Wednesday, June 30

Gi Kuar!

Kisah beberapa hari yang lepas.


Saya sedang mandikan Imran. Biasalah, masa nak bilas rambut dia yang penuh dengan syampu tu memang menjerit la dia. Hehe.


Lepas je dah habis bilas tu, Imran kata, "Mama ni!!! Mandai-mandai je Mama." --> Mama ni!!! Memandai je Mama!


Apakah? Kena marah ke haku nih?
Then, hari yang lain pulak, Irma bebel kat abang dia yang suka bebenor menyakat dia sampai nangis-nangis.

"(^$&T())*&^$#!!! Kuar!! Gi, kuar!" --> (&%$*(* Keluar! Pergi keluar!


Hadoi. Dah pandai 'halau' abang dia keluar sekarang ye??? Pastu saya cakap la, "Hepp.. tak mo buat macam tu.. tak baikkk."


Tau apa dia reply?

"&@%^*())_^$#.!!! Mama, gi kuar!"


Hoh? Dengan Mama sekali kena halau???



Selamat Datang

Semalam saya mendapat tahu yang blog gajah biru yang chomel ini telah berjaya ditemui oleh seseorang (ke dua tiga empat lima nam orang? :P) yang saya kenali.


Selamat datang saya ucapkan. Ngee...



Tuesday, June 29

Syukurlah

Walaupun mak ni 'chomel' semenjak kecik, mak bersyukur, nyah. 


Sekurang-kurangnya, mak tak de sakit macam dia ni.


Kesian mak tengok. Umur baru 21 tapi takde rupa 21 tahun pun. Kurang-kurangnya mak ni, kengkadang orang ingat budak kolej pun ada. Hahaha. Cuma, budak kolej versi 'chomel' la kan. Mana taknya, orang panggil mak ni 'adik', padahal mak tengok orang tu jaaauh lebih muda dari mak. Owh. Kadang-kadang terperasan muda la jugak kan. Hihi.


Ok, berbalik kepada kisah dia ni. Huih. Orang lain berperang takmo makan sebab nak diet. Dia pulak berperang sebab MESTI makan. Setiap 15 minit, uols. Kesian kan.


Pendek kata, bersyukurlah dengan apa yang Dia dah jadikan untuk kita ni. Oh, bukanlah bermaksud kalau gemok macam mak ni, mesti redha dan tak cuba ubah keadaan diri supaya menjadi lebih sihat ya. 


Maksud mak, walau kita ni dilanda dugaan dan ujian, harus diingat ada manusia lain yang ujiannya lebih besar dari kita. Ye lah, berbadan 'chomel' ni kira ujian buat kita la jugak kan. Ujian supaya lebih bersabar (tang melawan nafsu makan, dan jugak masa jadi bahan ejekan dan kutukan), supaya lebih berusaha untuk kuruskan badan dan macam-macam lagilah.


Jangan terlalu memandang ke langit hingga lupa rumput di bumi. Err... relevan ke? Kihkihkih. Maksud mak, jangan terlalu memandang orang lain yang kedudukannya lebih tinggi daripada kita je. Sesekali pandanglah orang yang lebih susah dari kita. Supaya kita bersyukur atas segala rahmat dan kurniaanNya. Benda ni bukan takat apply tang berat badan tu je, tapi dari segala aspek kehidupan kita. 


Ingatan untuk diri sendiri jugak nih.


Renung-renungkan, dan selamat beramal :)


Apa Tu Bapak???

Malam tadi seperti biasa, selepas makan malam En Abah akan melakukan aktiviti 'fogging' di luar rumah. Entah kenapa Imran pun nak ikut sekali duduk kat luar. Biasanya dia rileks je. Ni siap nangis-nangis bila En Abah tutup pintu tak bagi dia ikut.


So Imran pun lepak lah dengan En Abah kat luar rumah. Tah borak apa tah anak-beranak tu.


Tetiba, Imran tunjuk something Dari depan rumah jiran belah kanan sampai lah kat pokok mangga depan rumah jiran belah kiri, jari telunjuk dia terarah kat benda tu.

"Apa tu bapak??? Dia terbang..."


"Mana?"


"Tu..." Imran tunjuk arah pokok mangga. Lepas tu dia tutup muka.


"Takottt..." terus lari masuk rumah.


Apakah??? Di saat saya sedang menaip ni bulu roma terasa meremang. Huishhhh.


Masuk rumah, En Abah cerita kat saya. Lepas tu dia naik atas, tengok bola. Tak lama lepas tu saya dengar bunyi anjing yang baru dibeli jiran sebelah kanan menyalak-nyalak.


Alahai nak oii... depan rumah pun ada ke??? Huhu... seram dah mama ni... lepas-lepas nak menggosok baju pun kena ada orang temankan la kekdahnya. Mana taknya tempat menggosok mengadap tingkap. Boleh nampak area depan rumah.
Scary!


Monday, June 28

Bantulah Aku

Apakah aku ada berbuat salah, atau dia yang entah kenapa tiba-tiba saja berubah sikap?


Kalau aku yang salah, berterus-teranglah. Supaya dapat aku perbetulkan salah aku. Kalau kau berterusan mendiamkan diri begini, tapi bercerita pula dengan yang lain, apa guna aku anggap kau sebagai kawan.


Kawan, aku hanya manusia biasa. Kadang-kadang aku berbuat salah tanpa aku sedari. Maafkan aku kalau hati kau terluka atas apa jua sebab yang datangnya dari aku. Kalau kau ada masalah, aku sentiasa ada di sini, sudi untuk membantu mana yang mampu. Atau sekurang-kurangnya meringankan beban di bahu kau.

Tapi, kalau kau terus-terusan begini, aku pula akan terus-terusan buntu, dan satu tanda tanya besar akan bermain di fikiran aku.


Mode confuse,

Friday, June 25

Weekend @ Kluang: Edisi Bergambar

Semalam gambar kat Kluang main google je kan. Hari ni meh nak letak gambar yang betul punya. Again, gambar-gambar ni diculik dari FB officemate dan diedit semula :)


Breakfast di Kluang Rail Coffee


Sila perhatikan gelas kopi saya yang pekat lagi mantap itu. Pergh!


Mintak maap le kalau sakit mata tengok muka mak budak yang mekap-less itu. Muka je sengih-sengih, dalam hati dok risau pasal kereta yang dah kong bateri nya tu.


