Friday, January 30

Gila?

Owh... mama dapat award dari Umi Sufira. Gila kah blog ini? Atau penulisnya yang gila? Kadang-kadang memang ada masanya saya rasa saya hampir gila. Huhu. Hehehe.

Terima kasih ye Puan Roza kerana mengiktiraf blog mama ni.


Dan peraturannya:-


Niat di hati nak beri pada ramaiii kawan2 maya mama tapi peraturannya limit to 4 persons sajork. Huhu. Ok lah and the award goes to:-
1. Opie
2. Fid
3. Mama Adib
4. Ealyie

Jurnal EBM 290109

Malam kelmarin mama makan oats+air panas+susu kotak. Sebelum tidur. Hihi.

Pagi semalam, Alhamdulillah susu mencurah-curah macam dulu-dulu.

Pagi: 9oz. Sangat seronok tengok itu botol penuh dengan susuku!
Petang: 6oz. Wahhh dah lama tak cecah 6oz kalau petang-petang. Biasanya paling dasat pun 4oz.
Total: 15oz.

Alhamdulillah. Mungkin oats sesuai dengan mama untuk tambahkan susu.

So, berdasarkan pengalaman mama, benda yang boleh bantu mama tambah susu ialah: kurma (at least 7 biji sekali makan), air longan (tapi kadang2 mama tak tahan laa.. angin satu badan beb), dan oats.

Minum Horlicks tapi nampaknya macam takde kesan.

Yang lain-lain mama tak pernah cuba lagi.

Thursday, January 29

~Ahad Ini~

Kawan-kawan,

Adakah kawan-kawan akan ke gathering SI 1 Feb ini?

Saya mau pergi tapi malu lah. Hahaha. Takde member 'fizikal' yang ku kenal. Semuanya kenal secara maya aje. Sudikah berkawan dengan saya ini? :P

Kawan-kawan bawak food apa ke sana ek?

Mari komen/komplen

Ahaha. My new skin. Ok ka tara ok ka? Ni sempena CNY yang baru berlalu. Ekekeke. Nanti akan ditukar2 semula.

Angelina Jolie?

Semalam Imran jatuh kat dalam bilik air gara-gara takmo dengar kata Aunty yang tengah mandikan dia. Sudahnya sekarang anak jantan ku itu kini memiliki bibir persis Angelina Jolie. Hahaha. Kesian memang kesian tapi tu laa... takmo dengar cakap orang. Kan dah bengkak bibir tu. Nasib baik tak meragam.

As for Irma sekarang ni dah ada habit baru pulak dah. Lepas nenen dalam 2-3 minit, dia cabut, pastu bangun, merangkak-rangkak cari bantal. Pastu lentok kepala atas bantal. Apakah motif? Konon2 nak tido la tu konon tapi tak tidur pun. Golek sana golek sini, pastu mintak nenen lagi. 2-3 minit, buat semula benda yang sama. Adeh. Penat mama nak oii. Pastu nak tido punyalah payah. Dodoikan banyak kali takmo. Last-last tido sendiri aje. Itupun lepas berlaku banyaknya adegan nenen-buat2 baring tu. Huhu. Apa-apa lah Irma. Asalkan tido lena-lena.

Laporan Cuti CNY.

Hari ni mama masuk kerja setelah cuti panjang.

Well, semalam EL sebab taska tutup dan Irma pulak demam. Asyik nak melekat dengan mama aje.

Cuti panjang ni, kami bercuti ke PD. Satu malam aje. Bercuti di Bayu Beach. Hmm... bilik hotel penuh so kami dapat apartment aje. Aunty Farah yang book-kan. Last minute punya plan so terima ajelah mana yang dapat.

Dulu mama pernah jugak kursus kat Bayu Beach ni. Dok kat hotel. OK la jugak. Not bad untuk resort lama. Tapi... last week memang horror lah. Mungkin sebab duduk apartment. Takde room service. Bilik pun diorang tak well-maintained. Kesimpulannya, memang agak hampes lah.

