Tuesday, June 30

Bertuah!

Pagi Sabtu lepas kami sekeluarga ke FRIM, Kepong. Ada family day jabatan saya. Gigih bangunkan Imran & Irma pagi-pagi tu.


Konon-konon nak join jugak lah orang lain bersukaneka. Tapi tak dapek. Anak orang lain sibuk main kutip gula-gula, anak teruna saya sibuk nak main bola kat tennis court. Haih. Hantu bola sungguh!


Hm, En Abah juga tak dapat nak join acara tarik tali seperti yang dia join dua tahun lepas. Tapi En Abah tetap juga berpeluh sakan sebab mengejar Imran yang berlari bebas ke sana ke mari di atas padang FRIM itu. Dahlah panas! Memang lencun habis lah baju En Abah.


Makan (makan lagi!) kat situ okay la. Nasi goreng sangat pedas! Nasib baik ada yang tak pedas untuk budak-budak. Siap packing khas lagik. Untuk kanak-kanak ada nasi goreng, ayam goreng, nugget, sosej, fries, dan ball ball (chicken ball). Untuk mak bapak kanak-kanak, ada nasi goreng super pedas, ayam goreng, char kuey teow yang marveles, laksa yang tak sempat nak rasa, cendol DIY dan air yang free flow. Oh bukan air saja, semua makanan free flow, kecuali ayam goreng kena guna kupon.


Saya bawak tikar yang super kecik untuk dibentang di bawah pokok. Ala ala piknik la gitu. Tikar tu memang super kecik sebab hanya muat Imran, Irma dan 1/4 montot saya dan En Abah. Hihi. Sambil-sambil perhati orang bersukaria bersukaneka, kami makan-makan di atas tikar super kecik itu.


Acara sukaneka diselang seli dengan acara cabutan bertuah. Well, idakle bertuah sangat sebab semua family dapat hadiah! Hahaha. Saya pemegang nombor 107 telah mendapat rice cooker! Yay! Mewah betul hadiah hari keluarga kali ni.


Walaupun di FRIM banyak pokok, Imran tetaplah berpeluh. 'Berpeluh' is Imran's middle name, I guess. Eceh berspeaking london pulak saya. Dah sudahnya dok tergaru-garu macam apa. Kesian jugak tengokkan dia. Maka belum pun sempat acara habis, kami pun bersiap-siaplah nak ke air terjun yang kat dalam FRIM tu jugak.


Tak jauh pun air terjun tu. Naik kereta tak sampai 2 minit pun. Tapi sebab malas nak jalan so haruslah naik kereta kan. I sayangkan lemak-lemak badan I. Haha.


Sampai kat area air terjun tu, rupa-rupanya kena naik tangga la pulak. Sangat tinggi okeh. Mak yang stamina semput macam lori buruk yang dah nazak ni termengah-mengah memanjat tangga. Sambil mendukung Irma serta membawa baju dan pampers anak-anak tau. Terbakar kalori saya. Agaknya.


Sampai hujung tangga, terus bertambah penat rasa. Sebab tengokkan air terjunnya yang takat dalam buku lali! Adesss. So, just suruh En Abah bawak Imran berendam-rendam sekejap ajelah.


Sekali check Imran ada bau satu macam. Aiseh. Dia poo poo la pulak. Sudahnya, suruh En Abah ke hujung-hujung nyawa kawasan air terjun, bukak pampers dan basuh bon bon Imran kat situ jugak. Heh. Dah tu, En Abah mandikan Imran dalam keadaan b0g3l la. Haha. Eh, bukan En Abah yang b0g3l la tapi Imran. Sila jangan salah sangka. :P


Acara mandi-mandi pada mulanya penuh dengan jeritan Imran yang tak biasa mandi air sejuk. Ye, anak ku itu jarang mandi air sejuk. Asal mandi air sejuk je selsema. Habih camno? Tapi nasib baiklah mandi air terjun tu takde pulak dia selsema. Sumber asli mungkin. Oh, mula-mula Imran memang la menjerit. Lepas berapa minit lepas tu, dia dah naik sheikh syok pulak.


Selepas berendam lebih kurang, kami pun nak beransur pulang. Turun tangga adalah laju sikit daripada naik. Saya dukung Irma seperti biasa. Tengah jalan, berhenti ambik oksigen kejap. Tengok-tengok anak dara saya dah lena. Haik? Tengah turun tangga pun boleh lena? Ajaib sungguh anakku ini. Hahaha.


Sampai bawah, kami pun pulang ke rumah. Berehat kejap, then bersiap pulak ke rumah Watie untuk birthday Qarissa.


Gitulah adanya cerita saya yang sungguh sibuk berjoli sakan di hujung minggu.


P/S: Oh, ada saya cerita bingkai cermin mata saya patah? Huhuhu. Semua gara-gara nak menangani Imran yang sedang mengamuk di dalam panggung itulah.




MOD @ Sarakids!

Saya ke Mini Open Day di Sarakids Ahad lepas.


Mula-mula sampai, elok je lepas daftar nama, terus berkumpul untuk acara potong kek. Kemudian potong kek untuk Hari Bapa pula.


Selesai acara tersebut, tibalah acara yang dinanti-nantikan. Makan! 1st round, saya hanya ambil kuih-muih. Bagi chance kat En Abah makan dulu.


Kemudian turn saya pulak makan. Kongsi dengan Imran. Imran sangat suka mi kari tu okeh. Anak teruna saya ni memang suka makan mi. Entah ikut siapa entah.


3rd round (wahh dah 3rd round tau!), saya ambil kek pulak. Hohoho sangat banyak makan pastu manjang komplen gemok. En Abah dah bawak Imran ke sudut kedai stationery sebelah khemah tu. Tersorok sikit katanya. Ye lah, takut parents lain terkujat pulak bila tengok Imran yang sangat aktif ni.


Saya rasa, kalaulah ada pertandingan 'Baju Paling Comot', mesti Imran dah menang dah. Mana taknya, mula-mula, dia tumpahkan air. Lepas tu, dadih stoberi pulak. Konon nak makan sendiri tapi dia tak makan pun. Baju dia yang makan. Huuuu.... dah tu, tak puas hati pulak tu dia comot sorang-sorang. Dia tumpahkan air kat jeans mamanya sekali. Dan dia dengan senang hati telah mengelap sos spageti kat shirt En Abah yang berwarna putih bersih itu. Haih.


Seperti biasa, Imran yang tak tahan dengan cuaca panas, telah naik merah-merah di kulit mukanya. Dan dia dah start menggaru-garu leher dan kepala. Itu adalah tanda yang diberi kepada mama dan abahnya supaya cepat-cepat balik.