Kekenyangan


Sila perhatikan pula betapa banyaknya bungkusan nasi lemak dan mihun goreng yang berjaya dilamtak. Muahaha. Dan tengok muka Irma yang comot selepas makan telur ayam kampung separuh masak milik En Abah. Melepas En Abah nak makan telur ayam kampung. Hehe.


Crime scene


Perasan tak kat belah kiri gambar ada anak panah? Itu ialah Puan ZZ tengah membelek kopi. Dok pikir nak rembat yang mana satu. Ada yang 300 gram, ada yang 500 gram, ada yang uncang.


Mak-mak dara bersama anak dara yang bakal tak dara :P


Imran malu-malu berdiri sebelah pengantin. Irma masa ni dengan En Abah. Tengah tido.


Menyibuk je time pengantin nak makan. Dah kelaparan dah pengantin tu. Hehehe.


Itu aje lah gambar yang ada. Menumpang kasih kamera orang lain.


Hm. Minggu ni korang ada jemputan kenduri kahwin lagi tak?


Selamat berhujung minggu!



Hampir Terlupa

Isnin lepas ialah birthday adik bongsu saya yang ke 23. Lupa pulak nak tulis dalam blog.


Happy Belated Birthday, Dilah. May happiness be yours.


:)


Setiap Pusingan Gaya Mesti Lain-Lain :P

Baru perasan bila tengok balik gambar masa pertandingan berbalas pantun hari tu.


Masih lagi pasal berbalas pantun tu. Harap jangan le korang muntah dek asyik bercakap pasal pantun je. Hek eleh ZZ. Macam bagus jek kan. Hoho.


Layan je laaa ek.


Setiap pusingan gaya kitorang mesti berubah. Tak banyak, sikit pun ada la jugak.


Ni masa pusingan awal. Lega lepas dah selesai berpantun. Ingat lepas ni, 'yay boleh balik ofis sambung blogging kerja'.


Sila tengok akak kat sebelah saya tu. Akak tau, bukan adik. Kecik molek comel lote je kan. Macam mak dengan anak pulak. Hihi. Jangan main-main. Pemantun terbaik tu tau.


Masa ni yang perempuan pakai baju kurung je. Biasa-biasa je. Yang pemantun lelaki terbaik tu (ehem ehem) bergaya sikit pakai blazer bagai :)


Pusingan suku akhir. Hari yang sama. Lari ke ofis kejap nak sambar blazer.


Masa ni mak ala-ala tak berapa selesa sangat. 'Kawan baik' tetiba datang. Cuak punya pasal gamak eh.


Selesai separuh akhir. Legaaaa sebab baru lepas 'berperang' dengan pasukan yang paling ditakuti. Phew. Soalan power-power seh. Menggigil nak menjawab. Masa ni selempangkan kain songket tah siapa punya tah. Ingat nak bawak tepak sirih sekali la konon. Tapi terlupa pulak. Mungkin kaget (wah kaget tau. first time guna perkataan ni dalam blog.) sangat kot.


Final. Hahahahaha. Tengoklah gaya mak. Macam nak tak nak je pakai songket tu. Sebenarnya ai rimas, nyah. Nak menulis pun susah. Ai kan perlukan space yang besar. Songket tu mengganggu kosentrasi ai taw. Tak nampak ai tengah muncung je tu? Hahaha. Ikat mulut tu baru tau.


Pemantun lelaki terbaik siap letak kerongsang tau kat songkok dia. Sungguh lelaki Melayu terakhir gitu. Yang pemantun wanita terbaik pulak sungguh ayu bila berselendang songket tu. Baru la rupa anak dara desa sejati. Bukan macam makcik gomok kat sebelah tu. Tah hape-hape tah cara dia berselendang. Dah serupa macam Tok Ti bertudung je. Muahahaha.


Nota ZZ: Gambar-gambar disambar dari FB officemate dan diedit oleh ZZ.




Thursday, June 24

Weekend @ Kluang

Minggu lepas kan pi Kluang untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan officemate saya. Saya sampai lambat sebab ada dua lagi jemputan sebelum bertolak ke Kluang.


Hotel dah book awal-awal. Nasib baik ada officemate yang gerak dulu ke sana untuk confirmkan bilik kami. Diorang gi awal sebab nak bermandi-manda kat air terjun. Saya pulak ada dua jemputan, tak sampai hati nak tolak undangan orang. So, takdelah mandi-manda.


Duduk hotel pun sekadar menumpang mandi dengan tidur je. Harga bilik adalah RM60 sahaja. Bilik juga not bad. Bilik air pun ada bath tub. Bukan lah setakat shower je. So, RM60 untuk benda-benda basic macam tu kira sangat berbaloi-baloi lah kan?


Makan malam kami disponsor oleh officemate yang bawa bekalan dari rumah untuk picnic tu. Ada banyak lebih katanya. Membazir kalau buang. Pasta goreng nya memang marvelous. Sedap. Imran dengan Irma makan banyak. Lagi-lagi ada sosej. Memang laju budak-budak ni makan.


Malam tu tidur rasa macam tidur dalam peti ais. Sejuk gilosss air cond dia. Imran tidur dengan saya, makin lama makin masuk dalam selimut. Hehehe.


Esok paginya awal-awal lagi dah bangun. Konon nak bawa anak-anak pi main kat mana-mana playground sebelum pi breakfast dengan officemate yang lain. Sekali, battery kereta kong la pulak! Takmo start. Syukurlah ada officemate yang baik hati tolong jump start kereta. So, lepas-lepas tu tiapkali nak ke mana-mana kena mintak tolong diorang jump start kan kereta dulu. Ataupun jangan matikan enjin. Huhu.


Bawa budak-budak ke playground. Kat mana tah. Main ikut je telunjuk GPS. Muahaha. Tapi sedih tengok banyak mainan yang dah rosak. Gelongsor pecah-pecah. Buaian dah yilek. Jongkang-jongket takde pemegang. Sangat bahaya untuk kanak-kanak. Saya rasa ni semua vandalisme kot sebab kalau nak kata budak-budak kecik yang rosakkan adalah sangat tidak munasabah.


Janji jumpa kengkawan pukul 9.30 kat kluang Rail Coffee. Tak sabar-sabar nak rasa kopi Kluang yang famous tu. Hihi. Gelojoh betul. Tanya En GPS lagi kat mana kedai tu. Laa... tak sampai 200 meter je pun dari playground.