Apartment ni ada dua bilik, satu bilik air. Bilik yang mengadap laut tu mmg agak besar la jugak. Sesuai la nak tido ramai2 untuk kami yang 12 org dewasa, 7 kanak-kanak. Tapi... air cond rosak la pulak. Kipas pon takde. Bilik yang lagi satu lagi tu aircond ok, siap berkipas lagik. Huhu.

Petang, bawak budak2 mandi laut. Imran pun ikut sekali. Memula cadang nak bawak Imran main pasir aje. Last2 dia yang merengek nak masuk laut. Inilah 1st time Imran mandi laut. Kemain suka dia. Mandi laut tak pakai diapers. Nasib baik tak ter-uk uk. Kalau tak, haru jugak kan. Hehehe.

Malam tu, atuk, nenek, nek jah, aunty aisyah, abah, uncle aza tido kat ruang tamu. aunty baya, aunty farah, aunty nana tido kat bilik panas tu. mama, imran, irma, aunty dila, aunty ila, budak2 semua tido kat bilik aircond. Nasib baik ada baby. Dapat la tido bilik aircond. Kehkehkeh.

Tengah malam, abah ketuk pintu. Abah kata nyamuk banyak sangat kat luar. Abah ni dah trauma dgn tempat banyak nyamuk semenjak kena denggi hari tu. Oh ye, abah tido kat BALCONY kat ruang tamu tu dgn uncle aza. Abah terjaga tengok2 uncle aza dah takde, lari masuk bilik. Abah pun lari masuk bilik jugak lah. Hehehe. Nasib baik muat lagi nak 'sumbat' abah tido atas katil tu sebelah Irma.

Pagi esoknya, bawak lagi Imran mandi laut. Mama just lepak je tepi laut dengan Irma. Irma batuk-batuk dan selsema. Kalau tak, nak jugak try bagi Irma masuk laut. Boleh ke ek?

Tengah hari check out, atuk ajak lalu jalan lama. Keluar kat Bagan Lalang, lunch kat situ. Hampes sungguh masakannya. Mama order mee bandung tapi tatau la mee apa yang orang tu masak. Sungguh turn off.

Sampai kat Cheras, mama ajak abah singgah klinik sebab badan Irma makin panas. Doktor kata Irma kena jangkitan pernafasan. Puncanya tak tau. Irma kena masukkan ubat bon bon tu. Pastu doktor bagi Irma ubat demam, ubat batuk, selsema dan antibiotik. Adeh banyaknya. Irma ni macam abang dia gak masa kecik-kecik. Susah beno nak makan ubat. Sure dia akan muntahkan balik. Huhu. Oh ye. Doktor kata kalau suhu badan dia still panas masa hari Selasa, kena datang balik ke klinik.

Isnin pagi, bertolak balik ke Seremban. Badan Irma masih panas lagi walaupun tak sepanas semalamnya. Tapi mama cukup risau. Imran seperti biasa, kat Seremban cukup happy sebab ramai geng. Hari Selasa bertolak balik ke Cheras. Irma still demam. Punyalah payahnya nak bagi dia makan ubat. Tapi badan dah tak panas. So takde lah bawak pi klinik balik.

Hari Rabu mama cuti sebab taska tutup. Ada kes kaki tangan mulut (yeke gini nama penyakit tu?). Mama decide sepanjang minggu ni Imran & Irma takyah gi taska lah. Risau mama. Plus Irma belum betul2 sihat. Nafas pun dah start berbunyi. Malam ni mama nak ajak abah ke Klinik Dr Saiful kat Kajang. Nak minta dia tengokkan pasal nafas Irma. Takut2 kahak dah banyak sangat. Plus nak minta nasihat dari dia pasal berat badan Irma ni. Normal ke, atau perlu buat sesuatu ke, atau apa2 lah.

Oh ye. Nenek dah tak bising2 pasal kecomelan Irma. Sebabnya Selasa lepas ada kawan nenek datang rumah dengan cucunya. Cucu dia tu umur dalam 6 bulan. Kiut miut macam Irma jugak. So bila nenek tengok ada baby lain yang kecik jugak saiznya, takdelah nenek risau sangat. Mama tau nenek risaukan Irma, takut Irma tak membesar mcm budak2 lain. Tapi, itulah. Apa yang mama perhatikan budak zaman sekarang memang ramai yang kiut miut. Tak tahulah ok ke dak. Tu yang nak tanya Dr malam karang tu.

