Friday, October 30

Misi Mengurangkan Pengeluaran RM

Memandangkan orang gomen dapat gaji untuk bulan Oktober pada 8hb, dan bulan November pulak 25hb, maka kebanyakan pekerja gomen sekarang berpenyakit poket kering kontang.Termasuklah saya. Ngee...


Maka staf ofis saya telah membuat inisiatif sendiri dengan berpakat-pakat membawa bekalan bahan mentah, dan memasaknya di ofis. Saya? Bos (konon) hanya dipanggil selepas makanan dah siap terhidang. Hahaha. Saya menumpang makan aje. Keji dowh.


Kat ofis saya ni memang ada sorang staf yang superb bab memasak ni. Sekejap je wahhh... mee hoon (bihun?) sup dah siap. Prung prang prung prang.... nasi goreng dah terhidang di atas meja.


Menu hari ni banyaklah sikit dari sudah-sudah. Hari ni chef staf ofis saya tu masak kueh teow kerang. Kemudian dia ada bawak pulak puding karamel dari rumah. Ada pulak staf lain yang belanja yong tau fu dan roti canai. Wah! Penuh makanan di atas meja.


Tengah hari, second round pulak.


Macamana laaa tak gemok?






Akhirnya...

... kami memilih untuk menonton Jennifer's Body.




Hmph. Nak buat macamana. Papadom pukul 6 lebih. Koser nak tengok wayang time nak dekat Maghrib.


Komen saya?


Megan Fox berlakon tak best! Wahaha. Biasa-biasa saja.


Jalan ceritanya pun biasa-biasa aje. Saya yang penakut pun boleh layan cerita ni. Hm... tahap seramnya ala-ala Supernatural saje. Or mungkin boleh disamakan dengan Keliwon. Ngeh ngeh. Tower 13 lagi seram uols.


Kisahnya, (ini adalah sedikit spoiler, sila jangan baca kalau ada intention nak tengok citer nih) si Jennifer (Megan Fox) ni ajak kawan baiknya, Needy (Amanda Seyfried) tengok live performance indie band kat satu bar ni. Then tetiba je bar tu terbakar, and Jennifer ni ikut band tadi lari dalam van. Kawan baiknya pulak rasa tak sedap hati sebab band tu semacammm je.


Tengah-tengah malam Jennifer datang rumah kawan baik dia ni dengan berlumuran darah. Perangainya pun berubah, tak macam Jennifer yang asal.


Kemudian setiap bulan pulak mesti ada budak lelaki kat high school diorang ni mati dibunuh. Dengan kejam. Si Jennifer pulak sehari selepas kes bunuh tu mesti mukanya nampak berseri-seri, rambut pun bersinar-sinar macam rambut dalam iklan syampu.


So, dari situ dah boleh agak kan apa yang jadi? Saya tinggalkan cerita tu tergantung je kat situ. Hihi.


Kesimpulannya, kan bagus kalau cerita Papadom semalam pukul 5 ke, 5.30 ke. Huhu.


Ada satu cerita ni saya agak teringin jugaklah nak tengok - Law Abiding Citizen. Nampak macam ok je. Ada kawan-kawan yang dah pi tengok?




Thursday, October 29

Rehat

Setelah berhempas pulas menyiapkan report hingga jauh malam di ofis selama beberapa hari, maka saya mengambil keputusan untuk merehatkan diri hari ini.


No, bukan mengelat tak buat kerja ok. Tapi ada gak berblogging sekejap-sekejap :P


Saya pulang awal hari ni. Cadangnya nak mengajak En Abah menonton wayang dekat-dekat Shah Alam ni. Mungkin di Bukit Raja atau di Summit USJ. Tak tahu lagi.


Nak tengok cerita apa pun, tak tahu lagi. Ingat nak tengok Papadom. Tapi En Abah nak tengok Jennifer's Body sebab nak jamu mata tengok Megan Fox. Nyampah I tau.


Sekejap lagi sampailah cinta hati saya tu.


Daa... (sambil melambai tangan)




Anak Awan

Sangat busy sejak minggu lepas. Ni baru balik dari meeting. Berehat kejap mengadap blog terchenta.


Kisah terbaru Imran, sejak kami di KK lagi dia dok kata 'umah Alap' (rumah Asyraf - sepupu Imran di Seremban) banyak kali. En Abah berjanji dengan Imran yang kami akan pulang ke Seremban minggu depannya - terlupa la tu yang kami ni nak ke Kalumpang.


Minggu lepas semasa dalam perjalanan ke Shah Alam, Imran dok sebut-sebut lagi 'umah Alap, umah Alap'. Dia ingat kami nak ke Seremban la kot.


Malam tadi, En Abah tanya,

'Imran, minggu ni kita balik umah Alap nak?'


Tau apa Imran jawab?

'Anak. Anak awan.' (Tak nak. Tak nak kawan)


Aiseh. Merajuk dengan En Abah agaknya sebab tak tunaikan janji nak bawa dia ke umah Alap. Hehe.



Wednesday, October 28

Phew!

Menarik nafas lega... untuk tempoh masa yang singkat sahaja.


Lepas ni, kita pulunnn balik.



Nota ZZ: Ampun ye kawan-kawan entri semenjak akhir-akhir pendek adalah pendek-pendek sahaja.




Tuesday, October 27

Why? Why???

Why Oh Why???

Di saat ku begitu rajin stay back di ofis, ngko pula buat hal, wahai sistem yang lembab macam siput??

Tetiba je 'page not found'. Sakit hati okeh.


Kasi Laju Sikitlah Oii!!