Sampai kat sana, memang ramai gilos orang weh. Sampai kena beratur nak dapatkan tempat duduk. Oh ye Kluang Rail Coffee ni letaknya betul-betul sebelah stesen keretapi.


Pic from here


Inilah tempatnya.
Pic from here


Dah sampai sini, sah-sah la WAJIB order kopi dia kan. Lepas tu makan pulak nasi lemak yang memang terhidang atas meja tu. Mihun pun ada, mee goreng pun ada. Nasi lemak dia sangat sedap okeh. Yang berbungkus kertas minyak, sambalnya pedas-pedas manis. Favourite saya. Yang berbungkus daun pisang pulak, nasiknya sungguh menawan kalbu.

Pic from here


Tak sah jugak singgah kopitiam tak order roti bakar. Saya order roti bun bakar.

Roti yang bulat itu. Sedap!
Pic from here


Nasi lemak sebungkus 70 sen sahaja. Saya makan dua bungkus. Hihi. Tambah pulak dengan roti bakar tu. Memang kenyang. Lepas tu buntang je bijik mata minum kopi kaww. En Abah makan nasi lemak dengan mihun. Budak-budak makan mihun. Overall kami sekeluarga makan 7 bungkus nasi lemak dan mihun. Muahaha.


Menu lain yang ada kat situ ialah pau. Ada pau sambal dan pau tuna. Officemate saya order. Rasa lah sikit. Not bad jugak.


Lepas selesai sarapan, beli pulak serbuk kopi yang dia jual. Saya beli untuk mak dan MIL saya. Sebungkus RM6 (300 gram). Oh ye. Malam tadi MIL saya pesan, kalau kawan saya belum balik lagi dari Kluang, dia nak kirim kopi sekilo. Hah dahsyat kan penangan kopi Kluang nih.


Kata En Abah kat Seremban tu pagi petang siang malam minum kopi sekarang ni. Hihi.


Oh ye, dan.... ehem-ehem.... Murah sungguh rezeki kami sepanjang kat Kluang. Ada orang sudi belanja sarapan kami. Terima kasih banyak-banyak. Kot kalau terbaca blog ni, Insyaallah kalau ada rezeki lebih, saya belanja nanti. Hihi.


Balik dari sarapan, terus bersiap untuk check out dan gerak ke kenduri kahwin. Masa tengah bersiap tu, saja jenguk-jenguk tingkap nak tengok pemandangan apa belakang hotel ni. Nampak la bahagian belakang kedai-kedai dan rumah. Paling tak tahan sekali, sebelah hotel tu ada kubur cina.


Sampai ke kenduri, sekali lagi, murah sungguh rezeki kami. Ada lauk kambing uols! Mak punya peberet tu. En Abah apatah lagi kan. Kena pulak dengan beriyani. Nasi beriyani orang Johor memang takleh celen lah kan. Superb! Dialog En Abah, "Terima kasih sangat-sangat sebab bawak saya ke sini." Hahahaha. Over tau En Abah.


Yang menariknya pulak kat bahagian minuman ni dia buat macam ala-ala gerai air kat pasar malam. Ada 4-5 jenis air. Pilih mana berkenan. Wah rambang bijik mata mak, nyah! Ada air purple, air hijau, air hitam, macam-macam! First time nampak orang buat macam ni kat kenduri kahwin.


Masa bertolak balik, sekali lagi kena jump start kereta. Jenuh jugak le kan. Menyusahkan orang lain je rasa. Nasib la dapat officemate yang baik-baik belaka. Kalau tak, terkulat-kulat le kami sekeluarga kat Kluang tu. Huhu.


Dalam perjalanan balik, singgah Seremban. Ada tiga agenda. Agenda pertama, Pak Yong (biras saya) nak sangat jumpa Imran. Maklumlah orang laut kan. 6 bulan kat negara orang, 2 bulan kat negara sendiri. Sekarang kapalnya berhenti kat Singapore. Dapat le dia balik Seremban kejap. Kebetulan malam tu malam terakhir sebelum dia bertolak ke Singapore balik. Dapat lah bagi diorang berjumpa. FYI Pak Yong ni memang berkenan betul dengan Imran. Hehehe.


Agenda kedua, nak bagi MIL kopi tu. Ha apalagi, terus la dia jerang air buat kopi. Terkagum semua orang minum kopi sedap. Ekekeke. Agenda terakhir, nak pinjam kereta PIL, tinggalkan kereta kami kat situ kejap. Nak hantar tukar bateri esok harinya.


So, kami sampai Cheras dalam pukul 10 lebih. Lalu LEKAS malam-malam macam tu memang agak er... scary. Highway baru, tak ramai yang guna. Tambah pulak dengan kemalangan artis baru-baru ni tu kan. Memang agak seram lah. (Saya penakut, harap maklum). Apakan daya, nak elak jem kat PLUS dan memang LEKAS la laluan terdekat (dan termurah) kami nak sampai Cheras.


Fuh. panjang sungguh entri kali ni. Layankan aje lah ye. Hihi.

Kenapa Saya Suka Baca Casa Arina?

Walaupun dah ketinggalan keretapi, saya tetap jugak nak buat. Kalau tak masuk dalam list pun takpe. Ini komen/pujian dan bodekan ikhlas dari saya.


Sila baca ye KNV.


Saya suka baca Casa Arina sebab penulisannya sangat dekat di hati saya. Ada entri yang dapat buat saya muhasabah diri sendiri, tak kira lah sebagai ibu, isteri mahupun kawan. Ada entri yang mampu membuat perut saya berbunyi kriuk kriuk di pagi hari serta meleleh air liur sampai terpaksa pinjam baldi CIB. Ada entri yang buat saya teringin ke UK memborong cheese. Ada entri yang buat saya teringin nak jadi chef diva membuat roti. Ada entri yang buat saya sama-sama geram dengan orang yang buat KNV bengang. Ada entri yang buat saya tersenyum sendiri. Ada entri yang menyedarkan saya betapa sebagai manusia biasa kita tak lepas dari buat silap dan salah.


Pendek kata, Casa Arina bukan fokus pada kehidupan penulisnya semata-mata, tapi bisa membuatkan pembacanya membuka mata, membuka minda. 