Tapi, nasib baik kami tak balik awal sangat. Dapat cabutan bertuah! Yay! Dapat sekotak air coklat instant dari G-Lat. Mahal ok air coklat ni. Kalau nak harapkan diri sendiri beli, tak tahulah bila. Nak minum pun sayang sebab mahal.


Lepas je dapat cabutan bertuah, kami pun cabut, Ngehngehngeh. Tak sempat bergambar ke hape. Oh ye, masa kat sana, sempat la bertegur sapa dengan Mama Adib dan Mommy Lyna. Nak tegur orang lain masa tu dah tak dan dah. Penat mengejar Imran yang masuk ke dalam kedai stationery dan berlari sesuka hati ke sana sini dalam kedai tu sebab dia ingat saya main kejar-kejar dengan dia.


Thanks kepada Farah, owner Sarakids kerana menganjurkan Mini Open Day ini. Oh, dan Happy Belated Birthday to Sara!


Selesai di Sarakids, kami pun ke Leisure Mall, Cheras untuk acara 1.5 itu. :)



Happy 1st Birthday Qarissa!

Hari Sabtu malam, saya ke rumah Watie sempena birthday baby girlnya yang sungguh cute, Rania Qarissa.


Wahh... sungguh meriah sambutannya. Siap ada Clifford dan Clown lagik! Imran dan Irma siap bersalam-salam dengan anjing merah tu. No samak required! Hahaha. Makan? Tak payah cerita lah. Saya rasa saya dan En Abah lah yang paling banyak ambik kambing panggang tu. Hohoho. Marbeles okeh.


Again, saya TIDAK membawa kamera. Jadi, saya tempekkan gambar-gambar dari tuanpunya blog aje, ye? Ampun.






Tuan rumah bersama hubby dan birthday girl yang cute sangat!



Inilah Clifford si Anjing Besar Berwarna Merah itu. Bersama tuan rumah.
Cari di mana saya? Hehehehe.




Dan inilah clown yang entertain kanak-kanak


Sangat syok makan kambing panggang di situ. Hahaha. Dan ampun, Puan Watie. Mak tak sempat beli hadiah! Huhu. Duit salam jadilah ye? Dahlah tak bagi hadiah, tuan rumah pulak yang bagi doorgift kat tetamu. Segan seh!


Sedang sibuk melantak makan kambing panggang yang menggunung atas pinggan, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari adik supaya pulang ke kampung halaman saya yang 'jauh' itu. Nak tak nak, terpaksa lah menghentikan aktiviti makan kami. Terus berjumpa tuanrumah, minta izin balik. Huhuhu.


Sesi salam menyalam yang agak kelam kabut.
Lihat appearance ku, selekeh kan? ;P
Oh, yang berbaju hijau striking di malam gelap gelita itu ialah En Abah yang sedang mendukung Imran.


Masa tuan rumah dok sibuk mengangkut barang, masa tu laaa mak menyebok nak salam. Huhuhu. Ampun lagi sekali, Watie! Tak menyempat apa, terusss kami balik. Tu yang tak sempat bergambar tu, Watie. Hiks.


Dalam kereta, lagi lebih kurang 100 meter nak sampai kampung saya, tiba-tiba adik saya telefon.


"Akak, kitorang dah nak balik dah. Semua orang dah balik. Akak kat mana?"


Dush!!! Tak ke rasa macam nak kena hempuk aje adikku itu? Sudahlah meninggalkan kambing panggang dan makanan lain majlis orang tergesa-gesa, bila dah nak sampai boleh pulak dia kata semua orang dah balik? Hangin sungguh mak, nyah!!!





Saya Juga Sudah Jatuh Chenta...

.... sama dia. Hehehe.



Pic from here


Berikutan kisah 1.5 kelmarin, maka kononnya saya dan En Abah hendak menontonlah sekali lagi cerita tu. So, ke Alamandalah kami semalam. Cadang nak tengok show pukul 9pm. Ya, begitu gigih nak tengok Transformers.


Tapi, gagal lagi. Sampai turn kami beli tiket, sold out dah semuanya. Tinggal show pukul 12.30 mala. Gilo ko apo nak tengok show tengah-tengah malam masa weekdays? Haruslah saya tidur kat ofis nanti kekdahnya.


So, untuk mengubat hati yang kecewa, kami menontonlah 17 Again. Itupun setelah saya terbaca dalam blog LV pasal cerita ni. Jadi, beli ajelah tiketnya. Pukul 9 jugak.


Pic from here


Pukul 9 malam, di kala orang lain berebut masuk panggung nak tengok Transformers, kami dengan berlenggang kangkung masuk rumah no 8 untuk menonton cerita ini.


Tak expect apa-apa pun masa nak tengok cerita ni. Tapi, ya, seperti LV, saya juga terkagum dengan lakonan Zac Efron ni. Pandai dia lakonkan watak seorang ayah yang terperangkap dalam tubuhnya sendiri ketika berusia 17 tahun. Ye lah, selama ni hanya tengok dia berlakon musical movies aje kan. Asyik dok menyanyi menari aje.


Apa-apa pun, kamu memang best lah, Zac Efron. I heart yuh!


Reblog this post [with Zemanta]

Transformers 1.5

Ahha... bukan CY je yang ada 3.5. Saya pun ada kisah. Transformers 1.5 gitu.


Ahad lepas, saya, En Abah dan anak-anak menonton Transformers 2 di Cheras. Ye, Imran & Irma pun ikut sekali. Kiranya, ini kali pertamalah anak-anak masuk ke dalam panggung.


Kami dapat seat depannnnn sekali. Hoho. Gila mendongaklah. Panggung kat sini dah lama. So bila saya sebut seat depannnn sekali, sila bayangkan jaraknya hanya dalam 3 meter dari screen. Sungguh terjojol mata saya.


Masa memula tengah iklan tu, berair-air mata saya melihat screen. Ye lah, mata rabun saya ni mengambil masa nak adjust dengan cahaya dan visual di screen yang amat besarr tu.


Bila cerita dah start, so far Imran masih ok. Dok sibuk sebut 'Alap, Alap' (read: Asyraf, Asyraf), nama sepupunya yang dia sendiri kaitkan dengan Transformers. Agaknya sebab si Asyraf tu selalu pakai t-shirt Transformers kot.


Pastu dok bising membebel ntah apa-apa. Maknya ni pun layankan ajelah. Main angguk-angguk je padahal tak paham pun apa yang Imran cakapkan. Kehkehkeh. Mulutnya pulak tak berhenti mengunyah popcorn diselang seli dengan air mineral.


Irma pulak, 10 minit lepas cerita dah start, dia dah selamat belayar zzzzz......