Ok lah. Sekian laporan dari mama untuk aktiviti sepanjang cuti CNY. Laporan2 lain akan menyusul seperti biasa. Wakaka.

Friday, January 23

Kisah Kucing

Beberapa hari yang lepas, abah menjenguk2 ke halaman belakang rumah yang semak tu. Ada la satu beg plastik sampah yang mama sendiri tak perasan sejak bila ada kat situ. Abah nak buang. Sekali tengok ada kucing baru beranak dalam plastik tu! Ada pat ekor anaknya. Hitam2 belaka! Maknya baka kucing siam. Sah2 bapaknya ialah kucing yang hitam berkilat ala alleycat yang mama nampak merayau-rayau kat area perumahan ni.

Semalam abah bagitau, dia tak nampak mak kucing tu jenguk anak-anaknya. Anak-anaknya ditinggalkan gitu aje. Ishh ye ke? Siannya la. Mama pi la jenguk plastik tempat anak kucing tu berlindung. Memang berempat ekor je dalam tu tanpa emaknya. Mama bagitau abah, kita pindahkan lah kucing tu masuk sangkar Mok dulu. Sian dia dalam plastik hitam tu.

Masa nak pindahkan anak-anak kucing tu ke dalam sangkar, mak kucing tu pon datang. Uish... garang seh mak kucing nih. Nak protect anak dia, takut kitorang buang kot. So abah letak je la sangkar tu kat belakang rumah, berisi anak-anak kucing tu.

Pagi tadi mama sesaja jenguk. Tengok2 sangkar tu dah kosong! Perati punya perati, rupa-rupanya mak kucing tu dah bawak anak-anaknya duduk dalam longkang! Alahai... nape la duduk dalam longkang? Tak sejuk ke? Mama tengok mak kucing tu mengigil-gigil. Tak tahu la kelaparan ke atau kesejukan. Tak sampai hati mama tengok.

Nak bagi makan, takde benda kat rumah ni. Kantoi! Haha. So mama bagi air ajelah.

Sebelum pi kerja, abah pi dapur. Abah ternampak kucing tu tengah angkut anaknya nak pindah tah ke mana. Agaknya dia pikir, orang ni sebok je asyik jenguk2 haku. Pindah lagi bagus! Ekekeke.

Harap-harapnya selamat la kucing itu bersama kesemua anak-anaknya.

Thursday, January 22

Kini Ku Tahu

Lupa nak cerita.

Taska Irma sediakan makanan untuk both babies and toddlers. Dulu sebelum hantar Imran ke sana, mama pernah tanya, sediakan food apa untuk baby? Dia kata bubur campur veggie, bubur campur ayam, bubur campur ikan bla bla bla. Tapi dia akan consider budak2 yang ada allergy ke apa. Thats why dalam borang pendaftaran tu ada ruang untuk tulis allergies apa yang anak kita ada.

And masa Irma mula-mula start solid dulu mama dah pesan, bagi bubur aje. Jangan bagi instant food ie Nestum. Sebabnya Imran CMPA so berkemungkinan Irma pun ada. (Padahal sebenarnya mama takmo le bagi dia instant cereal). Teacher nya dok angguk-angguk kata ok.

Semalam, masa hantar Irma, teacher nya kata, "Irma ni tak kuat makan ye. Memang taknak makan langsung." Mama agak terkujat la jugak dgn statement 'tak nak makan langsung' tu. Walaupun Irma makan sikit, dia tetap makan jugak.

"Tak makan langsung? Bagi dia makan apa?"

"Nestum." Arghhh....

"Oh... saya memang tak bagi dia makan Nestum sebab takut dia allergic macam abang dia bla bla bla.."

"Oh ye ke. Saya tak tau." FYI, teacher ni agak baru la jugak.

Mama senyum aje lah. Takpelah sebab dia baru. Tapi takkan la teacher lain tak bagitau?

Petang, masa amik Irma, mama tanya Irma makan apa hari ni?

"Dia tak makan apa-apa kak. Minum susu je. Susu ni tinggal lagi satu botol je."