Akhir kata serangkap pantun buat KNV (mentang2 le baru lepas berpantun sakan kan):

Hari Selasa membuat roti,
Disapu sedikit dengan jem strawberry;
Casa Arina sentiasa dihati ini,
Pantang ber-update rumah pasti kukunjungi.


:)


Wednesday, June 23

Kemenangan Yang Tidak Disangka-sangka

Dari minggu lepas lagi otak saya telah bertukar kepada mode berpantun. Haha.


Dek kerana dipaksa rela untuk menjadi wakil bahagian pertandingan berbalas pantun, maka cara berfikir pun terpaksa di-train begitu. Fuh. Now nak tulis blog pun agak 'kaku' sikit sebab nak tune balik otak kepada mode normal. Hehe.


Ok. Mula-mula cadang nak masuk pantun ni sekadar penyertaan aje. Ingatkan dapat survive takat pusingan awal je la. Sekali menang la pulak. Alhamdulillah. Ke pusingan suku akhir la kami.


Pusingan suku akhir bertemu pulak dengan pihak lawan yang rasa-rasanya memang takmo masuk separuh akhir kot. Hihi. Keji tak buat statement gitu. Ye lah, jawapan pantun semuanya main 'play safe' je kan. So, masuk la pulak separuh akhir.


Hari ni lah pusingan separuh akhir & final. Cuak sebab takut berjumpa dengan pihak lawan yang super-dahsyat soalan pantunnya. Plus tema pantun dah bertambah pulak. Tambah tema pengetahuan am. Ayoyo.


Sekali, apa yang paling ditakuti pulak yang jadi. Huhu. Pihak lawan masa separuh akhir memang bagi soalan yang power-power. Berpeluh sakan nak menjawab. Tapi lepas tu kitorang bagi balik soalan super duper power. Muahaha. Alhamdulillah dapat pula ke final.


Masa final tu mak siap pakai selendang macam anak dara desa zaman dulu-dulu, nyah. Tapi bila mak tengok dalam cermin takde rupa anak dara desa pun. Rupa nangka bungkus adalah. Muahahaha.


Alhamdulillah. Akhirnya juara jadi milik kami. Ececeh. Siap team saya dapat jadi pemantun lelaki dan wanita terbaik pulak tuh. Tapi buka ai tau. Ai pantun ganas-ganas. Takde lemah gemalai macam pemantun2 terbaik. Mak tak reti la, nyah.


Ok lah. Masih di dalam mode excited dan tak percaya lagi nih. Jumpa lagi. Tata.


Sunday, June 20

Hello!

Saya bersiaran dari Kluang!


Jauh sungguh perjalanan kitorang semalam. Bertolak dari Cheras, ke kenduri kahwin kat Kepong, then ke Bukit Jelutong pulak. Lepas tu gerak ke Kluang. Sampai Kluang pukul 8.15 malam. Sangat penat okeh.


Sampai bilik hotel, mandi-mandi, makan-makan, terus tidur. Penat gila. 


Okeylah. Nanti-nanti update lagi. Bye!


Friday, June 18

Coconut Shake Yang Yummeh!

Gigih sungguh menggoogle gambo coconut shake tu. Oh gerai dia kat Klebang ye, harap maklum. Ampunkan saya yang tak tau nama tempat kat Melaka ni walaupun duduk sana dua tahun. Maklumlah duduk terkurung dalam hostel je. Hehe.



Ni lah gerainya. Nampak tak Caltex tu? :)
Pic from here.




Pesalah yang membuatkan tekakku gatal bagai digaru-garu.
Pic from here.


Abanggggg, jom kita singgah minum coconut shake masa on the way ke Kluang nanti nak? Jom jom? *Wink wink*


Cuti 3 hari

Kan hari tu saya cuti 3 hari kan?


Sebenarnya niat di hati ialah ingin mencuba nasib menjadi SAHM bertaraf sementara. Apakan daya En Abah ada kerja. So, jadi SAHM separuh masa aje lah. Sebab separuh masa nya lagi diserahkan kepada MIL, SIL dan anak-anak buah. Hahaha.


Hari Isnin tu lepas En Abah dah settle kerja dia, bawak pulak budak-budak ni semua ke Ulu Bendul (lagi???). Haih dah tempatnya dekat bebeno dengan rumah MIL, so asyik ke situ aje lah kan. 


Masa nak keluar tu saya dah perasan langit mendung semacam je. SIL pun siap kata kat En Abah, macam nak hujan je ni. Tapi En Abah ajak redah jugak. Mungkin kat Ulu Bendul tak hujan kot, kata En Abah lah.


Sampai sana, budak-budak mandi tak sampai 15 minit. Unggun api En Abah pun belum stabil lagik. Tup-tup, hujan daaaa. Nasib baik la sempat berlari ke kereta. Budak-budak tak menyempat apa-apa terus masuk kereta dengan baju dan badan basah-basah tu. Hiiiiii... saya tengok diorang pun saya rasa sejukkkk.


Inilah perkelahan singkat namanya. Haha.


Hari Selasa En Abah ajak gi Zoo Melaka. Ye, bab berjalan-jalan ni En Abah memang no 1. Saya tak berapa gemor sangat especially bila RM nya seciput. Kalau RM ada banyak banyak banyak takpe. Sebab saya boleh shopping. Kecuali kalau ke shopping mall. Hahaha. 


Plan asal cuma bawa adik ipar dan budak-budak je. Tapi tetiba MIL dengan PIL pun ikut sekali. Wah. Meriah pulak rasa.


Nasib baik masa sampai sana orang tak ramai lagi. Semangat weh nak ke zoo. Pukul 9 pagi dah sampai. Hihi. Tiket dewasa ialah RM7. Kanak-kanak 5 tahun ke atas RM4.


Since MIL sakit lutut, kitorang suggest dia naik tram tu. Tapi dia takmo. Nak ikut kitorang sekali. Terkejut gak. Ye lah. Berjalan dalam zoo bukannya dekat kan. Tapi dia nak join sekali cucu-cucunya berjalan. So ikutkan ajelah.


Dulu masa pi Zoo Melaka ni kitorang memang naik tram je pun. Kejap je dah balik dah. Pastu macam tak puas sebab tak dapat tengok semua binatang kan. Tu yang En Abah ajak jalan kaki tu.