Kenapalah engko lembab sangat? Berjam-jam haku dok nunggukan ngko.


Kasi laju sikit tak boleh ka? Haku ada banyak lagi kerja yang nak kena buat okeh. Takkan nak ngadapkan ngko jek.


Oh sistem yang lembab nak mamfus, cepatlah sikit buat local consolidation tu!!




Monday, October 26

Family Day @ Kalumpang

Bertolak dari Shah Alam pukul 12.15 tengah hari. Berkumpul di perkarangan Ko.lej Ser.oja. Sempat saya singgah ke ofis untuk buat kerja sikit. Huhu. Kan saya dah kata saya dapat kerja last-last minute hari tu.


Dalam perjalanan Irma muntah selepas makan kuih apam. Nasib baik tak banyak sangat muntahnya.


Singgah sekejap di R&R Rawang (kalo tak silap) untuk lunch. Sekali lagi Irma muntah lepas makan mihun sup. Kesian Irma. Perut kosong sampai ke Kalumpang.


Tiba kat Kalumpang pukul 2.15 petang. Mula-mula tu driver bas takmo masuk sebab jalan kecik. Tapi setelah dipujuk, driver yang baik hati tetaplah cuba jugak meredah jalan yang kecik itu.


Tabik spring lah sama driver bas tempat kerja saya. Memang handal memandu hatta di tempat sempit pun. Selamat kami semua sampai di Kalumpang Recreation & Training Centre (KRTC).


Sampai di pintu masuk kami disapa "Assalamualaikummmmmm!"


Oh rupanya ada burung (burung spesis apa ek?) yang bagi salam. Kehkehkeh. Tokojut den! Ingatkan siapalah yang bagi salam siap berlagu bagai.


Saya diberi kunci chalet Merbah 2. Betul-betul di tepi sungai. Memang heaven lah. Dari dalam bilik dah dengar bunyi deruan air. Rasa macam nak tido sentiasa. Hehe.


Chalet, atau lebih sesuai dipanggil bilik adalah basic saja. Ada katil saiz permaisuri, locker besi, aircond, TV 14 inci (bilik sebelah saya dapat TV besar. tak aci!), bilik air yang airnya sejuk gilos, dan termos. Kettle takde. Kalau nak air panas, sila minta di kafe di luar pintu masuk tadi. Air masak pun.


Lepas letak barang, kami anak beranak terus serbu sungai. Sejukkk!!!! Saya hanya mampu meletakkan bontot punggung di batu sungai sambil rendam kaki dan dukung Irma. Nak mandi? Mak tak sanggup uols! Sejuk!


En Abah bawa Imran mandi sekali. Amboi kemain anak jantan tu suka main air. Sampai takmo keluar!


Dalam pukul 6 petang kami berkumpul untuk sesi BBQ pula. Tapi tiba-tiba hujan la pulak. Nasib baik kami minta pihak KRTC sediakan khemah. So, tempat BBQ tu terpaksalah diletakkan bawah khemah. Hamek ko satu khemah berasap. Haha.


BBQ pada malam itu ialah sosej, udang, ikan kembung, ikan jeket, ikan pari, kambing dan ayam. Ada jugak nasi goreng yang pedas dan tak sesuai untuk kanak-kanak. Staf ofis saya pula masak sayur campur goreng kat situ. Ye, kami pakat-pakat bawak kuali dan dapur ke sana nyah!


Ada cabutan bertuah. tapi nampaknya saya tak berapa bertuah la kali nih. Kemudian ada hadiah untuk mereka yang sambut birthday September & Oktober. Sayalah salah sorangnya. Hihi.


Imran sepanjang waktu BBQ adalah OK saja. Tapi Irma pulak meragam. Lapar agaknya. Kesian dia. Sebelum tu bagi dia susu, tapi muntah jugak. Haih. Tak sampai hati saya tengok. Masa tu makanan pulak belum sampai. BBQ pun belum siap dibakar.


Tuala pun saya tak bawak. Nak tak nak pinjam lah tuala Good Morning yang staf bawa untuk BBQ ni. Oppss tuala bersih ye, bukan yang dah digunakan tau. Lepas dapat tuala baruulah Irma ok. Sayangnya bila makanan dah sampai, Irma pulak dah lena. Nak kejutkan tak sampai hati.


En Abah pula sibuk jaga makanan BBQ. Kiranya salah sorang orang kuat bahagian BBQ la tuh. Hehe. Alah sebenarnya dia nak 'chop' kambing la tu. Macamlah saya tak tahu. Haha.


Malam tu, kensel plan nak join karaoke sebab Irma dah tidur. Lalu dengan badan hati yang berat maka kami pun pulanglah ke bilik. Elok je letak Irma atas katil, dia bangun pulak. Cett! Saja je takmo mama dengan abah pi karaoke ye? Hehehe.


Tapi kami memang dah penat dah masa tu. So, elok je pukul 10.30 malam kami dah zzzz... Alhamdulillah Irma pulak berjaya minum susu tanpa muntah. Kalau tak, sure malam tu dia tidur dengan perut kosong je :(


Paginya breakfast pukul 9 di kafe. Sekali lagi dengan nasi goreng yang pedas. Selepas breakfast ada sukaneka pulak. Tapi biasalah, saya tak dapat nak join. Irma asyik nak berdukung, Imran pulak berlari ke sana sini. Bersukaneka dengan anak-anaklah kekdahnya :)


Untuk acara kanak-kanak, saja saya suruh Imran join. Untuk acara tiup belon, orang lain tiup belon besar-besar, Imran pulak lepas je dapat belon terus lari ke garisan penamat. Heheh. Untuk cari gula-gula dalam tepung, budak lain tiup tepung tu, Imran pulak ada orang lain yang tiupkan. Dan carikan gula-gula tu untuk Imran. Budak lain dapat 7-8 biji gula-gula, Imran dapat 2 biji. Tu pun dia tak puas hati sebab gula-gula tu dia kena letak kat garisan penamat. Haha.


