Friday, July 31

Handphone Saya...

... masih di dalam hibernation mode. Tsk.


So, to MN, ya ampun belum ku masukkan lagi duitnya. Monday ye?



Entri Bercampur-campur.

Saya adalah MC semalam. Dari hari Isnin hari tu dah rasa macam sakit dada ala-ala semput gitu. Tapi cuma kena waktu pagi dan nak dekat Maghrib. Huhu.


Semalam adalah yang paling teruk. So, saya ambil keputusan untuk ke klinik aje. Tapi masa kat klinik dah tak rasa sakit dah. Aiseh. Doktor nak check pun payah. So, doktor just bagi ubat untuk paru-paru.


Hopefully takde pape la.


So, minggu ni punya planning ialah, TAK TAHU LAGI.


En Abah sekejap nak pi Genting, kejap nak balik Seremban, kejap nak jaga kedai. Haiyo En Abah. Silalah buat keputusan.


Oh ya. Rabu malam tu saya dan En Abah terus ke Seremban sekejap sebab En Abah nak jumpa FIL. Sampai² aje, MIL saya hulurkan kain ela. Auww... terharu mak okeh. Siap kaler favourite saya lagi, magenta. Ngee... mak sukak!


Bertambah lagi satu koleksi kain. Haih. Bila nak hantar tailor nih?



Wednesday, July 29

Kenapa Saya Geli Dengan Cicak?

Rentetan daripada entri ini, saya cuma nak bagitau yang Imran mungkin ikut jejak langkah mamanya yang geli cicak. Hehehe.


Saya memang geli dengan cicak. Ada beberapa episod kisah yang sungguh gelis gelemans dalam hidup saya yang melibatkan cicak.


Kisah 1

Masa tu saya dalam tingkatan 2 ke 3 tah. Ada perjumpaan brass band di makmal komputer di asrama kami.


Saya duduk belakang seorang kawan saya ni. Dia nampak macam resah gelisah aje. Duduk macam-macam gaya, semuanya serba tak kena. Dok tergaru sana, tergaru sini.


Tiba-tiba, toing!!!!!


Terpacul muka seekor cicak di bahunya! Cicak tu masuk dalam baju dia, explore satu badan dan mengambil keputusan untuk keluar dari 'kawasan jajahan' (bawah baju) dan berjalan-jalan lagi, naik ke atas dan mengucapkan hello di bahu rakan saya.


Erk!


Menjerit-jerit kawan saya tu dibuatnya. Kesian dia.



Kisah 2

Masa ni saya tingkatan 4. Saya perhatikan ada seekor cicak di hujung katil kawan saya. Tapi kedudukannya tak merisaukan kami so kami biarkan ajelah.


Tak lama lepas tu, saya perhati lagi. Eh? Apasal cicak ni statik je? Disergah-sergah tapi buat derk aje.


Sudahnya kawan saya pi amik penyapu dan cuba kuis-kuis cicak tu. La.... dah arwah rupanya! Badan dia masih lembik-lembik lagi okeh! Eiiiiiiiiii!!!!!!!! Geli geleman haku bila teringat balik.


Nasib baik kawan saya berjaya menyingkirkan cicak itu dari terus bertakhta di hujung katil beliau.



Kisah 3

Pun di tingkatan 4 jugak. Saya tengah syok-syok mandi di bilik air di hostel. Saya ingat lagi, masa tu saya pilih bilik air yang hujung sekali.


Sambil mandi, saya perhatikan siling. Saya nampak ada sepasang cicak yang sedang merendek sambil menggoyang-goyangkan ekor masing-masing, betul-betul di atas saya. Euww nak cerita balik pun dah tak sanggup dah ni tapi kutabahkan jua.


Saya buat derk ajelah sambil mandi dengan kadar yang lebih laju dari biasa sebab dah geli dengan scene romantik cicak-cicak di siling itu.


Sekali tu masa bilasan sabun yang terakhir, cicak-cicak yang dah kepuasan klimaks ke hape tah tu jatuh ke lantai, betul-betul depan saya.


Wargh!!!!!!!!!!!


Menjerit la saya! Geli hokeh. Dah la sekor tu meluru ke arah saya. Saya yang sedang mandi tanpa seurat benang ni cepat-cepat la capai towel, balut badan dan terus keluar dari bilik air tu.


Geli! Geli! Geli! Hish. Rasa tercemar ternoda satu badan, walaupun cicak tu tak jatuh atas badan saya pun.


Semenjak hari tu, dah jadi kebiasaan pulak, kalau sebelum mandi saya pandang siling dulu untuk pastikan takde cicak menjalankan projek mereka di atas saya.


Gelis nyah!


P/S: Ingat nak letak gambo cicak kat sini tapi haku geli. Apa kes letak gambo cicak kat blog sendiri? Hish.


Atas! Atas!

Hari Isnin lepas, Imran telah tergedik-gedik menaiki tangga untuk mencari Atuknya. Lepas mendaki separuh jalan, terdengar Imran menangis, no, meraung kuat gila.


Mak saya jadi panik, terus meluru naik tangga. Sampai kat tengah-tengah tu, tengok Imran tengah menangis ketakutan. Mak saya pun tanya la kenapa.


"Atas! Atas!" Sambil tangan Imran tunjuk something.


Tau dia tunjuk apa?
























































Cicak!


Ye, anak saya penggeli cicak, lipas dan jugak semut!


Mak saya tanya la, "Besar ke kecik cicak tu?" sebab mak saya tak nampak pun mana cicaknya.


"Btar! (Besar!)" sambil mendepangkan tangan.


Mak saya pun tengok-tengokkanlah sekeliling tu.


Jumpa anak cicak kecik cenoet aje. Alahai. Besar lah sangat ye Imran? Hahahaha.



Tuesday, July 28

Entri Bernafsu 2

Seperti biasa, waktu-waktu petang begini perutku sudah mula berbunyi. Hehehe.


Oh, semalam saya tak dapat pun memuaskan nafsu makan ini .


Sebaliknya, saya makan ini:



























































































Yummeh!


Pics credit to Mr Google.



Perancangan Hujung Minggu

Haha. Baru hari Selasa tapi dah tergedik-gedik buat planning untuk weekend.


Update dari cerita ini, rupa-rupanya MIL tak jadi buat kenduri hujung minggu ini. Sebab ramai jiran-jiran dan sedara-mara yang tak ada.


So kami sekeluarga Insyaallah akan ke Genting dengan rasa senang hati walaupun rasa segan saya still tebal macam kulit gajah.


Tapi kami takkan lama di sana sebab En Abah homesick ajak balik Seremban.


Baikkkk saya yang menurut perintah (sila baca macam intonasi Sin Chan kena buat kerja bila disuruh mamanya).



Tiba-Tiba Teringatkan Dia

Hari ni 28hb. 12 tahun lepas, pada 26hb Julai 1997, seorang rakan sekelas saya meninggal dunia akibat satu peristiwa tragis yang berlaku di sekolah saya.