"Bubur pun dia taknak?"

"Kat sini bagi Nestum je kak. Budak-budak lain semua makan Nestum. Bubur hari Isnin je."

Laa gitu pulak kisahnya? Yuran punyalah mahal, bagi Nestum aje kat budak2? Mama terpikir selama ni Irma dok makan Nestum tu, dia letak susu apa? EBM ke FM budak lain? Oh no no no!!!

"Tak pe lah. Lepas ni saya bekalkan sekali bubur untuk Irma."

Maka pagi tadi mama bekalkan bubur nasi dan carrot blended untuk irma. Huhu. Anyway, baguslah Irma refuse nak makan Nestum. Good girl!

Jurnal EBM 220109

Semenjak dua menjak ni, production susu mama semakin merudum. Biasanya sehari boleh dapat 15oz ke 18oz, sekarang dapat around 10oz ke 12oz aje. Why? Why? Why?

Stok EBM dalam freezer juga semakin merosot disebabkan terpaksa ambil satu bekas setiap hari sebagai bekalan Irma ke taska.

Mungkinkah sebab Irma dah start solid food?

Well, hari ni hasil pumping session mama:
Pagi: 5.5 oz --> huhu... biasanya dapat max 9oz.
Tengah hari: 3oz --> lagi haru. biasanya dapat 5oz.

Nak kata mama stress, tak jugak. Hmm... now mama pam jugak malam-malam dan pagi-pagi sebelum bersiap ke ofis. Mama dok risau stok yang dah sangat2 berkurangan dalam freezer tu!

Ku Dikasihi...

Oh mama di-tag lagi. Kali ini dari mommy2h dan Cikgu Intan. Thanks kawan-kawan!

The rules of this award are:-

1. Copy Badge “2008 Cute’s Blogger Award” untuk diletakkan di blog anda


2. Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda

Mommy2h a.k.a Zil
Saya kenal mommy comel ini semasa zaman ijazah dulu. Dia sekelas dengan saya tapi tak lama sebab lepas tu dia sambung belajar ke Jepun. Lost contact begitu aje. Bertahun-tahun. Tup-tup terjumpa pulak kat alam siber ni. Mommy2h merupakan ibu kepada dua anak lelaki dan meng'home school' kan anaknya, yang mana pada pendapat saya tersangatlah bagus dan saya teringin mengikut jejak langkahnya tetapi saya tak de masa (read: malas). Secara fizikalnya mommy2h adalah sangat comel sekali dan ye, bak kata beliau, beliau bercakap dengan laju dan ini menambahkan lagi kecomelan beliau.


Cikgu Intan
Beliau merupakan seorang guru dan ibu kepada 2 anak dara yang comel-comel. Saya mengenali beliau hanya di alam siber dan tak pernah bersua muka lagik. Pada pendapat saya beliau ialah seorang yang sangat sayangkan keluarganya. Baru-baru ini beliau kurang sihat dan kakinya terseliuh dan saya berharap beliau akan cepat sembuh.

Sungguh skema ayat saya di pagi hari ini.


3.Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya

  1. Saya seorang yang suka makan dan suka try pelbagai jenis makanan asalkan yang halal. Kalau ada menu yang rasanya macam pelik-pelik aje bunyinya, atau lain dari yang lain, saya mesti cuba. Unless kalau menu tu mahal sangatla. Sebab itu, diri saya yang sememangnya telah sedia berat ini bertambah-tambah 'comel' dari sehari ke sehari.


  2. Saya suka tengok halaman rumah yang ada banyak pokok-pokok yang meredupkan pandangan mata dan banyak bunga-bunga tapi saya sangatlah tidak ada talent dalam menghias landskap rumah. Saya juga seorang yang tidak punya 'green hands' (betul ke ada istilah ni?) di mana pokok-pokok yang saya tanam biasanya mempunyai jangka hayat hidup yang pendek aje. Sangat pendek.


  3. Saya suka bawa kereta laju-laju tetapi suami saya tak suka saya bawak kereta laju-laju. Dia bawak laju takpe pulak. Oleh itu, saya bawak kereta sesuka hati saya bila saya drive sorang-sorang aje.