Dah separuh jalan, Imran dah mula boring. Sibuk nak duduk kat riba saya. Terpaksalah pass Irma kat En Abah. Lepas dah duduk kat riba, dia dok telek pulak nombor seat dia.


"Mama, mama! Ni... one, two..." Padaha seat dia nombor 16. Layankan ajelah anakku.


Then dia dah start boring. Mintak susu pulak. Padahal sebelum masuk panggung lagi dah selamat minum susu. Saya pun pujuk la suruh tengok 'tivi besar' dulu. Then dia nak 'Mon' dia pulak. Aiseh. Dia dah nak tido la tu. Barang pulak semuanya ada dalam kereta.


Bila dah tak dapat, mulalah dia mengamuk-ngamuk. Cerita pulak tengah best. Tapi nampaknya, terpaksalah kami anak-beranak keluar dari panggung sebab takmau mengganggu ketenteraman orang lain dengan suara melalak menangis dari Imran. Huhu.


Sebab tu lah, saya hanya menonton Transformers 1.5. Tak sempat nak sampai ke no 2. Huhuhu.


P/S: En Abah kata nak ajak tengok Transformers lagi Jumaat ni. Yay!



Friday, June 26

Makan-makan Lagi

Hari ni ada makan-makan di ofis saya. Farewell untuk bos kecik yang akan berpindah ke bahagian lain, serta sambutan harijadi beberapa orang staf di ofis saya ni.


Makan nasi beriani - ada lauk dalca, ayam masak merah, jelatah, popedem (eja?). Ada jugak ayam KF.C. Serta roti jala dan kuah kari. Tak lupa juga kek birthday.


Argh!


Makin gemok la saya!


Oh ye. Semalam dalam pukul 5 petang lebih sikit, saya ke toilet kat ofis saya ni. Aiseh... itu kawan baik sudah selamat menjenguk saya. Maka, batallah puasa saya semalam. Huhu. Sempat puasa satu hari aje.




Thursday, June 25

Calling For MsLola!!

Akui sajalah. Anda memang seorang yang glemer. Bukan sahaja orang mencari suami anda, bahkan watermark anda juga menjadi bahan carian di alam maya ini. :)




Lembab

Arghh!!!


Internet sungguh selow hari ni. Segala benda sangatlah perlahan loadingnya. Teringat saya masa zaman-zaman U dulu, semasa zaman rajin ke cyber cafe (CC). Haih.



Sharing Is Caring

Oleh itu, saya nak share artikel dari Harian Metro ini.

Tak faham kuarantin sendiri


PUTRAJAYA: “Ramai yang tidak faham istilah ‘self quarantine’ (mengkuarantinkan diri sendiri). Itu masalah yang kita hadapi,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.


Beliau berkata, kebanyakan ibu bapa atau mereka yang baru pulang dari luar negara masih menghantar anak ke sekolah agama atau menghadiri majlis di tempat awam dan membeli-belah walaupun sudah diminta kuarantin di rumah.


“Kita dapati perkara ini tidak dipatuhi sepenuhnya, ada mereka yang sudah menunjukkan simptom masih aktif bergerak ke majlis makan malam dan membeli-belah.


“Malah, saya juga dapat maklumat ada ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah kerana ditutup seperti Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, tetapi masih benarkan anak ke sekolah agama,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai Kejadian Wabak H1N1 Bilangan 6/2009 di Kementerian Kesihatan, di sini, semalam.


Dr Mohd Ismail berkata, senario itu membuktikan kebanyakan masyarakat negara ini termasuk ibu bapa tidak memahami maksud sebenar kuarantin di rumah.


“Jadi terpulang kepada kementerian untuk memberitahu sekolah, guru dan pelajar... ‘self quarantine’ bermakna mereka mesti berada di dalam rumah, tak boleh ke mana-mana dan sekiranya ada simptom mereka perlu dapat rawatan daripada klinik dan hospital berdekatan,” katanya.


Beliau turut meminta mereka yang baru pulang dari luar negara memberi kerjasama supaya penularan wabak H1N1 dapat dikawal.


Sepuluh perkara yang perlu dilakukan ketika menjalani kuarantin di rumah.


1. Hendaklah berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan dan mesti berasingan dari ahli keluarga lain yang sihat.


2. Semasa berada dalam tempoh kuarantin, anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, sekolah, tuisyen, majlis makan malam, kenduri, membeli belah atau mana-mana tempat awam.


3. Dapatkan bantuan daripada saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal bersendirian.


4. Kurangkan pertemuan dengan rakan dan saudara mara serta elakkan dari hadir di tempat awam.


5. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat mana-mana saudara mara atau rakan mengunjungi dan memasuki rumah anda.


6. Gunakan penutup muka sepanjang masa jika mengalami batuk dan demam.


7. Amalkan kebersihan diri seperti menutup mulut semasa batuk atau bersin. Cuci tangan selepas menyentuh, hidung, mulut atau mata dan pastikan pengudaraan dalam rumah baik.


8. Pantau kes-kes demam dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.


9. Hubungi segera pegawai kesihatan daerah berdekatan sekiranya mengalami demam dan simptom berkaitan.


10. Mengikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari media massa seperti radio, televisyen, akhbar dan lain-lain.


P/S: Oleh itu, jika ada sesiapa antara rakan-rakan, sedara mara kita yang kena self quarantine ni, sampai-sampaikanlah pesanan ini. Sharing is caring!


MOD @ Sarakids

Kawan-kawan semua pergikah?


Saya, pada mulanya akan pergi. Kemudian sekarang berada dalam keadaan 'tak tahu lagi pergi ke tak'. Huhu. Tak suka tau.


Saya nak pergi!


Wednesday, June 24

Puasa

Anda berpuasa hari ni? Saya berpuasa, Insyaallah. Puasa ganti. Hehehe.


Hm... petang ni nak berbuka apa ye? Mungkin akan sampai lambat ke Cheras sebab kena singgah ke Co.urts Ma.mmoth aka Ah Long Bertauliah itu.


Mungkin akan ada sesi pujuk-memujuk En Abah untuk berbuka di luar saja. Hihi.


Oh ye, 'kawan baik' saya dah seminggu lambat menjengah saya bulan ini. Isk. Takkanlah...? Tapi harap-harapnya janganlah menjengah hari ni ye, wahai 'kawan baik'ku? Sebab sekarang sudah lebih separuh hari saya berpuasa. Kasi 'can' la saya nak ganti puasa.



Irma @ 13 Months

Hari ni genap Irma berusia 13 bulan. Masih lagi BF walaupun dah tak exclusive. *Keciwa tapi syukur*


Apa yang Irma dah boleh buat ye?
  1. Dah berjalan, masa kat Dungun lagi.