Arwah adalah seorang yang begitu periang, happy-go-lucky dan suka bergurau. Gurauannya selalu menjadi penyeri di kelas kami.


Pemergian beliau sangat-sangat mengejutkan warga sekolah.


Saya ada terdengar cerita daripada rakan-rakan yang rapat dengan family arwah, yang arwah pernah berkata, dia akan carikan jodoh untuk adik perempuannya, sebab tak mahu adik perempuan dia salah pilih orang.


Dan ketika itu arwah hanyalah seorang remaja tingkatan empat! Sungguh advance pemikiran arwah. Betapa sayangnya dan penuh rasa tanggungjawab terhadap adiknya.


Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang dikasihiNya.


Alfatihah untuk arwah Haris.





Monday, July 27

Soalan Di Petang Isnin

Agak² ada lagi ke orang nak terima tempahan baju raya ye?


Sekitar Shah Alam? Tapi yang murah la takmo la yang mahal².


Any recommendation(s)?



Entri Bernafsu

Teringin nak makan ini:




Huuu sedapnyaa......



Cerita Pagi Isnin

Tempat saya bekerja sambil berblogging dan berfesbuk telah ditutup selama seminggu, start hari ni. Eh ke Jumaat lepas ek? Saya tak pasti pulak. Tetapi hanya ditutup kepada pelajar aje. Staf? Kena kerja! Huhu. Adakah staf tempat saya bekerja ini mempunyai kadar antibodi dan imunisasi yang tinggi hingga takkan terkena jangkitan selsema ba alif ba ya itu? Pelik betullah.


Bayangkan kalau ramai staf yang turut terkena jangkitan virus itu dalam tempoh seminggu ini. Dan bila student dah start kelas balik, tempat kerja saya ini hanya dipenuhi dengan student aje, tanpa staf! Haa macamana?


Hujung minggu lepas saya bermovie marathon. Dimulakan dengan Ice Age 3, kemudian Transformers, Night At The Museum 2, dan Confession of A Shopaholic. Gilalah. Lepas satu, satu kami tonton. Sambil baring-baring dan makan-makan. Hihi. Puas hati haku dapat tengok semua cerita. Oh bukan semua. Cerita-cerita yang lain akan menyusul nanti².


Kemudian malam tadi pulang ke kampung saya yang 'jauh' tu kejap. Adik saya baru pulang dari rumah mak angkatnya di Tampin. So banyak gila buah tangan yang dia dapat hasil dusun mak angkatnya. Dah banyak sangat tu, bagilah sikit kat mak-mak sedara saya.


Macam-macam buah-buahan ada. Rambutan, manggis, rambai, langsat, sentul. Er... saya tak pernah makan buah sentul ni. Apa rasa dia ek? Yang ada tu tak berapa nak masak so tak dapat nak kopek lagi. Yang lain-lain tu dah banyak yang selamat masuk ke dalam perut berkapasiti besar saya ni. Hehe.


Oh hujung minggu ni dengar²nya kawan² En Abah organize gathering. Tapi MIL ada buat kenduri jugak. En Abah nak pi gathering, tapi saya la yang rasa macam tak best pulak. MIL sibuk buat persiapan nak kenduri, kami berjoli sakan pulak. Oh ada saya bagitahu yang gathering tu dibuat di Genting? Plus, er... saya segan sebenarnya dengan kawan-kawan En Abah. Yelah, siapalah saya ni. ☺



Friday, July 24

Saya Ada Satu Soalan

Boleh tak ibu yang terkena virus H1N1 menyusukan bayinya?



P/S: Oh oh. Bukan saya. Saja je tanya.


Macam Macam Cerita *Edited*

Hari ni adalah agak busy tapi mak tergedik-gedik jugak nak menulis blog. Hehe. Disebabkan busy maka entri hari ni adalah entri bernombor (diinspirasikan oleh Nana).


1. Alhamdulillah Irma dah tak muntah-muntah dah. Aktif seperti biasa. Syukur sangat-sangat.


2. Ofismet saya cerita, semalam dia temankan adiknya ke pusat kesihatan di kampus ni. Kata beliau raaamai sangat student di sana. masing-masing ada yang batuk, selsema dan demam. Oh. Adakah kampus ini juga bakal ditutup?


3. Ofismet yang sama juga berkata, dengar-dengarnya dah ada kes H1N1 di sini. Tapi belum diwar-warkan lagi. Saya takut!


4. Beralih ke cerita yang lain pula. Imran sekarang suka menyanyi! Ya. Menyanyi. Siap ada gaya pegang mikrofon lagi - samada guna botol atau wayar (or is it cable?). Menyanyi bukan sebarang menyanyi okeh. Menyanyi adalah dengan penuh perasaan. Sampai tertutup² mata. Ohhh... Ikut gene siapa ni nak oii... Hahaha.


5. Hmm... kalaulah kampus ni tutup, staf dapat cuti seminggu ke ek? Hihihi. *Tanduk dah mula tumbuh* Tapi saya harap janganlah ada sesiapa yang berdekatan saya atau saya sendiri terkena serpihan virus itu. Nauzubillah!


Cerita Tambahan :P


6. Ohhh lupa pula nak tambah cerita. Semalam saya dan En Abah telah memfoya-foyakan diri menonton Harry Potter and the Half-Blood Prince. Erm... jalan ceritanya ok lah. Tapi endingnya tergantung. Sangat. Sampaikan En Abah komplen, "Tak pernah saya tengok movie yang ceritanya tergantung macam cerita Harry Potter ni." Dan yang paling kelakarnya, En Abah tak paham satu hape pun tengok cerita tu. Kekekeke.


Thursday, July 23

The Unique Wedding Photo Contest

Walaupun tarikh tutup penyertaan contest ini dah dekat, saya tak kira nak join jugak. Hahaha.


Contest ini dianjurkan oleh e-caR aka ibuEiymann yang kecik molek itu.


Justify Full
Ahahaha. Sila perhatikan tangan En Abah. Two thumbs up beb! Hahahaha. I loike.


Nama suami: Mohd Hazrin aka En Abah.
Nama isteri: Zety Zin.
Tarikh tunang: 16 April 2005
Tarikh nikah: 10 Jun 2006
Tarikh sanding: 11 Jun 2006
Tarikh Bertandang: 18 Jun 2006


Kenapa saya suka baca blog e-caR? Sebab blognya berwarna-warni, dan e-caR adalah seorang ibu yang kiut-miut, yang telah dua tahun lebih menjadi breastaurant kepada anakandanya Eiymann. Cayalah!


Erm mari letak satu lagi gambar.



Boleh En Abah buat mata stim masa orang tengah baca doa? Sabo ajelah haku.



Scan

Pagi Isnin hari tu Irma jatuh katil semasa saya sedang mandi. Saya sendiri tak pasti macamana dia boleh jatuh. En Abah pulak tengah bersiap.