  4. Saya teringin nak jadi fulltime SAHM dan mendapat 'gaji' sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan. Gaji bersih ye. Di mana gaji itu saya akan gunakan sesuka hati saya tanpa perlu membayar apa-apa hutang.


  5. Saya teringin nak baking itu cake, cupcake mahupun brownies sebab saya suka makan benda-benda yang menggemukkan itu. Tetapi saya tak reti dan rasa macam "susahnyaa nak buat kek". Hohoho. Tak senonoh punya mindset.


  6. Saya tak suka diganggu ketika sedang buat sesuatu. Contohnya ketika menonton movie di TV atau membaca novel, majalah, mahupun suratkhabar. Ini kerana, bak kata suami saya, saya seorang yang fokus. Tapi saya rasa fokus bukanlah perkataan yang sesuai. Saya cuma suka 'masuk' dalam sesuatu benda yang saya baca atau tengok. Kalau saya menonton movie atau membaca novel, saya akan jadi ralit dan kemungkinan sesiapa pun yang panggil saya, saya tak akan dengar.


  7. Owh. Baru nombor 7 ye. Hm... Saya jenis yang risau bila tengok sesuatu stok dah nak habis. Contohnya, diapers atau susu anak. Kalau tengok diapers tu tinggal sikit je, padahal cukup untuk 2-3 hari lagi, saya dah mula risau dan akan pergi membeli stok diapers baru. Same thing for susu, sabun basuh, ubat gigi etc.


  8. Saya seorang yang comel lagi mencomelkan (amende la ayat?). Sejak dari kecik lagi, seawal umur 3 tahun saya dah start 'comel'. Ikut sejarah, pada asalnya saya seorang yang bersaiz kecik dan tidak mahu makan solid sehingga berusia setahun lebih. Hari-hari hanya minum susu. Seorang relative yang sibuk ambik tahu hal keluarga saya telah mencadangkan kepada mak saya supaya bawa saya pergi berubat. Maka saya diberi makan sebiji telur rebus yang di'mandrem'. Sejak itu badan saya bertambah-tambah comel bagai dipam-pam.


  9. Disebabkan semasa kecik saya hanya minum susu sahaja dan tidak mengambil solid, maka saya ni bolehlah dikatakan hampir kena anemia dan bibir saya juga pucat jika tak pakai lipstick. Kekurangan zinc barangkali. Agaknyalah. Oleh itu amat senang bagi saya mendapat MC jika pergi klinik walaupun saya hanya kena selsema sikit-sikit aje. Tips nya? Tak payah pakai lipstick. Pasti doktor akan bagi MC sebab risaukan muka saya yang pucat semulajadi. Hehehe.


  10. Hoyeh yang terakhir. Kecik-kecik dulu saya pernah cuba-cuba nak tulis novel tapi hanya separuh jalan. Sekarang pun saya dalam usaha nak tulis novel tapi baru sampai bab tiga. Wakaka. Takde inspirasi dan idea kering. Saya karang dan simpan novel saya di sini, di mana terdapat banyak karya-karya anak-anak muda yang bagus-bagus dan segar. I like. Kalau kawan-kawan nak baca novel suku jalan saya tu, jenguk-jenguk lah ke sana dan cari 'nama pena' saya. Kepada yang kenal saya di forum, mesti tau nama pena saya. Sangat obvious.




Okeh. Selesai sudah tag ayat skema ku. Akan ku tag orang-orang ini pulak:
Opie
Rose Zan
Izan
Umie
Afkar'z
dan sesiapa yang belum di tag lagi.

Wednesday, January 21

Ku Tak Tahan

Mama ditag oleh Madam Za dan MamaDhea. Terima kasih kerana mengasihiku. Ecewah.

Ku tak tahan apa ye? Mama try lah list kan okeh.

  1. Asap rokok
    Menci taw! Tak suka bau asap rokok! Especially kalau dalam aircond. Double triple tak suka! Kenapa la ada manusia bengong yang terus je masuk dalam opis lepas 'fogging' (betul ke eja nih) kat luar?