Masa acara lumba lari, budak-budak lain berlari ke garisan penamat lepas wisel ditiup, Imran pulak patah balik ke En Abah. Haha. Memang dapat no 1 lah. No 1 dari belakang. Tak kisahlah kan Imran. Asal kita enjoy!!


En Abah pulak join Lumba Lari Kaki Tiga. Dapat No 1... dari belakang jugak. Kahkahkah. Dapatlah rembat sebijik hadiah. Hihi.


Lepas sukaneka acara bebas dalam sejam gitu. Orang lain sambung mandi sungai, saya sibuk mengemas barang. Tak koser aih nak bawak budak-budak mandi, kendian nak bilas dan tukar baju diorang. Kalo bawak kereta sendiri takpe la jugak kan. Ni naik bas. Nanti buat orang lain tertunggu-tunggu pulak.


Pukul 12 lunch dulu. Nasib baik lunch lauknya sedap. Not bad lah. Bolehlah budak-budak makan.


Pukul 1.45 petang kami pun ucap bye-bye lah ke KRTC. Kesimpulannya, memang best mandi kat sini. Tapi kalo takat tidur satu malam, dan penuh pulak dengan macam-macam aktiviti, memang tak puaslah jawabnya.




Apakan Daya

Niat di hati hendak bercerita tentang pengalaman di Kalumpang. Tapi apakan daya busy ya amat sampai takde masa nak menziarah blog kawan-kawan.


Nanti-nanti ya!



Syohh!! Syohh!!

Oh rasa sakit hati... nyah lah kau jauh-jauh dari sini!



Friday, October 23

Tiba-Tiba

Tiba-tiba je sedebuk kerja di atas meja.


Hilang mood nak berfoya-foya esok.



Sedang Sibuk

... di pantry ofis!


Mengupas bawang, serai, lengkuas. Memotong brokoli, carrot dan sayur-sayuran lain.


Persediaan ke Kalumpang.


Esok staf ofis saya akan datang ke ofis seawal 8 pagi. Bersemangat betul diorang ni.



~Saya yang berbau bawang~


Sebulan Lagi?!

Hm... baru 23hb ke? Oktober??


Bila nak 25hb Nov ni? Apa? Sebulan lagi?!!!


Haih.


Thursday, October 22

Setujukah Anda?



Si A ialah kawan kepada si B. Kemudian si B menolong si A untuk dapatkan kerja di tempatnya.


Maka si A pun kerja seofis dengan si B.


Pangkat B lebih tinggi dari A. Taraf bos lah kiranya.


B selalu lah beri arahan kepada A. Dah namanya bos kan. Tapi nampaknya A ni tak puas hati. Dia kata B ni pergunakan dia sebagai kawan. Kata A, sepatutnya sebagai kawan kenalah kerja sama-sama. B tak boleh bagi arahan kat dia sebab diorang kawan.


Setujukah anda dengan kata-kata A ini?


Adakah hubungan A-B di waktu pejabat, kekal sebagai kawan, atau sepatutnya hubungan bos-staf?


Bz

Hooo... gila busy ah hari ni. Dari pagi dok ngadap sistem yang lembab itu.


Kenapa la time diperlukan secara urgent, time tu pulak buat hal? Kalo hari-hari biasa ok pulak dia.


Harap-harap sempat le siapkan mende alah ni esok. Kalu tak, naya gue!



Wednesday, October 21

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Saja nak try masuk contest. Ngee...


Imran memang suka senyum. Kadang-kadang senyum sebab excited atau seronok. Senyum kambing pun ada. Hahaha. Meh kita tengok gambar Imran.


Gambar diambil 8 Ogos 2008. Masa ni Imran baru setahun tiga bulan.



Kat playground Seksyen 7. Gambar pada November 2008 (18 bulan)



Raya 2008. This is one of my fav pic. Rasa Imran comel sangat! (16 bulan)


December 2008. Sengih sakan sebab pakai songkok. (19 bulan)

Details tentang Imran:
Nama: Muhammad Imran Danish Mohd Hazrin
Umur: 2 tahun 5 bulan



OK. Jom kita beralih kat Irma pulak.
Irma memang suka senyum tapi punyalah payah nak amik gambar dia tengah senyum.
Ni je yang ada.


Masa ni Irma 6 bulan. Suka betul dia!


Yang ni pulak masa 10 bulan. Pi Genting masa nih.


Details Irma:
Nama: Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
Umur: 1 tahun 5 bulan


Kepada kawan-kawan yang nak join contest ni, mudah aje.

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

    Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

Mudah je kan? So, tunggu apa lagi? Meh la join!



Gila!!!

Bangang! Bengong! Gila!


Itu antara 'makian lembut' yang boleh saya keluarkan kat blog ni. Kalau ikutkan hati, memang habis segala mala carutan keluar dari mulut saya ni.


Baca petikan suratkhabar di bawah.


SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuannya berusia 23 bulan selepas melihat kanak-kanak itu bermain dengan rokoknya.

Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, Sallehan Allaudin, 26, yang baru tiba di rumah bersama isterinya dengan membawa hadiah untuk anak mereka, Nikie, berang apabila melihat kanak-kanak itu mengoyak dan menyepahkan rokoknya.

