

Seperti ramai yang sedia maklum, saya dapat tahu saya mengandungkan Irma semasa Imran baru saja berusia 4 bulan lebih. Oleh itu, saya berasa sangaaatttt segan/malu nak bagitau boss saya yang saya pregnant.

Masa tu, hanya seorang dua yang rapat dengan saya je yang tahu. Semasa saya pregnant juga saya siap pergi buat verifikasi stok. Orang pregnant tak digalakkan sepatutnya. Tapi sebab segan punya pasal (plus tak tahu pun orang pregnant tak boleh buat verifikasi stok), saya pi jugak. Nasib baik stor tempat saya ditugaskan itu tidak berhabuk atau semak atau membahayakan nyawa saya dan Irma (read: tidak perlu panjat-panjat atau tidak periksa bahan-bahan kimia di lab).

Bos saya siap tegur lagi, "Zety, you nampak makin berisi sekarang ni. Happy ye ada anak? Anak dah tak bangun malam ye?" Kehkehkeh. Saya senyum aje.

Saya tak ingatlah macam mana satu ofis dapat tahu saya pregnant. Saya rasa sebab saya kena pi BTN kot. Masa tu kandungan dah cecah 4 bulan. Tak berapa nampak sangat al maklum saya memang gemuk tapi pinggang baju kurung dah start ketat-ketat gitu.

Nak ke BTN kena tempah baju kurung putih dan kain hitam. Kakak tempat saya tempah baju itu (kakak tu satu ofis dengan saya) telah saya pesankan supaya besarkan sikit tang pinggang berbanding baju contoh saya. Mungkin (Mungkin lah kot. Dah tak ingat lah kisahnya. Tak senonoh kan?) dari situ kakak tu dah terperasan gamaknya.

Start kandungan 5 bulan saya dah pakai baju mengandung. Saya bersaiz besar dan perut saya jugak cepat besar, harap maklum. Masa tu ramai la dok bertanya, "La.. pregnant ke?" Hehehe.

Kalau orang dari cawangan lagi la pelik bila nampak saya. Ye lah, jarang-jarang jumpa. Tup-tup bila datang HQ, pregnant la pulak kan.

"Eh, hari tu you mengandung kan? Ni masih mengandung ke atau mengandung lagi?"

Hahahaha.

Tuesday, April 7

Award Basi

Baru nak tempek.
Award dari Umi Sufira.
Roza, I love your blog too!


Maka dengan ini saya panjangkan award ini kepada semua yang ada di bloglist saya.
Sebab saya suka blog mereka juga!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!