  2. Anak merengek takmo diam walaupun setelah dipujuk
    Ohooo panjang tak title di atas? Memang gereeemmmm je bila anak-anak merengek tak tentu pasal. Bila ditanya, makin kuat merengek nya. Buatkan susu, dia diam masa kita bancuhkan. Kononnya hepi la mamanya buatkan susu. Bila bagi, boleh pulak mengamuk. Tension okeh! Tapi last-last dia minum gak susu tu. Adeh la hai anakku. Kan Imran reti cakap 'nak' kalo nak susu?

  3. Timbunan baju kotor
    Seperti ibu-ibu yang lain, saya juga menjadi resah-gelisah bila melihat timbunan baju kotor yang banyak. Selagi itu laundry bag tak kosong, selagi tu hatiku tak tahan. Tapi saya sangat tak koser melipat baju. Maka timbunan baju bersih jugak adalah sangat membukit. Tapi takpe sebab bersih. Hahaha. Boleh ka gitu?

  4. Pemandu yang kureng berhemah
    Saya sangat menyampah dengan pemandu jalanraya yang suka 'beam' lampu kereta dia tapi tak kena tempat. Kononnya dia nak cepat dan kita ni slow sangat. Helloooo! Kat depan haku pon kereta melambak-lambak tengah slow okeh. Tak nampak ke tengah jem? Yang ko dok 'beam' lampu tu nape? Boleh lajukan kereta haku ke? Kamu ingat kamu ambulans?

  5. Tandas yang kotor dan musyuk (baca dengan mencepit jari kat hidung)
    Ini juga salah satu yang ku tak tahan. Saya sanggup menahan diri dari melepaskan hajat di hati daripada menyeksa deria bau dan penglihatan saya di tandas yang kotor. Gunakanlah tandas dengan berhemah, wahai rakyat Malaysia. Guna macam kat rumah la. Selagi itu bendasing hasil kalian tak hilang dari penglihatan, selagi tu jangan keluar dari jamban. Ada paham?

Okeh. Itu ajelah kot. Saya tag kepada semua pembaca blog saya. Selamat menjawab tag!

Tuesday, January 20

Ada Sebarang Cadangan?

Mama kini di dalam dilema.

Jika mama punya wang lebih, di mana patut mama laburkan duit tu? ASB? Unit trust? Anything else?

Kalau untuk ASB --> cuba baca sampai habis di sini. Mama pun tak tahulah nak bagi komen apa. Patut ke tak patut? Kalau dibaca betul-betul, macam ada maksud tersirat aje?

Kalau unit trust --> mama tak tahu yang mana satu yang terbaik. Mama memang buta laa bab2 gini. Ada sesiapa yang sudi beri tunjuk ajar?

Kalau 'anything else' --> Harap ada la kawan-kawan yang boleh bagi cadangan.

Almaklum zaman nak gawat ni, terasa amatlah perlu memberanakkan duit untuk masa depan. Huhuhu.

Friday, January 16

Your post-baby belly: Why it's changed and how to tone it

Setelah Irma berusia tujuh bulan lebih, mama perhatikan memang mama ada penurunan berat badan, thanks to breastfeeding. Tetapi tang di perut itu sangatlah besarrr. Nenek siap berprasangka yang bakal adik Irma dan Imran ada dalam perut. Oh no. I'm not ready yet!

Mama terjumpa artikel ni dan mama tepekkan kat sini.
Sumber dari babycenter.

Why do I still look pregnant?

You may be very surprised by the way your tummy looks after birth. Your baby is out, but there it is, right around the navel: a big, round, squishy puffball that makes you look like you're still six months pregnant. Many women also have a dark line down their abdomen called a linea nigra and a web of stretch marks, which are actually little scars caused by the extensive stretching of skin. Those who had a c-section have surgical scars to contend with as well.

It takes time for your body — and especially your belly — to fully recover from pregnancy. Imagine your abdomen as a balloon, slowly inflating as your baby grows. Childbirth doesn't pop the balloon, it just starts a slow leak. But don't worry — it's a steady one.

From the moment your baby is born, hormonal changes cause your midsection to deflate, shrinking it back to something closer to its pre-pregnancy state. It takes about four weeks for your uterus to contract to its normal size. All the cells in your body that swelled during pregnancy will begin releasing their fluids in the form of urine, vaginal secretions, and sweat. And the extra fat you put on to nourish the baby will start burning off (especially if you're nursing and exercising). But it takes at least a few weeks to see noticeable results.