  2. Obses dengan kasut. Pantang nampak kasut, selipar dan seangkatan dengannya, mesti nak pegang. Ye lah, kaki Irma kiut. Masih pakai kasut saiz baby 6 bulan yang tapaknya kain tu. Hihi. Jadi bila dia tengok orang lain pakai kasut bawak berjalan berlari bagai, dia pun nak jugak.

  3. Rambut depan sudah panjang. Kena sentiasa ikat gaya pokok klapak. Kalau tak, dia asyik menggosok-gosokkan mata. Kalau bagi pakai hairclip alamatnya bertahan kat rambut dia tu dalam setengah minit aje.

  4. Dah boleh sebut cuk (busuk), cut (kasut), J (refers to nenek's cat AJ), am (bila dia nak makan), em (bila dia nak nenen). Hm itu je yang mama dapat recall.

  5. Bila dia nangis, dia nakkan mama. Tapi dia sebut 'abah'. So, 'abah' = mama?

  6. Suka usik abang Imran. Bukan apa, dia suka duduk dekat-dekat dengan abang dia. Nak berkawan la kot. Tapi Imran pulak pantang adiknya dekat, ada je la 'saguhati ikhlas' pemberian dia sampai kat muka. Huhu.

  7. Suka berjalan. Berjaaalan tak berhenti. Satu rumah dia nak round. Kalau time makan, kena letak dalam walker. Kalau mood baik, dapatlah suap dia. Kalau tak, ada la dalam 10 minit je dalam walker tu. Lepas tu sebok mintak keluar sebab nak ukur rumah lagi.

  8. Makan bubur mesti letak sup ikan abang Imran. Kalau tak, takmo makan.

  9. Masih lagi melekat dengan tuala. Kalau nak tenangkan dia, atau nak tidurkan dia, sila bagi hanky atau face towel. Nak bagi tuala mandi pun boleh. Nanti tangan kanan dia akan gentel hujung tuala tu, and hisap jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri.

  10. Suka sangat makan dragon fruit, especially yang isi merah. Lepas makan, bibir dah tak payah pakai 'listik' dah. Merah menyala you.

Itulah sahaja buat masa ini. Sekian.




Tuesday, June 23

Risau & Takut

H1N1 dah semakin merebak. Terbaru, kat Seksyen 9, Shah Alam pun dah ada kes. Baca paper hari ni, sekolah kat Cheras pun dah ada kes. Batu 9 pulak tu! Rumah mak saya kat Batu 10. Sebelah je dengan Batu 9.


Risaunya.


Lepas ni kena pesan kat adik-adik saya, jangan bawa Imran atau Irma keluar berjalan-jalan dulu. Dah la selsema & batuk Imran still belum baik. Takut ter'overlook' pulak. Isk.


Takutnya saya.



Monday, June 22

Lapar!!!

Saya sangat lapar sekarang ni. Bila perut lapar, nafsu makan jadi membuak-buak. Maka bermulalah episod mengidam macam-macam.

Antaranya....


Pic taken from here

Sedapnya laaa kalau dapat brownies nih. Huhu.


Ataupun ini...


Pic from here

Marveles!


Dan tak lupa juga.... yang ini...


Pic taken from here


Waduh waduh! Nampak sungguh menyelerakan! Inilah food yang saya idamkan semasa mengandungkan Imran dulu. Hehehe.


Haih. Time perut kosong, memang mengidam macam-macam. Kalah orang mengandung!





Penimbang, Kisah Imran dan Balas Dendam

Hari Sabtu tidak ke mana-mana. Kecuali ke kampung saya di Jalan Klang Lama. Dekat ajer. Heheh.


Misi pulang ke kampung pada petang Sabtu ialah untuk menimbang berat badan. Hahaha. Ye kawan-kawan. Menimbang berat badan. Menggunakan weight scale yang dapat menganalisa segala mala isi perut kita.




Lebih kurang gini ler rupanya.



Result saya? Oh biarlah rahsia. Terlalu malu untuk dikongsikan di sini kecuali... organ dalaman saya berusia 53 tahun instead of 28 tahun! Huhuhu. Nampak sangatlah saya tidak menjaga tubuh badan saya dengan begitu baik. Dah tua dah mak, nyah! Lagi 3 tahun boleh pencen. Huahuahua.


Kandungan lemak dan daging saya adalah hampir sama (rationya), which is NOT GOOD. Sepatutnya daging kena banyak sikit daripada lemak. Mak ni banyak lemak, dek non!


Ketumpatan tulang saya adalah SO-SO. Sepatutnya kena at least 50% ke gitu tapi saya punya 41% saje. Harus ambil supplement gini. Kandungan air juga not bad. Tapi masih belum cukup. Kena minum air kosong dengan lebih jayanya.


Bagus juga menimbang berat begini. Sekurang-kurangnya sedar diri sekejap. Kalau tak tu asyik nak makan aje tanpa melihat kandungan nutrisi. Huhu.


Selepas sesi menimbang berat, kami pulang pula ke rumah MIL terchenta di Seremban. Tadi kata tak balik mana-mana kan? Silap eh Balik malam-malam weh. Sudahlah En Abah tak beritahu kepulangan kami kepada MIL. So bila sampai Seremban tengah-tengah malam buta gate dan pintu telahpun berkunci kerana semua orang sudah masuk tidur.


Maka hendak tak hendak En Abah kenalah memanggil-manggil SIL saya dari tepi pagar. Nasib baik rumah MIL ni tepi sekali. So bolehlah En Abah memekak memanggil SIL saya dari tepi bilik tidurnya yang terletak di tepi pagar itu. Kalau tak, tidurlah kami anak-beranak di dalam kereta buruk kami hingga ke pagi.


Hari Ahad adalah hari santai. Lepak-lepak di rumah MIL tanpa berbuat apa-apa. Hohoho. Tak guna punya menantu saya nih. Tugas memandikan dan membasuh poo-poo anak-anak juga diserahkan kepada En Abah, kerana kaki saya masih lagi sakit. Sampaikan terpaksa sembahyang duduk. Huhu.


Tapi ada sekali tu Imran berkeras nak jugak saya mandikan dia. Dia langsung tak mau abahnya mandikan. Kenapa ek? Masa buat susu pun macam tu. Walaupun saya merasa agak terharu kerana anak saya nakkan saya jugak, tapi dalam masa-masa tertentu saya amatlah memerlukan pertolongan En Abah. Contohnya ketika saya sakit kaki ini. Ataupun ketika malam-malam di mana Irma bangun serentak dengan Imran. Macamana nak buat susu sedangkan Irma sedang pulun bergayut kat saya? Masalahnya kalau bukan saya yang buat susu, dia takmo minum. Hish. Kadang-kadang geram jugak sebab susu dia bukan murah hokeh. Tension je bila dia taknak minum susu tu dan susu tu pun bertukar menjadi keju basi.