Hari Isnin, Irma ada muntah. Dua kali. Dua² selepas minum susu atau makan nasi. So saya tak risau sangat. Muntah biasa² la kot.


Hari Selasa, ok. Tak muntah. Lega sikit.


Rabu (semalam), Irma muntah² lagi. Kata adik saya, kadang² tetiba aje dia muntah. Saya dah naik risau. So semalam saya ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful di Sg Chua, Kajang.


Dr check kepala, dada, perut. Kepala ok, takde benjol ke, melekuk ke dalam ke. Dada ok. Perut ada bunyi². Doktor tanya, Irma suka kutip² benda masuk dalam mulut ke? So saya pun jawablah, iye.


Doktor kata mungkin ada benda yang dia kutip itu ada kuman dan bakteria so bila dia telan bakteria membiak dalam perut. That's why perut dia berbunyi. Doktor bagi prebiotik (ke probiotik eh?) untuk 'cuci' perut Irma.


Tapi, kalau Irma masih lagi muntah² secara tiba² satu dua hari ni, doktor suruh datang balik, atau terus ke hospital untuk scan otak dia. Takut ada darah beku.


Oh my! Risaunya saya!


Dan kata doktor, kos sekali scan tu makan about few hundreds jugak lah. Oh my kuasa dua!


Bukanlah saya lebih pentingkan duit dari anak. Tapi ekonomi keluarga memang agak merudum sekarang ni. Mana mak nak korek duit, nyah? Kalau tak scan, takut menyesal kemudian hari. But then, kalau scan, mana nak didapatkan duitnya tu? Haih.


Tapi doktor cuba legakan hati saya dan En Abah dengan berkata, "Tapi saya rasa mungkin tak ada apa-apa kot. Sebab dia nampak aktif je. Lagipun kesannya biasanya immediately. Biasanya kalau baby you tak aktif, murung, atau mata dia macam lari sikit, atau aktiviti dia lain dari biasa, then you should worry. Rasanya ni takde apa² kot."


Harap² nya begitulah.


Tolong doakan Irma ye kawan². Huhu.



P/S: Dear, lepas ni jangan biarkan Irma atas katil tanpa pantauan bila dia dah terjaga tau. Sebab dia memang suka jalan² laju² atas katil.



Wednesday, July 22

Toleransi: Susah Sangatkah?

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya menempuh kesesakan lalulintas pagi tadi.


Hujan. Jem. Selepas hujan. Laaagi jem.


Semua orang nak cepat. Semua orang dah terlambat nak masuk kerja.


Kereta beratur di emergency lane adalah biasa. Terutamanya kereta yang hendak masuk ke persimpangan sebelah kiri.


Mungkin kereta di emergency lane hanya menyemak dan menyesakkan pandangan, tapi tak perlu lah kamu, ya kamu, si penunggang motosikal menekan hon sepanjang perjalanan.


Dari jarak 1 kilometer lagi saya boleh dengar hon kamu, tahu?


Kamu ingat kamu ambulans kah?


Bunyi hon yang berpanjangan adalah sangat annoying okeh. Buat orang panas hati aje.


Cuba kalau saya pula tekan hon sepanjang pemanduan saya, betul-betul di belakang motorsikal kamu.


Pinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.


Suka tak? Suka? Suka ke?


Nota: Saya tak lalu di laluan *uhuk* kecemasan *uhuk* tau.



Permulaan Hari Yang Tidak Menyenangkan

Dimulai dengan hujan di pagi hari. Liat sungguh nak bangun. Rasa berat je nak pi kerja. Haha.


Kemudian, bila dah hujan tu, mulalah jem sana sini, eksiden sana sini. Bosan okeh. Nasib baik tak sampai lambat ke ofis.


Kalau hari-hari lain pi breakfast dengan En Abah, hari ni tidak. Sebab sampai agak lewat dari biasa.


Sampai ofis, saya buat air coklat panas. Untuk alas perut la konon. Duduk di pantry. Entah macamana, tangan saya boleh pulak terlanggar mug berisi air coklat panas tu.


Dush!


Air coklat panas meleleh membasahi meja, lantai pantry dan juga.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
... baju kurung dan tudung saya! Huaaaa!!!!!


Sudahlah lapar, baju pulak kotor. Lantai pantry dah selamat saya bersihkan. Giliran baju dan tudung pulak.


Tonyoh punya tonyoh, sental punya sental, tapi tak hilang jugak bau, warna dan rasa air coklat tu. Huhuhuhu. Macamana ni?


Dengan baju yang kotor gitu, macamana saya nak pi kafe beli breakfast. Takpe, kirim kat kawan aje.


Dengan baju kotor gitu, macamana saya nak pi toilet? Toilet jauh okeh. Kena melalui kawasan lalu-lalang yang ramai dengan student. Huhu. Nak sembahyang lagi. Haruskah berbogel di bawah lapisan telekung di dalam surau? Tak sesuai tau!


Oh, basah bukan sebarang basah ye. Ni basah satu badan tau! Dari tudung, sampai ke kaki kain, semuanya ada kesan kotoran! Argh!!!! Tolong!!!!



Tuesday, July 21

Perjalanan Penyusuan Seorang Zety Zin™ :P

Tajuk mesti gempak. Haha. Again, credit to CY sebab beri tutorial "™" itu.


Amaran: entri ini adalah agak panjang.



Saya tak pasti samada saya pernah cerita tentang perjalanan penyusuan saya dengan anak-anak di blog ini. Tadi ada jugak korek-korek tengok archive tapi tak terjumpa pulak.


Oh kenapa tiba-tiba nak bercerita tentang kisah breastfeeding pulak? Sebab terbaca di blog Azza tentang rasa ralatnya. So tiba-tiba teringatlah kisah saya yang tak seberapa ni.


Masa pregnantkan Imran, saya memang pasang niat nak breastfeed dia sampai umur dua tahun. Sebab apa tau? Sebab saya teringat masa belajar kat sekolah agama dulu, najis kanak-kanak lelaki yang minum hanya susu ibunya adalah naji muhafafah (najis ringan). So senang nak bersihkan. Hahahaha. Iye. Itu sebab utamanya. Tang khasiat ke apa ke, saya tak tau apa-apa pun masa tu. Memang knowledge saya dalam ilmu breastfeeding adalah ZERO.


Kemudian lahirlah Imran. Bersalin di poliklinik biasa yang doktornya bukanlah seorang yang pro-bf, makanan pertama anak saya ialah FM. Tapi masa tu saya takde rasa pape pun. Takde rasa marah ke, nyesal ke apa. Sebab takde ilmu. Saya tak tahu pun masa kritikal ialah sejam pertama selepas kelahiran.


Balik ke rumah, saya cuba bf Imran. Ohhh sungguh kuat anak saya menangis takmokan susu mamanya. Bila disua breast ke mulutnya terusss dia berpaling dan melalak macam kena dera. Masa tu dah rasa pelik. Tapi sebab kesiankan dia kelaparan maka saya teruslah bagi FM.