Dan kali ni jugak merasa naik kuda. Hahaha. Tak plan pun nak naik kuda. Tapi Imran nak naik. Bagi la dia naik dengan sepupu dia yang darjah 5 tu. Lepas tu, Irma dah nampak abang dia naik kuda, dia pun nak naik sama. Ah sudah. Siapa pulak nak bawak. En Abah takmo. So, nak tak nak saya la yang kena naik. Saya tak takut, tapi tak sampai hati. Sebab dulu masa pi Fraser Hill naik kuda, kesian sangat kuda tu kena bawak 'barang berat' ni. Slowwwww je dia jalan. Haha.


So kali ni macam kesian la, kang kuda ni tak larat nak bawak aku. Huhu. Tapi, takde pilihan. Irma dah merengek-rengek nak naik. Nak tak nak saya naik lah jugak dengan dia. Sekali naik RM4 (dewasa + kanak-kanak). Kalau naik sorang-sorang dewasa RM3. Kanak-kanak RM2.


Hooo kuda ni kuda muda kot. Gagah perkasa lagi. Laju je dia jalan. Nasib baik. Hahahaha.


Masa nak dekat sampai pintu keluar ada pertunjukan gajah. Tapi kitorang terlambat. Masa kitorang sampai elephant show tu baruuuu je habis. Cis sungguh. Tapi merasa la pegang belalai gajah. Uhhh... kasar dan berbulu rupanya kulit gajah ni. Hihi.


Oh ye masa kitorang sampai kat harimau, ada satu harimau ni macam moody je. Saya rasa sebab harimau lain (kat kandang lain) tengah makan. Tapi dia tak dapat lagi. Agaknya dia terbau daging kot. tu yang moody je tu. Siap nak try lompat kolam yang memisahkan pelawat dengan dia. Takut sehhh. Memang macam nak terkam sungguh la. Saya siap menjerit lagi. Haha. Pastu malu sendiri bila orang lain pandang. Pehal minah ni saiko ke hape? Hahaha.


Balik dari zoo singgah pulak kat Alor Gajah (kot). Ada satu gerai air kelapa. Saya tak sure la nama tempatnya tapi sebelah Caltex. Tepi jalan je gerai tu. Oh air kelapa dia sangat special okeh. Isi kelapa tu dia blend dengan air kelapa dan vanilla ice cream. Sangat heaven y'all! 


Harganya??? Jeng jeng jeng.... RM1.50 je!!!! Agaknya kalau kat KL kalau jual RM5 pun orang sanggup beli. Sebab sangatlah best. Dah lah masa tu tengah panas terik. Meja memang penuh la. Oh kalau nak yang special, dia akan tambah lagi satu scoop ice cream kat atas tu. Pergh! Harga yang special RM2.00. Murah gila kan?


Alahai tapi ZZ ni bebel je lebih tapi gambar habuk pun tarak. 


Nak buat macamana, bateri dengan charger kamera pun belum beli lagi. Korang gunakan imaginasi sendiri ajelah macamana rupa air kelapa spesel tu ye. Hihi.


Thursday, June 17

Mari berpantun

Kain basah jemur di titi,
Habis lencun si kayu jati,
Walau sudah 3 hari bercuti,
Serangkap pantun pun ku tak buat lagi.


Makan nasi tercekik tulang,
Minum air lega rasanya,
Idea takde ilham pun hilang,
Kejap lagi bos nak jumpa.


Minum air lega rasanya,
Air sirap bercampur gula,
Kejap lagi bos nak jumpa,
Nak buat rehearsal katanya.


Mamfus haku!


Monday, June 14

Live From Seremban (Lagi)

Masih di Seremban. Ini adalah strategi orang yang bercuti kerana menjaga anak tapi tak mau masak kerana skill memasak (macamlah ada skill) sudah berkarat dan sudah ke laut. Hahaha.


Taklah. En Abah ada urusan kerja so untuk menjimatkan duit petrol dan tol seeloknya stay lah ket Seremban dulu di samping boleh memanjakan perut dengan masakan MIL. Kihkihkih. Keji sungguh!


Ok lah tak mo ah lama-lama ngadap laptop dalam bilik. Kenalah memantau pergerakan anak-anak kat luar tu. Bila dah berjumpa dengan sepupu-sepapat diorang, kadar pengaktifan diri tu agak tinggi sikit. 


Tata.


Friday, June 11

New Features Dalam Blogger

Perasan tak ada benda baru dalam Blogger?


Sila pergi ke tab Designdan klik pada Template Designer.





Macam-macam template yang ada sekarang ni. Tapi rasanya saya takkan tukar cat rumah saya ni dalam tempoh terdekat. ye lah baru je tukar kan.


Kat feature baru ni, bukan takat boleh tukar template je. Boleh tukar dan edit background jugak, pastu boleh tukar imej background tu. Selain tu, boleh tukar layout jugak. Nak 1 column ke, 2 column ke, 3 column ke. Best jugak kan?


Dan seperti biasa boleh ubah kaler font, background bla bla bla. TAPI benda-benda ni boleh diubah kalau kita pilih template dia aje la. Saya rasa kalau kita guna template Minima yang dah dicat cantik-cantik tu, mungkin boleh la kot. MUNGKIN ye. Saya pun tak sure. Apa kata kawan-kawan try dulu.


Ingat Nak Amik Half Day

tapi tak lepas (read: tak dilepaskan oleh En Bos) pulak. 


Petang ni saya akan menghantar mak ayah saya ke KLIA. Dah katanya bercuti kan.


Tapi, walaupun tak dapat half-day, nasib baik la En Bos bagi saya keluar awal. Yay. Tenkiu lah En Bos.


Nota ZZ: Dari tadi saya cuba upload gambar ke blog tapi tak boleh. Mengapakah?


Thursday, June 10

Hanya Untuk Sementara Waktu Sahaja :P

Sempena sambutan ulangtahun perkahwinan saya hari ini, maka saya telah mengada-ngada dan gediks berbesar hati untuk meletakkan sekeping gambar yang diambil empat tahun lepas. Hehehe. Sila sediakan baldi kalau nak muntah ye.


Baldi bolehlah diambil di rumah tokey baldi yang tersohor :P


- Pic deleted :) -

Gambar ini akan diletakkan untuk tempoh waktu terhad saja ye sebab tuanpunya badan adalah pemalu dan segan. So, enjoy the picture (enjoy lah sangat!)


Empat Tahun Yang Lepas... *edited*

...saya telah selamat menukar status, dari 'bujang' kepada 'berkahwin'.