Sudahnya saya terpaksa jugak mandikan dia walaupun kakiku sakit macam hape. Pengorbanan seorang ibu la konon. Hihihi.


Hari Ahad semalam juga merupakan hari membalas dendam terhadap sesuatu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pic credit from here


Sangatlah heaven!


Pulang ke Cheras selepas habis Buletin Utama. Dalam perjalanan saya dan En Abah berpeluh-peluh walaupun suhu dalam kereta amatlah sejuk. Saya sudah mula mendapat migrain. Huhu. Semuanya gara-gara durianlah. Itulah. Makan tak hengat dunia!


Menjaga makan la konon. Next time kalau timbang berat lagi haruslah naik kolestrol ku, dan jugak jumlah -kg ku. Huhu.


Tak sedar-sedar jugak ye Zety!


Sekian laporan pagi tengah hari Isnin saya.





Sunday, June 21

Happy Father's Day

Kepada semua bapa-bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa!


Sebenarnya, saya tak pernah sambut Hari Ibu ke, Hari Bapa ke. Memang takde istilah ni semua dalam keluarga saya. Tapi saya TERINGIN nak menyambutnya. Hehehe. Yelah, dah jadi mak orang kan.


Tapi untuk Hari Bapa kali ni, takdelah menyambut apa-apa kot. Mungkin sekadar wish sahaja.


En Abah ada jugak tanya, "Takde hadiah untuk Hari Bapa ke?"


Laju je saya jawab, "Hadiah untuk Hari Ibu mana?" Hahahaha. Menjawab soalan dengan soalan.


Tak kisah lah tu.


Anyway, Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa. Kepada En Abah, terima kasih kerana menjadi abah yang hebat kepada Imran dan Irma. En Abah lah pelindung kami sekeluarga. En Abah lah hero, idol, ikon, superhero, supir superman saya dan anak-anak. I Love You, En Abah!


Dan kepada ayah saya, terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat, yang sentiasa menyokong saya dari saya lahir hinggalah sekarang ni. Jasa-jasa ayah takkan saya lupa hingga akhir hayat.


SELAMAT HARI BAPA!!!!


Friday, June 19

Cubalah Ke Sini.

Saya nak share satu link ini, yang saya rasa amat comel sekali barang-barang yang dijual.


Cubalah ke sini.



Makan!

*Burp!* Alhamdulillah.


Kan ada orang nak belanja saya lunch hari ni kan? Well, kami ke Na.ndo's di SA.CC. Masing-masing order 1/4 chicken with 2 side lines.



pic credit from here



Kenyang gila sampai nak pecah perut rasanya!


Terima kasih kepada yang membelanja!

Belanja

Hari ni ada orang nak belanja makan tengah hari. Sempena meraikan perpindahannya ke bahagian lain. Dia memang dah lama menunggu saat-saat perpindahan ni. Maklumlah nak dekat 6 ke 7 tahun dah kerja kat tempat yang sama. Sure dah boring.


Tukang belanja suruh bagi suggestion nak makan kat mana. Kitorang ni (orang pompuan satu ofis) tak decide lagi. Ada 9 orang yang nak dibelanja ni so takmo le suruh dia belanja makan mahal-mahal sangat. Kesian la pulak. Gaji orang gomen. Kerja 7 tahun takkan sama dengan gaji orang private yang kerja 5 tahun. Betul tak? Ke tak betul?


Anyway, kat mana agaknya tempat makan yang best kat Shah Alam ni ek? Orang Shah Alam, sila bagi cadangan.....




Thursday, June 18

Macam Ah Long!

Sakit hati aku dengan Cou.rts Mam.moth (CM) nih. Dok call aku kat ofis. Dah la bukan direct line aku. Tak pasal-pasal ada staf bagitau depan-depan semua orang yang CM call.


Sah-sah orang lain semua dengar.


Sah-sah diorang ingat aku dok berhutang takmo bayar.


Padahal aku dah habis bayar okeh! Dah settle dah 2 months ago. Masa tu dapat rezeki terjelepuk terus aku buat full settlement kat CM sebab tak koser nak angkat hp bila diorang call tiap-tiap bulan. Lambat satu hari pun bising!


Apasal la suka ganggu hidup aku ha, CM?


Tobat takmo beli apa-apa lagi kat sana.


Macam Ah Long mintak hutang!




Terima Kasih Kak Yong!

Award dari beliau.


Hampir terlupa saya nak tepekkan kat blog ni.


TQ!!






Ke Mana Ya?

Semalam En Abah ada bagi hint kat saya, kononnya nak bawa kami sekeluarga bercuti bila projek dia nanti dah dapat pulangan. Insyaallah dalam tempoh seminggu dua ni.


Rasa syok pula sebab kami sekeluarga tak pernah lagi pergi bercuti ke mana-mana. Selalunya ikut family. So kebebasan bersuara memilih tempat percutian tu adalah limited.


Kali ni, Insyaallah hanya kami sekeluarga. En Abah, saya, Imran dan Irma. Ohhh saya dah mula berangan. Ekekeke.


Nak bercuti ke mana ye? Any suggestion? Tak kisah la dalam Malaysia ke luar negara. Tapi luar negara tu mungkin takat Asia Tenggara aje la kot.


Again, any suggestion?



Wednesday, June 17

Lawatan Entah Kali Keberapa

... ke klinik dalam bulan ini.


Kalau bukan sebab diri sendiri yang tak sihat, sebab anak-anak. Atau En Abah juga.


Pagi tadi saya ke klinik di sebabkan ini. Dah tak tahan. Susah nak berjalan.


Mujur bukan disebabkan tulang rapuh ke, atau apa-apa yang serius. Sekadar muscle yang tergeliat bersimpul.


So, doktor bagi ubat makan - Myoflex, dan jugak ubat sapu - Voren Plus. Dah makan tapi nampaknya masih belum menunjukkan hasil.


Harap-harap kaki saya ni sembuh seperti sediakala. Susah mak nak mengejar anak, nyah!



Sila Add

Kawan-kawan,


Sila-silalah sudikan diri untuk add saya di Facebook ye *wink wink*


Sila taip nama saya seperti di signature di bawah di ruangan 'Search' :)




Tuesday, June 16

Gambar @ MSK Gath

Saya tahu saya pemalu.


Saya tahu takde gambar saya yang ditangkap semasa gath itu, kecuali semasa sesi fotografi beramai-ramai. NOT!


Satu snapshot berjaya ditangkap oleh orang ini.


Dan gambarnya ialah...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Gambar kami sekeluarga tengah melantak makan!