Sallehan didakwa memukul hingga mati anaknya pada kejadian Januari lalu, sehari sebelum ulang tahun kedua kelahiran kanak-kanak itu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung hingga mati.

Sallehan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Isterinya, Rozanah Mohamed Yusoff, 24, menggunakan patung untuk menunjukkan kepada mahkamah bagaimana Sallehan menendang dan memijak Nikie di dapur rumah mereka.

Pasangan itu menelefon ambulans apabila hidung Nikie mula berdarah.

Menurut laporan perubatan, kanak-kanak itu mati akibat kecederaan.

“Saya tidak ke dapur untuk menghentikan perbuatan suami saya kerana beranggapan ia cara Sallehan mendisiplinkan Nikie,” kata suri rumah itu. - Reuters


Sayangkan rokok, anak dipijak?! Gila ke hape?


Rokok tu bila-bila masa ko boleh beli la weh. Anak dah mati, ko nak hidupkan balik? Sungguh emo ok. Bapak jenis apa la laki ni???


Yang emaknya pun dah dengar anak nangis-nangis kena pukul dengan bapaknya, takkanlah tak boleh halang? Sanggup dengar anak melalak-lalak macam tu? Come on la... anak ko baru 2 tahun okeh. Hishhh... sakit hati ni!


Ni ada lagi satu cerita yang menyakitkan hati. Tapi tak sanggup nak tepek kat sini sebab sakit hati sangat!


Cepatlah Baik Ye II


Sakit gusi = Saya



Saya sakit gusi. Bengkak dan dah melarat sampai ke geraham. Dah pi klinik. Klinik ye, bukan klinik gigi ;P Saya malas nak jumpa doktor gigi


Dapat antibiotic, ubat tahan sakit dan untuk bengkak.


Sekarang nak makan pun tak boleh. Bukannya tak selera. Hish, kalau tak selera makan, bukan Zety tu. Haha. Tapi tak boleh nak buka mulut besar-besar dan mengunyah betul-betul. Nak bercakap pun ala-ala sopan gitu.


Harap-harap cepatlah sembuh sakit gusi ni. Kan nak BBQ hujung minggu ni. Kalau sakit gusi macamana nak melantak? Takde mood nak buat keje tau.



Tuesday, October 20

Hujung Minggu Ini

... projek lain pula menanti.


Ofis saya mengadakan team building a.k.a Family Day kat Kal.umpang, Ta.njung Ma.lim. Duduk di sana 2 hari 1 malam.


Dengar-dengarnya, nanti ada sukaneka, BBQ serta sesi karaoke.


Janganlah hujan hujung minggu ni nanti. Especially masa saya pegang mic nanti. Hahaha.




Cepatlah Baik Ye

Irma batuk-batuk dan selsema sekarang ni. Masalahnya, dia NAK makan ubat, tapi lepas tu dia muntah pulak. Haih. Habis semua ubat dan nasi dia keluarkan balik.


Malam-malam pulak, dia tak lena tidur. Kejap-kejap terjaga sambil menangis. Sudahnya mamanya pun tak lena tidur jugak. Hari Isnin semalam terpaksalah saya ambil EL sebab kepenatan yang amat. Penat berjalan belum hilang lagi, ditambah pulak penat tak cukup tidur. Memang bengong kepala otak saya pagi semalam. Sudahnya saya cakap kat En Abah, saya tak larat nak pi kerja. Huhu.


Yang peliknya, sepanjang kat KK, lena pulak dia tidur malam walaupun hidung berhingus. Takde bangun walau sekali pun. Siap bangun lambat ada la.


Agaknya syok kot tido kat hotel ;)


Irma, cepat-cepatlah sihat ok. Weekend ni kita ada 'projek' lain pulak *wink wink*


Cuti-cuti Malaysia: Kota Kinabalu

Amaran: Entri ini adalah panjang.

Alhamdulillah... dah selamat kembali ke bumi Semenanjung selepas 3 hari 2 malam di Sabah.


Satu pengalaman yang cukup menarik buat saya. Maklumlah, first time uruskan hal-hal ni sendiri. Haha. Mungkin pada orang lain biasa-biasa la kot. As for diri saya, semua ni sesuatu yang sangat baru.


16 Oktober 2009

Bangun seawal 4 pagi. Beg-beg dah siap packing dah. Si anak dara pulak lena tidur. Tukarkan baju dan diaper aje.


Parking di stesyen ERL Putrajaya (Park n Ride - Precint 9 ke ek? Tak sure la). Tawakal ajelah masa nak tinggalkan kereta kat sana.


Pukul 5.50 pagi, train sampai. Tiba di KLIA, terus check-in luggage sahaja. Tak perlu nak check in lagi sebab dah check-in online. Siap boleh pilih seat mana nak duduk. Mudahnya rasa.


Pukul 7 dah naik kapal. 7.30 berlepas. Breakfast dalam flight ialah either nasi lemak sambal udang atau roti canai. For sure lah mak amik nasi lemak kan kan kan. Irma pulak, kapal belum sempat terbang, nak lena. Sepanjang perjalanan dia tidur. Senang kerja saya.


Jejak kaki di bumi KK pukul 11 pagi kalau tak silap. Lepas ambil luggage, wakil pihak agency, En Halim dah sedia tunggu kitorang. Tapi dia kata, nak tunggu semua orang sampai barulah sama-sama gerak. So, kitorang pun ke McD kat tingkat 2, nak bagi Irma makan.