Sepanjang tempoh berpantang Imran TIDAK PERNAH minum susu direct dari saya. Saya hanya pam dan beri pada dia dalam botol. Itupun hanya sebulan aje. Lepas sebulan, susu saya kering. Dan saya juga tak pernah buat stok.


Maka, Imran pun disuapkan dengan FM sahaja. Mahal okeh susu Imran. Sebab dia ada CMPA. Takleh minum susu biasa.





Selepas habis pantang, masuk kerja, saya diperkenalkan ke SI oleh seorang kawan lama saya. Masuk forum itu, ohhh barulah saya tahu betapa berharganya setitis susuibu. Betapa berkhasiatnya susuibu. Timbul rasa menyesal, ralat, frust, segala rasa yang tak bestlah. tiapkali baca thread berkaitan bf, saya mesti mengalirkan airmata. Sedih sangat-sangat. Lagi-lagi bila terbacakan post yang mempunyai kata-kata yang 'agak kasar' untuk mereka yang tidak bf.





Kemudian saya cuba juga untuk relaktasi. Tapi, usaha tanpa azam yang kuat memang susah lah nak berjaya kan. Salah sendiri. Plus tak lama lepas tu saya dapat tahu saya pregnantkan anak kedua pulak. Lagilah susu takde.


Masa tu saya ingat lagi. Hampir setiap hari saya masuk SI. Kumpul maklumat, kumpul ilmu berkaitan bf. Kiranya, jadi fanatik bf jugaklah. Haha. Saya tekad nak bf anak kedua saya, no matter what.


En Abah pula kurang beri semangat. Nak cerita kat dia, biasanya dia bukannya pay attention sangat. Print lah banyak mana artikel pun. Bukannya dia baca. Haih.


Entah macamana satu hari tu dalam forum SI, saya ternampak tentang kelas breastfeeding. Saya daftarkan nama saya dan En Abah. Tak kira. Saya paksa En Abah attend kelas tu.


Berulah terbuka mata dan minda dia.


Irma lahir, saya berjaya bf dia. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Imran ada jugak menumpang minum susu saya (dalam botol) semasa saya berpantangkan Irma dulu. Tapi tak lama lah. Dia pulak geli nak minum. Hihi.


Tapi... berat badan Irma tak berapa nak naik walaupun berat masa lahir 3.15kg. Mak saya yang tak berapa sokong bf dah start bising-bising suruh bagi FM. Mulalah kata susu saya takde khasiat la, tak cukup la. Sabo je la.





Agak lama juga saya bertahan. Tapi berat Irma makin hari makin tak naik. Sejak dia berumur 5 bulan, beratnya maintain aje. Then kejap naik kejap turun. Jumpa paed, dia suggest suruh minum Pedi.asure. At first memang saya takmau. Habislah breasfeeding journey saya!


Tapi, akhirnya saya akur. Saya berikan jugak Pedia.sure sebagai supplemen. Lebih-lebih lagi susu saya makin menyusut produksinya akhir-akhir ini. Tapi Irma tetap mendapat khasiat EBM saya di waktu siang. Cuma sekali atau dua kali saja dia minum Pedia.sure. Malam? Ngempeng sentiasa!






Alhamdulillah nampaknya ada perubahan sejak minum Pedia.sure tu. Irma dah makin tinggi. Baju newborn dah tak muat dah. Ngee...


So, sampai sekarang Imran masih lagi on FM, dan Irma masih bf tapi sudah campur dengan FM jugak. Walaupun ada rasa tak best sebab tak dapat fully bf, tapi saya bersyukur la jugak dapat juga beri Irma dan Imran minum susu saya, walaupun tak banyak, atau tak lama macam orang lain.


Kita ni, buatlah apa pun. Apa saja tindakan kita, pastinya takkan dapat puaskan hati semua pihak. Ada je yang dengki, ada je yang tak puas hati. Betul tak?


So, just ceria-ceria selalu. Buat je muka takde masalah padahal problem sebenarnya sebeban atas bahu ni ha. Haha. bak kata colleague saya, "akak ni tak nampak macam ada masalah pun. rileks je saya tengok," semasa saya buka cerita tentang sedikit masalah peribadi yang sedang melanda saya.


Oh apakah relevannya dengan cerita saya ni? Kesimpulannya, perjalanan dalam membesarkan anak-anak bukannya mudah. Tak kiralah diberi susu FM ke bf ke, masing-masing ada masalah masing-masing.


FM? Ohhh... mahal. Then susah betul ke hulur ke hilir nak kena bawak bakul susu. Air panas mesti sentiasa ada. Bekalan FM mesti cukup.


Bf? Ohhh pun ada masalahnya tersendiri juga. Produksi susu yang tak menentu, nipple crack la, kena geget dengan si anak dara tu lah, curi masa mengepam lah, penyimpanan EBM lah. Masalah nak deal dengan taska yang tak reti nak handle EBM la. Macam-macam sebenarnya.


Tapi, semuanya alah bisa tegal biasa (betul ke peribahasa mak ni? ke laut gamaknya hahaha). Yang penting adalah kerjasama, kita dah cuba berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.


Peace!


Sarapan Di Mana (versi Shah Alam)?

Walaupun jam sudah menunjukkan selesainya waktu makan tengahari, tapi saya nak cerita jugak pasal breakfast. Hahaha. Pedulik.


Biasanya jika saya sampai ofis awal, saya dan En Abah akan pi breakfast dulu. Sejak akhir-akhir ini, kami selalu ke sebuah restoran di Wisma MA.IS, Seksyen 3.


Ada satu restoran tu namanya Restoran Ceria. Saya suka roti canai kat situ. Garing dan rangup di luar, lembut di dalam. Plus, orang Melayu yang masak. Oh, saya kurang gemar roti canai mamak sebab tebal sangat. Kalau mintak garing pun, takde mana pun garingnya.


Lagi satu tempat makan yang saya agak selalu pergi jugak time breakfast ialah Miza Kopitiam di Seksyen 7. Nasi dagangnya adalah kena dengan tekak saya. Dan dihidangkan panas-panas. I loike!


Kalau teringin nak makan nasi kerabu, saya suka ke Restoran Soto di Seksyen 8. Mmm memang sedap! Nasi dagang dia pun sedap jugak. Tapi dah lama kami tak ke sana. En Abah prefer di Miza Kopitiam sebab katanya 'bersih'. Bersih dari segi apa? Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil.


Mari keluar sikit dari Shah Alam. Dulu-dulu masa weekend, sekali-sekala kami ke Kerinchi. Makan roti jala yang marveles. Erm... nak cerita the exact location saya tak reti sebab Kerinchi bukanlah tempat saya. En Abah yang kenalkan tempat ni sebab dulu dia duduk menyewa kat area sini. Yang saya ingat, kalau kat traffic light tu, kalau ke kanan kita ke Pantai Hill Park kan. Haa kedai ni kena ke kiri. Kemudian masuk simpang ke kanan. Kemudian ke kanan lagi. Ha lebih kurang gitulah directionnya. Ngeee....