♫ Kompang dipalu... pengantin baru...♪ :)
Gambar sarung cincin seperti yang di-request MIO :P
 

Hari ni genap sudah 4 tahun usia perkahwinan saya dan En Abah.


Masih jauh lagi perjalanan kami.


Untuk En Abah, Happy 4th Anniversary! Semoga ikatan ini akan terus berkekalan dan semoga keluarga kita sentiasa mendapat petunjuk dan rahmat dariNya. I love you so much!



Wednesday, June 9

Do You Trust Your Gut Instincts?

Ok. Tajuk je dalam bahasa London. Isinya tetaplah bahasa Melayu (dan rojak). Ekekeke.


Berbalik pada tajuk, adakah anda mempercayai instinct anda? Saya percaya. Tapi bukan 100% lah. Sebab kadang-kadang instinct saya ada yang tak betul. Tapi most of the time memang betul.


Mengikut kata Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, orang yang lahir pada bulan oktober kebanyakannya mempunyai daya firasat yang amat kuat - sayalah tu (kot)!


Biasanya naluri saya buat keputusan untuk saya bila berkaitan dengan karakter seseorang. Pernah dulu semasa En Abah nak jual keretanya melalui orang tengah. En Abah ajak saya ikut sekali pi jumpa orang tu. First time jumpa, terus saya tak berkenan. 'Semacam je mamat nih'.


Tapi entah kenapa tak terkeluar dari mulut saya nak bagitau En Abah. Maybe sebab masa tu saya tengok dia sangat bersungguh-sungguh nak jual kereta tu. Apa yang saya bagitau dia cuma, 'Mintak nasihat orang yang lebih tua.' 


Dan rupa-rupanya mamat tu memang hampeh pun. Habis dibawa lari kereta En Abah sebelum sempat tukar nama. Dijualnya kat orang lain. Ok itu cerita lain. Point nya ialah, mamat tu memang hampeh. Perbuatan dia menyusahkan kami sampai sekarang.


Lagi satu kisah. Masa En Abah nak amik orang kerja kat kiosk dia dulu. First time jumpa, naluri saya kuat mengatakan yang budak ni jenis yang takleh pakai punya orang. Cantik orangnya, tapi tah la. Dah namanya instinct kan. Kita cuma punya rasa, tapi takleh nak explainkan the logic behind apa yang kita rasa tu.


Tapi En Abah tetap nak amik budak tu. Sebab nampak peramah dan senang nak berkomunikasi dengan customer. Ok. Saya pun diamkan aje lah. Sebab apa hak saya nak halang En Abah buat keputusan kan. Saya pun tak tau apa-apa pasal bisnes. So saya tutup mulut je lah.


Beberapa bulan lepas tu, terserlah la perangai budak tu. Memang sangat menyakitkan hati. Sampai pihak management sendiri mengadu kat En Abah pasal perangai dia. Sudahnya, 'you are fired!' lah bak kata Donald Trump kan.


Banyak lagi sebenarnya kisah saya dan naluri ni. Tapi banyak sangat sampai dah tak ingat dah.


Oh tapi bukanlah tiap kali jumpa orang, saya boleh agak orang ni boleh pakai ke tak. Sekali sekala je la. Selalunya terjadi kalau orang tu memberikan impact yang besar dalam hidup kami. Kadang-kadang tertipu juga dengan muka yang luarannya nampak sangat lah baik. Tapi dalamannya... mak ai.


Senang cakap, sila baca lirik Drama King untuk penerangan lebih lanjut. Hehe. Tiap kali dengar lagu ni, terus saya teringat orang yang dimaksudkan itu.


So, korang macamana? Do you trust your gut instincts?




Ketika Memandu Fikirkan Yang Tersayang



Sedih saya baca berita kemalangan ini. KESEMUA anak-anaknya meninggal. Sayu hati si bapa melihat jenazah seluruh ahli keluarganya.


Apa yang saya faham semasa baca suratkhabar tadi, kemalangan berlaku disebabkan si ibu bertembung dengan kereta di hadapan ketika cuba memotong sebuah lori. Kalau saya salah tolong betulkan saya ye.


Sedih.


Gara-gara nak potong lori, jadi kemalangan ngeri. Untuk peringatan diri sendiri, jangan sesekali potong kenderaan depan. Kalau kat highway tu lain cerita lah. Maksud saya semasa memandu di kawasan kampung, atau di jalan yang dua hala tu (alahai tak jumpa pulak perkataan yang sesuai). Paham ke tak apa yang saya maksudkan ni? Paham-paham aje lah ye.


Tapi, kadang-kadang tu, orang lain yang buat salah, orang lain yang jadi mangsa. Bila kes macam ni, memang rasa tak patut ah. Agak-agaknya apa perasaan orang yang bersalah tapi selamat tu ye? Tak rasa bersalah seumur hidup ke? Huhu.


Apa-apa pun, pandulah dengan cermat. Ingatlah yang tersayang. Kalau kita dah tak ada, suami mungkin boleh cari bini baru. Tapi takkan kita nak bagi anak-anak kita mak baru pulak kan? Kalau dapat yang baik tu takpelah jugak. Kalau dapat yang jenis garang semacam tu, tak ke kesian anak-anak kita nanti.


Oh ya lagi satu kes pasal budak yang meninggal sebab lemas terperangkap dalam van tu. Kesian sangat.


Kepada pengusaha van/bas sekolah, sebelum anda tinggalkan van/bas anda, tolong pastikan tak ada budak tertinggal dalam kenderaan. Jangan terus-terus je matikan enjin, kunci kenderaan. Yelah pagi-pagi nak ke sekolah, normallah ada budak mengantuk tertidur kan. Pulak tu budak yang tertidur tu baru tadika. Kawan-kawan dia yang lain tak berani nak kejutkan agaknya. So, sepatutnya si pembawa kenderaan ni harus jadikan amalan memeriksa bahagian dalam kenderaan sebagai rutin. Betul tak?


Kesian budak tu.


Apa-apa pun, berhati-hati di jalan raya!



Tuesday, June 8

Makin Susut

baki cuti tahunan saya.


Minggu depan saya akan bercuti selama tiga hari. Bukannya cuti suka-suka (walaupun suka la jugak :P) tapi cuti sebab jaga anak-anak. Hehe.