En Abah sempat lagi bukak laptop buat kerja kat McD. Nyampahs tau. Orang bercuti dia buat kerja pulak. Saya pulak asyik main kejar-kejar dengan Irma satu terminal tu. Oh terminal 1 KKIA adalah lebih kurang KLIA jugak. Selesa dan best.


Pukul 12.30 kitorang turun semula ke ground floor. Borak-borak kejap dengan En Halim tu. Dalam pukul 1.30, flight family saya pun sampai. Lega rasanya dapat tengok muka Imran.


Lepas semua orang dah sampai, kami terus dibawa ke Restoran. S.ri De.lima. Lunch dah disediakan. Banyak gila lauk beb! Ada kambing, ayam, sotong, ikan, sayur. Pergh! Senak perut!


Lepas lunch, kami ke macam-macam tempat. Ke kilang frozen seafood. Hamik ko udang harimaunya. Besar lengan budak! Dari kilang kami ke Muzium & Kampung Warisan. Macam-macam jenis rumah pelbagai etnik ada kat sini. Pastu kat muzium pulak ada tulang ikan paus sebesar-besarnya dipamerkan. Besar lagi dari bas lah!


Kemudian sempat ke kedai mutiara. Cikgu-cikgi ni semuanya pakat-pakat tempah rantai lah, gelang lah. Kemain.


Sampai ke Maghrib jugaklah diorang ni dok membelek mutiara kat kedai Jamilah tu. Kemudian barulah kami ke hotel - Shang-ri La Hotel.


Malam ialah aktiviti bebas. Orang lain sibuk ke pasar malam atau ke pasar Filipino, kami pulak tapau KFC, makan dalam bilik. Haha. Penatlah. Lagi-lagi bawak budak-budak yang aktif banget nih.


17 Oktober 2009

Bangun pukul 5 pagi. 6.30 dah breakfast dah. Pukul 7.30 pagi, kami ke bangunan Yayasan Sabah. Klik-klik mana yang boleh, then gerak ke Gunung Kinabalu.


Berhenti di Nabalu untuk shopping-shopping dan ambil gambar berlatarbelakangkan gunung. Sempat lagi beli nenas yang manis oh-so-juicy yummy! Saya memang suka makan nenas. Sebiji, siap potong-potong dalam RM2 aje. En Abah pula beli Maduli (Madu + Tongkat Ali). Hehe.


Kemudian singgah ke Poring Hot Spring. Lunch di sana. Saya tak ingat nama kedai makan tu tapi memang sedaplah lauknya. Lepas makan, bawa budak-budak mandi air panas yang tak berapa panas. Imran sampai takmo keluar kolam!


Saya pulak hanya rendam-rendam kaki aje. Ingatkan nak tempah private room untuk mandi. Tapi penuh pulak. Maklumlah hujung minggu. Koser nak tunggu sampai bilik kosong.


En Halim ajak join Canopy Walk, tapi tak berani pulak saya. Hui nak naik jambatan gantung yang biasa-biasa pun dah ala-ala seram, lagikan pulak jambatan gantung yang hanya ada satu papan tu aje. Tinggi pulak tu. Seremmm mak!


Selepas mandi-manda kat Poring, kami ke Kinabalu Park. Sungguh nyaman dan segar nyaaa udara kat sini. Best betul. Sure jerawat saya ala-ala malu nak tumbuh kalau saya duduk sini. Haha.


Kemudian kami singgah pulak kat Kundasang. Kat sini lebih kurang macam Cameron Highland la. Macam-macam sayur dan buah-buahan dijual. Tapi saya tak sempat nak jalan-jalan kat sana sebab Irma sibuk nak menyinggah ke toilet. Eheh.


Selepas tu kami pun pulang ke KK. Di KK singgah pula ke pasar Filipino tu. Sempat lah merembat kerongsang kristal. Saya beli yang murah-murah aje. RM1 satu weh! Siapa takmo! En Abah? Dia beli cili padi! Haha. Iye. Dia beli cili padi sampai RM4! En Abah kata cili padi Sabah power!


Makan malam pula di Si.nario Restaurant. En Abah order Nasi Ayam Pandan. Biasanya ayam pandan ni comel-comel je kan? Tapi kat sini ayam pandan adalah bagak belaka. Siap dapat 4 ketul! Berbaloilah dengan harganya RM8. Sedap pulak tu.


18 Oktober 2009

Hari terakhir di KK. Pagi-pagi selepas breakfast kami ke Gaya Street. Pasar Tamu yang macam-macam ada! Dari t-shirt, souvenir, buah-buahan hinggalah anak anjing, anak kucing, ayam serama semuanya ada. Kat sini saya rembat kuih cincin dan kopi.


Lepas tu ikut pulak mak saya ke kedai Jamilah tu lagi. Hajat di hati teringin juga nak beli rantai tangan mutiara tu. Cantik. Tapi bila pikir-pikir balik, haih, bila lah aku nak pakai? Saya ni bukannya jenis yang reti nak pakai barang-barang kemas ni. Rasa macam membazir pulak.


Tapi bila dah sampai KL, rasa menyesal pulak tak beli. Well at least seutas kan. Kat kedai Jamilah tu mutiaranya gred elok-elok (kot? Orang KK, sila sahkan). Harga 50% dari price tag.


Kemudian lunch di restoran apa tah sebelah KFC tu. Balik hotel, kemas-kemas. Pukul 3 kami pun bertolak ke LCCT KK. Kami bertiga je yang berlepas dulu. Batch family saya, flight diorang delay. So, En Halim tu bawa diorang ke Tanjung Aru dulu.