Tapi dah lama gila tak ke sana. Entah ada lagi ke tak kedai makan tu.


Anda pula bagaimana? Ada tempat fav untuk sarapan tak? Marilah share maklumat.


Nota: Untuk kawan-kawan yang nak maintain atau turunkan berat, boleh lah ambil Cinch Shake atau ESP sebelum breakfast. Lepas breakfast kita makan Lecithin atau Omega Guard pulak ;)



Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 019 2929 796 & 011 3708 1912




Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Vi.ta.gen.

Imran sekarang suka minum Vita.gen. Walaupun dos sehari adalah setengah botol aje, Imran tetap nak minum berbotol² (matapelajaran kita hari ini - thanks CY!).


Disebabkan suka sangat minum, adalah wajib bagi Imran untuk pandai menyebut Vai-te-jen.


Tapi, Imran juga suka minum susu. Maka apakah perkataan yang sesuai untuk 'susu'?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jika dulu, dia sebut 'tutu'. Tapi sekarang....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Vai-tu-tu




Monday, July 20

10th Anniversary

Semalam adalah anniversary kami yang ke-10. Bukan. Bukan wedding anniversary tapi anniversary perkenalan kami. Hiks.


Tapi takde menyambutnya pun. Sekadar wish aje. Itupun mak aje yang wish. Haih.



Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi

Anak dara saya yang cute itu sudah pandai merajuk sekarang ni. Haih.... ikut perangai sapa la ni... Hahaha.


Semalam di rumah MIL, anak dara saya seperti biasa dengan aktiviti tetapnya - mengutip apa-apa sahaja yang dia nampak di atas lantai, hatta serpihan biskut hasil kunyahan si abang yang sangat-sangat kecik pun dia boleh nampak. So kebetulan masa tu dia dah kutip itu biskut, dan nak masukkan ke dalam mulutnya, MIL saya ternampak. Teruslah MIL ambil biskut tu dan buang ke luar tingkap.


Tau apa Irma buat? Dia berdiri di tepi sofa, pandang ke bawah dengan mulut muncung sedepa, lepas tu tangannya kuis-kuis sofa tu. Mak Wannya panggil dia buat dekkk je. Dia asyik la pandang ke bawah. Bila Mak Wannya dukung nak pujuk, dia tak pandang pun muka Mak Wan. Dia pandang arah lain. Hahaha. Sabooo je la.


Malam tadi di rumah neneknya pulak, Irma tengah makan fries. Dia offer fries kat nenek dia. Tapi nenek dia takmo. Terus dia bertinggung sambil pegang fries tu, then pandang lantai. Bila nenek pujuk, again, dia takmo pandang muka. Dia pandang lantaiii je. Hahaha. Irma, Irma. Mama macam kenal je gaya merajuk tu. Hahahaha.


As for Imran pula, sekarang ni dah pandai memilih orang pulak. Kalau time nak mandi tu, kalau dia nak mamanya mandikan, mama aje lah. Kalau orang lain dia mengamuk. Sama jugak time buatkan susu. Kalau nak abah yang buat, orang lain takleh buat. Even cuma basuhkan botol. Kalau tak, jangan haraplah dia nak minum susu tu nanti.


Sama jugak bila time makan. Semalam pagi-pagi Imran bangun tido terus mintak makan. Masa tu kami kat Seremban. Kebetulan MIL keluar ke kedai beli barang dapur, and kat dapur memang takde langsung makanan. Mak yang malas ni pun bagi roti sapu jem aje kat Imran. Nasib baik dia nak. Then, Irma pulak bangun.


Saya koyakkan sikit roti nak bagi kat Irma. Boleh si Imran mengamuk sakan? Marah betul dia bila saya nak bagi roti tu kat Irma. Bila saya offer nak buatkan yang baru untuk dia, dia tak nak. Dia nak yang itu jugak. Haih. Macamana mama nak bagi roti yang sama nak oii? Bila bagi takmo. Then saya kata, "Ok mama repair roti ni ye. Mama tampalkan balik yang mama koyakkan tadi." terus dia jawab "Tey (OK)." Adeh. Dia ingat boleh main tampal-tampal guna selotep agaknya. Hehehe.


Bila saya cerita kat mak saya, maka saya kata perangai Imran tu memang sebijik macam saya masa kecik-kecik. Ada sekali tu, air tumpah. Tapi saya nak air yang tumpah tu jugak. Takmo air lain. Hihi. Now I know dari siapa Imran dapat perangai dia tu. Apa nak buat. Like mother like son & daughter la kan. Hahaha.




Thursday, July 16

Penangan

Sepanjang hari saya adalah sangat pening. Kepala terasa berat di sebelah kanan. Tekak juga terasa loya-loya. Maka fokus kepada kerja juga adalah zero.


Mungkin kerana semalam saya makan durian D24 yang sedap itu. Makan durian di tepi jalan adalah heaven. Pilih-pilih durian, kemudian suruh penjual itu kopekkan durian kat situ jugak. Dan makan time time tu jugak. Walaweh. Sungguh terawang-awang okeh. Hehe.


Hm. Hari ni saya berpuasa (ganti), Insyaallah. Nak berbuka apa ye?



Ke Mana Saya Selama Tiga Hari?

Fuh!


Penat bermarathon, membaca entri di blog kawan-kawan. Maklumlah, sudah 3 hari saya tak masuk ofis.


Hari Isnin dan Selasa saya berada di CIMA World Conference 2009 di KL Convention Center. Saya berada di sana dalam keadaan paksa rela sebenarnya sebab nama saya dihantar oleh En Bos tanpa pengetahuan saya.


Oh tapi rupanya seronok juga attend conference begini. Terbukak sikit minda yang dah ala-ala bawah tempurung ni. Kekeke. Yelah. Dah bertahun duduk di dalam environment ke'gomen'an, bila sesekali hirup udara luar bolehlah kita berkenal-kenalan dengan orang yang kerja di private sector pulak.


Dan yang paling best, saya terserempak dengan kawan lama saya semasa zaman belajar dulu. Dia pernah jadi housemate saya semasa kami menyewa di luar, dan jadi roommate saya masa saya sambung belajar. Sungguh seronok jumpa member lama! Kawan saya itupun nampaknya sudah menjadi seorang yang berjaya. Sudah berjawatan tinggi bukan macam saya ni ha. Saya rasa happy untuk dia.


Terima kasihlah kepada En Bos sebab hantar nama saya. Hehehe.


Dan, bila berkenal-kenalan denga orang yang selain orang gomen, saya terasa diri yang besar ini begitu kerdil sekali. Hiks. Boleh gitu?


