Tensi!!!!






Comelnya gambar ni. Siap pakai sling lagik.
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Mama paling menyampah kat diri sendiri sebab selalu ter-marah Imran. Lagi-lagi semenjak Irma ada. Mana taknya, ada ke patut dia cakar muka Irma. Adoyai anak terunaku. Tapi itu bukan alasan untuk mama tinggikan suara dan babab Imran. Mama pun tak tau la apasal semenjak dua menjak ni senang sangat temper. Tak baikkan? Mama minta maaf ye Imran sayang. Mama akan cuba sedaya upaya untuk jadi lebih penyabar. Huhuhu.
Kalau tang Irma pula, mama minta maaf sebab tak berapa jaga makan dulu-dulu. Main belasah je makan pucuk ubi, pucuk paku. Last-last Irma yang terima padahnya, kembung perut sepanjang malam. Mama minta maaf ye Irma gegerl.
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
- Imran
1) Anak yang bijak. Senang ikut apa yang diajar.
2) Hensem dan comel. Ikut mama la ni. Ah ah ah (gelak gaya CY)
3) Kuat membebel walaupun mama tak paham apa yang dia cakap. Tapi mama suka dengar Imran membebel.
4) Suka buat muka cute - senyum sampai telinga pastu sengetkan kepala (dapat bayangkan ke?) ke kiri ke kanan.
5) Mama suka main bola dengan Imran. Harus aku kurus kalau selalu main bola dengan dia. Hahaha.
6) Imran paling suka pi playground. Lagi-lagi kalau kawasan playground tu luas. Wahh... tak cukup kaki dia lari sana sini. Tak cukup kaki gak abah atau mama mengejarnya.
7) Mama suka tengok bila Imran makan. Anak terunaku ini suka makan! Seronok tengok nasi yang kita suap habis. Tapi kalau biar dia suap sendiri, habis jugak. Habis bersepah kat bawah meja!
- Irma
1) Anak dara mama yang bijak dan cepat tangkap.
2) Suka senyum. Saja nak tunjukkan lesung pipit dia yang kiut tu. Ini pun ikut mama jugak ni ada lesung pipit. Ah ah ah (lagi sekali gelak CY)
3) Mama suka bila time bf dengan Irma. Nikmatnya tak terucap. Maklumlah masa Imran dulu mama tak berpeluang nak bf dia.
4) Pantang kalau mama hilang dari mata. Mesti melalak. Unless kalau dia tengah leka tengok kartun. Owh terasa mama sangat2 diperlukan oleh Irma.
5) Irma suka duit. Pantang nampak mama keluarkan duit dari wallet, mesti dia nak sambar. Haiyo. Suka duit untuk simpan takpe tau Irma. Suka duit mama untuk belanja/habiskan, tak mau la.
6) Kalau Imran dengan doraemon nya, Irma pulak dengan tuala. Tak kira la tuala apa. Besar ke kecik ke. Kalau nak tidur, dia akan sambar tuala, gentel-gentel tuala tu sambil jari tangan sebelah lagi masuk dalam mulut (jari telunjuk dan jari tengah). Nampak begitu heaven sekali.
7) Suka bergambar. Kalau dia nampak mama halakan kamera/henpon kat dia, automatically dia akan senyum sambil tunjuk lesung pipit dia.
Tiba-tiba abah saya datang 'menyerang' abang Imran. Nampak tak abang Imran cuba menangkis serangan abah?
Saya malas nak layan so saya cebik aje.... :P
Hmm... apa sajaaa laa yang abah dan abang Imran ni buat.
*Hiyarghh... Dush! Dush!* --> sound effect dalam cerita ini.
Tengok ni kawan-kawan! Abang Imran melakukan teknik serangan 'Kuak Lentang Peringkat ke-3' nya ke atas abah. *Yahhh!!!*
Abah pasrah atas kekalahannya kepada abang Imran.
*Makan abah! Aummm!*
Padan muka abah. Siapa suruh kacau Imran. Haha.
Nampaknya serangan abah tidak menjadi, sebaliknya abah yang diserang semula.
Sekian, saya Irma melaporkan dari (daripada?) tempat kejadian.

Trimas Kak Non kerana memberikan award ini kepada saya.
Ok, nak pass award ni kepada orang-orang ini:
Sister sejak dulu:
1. Izan - Ini kawan aku dari kecik. Kenal masa tadika. Baik dengan dia sampai sekarang. Gila Gila-gila tapi baik hati.
2. Umihannie - Ini kawan sejak sekolah rendah, merangkap pengapit aku. Oh, Izan juga pengapit aku masa kenduri belah En. Suami.
3. Opie - Bestfriend aku masa sekolah menengah rendah. Sesama buat nakal, sesama fly sana sini. Huahuahua.
4. Nana - Kawan masa sekolah menengah rendah jugak. Seorang yang cool, ceria dan tabah. U rock bebeh!
5. Kak Zura - Member satu ofis (dulu).
6. Umi Sufira - Member satu sekolah menengah/jiran aku masa kat hostel. Dulu idak le rapat dengan dia tapi bila dah terjebak dalam blog ni, boleh ngam pulak.
Sister yang aku suka baca blog diorang (ini tidak perlukan penerangan panjang lebar sebab blog diorang memang best):
1. CY
2. Fid
3. Mimielola
4. Mrs Noba
5. Iszan
6. Jua
7. Kak Ana
8. Rizza
9. Cikgu Intan
10. Mama Danish
11. Mommylyna
12. Mommy Sarah
13. As
14. MamaDhea
15. MIO
16. Kak Ina
17. Arnie