Hahahaha.


Kan mak dah kata, mak asyik makan je kat sana. Sungguh buruk lantak okeh!


P/S: Sungguh gemok rupaku bila diambil dari posisi itu. Hinsh.
Alah, dari posisi mana pun tetap gemok jugak!!!




Sakit Kaki

Dah seminggu dah.


Sakit kat lutut. Belah kiri. Macam orang tua pulak. Nak berjalan pun slow aje. Paling seksa bila nak naik tangga. Even nak pakai seluar, kain baju kurung, mahupun 'seluar tecit' pun rasa sakit. Haih. Terseksa sungguh rasanya.


Saya tak tahu apa puncanya sakit saya ni. Kurang kalsium kah? Atau sebab pakai heels kah? Atau sudah terlalu gemuk kah? Atau ketiga-tiga sebab yang di atas?


Malam tadi dah urut guna minyak panas tapi nampaknya macam takde kesan. Bila berjalan atau gerakkan kaki akan terdengarlah bunyi berkeriut dari lutut saya. Oh, macam engsel pintu yang berkarat la pulak. Sakit weh.


Kena ajak En Abah pi klinik nih.


New Seven Wonders

Kawan-kawan,


Marilah kita ke website ini dan vote for Sipadan Island, Malaysia.



Monday, June 15

MSK Gathering @ Tasik Shah Alam

Ya, saya ke sana semalam.


Tapi saya sampai lambat. Dalam pukul 10 pagi gitu. Huhu. Sudahlah bertangan kosong aje. Jadi saya rasa agak segan untuk mingle mingle bersama yang lain. Hiks.


Boleh tahan ramai juga mereka yang hadir. Tapi ramai yang saya tak kenal. Huhu. Rasa begitu kerdil walaupun sebenarnya gemok diri ini. Sempat jugalah berjumpa MommyLyna, Cik Fid, KNV, dan Mama Adib. Yang lain-lain itu saya tak berapa kenal. Ampun. Mungkin saya ada baca blog mereka tapi tak ingat. Huhu. Sengal la haku nih.


Makanan boleh tahan banyak. Saya dapat tahu banyak makanan yang tak habis. Sayangnya tak bawak bekas makanan. Maklumlah saya straight dari rumah MIL di Seremban. Segan pulak nak pinjam bekas makanan dia.


Kalau tak boleh jugak mak tapau pasta Cik Fid yang marveles itu. Dan brownies yang yummy itu.


Aktiviti boleh tahan banyak. Semasa aktiviti anjuran Coachsha saya sedang sibuk melantak makan. Baru sampai la katakan.


Semasa aktiviti anak mencari barang itu, saya hanya tumpang tengok aje. Lupa nak bawak barang favourite Imran. Plus Imran sendiri lebih teruja dengan 'vuai'. Saya yakin kalau saya join game tu pasti hanya buat malu aje. Imran sudah pastinya berlari menuju ke playground meninggalkan mamanya yang terkebil-kebil sambil memegang Mon nya. Kalau Irma, dia tak pakai kasut pulak. Almaklum takde saiz kasut yang bersesuaian dengan saiz kakinya. Irma kan kiut. Yang ada kasut kain. Macamana Irma nak berjalan kalau pakai kasut kain tu?


Kemudian acara 'kenali isteri anda'. En Abah diberi borang untuk diisi. Nampak muka En Abah begitu terkulat-kulat ketika mengisi borang. Hoho. Susah sangat ke En Abah? Bila borang dah dikumpul, MommyLyna pun baca la satu borang ni (lebih kurang gini la ayatnya):


Makanan kegemaran: Laksa & sate - Hmm... bukanlah fav food tapi makan jek.
Cita-cita ketika kecil: Cikgu - Tak pernah pun terpikir nak jadi cikgu. So sah sah bukan haku nih.
Bilangan anak yang diingini: 4 - Alah ni soklan general la kan? Takkan haku sorang je yang nak anak 4 (eh haku nak 4 orang je ke?)
Tempat dating pertama: KFC Kompleks PKNS - Hoh? Macam kenal aje?
Kawan karib: Sharizan - Oh???? Memang macam kenal!!!


Maka cepat-cepat la saya mengangkat tangan - SAYA!


Punyalah lama nak sedar yang itu borang En Abah. Hahaha.


Tapi En Abah, bila masa pulak saya nak jadi cikgu???? Sate tu bukan fav En Abah ke?


Semasa aktiviti 'menangkap rakan anda untuk dijadikan geng' itu saya sempat join kejap aje. Sekejap aje mak dah terkeluar carta. Hohoho.


Selesai aktiviti itu, maka kembali ke aktiviti makan. Minum air yang sejuk itu bergelen-gelen. Yelah masa tu dah panas bangat. Badan Imran basah-basah dek peluh. Irma pulak, rambut dah serupa macam baru berendam dalam kolam. Basah gila.


Kemudian acara menangkap gambar pulak. Saya tak bawak kamera sebab kameraku itu rosak. Huhu. Maka menumpang kasih ajelah kamera orang lain. Sila google sendiri gambar-gambar yang telah ditangkap. Kebanyakan gambar saya hanyalah sipi-sipi aje. Kehkehkeh. Takpelah. Mak pun comot time tu. Nak berposing sakan karang buat spoil gambar orang lain aje. Kohkohkoh.


Tak dapat nak tunggu lama, Imran dah mengamuk sakan sebab kepanasan. Meronta-ronta di pelukan En Abah. Plus En Abah harus segera menjenguk kedainya di Alamanda. Maka pulanglah kami anak-beranak dan sempat mak rembat jeli 2 bekas. Hihi.


Overall, gath kali ini memang seronok. Makan-makan mestilah seronok kan?


P/S: MommyLyna, thanks sebab anjurkan gath ini and Happy Belated Birthday! Cik Fid, pastamu sedapppp sekali. KNV, anda memang vogue. MamaAdib, ku pun pemalu jugak.




Naik Darah Tinggi

...saya ketika baca suratkhabar Ha.rian Me.tro hari ini.


Mula-mula, kisah ini. Ada ke patut angkat baby baru lahir macam hayun kucing?!! Tak pasal-pasal peha baby tu patah! Kesian sangat! Sakit hati mak hokey.


Kemudian, kisah ini pula. Ya Allah... apa nak jadi dengan dunia sekarang? Belasah mak sendiri sebab mak dia marah dia terlibat dengan dunia gay. And he's only 13! Dan terlibat sejak umur 8 tahun!!! OMG. Sangat-sangat menakutkan. Ya Allah, peliharalah kami dari perkara-perkara yang buruk seperti ini.