Dulu kan, sebelum saya kerja gomen, bahasa kedua saya boleh tahan la jugak. Kiranya, takde masalah la kalau nak buat karangan 15 mukasurat sekalipun, Insyaallah. Tapi kan, sekarang kan, saya rasa bahasa kedua saya makin lama makin berkarat. Huhu. Ye, saya ada membaca bahan bacaan dalam bahasa kedua itu, tapi saya tidak amalkannya dalam kehidupan seharian. Jadi, memang mudahlah berkarat kan. Huhu.


Okeh. Lupakan hal itu. Salah diri sendiri. Mungkin selepas ini kena polish kan balik segala yang ada.


Hari Isnin di conference itu adalah seronok. Bermacam orang korporat dari seluruh dunia yang berkongsi pengalaman mereka di dalam dunia perniagaan, hingga masing-masing berjaya menaikkan nama syarikat tempat mereka bekerja.


Malamnya ada pula gala dinner sempena ulangtahun CIMA yang ke-90. Dan kami turut dihiburkan oleh Harith Iskandar, yang saya rasa adalah sangat menghiburkan dan sungguh kelakar mamat ini okeh. Saya ketawa punyalah besar sampaikan cameraman zoom muka saya Maka terpampanglah muka minah berbaju kurung hijau bergelak sakan kat skrin besar kat depan tu. Har har har. Malu jek.


Hari kedua pun best juga. Walaupun saya agak mengantuk semasa sesi pertama pagi Selasa tu. Semasa lunch kami dihidangkan dengan chinese food, yang tak berapa kena dengan tekak melayu saya yang sentiasa inginkan makanan pedas ini. Huhu. Makan masa panas-panas ok lagi. Tapi bila food tu dah mula sejuk, mulalah tekak ini terasa kembang setaman.


Bila attend CIMA World Conference ni rasa macam nak amik CIMA pula. Ada sesiapa yang pernah ambil CIMA? Kongsi-kongsi sikit pengalaman anda ye. Oh, tapi orang-orang kat ofis saya kata, better amik Master daripada CIMA coz jurusan profesional ni macam takde value sangat pun kalau bekerja di sektor awam. Kalau setakat untuk kepuasan diri oklah. Ye ke?


Hari Rabu saya cuti (ngengada amik cuti) kononnya penat berkonferens semalamnya. Haha. Konon. So pagi-pagi saya dan En Abah membuat keputusan untuk pergi ke Greenbox di Jusco Cheras Selatan. Sebab kalau pi pagi-pagi murah sikit. Hahaha.


Dah lama mak tak berkaraoke. Sungguhlah sumbang mambang rasa macam nak pecah je bilik tu. Konsep di Greenbox ni adalah kita bayar untuk makan dan menyanyilah puas-puas di bilik karaoke itu selama 3 jam (Sesi pagi ialah dari pukul 10 pagi hingga 1 tengah hari). So, untuk bayaran sebanyak RM12 seorang, saya boleh makan Nasi Beriyani Kambing, air free-flow dan tidbits juga free-flow, serta menyanyi di karaoke selama 3 jam. Bukankah itu SANGAT murah?


Mak menyanyi sakan sampai suara pecah-pecah macam suara budak laki baru akil baligh. Hahaha. Sungguh puas hati. Walau bagaimanapun ada sedikit nyampahs dengan service di situ sebab tidak berapa friendly. Tapi, saya abaikan saje.


Itu ajelah aktiviti saya selama 3 malam tanpa bintang hari ini. Hari ni saya dah start kerja balik, sambil bermarathon membaca blog kawan-kawan, serta menuai hasil tanaman saya di BarnBuddy walaupun hasil tanaman habis dicuri.


Sekian, terima kasih.




Friday, July 10

Tata!

Hari Isnin dan Selasa nanti saya akan menghadiri conference di KLCC. Ada sesiapa yang ke sana juga? :)


Maka aktiviti berblogging hanya dapat disambung semula pada hari Rabu.


Till then, tata!

Sayu Di Kubur

Terima kasih atas ucapan takziah kawan-kawan semua.


Semalam lepas habis je office hour terus ke Bangi. Kami berdua aje. Anak-anak kan ke kat rumah mak saya. Sampai masa Maghrib. Ada tahlil lepas Isyak. Bertolak pulang dalam pukul 10 lebih.


Orang tua-tua pesan, sebelum sampai rumah, singgah mana-mana dulu supaya takde 'benda' ikut kita balik rumah. So saya dan En Abah singgah kedai mamak. Makan dulu. Then MIL pulak pesan, sebelum masuk rumah, basuh muka dulu (seeloknya mandi dulu). Maka kami pun basuh muka kat paip depan rumah. Then baca jugak ayat Kursi dan ayat pedinding dua tiga kali.


Masuk je rumah, saya dan En Abah terus naik atas, mandi dan solat Isyak dulu sebelum layan anak-anak. Sebelum tidur, bacakan ayat pedinding untuk Irma pulak. Alhamdulillah tak ada apa-apa yang pelik terjadi malam tadi.


Pagi ni saya EL. Ikut En Abah ke Bangi semula. Dari rumah arwah, kami ke masjid UKM untuk sempurnakan jenazah. Mandi, kapan, sembahyangkan. Kemudian ke tanah perkuburan. Oh ye, En Abah tolong mandikan jenazah sekali. Katanya, sayu aje rasa masa mandikan arwah.


Saya pulak, masa orang angkat jenazah keluar dari rumah saya dah start rasa sayu. Ye lah, lepas ni tak akan ada lagi suara arwah di rumahnya. Arwah takkan berada di rumahnya lagi sampai bila-bila. Tapi saya masih boleh tahan rasa sayu tu.


Tapi masa di kubur, air mata saya menitik, no, mencurah-curah turun. Puas saya tahan, tapi dia turun jugak.


Saya sayu tengokkan isteri arwah. Dia nampaknya sungguh sedih. Dan saya juga kasihankan anak bongsu arwah yang berumur dalam 11 tahun (kot). Nampak merah je matanya. Tapi syukurlah arwah masih sempat menimang cucu. Cucu sulung dan tunggal (buat masa ini) baru berusia hampir dua tahun.


Saya bukannya happy arwah meninggal, cuma saya rasa... mungkin itu lebih baik buat arwah yang dah lama terseksa akibat kanser usus. Sakitnya memang kami semua dapat lihat dari airmuka beliau semasa masih hidup. Semasa saya lihat jenazah pun saya tak sampai hati. Arwah yang dulu sihat, suka bergurau, hanya tinggal tulang dan kulit. Memang tak sampai hati tengok keadaan arwah.


Semoga arwah dicucuri rahmat, dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.


Selesai semuanya, saya dan En Abah ke Shah Alam semula. Ya, saya tetap ke ofis walaupun saya ambil EL. Banyak kerja maa....


Bila menziarah orang meninggal ni, terdetik di hati saya, betapa saya mesti jaga kesihatan saya sebaiknya supaya tak menyusahkan anak-anak saya. Ya, ajal maut di tangan Tuhan tapi apa salahnya kita berusaha yang terbaik buat diri kita kan.