Mak ayah saya akan honeymoon bercuti ke luar negara. Ikut rombongan sekolah mak saya. Makcik pakcik saya pun ikut jugak. Rajin betul sekolah mak saya ni anjurkan rombongan untuk cikgu-cikgu. Tahun lepas masa kitorang gi Sabah tu pun under rombongan Cik Kiah cikgu-cikgu nilah. Ikut pakej ramai-ramai, so murahlah sikit.


So, atuk takde, maka mama dan aunties lah yang kena bergilir-gilir ambil cuti jaga Imran dan Irma.


Ahad depan (20hb), Insyaallah kalau takde aral saya sekeluarga ke Kluang pulak. Ada kenduri kahwin officemate. Biasalah musim cuti sekolah kan adalah bersamaan dengan musim kahwin.


Kalau balik Ahad tu jugak, rasanya macam jem je. En Abah suruh saya ambik cuti Isnin tu. Mungkin kitorang akan tidur la kat memana hotel kat Kluang. Tak sure lagi. Even kalau balik hari pun, Isnin tu boleh la rehat-rehatkan badan ke kan. Eceh. Memacam la alasan ko Zety oi!


Ini bermakna baki cuti tahunan saya tinggal seciput saja. Nak kena simpan cuti untuk November ni lagi. Huhu. Raya nanti takleh la amik cuti lama-lama.


Ceh. Puasa pun belum habis ganti. Ada hati nak cerita pasal cuti raya!



Monday, June 7

Hati Ini Amat Pedih

Sebenarnya sepanjang hari hati saya disagat pilu. Sedih.


Pagi-pagi membuka blog Jiey, saya membaca. Menangis. Kemudian saya ke blog Putri pula. 


Menangis lagi.


Saya mengaku saya memang cengeng, tapi kali ni cengeng saya rasanya bertempat.


Alanna Qish, di sebalik derita yang ditanggungnya, terselit kisah kasih sayang yang tidak bertepi dan semangat perjuangan yang tinggi.


Semoga damai dia di sana. 

Al-Fatihah.



Adab-Adab Perbualan di Telefon

Antara benda yang membuatkan saya agak hangin ialah bila berkomunikasi dengan manusia-manusia yang tak berapa reti pasal adab sopan di telefon.


Oh saya rasa macam pernah baca pasal adab-adab di telefon ni. Tapi di mana ya? Lupa lah. Ampun!


Tapi itu pendapat dan pengalaman dia. Ini pulak pendapat dan pengalaman saya.


Satu

+ ialah orang yang menelefon.

- ialah saya.

Perbualan biasanya macam ni

+ Hello.

- Hello.

+ Siapa tu?

- Nak bercakap dengan siapa ye?

+ Err... ni kat mana ni?

- Encik nak cakap dengan siapa?

+ Er... tak pe lah. Salah nombor kot.


Hangin tak? Hangin tak? Eiiii...


Dua

+ Hello.

- Hello.

+ Zety, bos you ada tak?

- Er.. (blur nak recognize suara siapa) bos ada.

+ Ok thanks.

Haih. Tak boleh ke at least perkenalkan diri masa call tu. Tak luaknya air liur tu. Penat tau nak cam suara. Kadang-kadang bila tanya siapa yang tengah cakap tu, boleh pulak dia jawab,

+ Hai, takkan suara i pun you tak kenal?

Saboo je la.


Tiga

Ok tak dapat nak pikirkan dah apa lagi. Rasa macam ada banyak tapi tetiba ala-ala mental block pulak. Hehe. 


Pengalaman korang macamana? Meh share.


Haiyo!

Baru keluar dari bilik En Bos tadik.


Tetiba je dia panggil hampir separuh dari ofis ni, masuk bilik dia. Ada discussion katanya.


Rupa-rupanya nak discuss siapa makhluk yang patut masuk macam-macam pertandingan sempena Konvensyen Kualiti kat jabatan mak nih. Ada pertandingan 5S, KIK, berbalas pantun dan pengucapan awam. 


Teka la siapa yang kena masuk pengucapan awam?













































Mak okeh. Mak ni ha!!!! Haiyo!!!


Mengapakah diriku yang engkau pilih wahai En Bos? Memang sengaja mengejar kekalahan kah? Huhu. Sudahlah minggu depan mak kena amik cuti sebab takde siapa jaga anak-anak. Bilakah masanya nak mencari bahan dan berlatih? (Alasan je sebenarnya.)


Maka dengan ini diisytiharkan bahawasanya ZZ sedang berada dalam mode ::CUAK!::



Friday, June 4

Ke Hadapan CY4.0 Yang Ku Sayangi

Saya sangat-sangat sedih. Kenapalah saya diperlakukan begini. Sob sob.


Wahai CY4.0, dengarlah rintihan hatiku. Rumahmu tidak dapat ku jejaki lagi (semasa office hour). Rumahmu telah dicop sebagai 'Social Networking' oleh tempat kerja saya. Maka rumahmu telah disenarahitamkan atau dengan kata nama lain, diblok semasa waktu bekerja.


Mungkinkah kerana rumahmu sungguh best maka saya tidak dibenarkan melawat lagi?


Adakah ini tanda-tanda awal yang rumah-rumah lain pun bakal diblok jugak? Oh tidak! Tak sanggup daku memikirkannya. 


Maka CY, nampaknya selepas ini saya hanya dapat menziarah selepas office hour saja lah kekdahnya. Huhu. Sedih ni. Sedih.




Sampai Termimpi-mimpi

Sekarang ni En Abah ajar tusyen untuk budak-budak darjah 4 hingga 6. Oh bukan kat rumah. Kat pusat tusyen. 


Kelasnya setiap Khamis dan Jumaat.


Malam tadi En Abah mengajar seperti biasa. Balik rumah, lepas makan dan rehat-rehat kejap, terus naik bilik. Tidur.


Sebelum saya tidur, saya kejut dia. Suruh tukar baju. Tetiba ini yang dia jawab,

"The car is eating."


Huh? Apakah? Hahahahahahahaha.


Saya tanya balik,

"The car is eating what?"


"Ice-skating." Hahahahaha. Mende ice-skating pulak tetiba kan.


"Abang ni sedar ke tak nih?"


"Sedar la.... zzzzz...." Ceh. Sedarlah sangat kan. 


Punya lah berdedikasi nak mengajar budak. Sampai termimpi-mimpi. Hahaha.