Semasa saya dan En Abah turunkan beg dari bas, Imran dah menangis-nangis nak ikut kami dari atas bas. Sayu sangat saya rasa. Kesian kat dia. Iyelah, walaupun atuk nenek aunty dia ada, of course dia nak ikut mama dan abah nya jugak kan? Saya pun ikut meleleh bila tengok Imran menangis masa tu.


LCCT di KK sesak hari tu. Syukurlah kami ambil Hot Seat untuk flight kali ni. Walaupun kena bayar extra tapi kami tak perlu beratur panjang-panjang untuk naik flight. Siap duduk depan sekali pulak tu. Hehe.


Flight pukul 5.10 petang. Malangnya dalam flight, kat belakang kami tu ada satu family tu. Er... nak cerita rasa macam ngumpat pulak. Kesimpulannya, kami mengalami kesesakan nafas yang agak kronik jugaklah sepanjang dua jam setengah perjalanan tu. Hmph!


Sampai di LCCT KLIA lebih kurang pukul 7.30 malam. Lepas solat dan menukar diaper Irma, kami naik shuttle bus ke KLIA Transit di Salak Tinggi. Dari sana kami ke Putrajaya.


Sampai Cheras terus ke klinik. Irma selsema dan batuk-batuk. Start dari hari Sabtu lagi. Pukul 10.30 barulah sampai rumah. Saya sampai, family saya pun baru sampai jugak.


Syukurlah semuanya selamat.


Kesimpulannya, saya yang jarang-jarang bercuti ni, rasa enjoy walaupun penatlah jugak sebab jadual tour nya agak pack. Tapi kalau nak ke sini, make sure budget tu kasi lebih sikit. Macam saya yang pergi last minute nih, budget pun ciput, terkulat-kulat ajelah menengok orang lain beli macam-macam.


Nota ZZ: Ampun entrinya panjang sangat. Dan ampun jugak takde gambar. Insyaallah nanti saya upload.



Thursday, October 15

Malu

Entri ilham dari sini.


Minggu lepas saya ikut adik-adik dan mak saya ke pasaraya yang baru dibuka di BTHO. Imran pun ikut sama.


Dalam kereta saya begitu ghairah sekali bercerita kat mak dan adik-adik pasal keletah Imran dan Irma semasa kami ke open house sedara-mara dan kekawan.


Antara topik biasa ialah, Imran yang rajin 'menjenguk' bilik air orang, Imran & Irma yang suka naik tangga rumah orang, Irma yang hampir menconteng dinding rumah orang, serta Imran yang suka makan. Haha.


Tengah dok sibuk cerita itu ini pasal diorang, tetiba je Imran menyampuk,

"Apa mama...." --> Apa la mama ni


Aiseh!


Adik-adik saya pun makin galak la sakat.

"Entah kan Ban. Apa lah mama ni cerita-cerita. Malu lah Ban." --> Sejak Imran gelar diri dia 'Ban', semua orang panggil dia Ban. Saya tak berapa berkenan! Tapi kadang-kadang terpanggil Ban gak. Haha.


Imran pun sambung la,

"Malu Ban."


Hahaha. Alamak. Dia dah paham rupanya bila kita cerita pasal dia cepan orang lain. Of course la dia malu kan.


Mak saya pun kata lepas ni kalau nak cerita pasal dia, takleh cerita depan dia. Nanti dia malu.


Ok lah Imran. Lepas ni mama kena kontrol mulut mama. Tapi... jari-jemari mama yang halus mulus ni takleh dikontrol la. Nak jugak menaip, cerita pasal Imran dalam blog.


Takpe ek?



Hari Ini 2

Selepas ini, saya akan attend meeting.

Meeting sampai lunch.

Semasa lunch hour, ingat nak ke Kompleks PKNS jap. Tak pun ke Alam Sentral. Ada sesiapa ke sana? ;)

Kemudian balik ke ofis semula.

Pukul 3.30petang saya dah start enjin untuk pulang ke rumah. Oh, kena singgah mana-mana untuk beli barang keperluan anak-anak.

Esok pagi, Insyaallah saya terbang ke Sabah.

So, in case tak sempat nak update blog, saya nak ucap bye-bye kat kawan-kawan blogger saya yang best-best semuanya ni.

Doakan keselamatan saya dan keluarga, selamat pergi dan selamat kembali.

Daa!


Hari Ini



... hari jadi saya.


Dah 28 dah saya. Dan masih banyak lagi benda yang perlu dicapai dan digapai.





Wednesday, October 14

Pandanglah Lihatlah

Ok. Kali ini saya akan take over blog mama saya.
Saya nak tunjuk kat semua auntie gaya tidur yang sebenar ;)



Mula-mula, dari tempat pembaringan asal kita tu, kita pusing ke kiri dan landing atas Bapak saya.
Jangan lupa letakkan kaki di atas jari jemari Bapak.



Ini pandangan atas ye, auntie-auntie dan kawan-kawan.
Kaki haruslah dibuka selebar yang boleh.
Sila perhati Bapak saya yang tidur lena sampai tak sedar saya landing atas dia.



Selepas beberapa minit tentulah rasa tak best baring atas Bapak saya tu.
Lenguh badan rasanya.
Maka kalih pula ke kanan, lalu menonggeng.



Setelah puas menonggeng, kita tidur terlentang pula.
Kalih ke kanan lagi ye.
Hah inilah dia gaya tidur sebenar!
Lena sampai ke pagi.
Renung-renungkan, dan selamat beramal mencuba!



Transformers Transformasi

Inilah transformasi Imran Danish.