Lagi satu, yang ini pula. Kisah yang sangat common kita baca di dada-dada akhbar. Tapi saya sangat-sangat kesal dengan keadaan masyarakat kita hari ini. Budak pompuan ni pun baru 13 tahun. Dah sibuk-sibuk nak berboifren.


Saya masa umur 13 tahun dulu macamana ye? Saya rasa kawan-kawan saya kot ye pun gatal berboifren cuma dengan kawan-kawan sekolah. Yang ni boifrennya 21 tahun. Huhu. Jauh beza umur tu. Mak masa umur 13 tahun dulu hingusan lagik. Dok huhahuha dengan member. Budak-budak zaman sekarang sungguh advance. Sangat-sangat menakutkan.


Dan tambah menakutkan bila dok fikir, 'mampukah aku mendidik anak-anak supaya menjadi anak-anak yang sempurna? supaya TIDAK menjadi seperti mereka ini?'


Saya jadi takut.



Hanya Mampu

Ada satu billboard iklan di salah satu roundabout di Shah Alam (Shah Alam kan banyak roundabout) yang berbunyi lebih kurang begini:


Merokok hanya mampu mengurangkan jangka hayat selama 10 tahun.


Apa pandangan anda tentang ayat ini?


Pada pandangan saya, ayat ni seolah-olah nak kata, "Alah, merokok kurangkan hayat kita selama 10 tahun aje. Bukannya 20 tahun. Bukannya 30 tahun!"


Dan sungguhlah annoying di mata saya, iklan itu. Kata nak suruh orang berhenti merokok. Tapi ayat kat iklan tu macam menggalakkan pulak. Ke saya je yang tafsirkan ayat tu macam tu?


Anda pula, bagaimana?


P/S: Kepada orang itu, bilalah agaknya nak kurangkan merokok ni? Kalau tak dapat berhenti, kurangkan pun ok laa....



8888th: The Winner(s)!

Yeahh... ada dua orang manusia bertuah (bertuah ke? hehehe) itu.


Orang-orangnya Pemenang-pemenangnya ialah:


Rizza dan Aishah!!!!


FYI, Aishah ni kawan lama saya semasa saya bekerja di sebuah audit firm dulu. Dalam tahun 2005. So tiba-tiba dapat email dari dia, saya rasa sungguh teruja! Tak sangka blog saya ni menemukan semula saya dengan kawan saya ni.


Insyaallah, hadiah-hadiahnya akan saya pos walaupun saya belum beli pun lagik hadiahnya huahuahua. Tapi untuk Rizza kena tunggu dia balik Malaysia dululah. Hihi. Mak tak reti le urusan pos-mengepos ke luar negara ni. Sungguh sengal. Takpekan Cik Rizza?



8888th

.
.
Saya ternanti-nantikan reader yang ke-8888. Banyak ong la ini nombor (ikut kata bangsa c1n4 la).


Siapa yang menjadi orang bertuah itu, silalah email saya di zetyzin [at] gmail [dot] com dengan buktinya sekali ya?


Hadiah? Hmm... Insyaallah... we just wait and see ya! :)



Friday, June 12

Kisah Makan II

Berkenaan kisah semalam, tidak, saya tak bawak pun Irma jumpa ustaz tu. Sebabnya En Abah kena tengok aka jaga kedai. Malam ini? Malam ni pun tak dapek. En Abah main futsal pula. En Abah saya seorang yang busy mengalahkan Bar.rack O.bama, tahu? Ngeh ngeh ngeh.


Mungkin kena tunggu kepulangan Nenek yang mungkin-sedang-sibuk-bershopping-sakan-di-China-sampai-dah-lupa-nak-call-anak-anaknya-yang-melepak-di-Cheras-ini pada Ahad ini nanti.


Saya sudah bawa Irma jumpa paed. In fact, banyak kali dah sebenarnya. Seperti yang saya katakan dulu, paed mensuggestkan (apa daa word??) supaya Irma minum susu Ped.iasure. Maka pada Isnin lepas, adik saya telah cuba memberi susu tersebut kepada Irma dan menunggu takut-takut Irma ada alahan ke apa. Setelah 2 hari (nak detect allergy dalam tempoh 48 jam kan? ke lebih?), nampaknya Irma tidak mengalami apa-apa alahan seperti ruam, muntah-muntah, cherry-berry mahupun nafas berbunyi. So mungkinlah Irma takde CMPA kot.


So saya minta adik saya bagi lagi sekali susu itu hari ini dan tunggu lagi 48 jam. Kalau ok, bolehlah proceed untuk minum susu itu, berselang-seli dengan susu chap gantung lagi asli ini.


Dan saya juga akan cuba bagi Irma makan benda lain selain bubur dan nasi. Oh, tapi kan, Irma suka mengendeng makan fries kalau maknya yang gumuks ini melantak makan di Mc.D. Relevankah?



Cuba Lihat Gambar Ini

Sedang saya sibuk-sibuk klik-klik di laman web Ko.smo!, saya ternampak gambar ini:



Rasa macam kenal tak gambar kanak-kanak ini? Kalau kenal, cuba bagitau saya ya, sebab saya nak tau samada anda dan saya kenal orang yang sama. Kalau tak kenal, abaikan aje entri ini. Ngeh ngeh.


Bukan apa, kat negara kita ni dah terlalu banyak hasil plagiat atau kopipes. Dan tak ada pulak apa-apa tindakan yang boleh dibuat ke atas manusia yang suka kopipes nih. Kot-kot gambar kanak-kanak ini adalah gambar anak kepada seorang rakan, dan rakan itu tak tahu pulak muka anaknya keluar suratkhabar, apa yang harus rakan itu lakukan ye?


Or mungkin jugak pihak akhbar dah minta kebenaran amik gambar anaknya dan tepek ke dalam suratkhabar mereka? Harap rakan yang merasakan itu adalah gambar anaknya, maklumkanlah kepada saya so that segala kemuykilan saya akan hilang. Huhu.


Oh ye. Artikel di Ko.smo! itu adalah di sini.


Bengang

Kalau korang bengang, atau terasa hati dengan seseorang, adakah air muka korang akan berubah? Atau korang mentennn je? Boleh ke nak kontrol muka, buat-buat nampak OK tapi sebenarnya dalam hati Tuhan aje la yang tau?


Aku, kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak. Biasanya kalau hal kat ofis, kalau aku bengang dengan someone aku boleh kontrol muka lagi. Buat mula rilekkk je. Tapi kalau dengan orang terdekat, macam kawan-kawan ke, orang tersayang ke, agak susah sikit nak kontrol. Selalunya memang nampak la muka ke'bengang'an aku tuh, walaupun aku dah cuba sedaya upaya tak nak nampak bengang depan orang.