Thursday, June 3

Meh Sini Saya Nak Cerita Sikit...

Kisah orang lain yang tercoret kat blog Anasfadilah membuatkan saya teringat kisah saya dulu.


Bukan, bukan. Bukan kisah sedih seperti di entri beliau. Tapi sedikit pengalaman yang saya kira cukup mengerikan bagi saya.


Tahun 2005, lepas habis belajar, sementara nak cari kerja tetap, (banyaknya koma) saya tolong makcik saya kerja di petrol pump. Jadi cashier, merangkap akauntan tak bertauliah. Haha. 


Saya kerja pukul 9 pagi - 5 petang. Petrol pump ni dekat je dengan kampung saya. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. So, breakfast and lunch were provided by my aunt. Penjimatan hebat di situ.


Upah? RM4 sejam. Serta diskaun kalau nak beli apa-apa makanan atau minuman dalam kedai tu. Sebulan dapat dalam RM500 - RM700, bergantung kepada berapa lama saya kerja dan berapa banyak hutang saya membeli macam-macam jajan dalam kedai tu. Ekeke. 


So, it was Friday. Semua orang lelaki dah pi sembahyang Jumaat, kecuali apek-apek mekanik kat bengkel. Bengkel pulak dipisahkan dengan pintu yang sentiasa tertutup, unless si apek-apek tadi masuk untuk beli air sparkling ribena. Macam wine katanya.


Yang jaga stesyen ialah saya dan Mak Ngah saya. Mak Ngah tengah sibuk kira duit kat meja sebelah kaunter. Saya pulak melepek kat kaunter, kebosanan melayan karenah pemandu teksi yang macam-macam ragam. Ada yang baik, ada yang suka curi chewing gum kat kaunter kalau kita tak perhati, ada yang sukaaaaa sangat suruh kita swipe kad real reward banyak-banyak kali (masa tu swipe secara manual je). Dan macam-macam peel lagilah.


Area petrol pump tu memang area 1Malaysia lah. Semua bangsa ada. Ada sorang macha ni datang kat kaunter luar, siap duduk atas motor dan berhelmet. Ala-ala kaunter drive-thru dibuatnya. Nak beli paper Kosmo katanya. Mak Ngah saya suruh dia masuk. Amik sendiri. Kitorang memang tak kunci pintu kedai, kecuali kalau tutup petrol pump lah. Kiranya, amalkan pintu terbuka lah kot.


Macha ni pun masuklah. Amik paper. Helmet tak bukak. Masa nak bayar, tetiba je dia serang Mak Ngah dan saya. Dia pergi belakang kaunter. Dia suruh saya buka cash register. Cuak okeh!


Saya panik. Masa tu yang saya tau saya mesti selamatkan duit dan Mak Ngah saya. Terus la saya capai parang kat tepi kaunter (yang memang disimpan siap-siap kat situ kalau-kalau ada emergency). Siap buat aksi Star Wars okeh.


Bila macha tu nampak je saya keluarkan parang, dia pun selak baju. Ayoyo! Dalam baju dia ada parang jugak okeh! Tajam bersinar-sinar lagi. Unlike mine. Sudahlah tumpul, berkarat pula. Dia keluarkan parang tu, try nak libas saya. Saya tahan dengan parang tumpul saya. Nasib baik. Tapi dia rampas pulak parang saya.


Saya cuma hadang muka dengan tangan. Syukur dia tak teruskan aksi memarang orang. Dia terus bukak cash register, amik segala duit yang sempat dia amik. Lepas tu, dia blah, pi kat Mak Ngah saya. Dia tolak Mak Ngah, then dia pijak perut Mak Ngah saya. Dia hunus parang kat leher Mak Ngah. Argh!!!! Saya sangat panik masa tu. 


Dan lagi sekali syukur sebab dia takat hunus je. Kalau dia tikam???? 


Lepas tu terus dia blah.


Saya terus pi bengkel, jerit minta tolong. Apek-apek tu keluar nak kejar tapi macha tu dah hilang. Saya tak sempat amik no plet motor dia. Yang saya ingat, kapcai kaler hitam. Model apa semua tak masuk dalam kepala saya dah. Masa tu saya menangis panik.


Saya pi kat Mak Ngah. Syukur Mak Ngah tak apa-apa. Cuma senak perut sikit katanya. ye lah kena pijak kan. Gila ah!


Berapa kerugian kami? Tak sampai RM10. Sebab dalam cash register tu cuma ada sikit duit je. Duit kecik lak tu. Duit besar-besar memang saya simpan kat tempat lain. Kat mana? Rahsia laaa. Kang ada pulak perompak in the making yang baca blog saya ni, haru.


Malam tu, saya kena marah dengan Pak Long sebab memandai keluarkan parang. Lain kali biarkan aje dia amik duit tu, bebel Pak Long. Huhuhu. Memang itu yang sepatutnya kan? Nyawa lagi penting dari duit. Tapi, kalau dah namanya panik, tak tercapai akalku pasal benda-benda tu semua. Pengajaran buat saya. Jangan panik. Jangan panik. Calm down and be rational.


Lepas tu baru la sibuk nak pasang CCTV. Pastu pintu berkunci masa waktu-waktu tertentu. Tapi tak tahulah sekarang macam mana. Mungkin lebih sistematik kot.


Sebenarnya banyak lagi kes kecurian kat petrol pump tu. Lagi haru kalau duit 'hilang' secara kita tak sedar. Orang mintak tukar duit tapi nilainya tak sama pun ada. Tak cerita lagi pasal kes pukau la apa la. Macam-macam. 


Heeee.... ngeri bila teringat balik. Nasib baik la saya tak kena libas dengan parang. Kalau tak, tak sempat kenal blog tu apa entah apa jadi agaknya dengan saya hari ni. Entah hidup, entahkan mati, kan. Syukur Allah masih beri peluang kepada saya. Alhamdulillah.


Wednesday, June 2

Perasan Tak?

Kat sidebar belah kiri ada satu benda baru. Ekekeke.



Badge buatan sendiri. 


Itu ajelah yang mampu saya create buat masa ini. Sesungguhnya saya adalah manusia yang kerastangan lagi buta seni. Kahkahkah.


Kalau sudi, tepek le badge hamba yang pacal lagi hina ini di blog korang. Boleh le jadi hiasan tambahan di blog korang yang dah sedia vogue lagi marbeles itu :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!