Masa ni rasanya Imran setahun 3 bulan kot.
Kiut aje kan?
Berat dia around 11kg ke 12kg masa tu.
Ni gambar kat Seremban.
Sila abaikan bilik yang bersepah tu.



April 2009. Umur Imran 23 bulan.
Berat masa ni 15kg** rasanya.



Yeah ini dia gambar terbaru.
Beratnya 18.5kg.
Sudah tak larat mau dukung dia.
Rambut pun nampak macam nipis coz 'terselindung' dengan pipi chubby nya :)


**Ralat: Bukan 15kg tapi 13kg. Hehe. Tersilap pulok.


Nota ZZ: Mamanya pun sama 'naik' dengan anak. Ngee....



Speechless

Subhanallah!


Sesungguhnya Allah itu Maha Adil!


Dan Dia sediakan balasan mahupun ganjaran yang setimpal untuk hambaNya.



Membebel

Irma sekarang kuat membebel. Macam Imran jugak. Cuma, Irma ni ala-ala gadis Melayu yang pemalu la kot. Haha.


Ye lah, depan orang yang dia tak kenal kemain diam aje dia. Sekali-sekala baru la terdengar suara dia.


Tapi kalau kat dalam kereta ke, kat rumah ke, hah amik ko! Tak larat nak dengar dia bebel.


Antara words terbaru yang Irma selalu sebut:
Abah - a-abah
Atuk - a-atuk
Abang - a-abak
Ayam - alam


Sila perhatikan, bila dia sebut abah, atuk, dan abang, mesti ada 'aa' kat depan perkataan tu. Haha. Tak tahu apsal dia sebut gitu.


Tapi, satu perkataan yang memang takkan pelat lah kalau Irma cakap...





































































BAPAK


Hehe. Nampaknya melekatlah panggilan 'Bapak' instead of 'Abah' tu. Tak kisahlah ek En Abah? 'Bapak' pun ok apa...




Konfius Haku

Merajuk tapi tak mau dipujuk.


Habih camno?



Tuesday, October 13

Sesuatu III

Terima kasih di atas semua nasihat dan saranan di sini.


Saya berserah dan tawakal. Insyaallah semuanya akan selamat.


Doakan kami sekeluarga ye ;)




Adegan di Waktu Pagi


#1

Irma: Alam! Alam!

Mama: Alam?

Irma: Alam! Uk uuk! (Sambil tunding jari ke tingkap ~ ada bunyi ayam jantan berkokok)

Mama: Ohhh... Ayam.... :D


#2

Imran: Ayam! Mama... ayam, mama! (Sambil tunjuk ke arah seekor ayam jantan jiran)

Mama: Haah la.. ayam...

Imran: Ayam... atan... nak atan! Nak atan ayam! (Ayam... makan.. nak makan! Nak makan ayam!)


Haih... asyik pikir makan je si anak teruna nih. Haha.


Nota ZZ: Sedang menahan mata dari tertutup. Malam tadi tidur lambat gila gara-gara anak dara kesayangan tu muntah-muntah tetiba.


Monday, October 12

Sesuatu II

Memang dua tiga hari ni saya asyik rasa tak sedap hati. Semuanya kerana ini.


Saya, En Abah dan Irma akan naik flight yang berlainan dengan Imran, sebab tiket semua habih.


Mula-mula memang rasa, takpelah, atuk nenek nya ada nak menjaganya.


Tapi sejak dua tiga hari ni, lain pula rasa hati saya.


Lebih-lebih lagi, perangai Imran yang agak berbeza sepanjang hujung minggu lalu.


Biasanya dalam kereta Imran suka lepas bebas. Ya, sekarang dia takmo duduk car seat. So dia duduk dengan saya di belakang dengan Irma.


Tapi bila dia duduk kat belakang biasanya dia suka main-main. Tak suka saya peluk dia ke apa. Tapi hujung minggu lepas Imran asyik nak mengendeng saya sampaikan Irma naik jeles.

"Mama, dok mama" (Mama, nak duduk dengan mama)


Memang sesuatu yang tak pernah berlaku sejak Imran dah besar sikit ni, dia nak duduk dengan saya. Siap peluk saya, tidur atas riba saya.


Hati saya cukup pelik dengan sikap Imran.


Ditambah pulak dengan rasa berdebar-debar yang amat sejak dua menjak ni.


Saya beritahu En Abah. En Abah pun jadi risau sama. Masa lunch hour tadi kami dok bincang, apa yang patut dibuat.


Kalau nak juga Imran naik dengan kami, alamatnya leburlah RM seribu lebih. Dengan keadaan kami sekarang ni, RM1k++ amat amat amat besar nilainya.


Tapi, kata En Abah, duit boleh dicari. Tapi anak????


So kami decide nak cuba juga pujuk parents saya supaya benarkan Imran naik dengan kami. Biarlah kena bayar lebih pun.


Selepas lunch hour, saya try call mak saya. Mak saya kata, Insyaallah takde apa-apa. Buatlah sembahyang minta tolak bala.


Hm.. memang lah mudah nak cakap macam tu. Tapi lajunya jantung saya ni berdegup Tuhan aje yang tahu. Susah nak describe apa yang saya tengah rasa ni.


Sudahnya, mak saya hanya berkata, "Ikut suka koranglah." Kemudian telefon pun diletak. Maksudnya? Paham-pahamlah sendiri.


Saya cerita semula kepada En Abah. Menangis-nangis saya bercakap dengan En Abah dalam telefon. Ya, saya memang cengeng. Kuat menangis.


Reply dari En Abah?