Dan saya berazam nak menjadikan anak-anak saya insan yang soleh dan solehah. So selepas saya mati dapatlah anak-anak saya doakan saya selalu.


Dan lagi satu azam saya, saya nak anak ramai. Boleh? Hehehe. Supaya anak-anak saya dapat menyokong antara satu sama lain bila mama dan abah diorang dah tak ada lagi. Takde la tinggal sorang-sorang aje. Huhu. Jauh melalut saya ni.



Thursday, July 9

Al-Fatihah.

Bapa saudara En Abah meninggal dunia tengah hari tadi, setelah lama berjuang untuk hidup akibat penyakit dalam perut.


Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.


Saya dan En Abah akan terus ke Bangi selepas habis waktu kerja nanti. Sedikit ralat sebab tak sempat ziarah arwah last week coz masa tu Irma demam.


Alfatihah untuk arwah.




Seloww

Adeh.


Gila seloww PC saya ni. Entah sebab internet, atau PC yang banyak sangat benda mengarut file.


Entah sempat ke tak saya nak siapkan kerja ni. Huhu. Esok nak kena hantar report tapi rasa macam tak sempat aje nak bagi segala mala figure yang bos nak.


Haih.


Bila la ada chance nak jadi WAHM ni? Hehe.



Wednesday, July 8

Menemankan En Abah

Sila baca tajuk dengan nada seperti dalam kartun Doraemon atau Sin Chan.


Sebentar lagi, selepas habis office hour ini, saya akan ke Alamanda menemankan En Abah menambahkan stok terbaru di kiosk nya. Mungkin akan tiba di sana dalam pukul 6.15 petang kot.


Sesiapa yang rasa-rasanya ternampak sorang mak budak yang gemok memakai baju kurung biru-hijau berbunga kuning dan bertudung kuning dok termangu dan tercongok dan berwajah kebosanan di kerusi panjang di sebelah kiosk Azzurri Leather, silalah tegur-tegur dia ye.



Busy

Sangat busy hari ni. Semput jeling-jeling aje blog kawan-kawan tanpa meninggalkan apa-apa jejak.






Later.



Tuesday, July 7

Sejak Dua Menjak Ni

Sejak dua tiga hari kebelakangan ini idea untuk berblogging adalah zero. Mungkin kerana otak masih lagi berserabut disebabkan masalah ini. Hmm.


Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, sedikit demi sedikit Allah tunjukkan jalan. Walaupun jalan itu hanya mampu selesaikan masalah tak sampai pun 1%, tapi sekurang-kurangnya adalah jugak kan. Dari takde.







Monday, July 6

Award dari Watie

Ohh, saya telah mendapat awards dari Watie. Thanks beb!







Best kah ini blog? *blushing*


1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.


Huu... banyaknya nak kena pas kat 15 orang. Saya pass kan kat 8 orang je la ek. Aci tak? Hihi. Maka saya panjangkan award ini kepada:

Fid
Umi Sufira
Mrs Noba
Ms Lola
Kak Yong
Intan
Mama Emma
Nana

Hiss... malas nye nak buat link. Kekeke.


Tetegur?

Biasa dengar perkataan 'tetegur/tertegur'? Atau korang ada vocab lain? Sila kongsi.


Saya ada kisah yang saya rasa, kena tetegur la kot. Tak berapa pasti, tapi naluri keibuan saya berkata begitu.


Jumaat, selepas Maghrib, kami bertolak ke Seremban. Saya rasa tak sedap hati. Macam ada yang tak kena.


Suku perjalanan, tiba-tiba badan Irma sangat panas. Tapi dia aktif macam biasa. Saya dah rasa something pelik.


Malam tu, Irma menangis meronta-ronta. Tak pernah sepanjang umur hidupnya menangis macam tu. Mata tertutup, air mata setitik pun tak keluar. Tapi melalak-lalak macam apa. Selepas bacakan ayat Kursi beberapa kali, barulah Irma lena.


Pic taken from here


Sabtu. Irma masih demam. Poo nya pun cair aje. Panas sangat agaknya. Tapi dia asyik menggigil. Asyik nak saya peluk dia. Mungkin dia rasa seram-sejuk.


En Abah risaukan H1N1. Saya risaukan dia kena tetegur or something like that. Saya pun pelik. Irma ni, entah kenapa senang sangat 'benda-benda' begitu tersangkut kat dia. Lemah semangat ke anak dara saya ni?


Kami bawa Irma ke klinik. Masa tu suhu badan dia dah kurang sikit. Bila doktor check, dalam 38 darjah. Agaknya malam sebelum tu entah berapa la suhunya. Doktor kata, simptom H1N1 tu tak de. Demam biasa aje. Tapi kalau after 4 days still demam, kena amik darah. Alhamdulillah.


Sepanjang Sabtu Irma ok macam biasa. Lepas makan ubat, suhu badan dia dah kembali normal. Malamnya, tepat pukul 12 malam, selepas habis cerekarama, Irma melalak lagi. Saya offer nenen sebagai ubat pelali penenang, habis di rejectnya. Sedih jugak masa tu. Last-last buatkan susu Pedi.asure, barulah Irma minum sikit. Tapi melalaknya masih tak henti.


Puas saya, En Abah dan MIL pujuk dia. Baca ayat Kursi berpuluh kali, bawa dia tidur di ruang tamu, siap letakkan surah Yasin bawah bantal. Barulah Irma lena.



Pic taken from here


Semasa kami di ruang tamu, Imran yang dah lena kami biarkan di bilik. Elok aje lepas Irma lena semula, Imran pulak yang bangun. Terdetik dalam hati saya, agaknya lepas puas 'diusik'nya Irma, 'benda' tu usik Imran pulak.


Situasinya sama. Imran melalak tak hengat punya. Kejap nak baring, kejap nak dukung, kejap nak susu. Tapi bila dibawa ke tilam kat bilik, dia taknak baring, bila didukung, maknya pulak rasa macam nak patah pinggang. Hehe. Bagi susu, takmo minum pulak.


Akhirnya, masa saya sibuk pujuk Imran sambil dukung dia....


Bluerkk!!!!


Habis Imran muntah. Saya pulak memang tak tahan bau muntah Imran. Susu Iso.mil yang dah diproses dalam perut memang sangat meloyakan. Hish. Saya pun terjeluak sama jadinya.


Saya ajak Imran ke bilik air untuk bersihkan muntah yang penuh kat badan dia. Bila dah sapu muka dia dengan air, barulah Imran 'sedar'. Barulah terbuka mata dia. Saya pujuk-pujuk dia, tukar baju bersih, ajak dia tidur. Tapi...


'Mon' Imran tak ada. Terkena muntah so MIL saya terpaksa 'mandikan' dia. Puas saya pujuk, terangkan kat dia yang dia dah kotorkan Mon, so Mon rasa dia busuk dan terpaksa mandi. Mon bagitau supaya Imran jangan sedih dan tidur tanpa dia. Kehkehkeh. Baekk punya cerita rekaan.