Tapi ada jugak kes, bila aku actually takde la terasa apa-apa pun, tapi orang lain ingat aku tengah bengang tahap dewa. Apakah? Mungkinkah muka aku yang serius garang nak mamfus ni menyebabkan orang berfikiran gitu ek? Adakah muka aku serius sangat?


Huhu. Kadang-kadang tension jugak ok. Puas menerangkan yang aku takde rasa bengang ke hape, tapi orang beriya-iya tanya habis-habisan kat aku apasal aku buat muka macam cipan bengang. Nak terangkan macamana lagi?


Lagi satu, masa aku tengah drive. Kalau tak borak-borak atau melalak menyanyi perasan jadi artis dalam kereta, muka aku memanglah serius yaamat. Konsentret la konon. Tengah syok driving kereta dengan penuh fokus, tetiba ada pulak yang bertanya, "awak ni kenapa?" Hoh? Kenapa apa? Teruslah mak blur di situ.


Anda pula, bagaimana?



Thursday, June 11

Kisah Makan

Since ramai orang bercerita di blog masing-masing pasal makan, maka saya pun takmo ketinggalan ketapi. Tapi cerita saya lain sikitlah ye.


Sejak akhir-akhir ini, Irma sudah kembali ke perangai lamanya - tak nak makan. Buka mulut sekecik-kecik yang boleh. Sudu baru separuh masuk ke dalam mulut, dia cepat-cepat tutup mulut. Lagi satu, dia takmo duduk diam masa makan. Bila saya baca entri di blog Cik Fid, terus saya teringatkan Irma.


Selalunya bila bagi makan memang saya akan letakkan Irma dalam walker. Walker yang emak saya belikan ni takde brake, so terpaksa sendal dengan kaki ajelah masa menyuapkan dia.


Satu suap, dua suap, tiga suap. Ok, dia dah start dah. Irma akan cuba sedaya upaya untuk keluar dari walker. Kalau tak berjaya keluar, dia menangis. Bila dia dah start menangis, jangan harap la dia nak makan kan. Silap-silap boleh muntah balik segala bubur/nasi yang dia makan tadi. Maka, untuk mengelakkan dia muntah, dan untuk beri dia makan, terpaksalah keluarkan dia dari walker tu.


Bila dah keluar, hm.... paham-paham aje lah. Memang main kejar-kejarlah anak dengan mak dia yang gumuk ni. Terpaksa. Demi untuk bagi dia makan. Sementelah dengan berat badannya yang tak naik-naik tu (makin kecut ada la saya tengok), harus jugak bagi dia makan. Minum susu pun dah makin kurang (maka supply susu saya pun turut merudum huhu).


High chair? Dulu ada terpikir nak beli gak. Tapi bila melihatkan betapa Irma tak suka duduk dalam highchair masa kitorang makan kat luar, terpaksa la saya lupakan hasrat untuk beli highchair tu. Dia akan memanjat nak keluar dari highchair tu. Kadang-kadang siap berdiri atas highchair tu. Isk. Sangat bahaya ok sebab Irma berdiri pun tak tegap sungguh lagi. Terhuyung hayang. So, highchair? Lupakan ajelah.


Berbeza sungguh dengan abangnya yang amat suka makan. Hatta sampai sekarang pun kadang-kadang dia nak duduk dalam walker masa makan - sebab jeles tengok adik dia duduk dalam walker. Aduyai Imran. Awak dah big boy. Tak muat dah masuk dalam walker tu. Montot pun melekat kat walker, sampai susah nak keluar. Bila dah tak boleh keluar, tau pulak menangis. Hahaha.


Duduk kat highchair pun takde masalah pada Imran. Dia ok je. Cuma kadang-kadang takmo kita suap. Nak makan sendiri. Tapi kalau makan sendiri, alamatnya 10% ajelah yang masuk dalam perut. The remaining nasi akan jatuh ke lantai. Huhu.


Imran memang suka makan. Pantang nampak kita mengunyah, sure dia akan mengendeng. Pantang nampak kita duduk kat meja makan (padahal bukan makan pun), cepat-cepat dia tarik kerusi nak duduk jugak. Pantang nampak ada roti atau pisang atas meja, mesti mintak (walaupun kadang-kadang buat main je pisang tu). Tengoklah dia sekarang. Dah 15kg. Tak larat saya nak dukung lama-lama. Hihi.


Jadi, macamana ye nak galakkan anak makan? Dan duduk diam kat satu tempat ketika makan? Adakah Irma dah bosan makan bubur/nasi? Patutke saya tukar menunya? Last Q, patut ke saya bagi dia minum Ped.iasure tu?


********************


Oh ye... masih lagi kisah makan dan Irma. Tapi lebih kepada perubatan alternatif untuk Irma la. Kisahnya gini...


Anak sepupu saya yang baru berusia dalam 3 bulan (rasanya), beratnya makin turun dan turun. Mak-mak sedara saya risau. Sorang ni dapat kontek number seorang ustaz. So dia suggestkan supaya bawa jumpa ustaz tu. Yelah, kot-kot ada apa-apa kan. So sepupu saya ni bawaklah anak bongsu dia dan anak kedua dia.


Ustaz tu kata, semasa isteri sepupu saya ni pregnant, dia dah terlanggar (ke terlangkah) 'barang orang'. So 'benda' tu dah masuk ke dalam badan baby sepupu saya ni, melalui isteri dia. Kemudian, ustaz tu check pula anak kedua sepupu saya ni.


Anak kedua sepupu saya ni agak nakal. Kuat melawan. Umur 8 tahun tapi mulutnya laser mak aiii.. kalau melawan memang sakit hati kita mendengarnya. Ustaz tu kata anak lelaki sepupu saya ni nakal sangat sebab ada saka. Huh? Ada saka pun boleh nakal ke? Saya terkonpius sikit. Tapi lepas ustaz tu bagi air penawar, mengikut kata makcik saya, memang ada peubahan la kat anak sepupu saya tu. Wallahualam.


So, motip cerita ni ialah, saya diminta supaya bawakan Irma jumpa ustaz tu. Untuk tengok-tengokkan kenapa laa Irma tak naik-naik badannya. Ini bukan tak naik yang biasa-biasa tu ok. Bayangkan masa saya ke Dungun dulu, ada orang ingat Irma baru 2 bulan! Dan walaupun usianya dah setahun, dia masih boleh pakai baju newborn. Ibu mana yang tak risau?


Jadi, Insyaallah, malam ni saya akan ke rumah ustaz tu (which reminds me yang saya tak mintak lagi alamatnya from sepupu). Apa-apa berita/keputusannya akan saya update nanti. :)


Doakan untuk Irma ye. (Eceh macam la kena operate ke hape)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!