"Macam nilah, kita kena yakin ajal maut di tangan Tuhan," masa ni saya menangis lagi. Dengar perkataan 'ajal maut' sangat horror okeh.

"Ye lah kan. Lagi pun, kalau kita book lagi tiket untuk Imran, membazir pulak. Lagi bertambah tak elok." Membazir kan sahabat syaitan. Masa ni saya masih teresak-esak.


Entah apa agaknya kalau orang kat ofis saya pikir bila nampak saya menangis-nangis bercakap dalam telefon.

"Takpelah. Awak rest dulu."

"Ok."

"Malam ni saya akan start buat Istikharah sampai dapat petunjuk."

"Ok."


Masalahnya, walaupun saya dah cuba ikut suggestion En Abah, tapi hati saya masih rasa tak sedap, masih berdebar-debar.


Over ke saya ni? Patut ke saya abaikan rasa tak sedap hati tu?


Apa yang patut saya buat ni?




Hujung Minggu Yang Mengenyangkan

Hari Sabtu ada 4 jemputan. Tapi hanya mampu attend 3 sahaja. Waktu clash la pulak.


Mula-mula ke Bangi. Rupa-rupanya rumah kawan En Abah ni sederet dengan rumah SIL. Hehe. So singgah la rumah SIL kejap.


Kemudian ke Meru pula. Ada dua rumah nak kena serang. Kena serang dengan Imran dan Irma la, apa lagi. Sebab diorang ni memang suka menjenguk bilik air rumah orang. Hehehe.


Dan mamanya lah yang paling berpeluh sekali semasa membasuh bonbon dan memakaikan diaper diorang sambil menyinsing lengan baju kurung.


Hari Ahad lagi lah kepenatan. Bermula dengan wedding di rumah sedara En Abah di Klang, kemudian ke rumah sedara di Sri Petaling. Ingatkan nak ke Ampang pula tapi tak sempat. Majlis kat Ampang 11 sampai 1 je. Takkan nak terjah rumah orang pukul 3 pulak kan.


Dari Sri Petaling ke Sri Damansara pula. Cadang nak ke Kajang tapi tak sempat dan tak larat. Saya betul-betul kepenatan. Bukan penat makan, tapi penat me-monitor kanak-kanak aktif yang suka-suki pegang itu-ini kat rumah orang.


Penat woo!!


Dalam perjalanan balik Imran nak tidur atas pangku saya pulak. Ohh sangatlah kekejangan kaki mak nak menampung anak teruna itu.


Malam tadi Irma pula taknak tidur. Pukul 2 pagi barulah dia lena. Sangat mengantuk pagi ni!


Sesuatu

Ada sesuatu yang sedang bergelodak di hati saya.


Tapi tak tahu patut ke tak saya luahkan dan kongsi dengan orang lain.


Saya rasa tak sedap hati kerana sesuatu.


Sesuatu yang tak pasti akan berlaku ke tak.


Sesuatu yang, kalaulah berlaku, akan membuat saya menangis sepanjang hayat saya.


Aduh. Rasa macam nak gugur jantung.




Ya Ampun!


Hari Jumaat keluar ofis awal sejam (dengan restu bos okeh). Lepas Maghrib ke PJ, cousin En Abah buat open house.


Dalam perjalanan dapat pulak call dari kawan En Abah, jemput ke rumahnya di Serdang, ada makan-makan. En Abah tak berani nak janji. Kalau sempat kami singgah.


Selesai di PJ, kami gerak ke Serdang pulak. Huih, masa tu dah pukul 11 malam. Segan sebenarnya nak singgah sebab dah malam benar. Tapi memandangkan orang dah jemput, dan saya pun kenal kawan En Abah tu, maka kami singgah jugak.

"Kita singgah sekejap la ek"


Sampai Serdang, Irma dah lena. Haih anak dara sorang ni memang pantang masuk kereta. Terus nganga berdengkur. Hehe.


Sewaktu saya melangkah masuk ke rumah kawan En Abah itu, saya dalam mode segan dan blur. Tiba-tiba saya ditegur oleh seseorang, "Zety!!!"


Oh siapakah perempuan yang comel lote yang memanggil saya ini?


Makin blur dan perasan glemer di situ. Saya yang sedang mendukung Irma ni tak dapat nak agak siapa yang panggil saya tadi. Lepas letak Irma di tilam, saya terdengar perempuan tersebut panggil nama anaknya.


Owh! Barulah otak saya dapat mengecam orang yang panggil saya tadi.


Kepada orang berkenaan (saya tahu anda baca blog saya *wink*), ya ampun lambat benor mak nak cam hang! Dah le tak sempat nak beramas mesra. Kita baru sampai dia pulak dah nak balik.


Kepada tuan rumah pula, terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Terusss dapat satu 'jemputan lain' pulak kat sana. Hehe.




Friday, October 9

Aktiviti Minggu Ini

Malam ini ada makan-makan di rumah sepupu En Abah.


Esok ada 3 open house. Dua di Meru, satu di Shah Alam.


Lusa ada baaanyak open house dan wedding. Wedding di Klang. Open house di Sri Petaling, Kajang, Ampang, Sri Damansara dan lagi satu tak ingat kat mana (kawan En Abah).


Nampaknya kena bersedia terima hakikat untuk naik beberapa kilo hujung minggu ni. Kahkahkah.


Oh selain aktiviti mengisi tembolok perut, sudah berkira-kira untuk memujuk En Abah untuk aktif dalam arena shopping dan window shopping. Nak beli beberapa barang sebagai persediaan 16 Oktober nanti. Haha macamlah pergi obersi kan? Lantaklah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!