Tapi pujukan saya tak jalan. Sudahnya saya menyanyi pula. Macam-macam lagu saya cuba. Tanya Sama Pokok, Tidurlah Wahai Permaisuri Imran Danish, ABC, The Ants Go Marching, macam-macam lagu lagilah.


Semua lagu kena reject, kecuali lagu tema Ultraman Mebius dan Ultraman Tiga. Hah. Jadi penyanyi Jepun pulak saya. Padahal sepatah haram pun saya tak paham, dan main belasah aje. Yang saya paham cumalah 'Ultraman Mebius' dan 'gonna tiga take me, take me higher'. Kahkahkah. Selepas puas menyanyi sumbang mambang, barulah Imran lena. Itupun asyik terjaga sebab mencari Mon. Huhu.


Ultraman Mebius versi manusia.
Pic taken from here



Sudahnya, pagi Ahad itu, saya, Imran dan Irma sama-sama bangun secara berjemaah pada pukul 10.30 pagi! Sungguh tak senonoh okeh menantu perempuan nan seorang ini bangun begitu lewat! Malu sungguh saya. Syukurlah MIL saya memahami.


Malam tadi, En Abah awal-awal lagi dah bacakan doa pendiding untuk Irma. Baca 2 Qul (al-Falaq dan An-Nas) dan sapu ke seluruh badan Irma sebelum tidur. Selepas Irma tidur hasil penangan nenen En Abah bacakan lagi. Alhamdulillah malam tadi Irma tidur lena, kecuali bangun untuk nenen. Dan saya juga happy sebab Irma dah kembali kepinginkan nenen mamanya ini. Hihi.


Sedih okeh anak takmo nenen tengah-tengah malam. Peliknya, dia reject nenen saya selepas tengah malan aje. Siang-siang masih lagi setia mengempeng macam biasa. Hm, mungkinkah kerana benda 'itu'?




Thursday, July 2

Redha

Oh.


Terima kasih atas segala komen-komen dan kata-kata penyuntik semangat kawan-kawan sealam maya ku semua di entri ini. Inilah yang seronoknya berblogging. Sentiasa mendapat sokongan kawan-kawan blogger yang lain.


Semalam kami laki bini berbincang panjang (well, taklah panjang sangat) pasal permasalahan kami ni. Jalan penyelesaian tu masih belum jumpa, tapi sekurang-kurangnya kami tahu yang kami mesti kuat, dan sentiasa sokong each other. Kalau tak, hmmm... dah lama dah terduduk terkangkang gamaknya.


Kami pasrah. Redha dengan ujian yang Allah berikan. Dan saya tahu, PASTI ada hikmah atas semua yang berlaku ni.


Ikutkan hati, nak aje saya berhenti kerja, tolong En Abah. Saya tahu dia tak mampu nak buat sorang-sorang. Dan dia pastinya perlukan idea-idea bernas pendapat dan pengetahuan yang saya ada sikit-sikit.


Tapi apakan daya, kalau saya tak bekerja macamana nak menampung perbelanjaan kami sekeluarga? Yang ada sekarang ni pun tak cukup, lagikan pulak kalau saya berhenti. Oh, dan jika nak bantu dia, saya memang kena berhenti kerja sebab komitmen yang perlu diberikan adalah 200%.


En Abah, kuatkanlah hati anda. Insyaallah ada rezeki untuk kita anak-beranak.


Amin.


Wednesday, July 1

Ya Allah Kuatkan Hati Kami

Baru terima berita buruk dari En Abah. Berita yang sangat tak terjangkakan. Nak cerita kat sini pun tak mampu. Apa yang saya boleh cakap, berita buruk yang kami terima tu menambahkan lagi beban yang sedia ada.


Argh!


Ya Allah. Sukarnya kami nak berdepan dengan dugaan ini.


Tabahkanlah hati kami Ya Allah. Kuatkan hati kami.


Ingatkan berita gembira yang akan saya dengar petang ini. Rupanya tidak. Terus migraine saya memikirkan hal ini.


Macamana nak settlekan itu? Macamana nak settlekan ini? Sebab selama beberapa minggu kebelakangan ini memang kami amat-amat mengharapkan berita baik (yang sepatutnya diperolehi hari ini) untuk bantu kami dapat meringankan beban.


Rupanya tidak.


Makin berat beban kami.


Ya Allah. Tunjukkanlah jalan penyelesaian untuk kami. Amin.


Cutest Baby In Car Seat

MomBloggersPlanet sedang menganjurkan satu lagi Cutest Baby Photo Contest, anjuran bersama PhotoBookMalaysia dan juga AliceWonders. Tema bulan Julai ini ialah: Cutest Baby In Car Seat.


Marilah kita mencuba nasib dengan menyertai contest ini. Hihihi.


Hmm... saya ada ke gambar Imran atau Irma dok dalam car seat ek? Jap nak gali dulu.


OK. Jumpa.


1st contestant....


Bersama Mon tersayang....



Sorry gambar senget ;P


Nama: Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin

DOB : 5 Mei 2007

Car seat dalam gambar ialah chap Sweet Cherry berwarna merah yang saya sambar di Jusco selepas mendapat discount voucher sebanyak RM70. Masih digunakan sehingga kini walaupun sudah dinodai dengan bermacam-macam benda ie serpihan biskut, roti, kencing Imran. Hehehe. Imran pun suka duduk dalam car seat ni.


2nd contetstant...


Yargh! Mari menggeliat!!!


Nama: Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
DOB: 24 Mei 2008

Ini pun car seat/baby carrier chap Sweet Cherry. Juga dibeli di Jusco ketika sale. Hahaha. Ye, hidup mesti bajet.


Kenapa saya suka pakai car seat, kamu tanya?
Sebab memudahkan tugas seorang mama beranak dua, yang mana kedua-dua anak-anaknya sungguhlah aktif dan restless. Kalau tak duduk dalam car seat, haru biru gamaknya dalam kereta tu. Plus, bila dah terikat dalam car seat itu, Imran tidak akan dapat mencapai apa-apa di dashboard. So dia akan boring dan tertidur di dalam kereta. Hahaha. Begitu juga dengan Irma.


Lagipun, kalau guna car seat kan ke lebih selamat. Kot terkadang En Abah menekan brek secara tiba-tiba, so Imran dan Irma takde la tertonyoh hidung mereka di mana-mana bahagian di dalam kereta. Ataupun terjatuh lalu tertonggeng ke bawah. Huish. Sungguh bahaya kalau tak pakai car seat, tahu. Lagi satu extra point nya kalau pakai car seat, tangan saya akan bebas dari memegang anak-anak. So saya pun tidaklah penat dan boleh berangan mahupun tidur di dalam kereta. Hahaha.


P/S: Kawan-kawan, marilah kita memeriahkan lagik contest ini :)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!