Stretch marks and the linea nigra, however, endure longer. The good news is that stretch marks usually become considerably less noticeable six to 12 months following childbirth. Their pigmentation fades and they typically become lighter than the surrounding skin (the color will vary depending on your skin color), but their texture will remain the same. The dark color of the linea nigra will gradually fade over a year, but that too may not completely disappear.

How long will it take for my belly to shrink back to normal?

We've all heard stories of new moms whose tummies are tight and flat immediately after giving birth. Although this does happen, it's rare. For most women it takes months to get rid of the "pregnancy pouch" — and sometimes it never goes away.

Patience is key. It took nine months for your abdomen to stretch to accommodate a full-term baby, so it makes sense that it would take that long or longer to tighten back up.

The speed and degree of this transition depends largely on your normal body size, how much weight you gained during pregnancy, how active you are, and your genes. Women who gained less than 30 pounds and exercised regularly during pregnancy, who breastfeed, and who have had only one child are more likely to slim down quickly.

If you're not breastfeeding, you'll need to watch how much you're eating in order to lose pregnancy weight. You need fewer calories now that you're not pregnant. (See our "Diet for Healthy Post-Baby Weight Loss" and our "Diet for a Healthy Breastfeeding Mom."

What can I do to make my belly look better?

Breastfeeding helps, especially in the early months after childbirth. Women who breastfeed burn extra calories to make milk, so they usually lose pregnancy weight more quickly than their non-nursing counterparts.

Nursing also triggers contractions that help shrink the uterus, making it a workout for the whole body. But many breastfeeding moms say they have trouble losing the last 5 to 10 pounds. Some experts theorize that the body retains these extra fat stores to aid in milk production. Science hasn't yet tackled this question definitively. See our poll on whether breastfeeding helps you lose weight to learn what other nursing moms experienced.

Exercise also helps. Whether it's a stroll around the block or a postpartum yoga class, physical activity tones stomach muscles and burns calories. A rigorous exercise regimen that includes an aerobic workout and movements that focus on the abdomen can work wonders. (But before starting an exercise routine, make sure your body is ready.)

Some baby bulges require more effort. A low-calorie diet can help you lose weight, but give nature and exercise time to work first. Wait at least six weeks (preferably several months, especially if you're nursing) before cutting back on calories. Dieting too soon after giving birth may reduce your milk supply and can make you feel more fatigued.

And don't go on a strict diet — women need a minimum of 1,200 calories a day to stay healthy, and most women need much more than that — between 1,800 and 2,200 calories a day — to keep up their energy and mood. To lose about a pound a week, cut out 500 calories a day by either decreasing your food intake or increasing your activity level.

If you're breastfeeding, losing more than a couple pounds a week can release toxins — normally stored in your body fat — into the bloodstream, increasing the amount of these contaminants that wind up in your milk. So if you're losing more than 2 pounds a week after the first six weeks, you need to take in more calories.

Thursday, January 15

Barney vs Ultraman?

Semalam mama belikan DVD Barney untuk Imran. Well actually mama dan abah bagi pilihan, nak DVD Barney ke, Tom & Jerry (sebab abahnya pun nak tumpang tengok T&J, boleh gitu?). Banyak kali tunjukkan dua2 DVD, dia tetap nakkan Barney jugak! Hahaha.


Sampai rumah, mama pun pasangkan DVD tu sementara mama sibuk kat dapur & abah sibuk buat kerja kat PC.


Hm... adalah dalam setengah jam Imran terlongo depan TV. Lepas tu, Barney tah ke mana, Imran pulak tah ke mana. Tapi sempat jugaklah mama kemas dapur tu sikit plus kemas beg sekolah Imran & Irma.


Mungkinkah Imran nak tengok Doraemon atau Ultraman?


Oh ye. Sekarang Imran asyik buat aksi Ultraman. Tah dari mana dia dapat. Nak kata dia tengok cerita Ultraman, mama tak pernah bagi dia tengok kat TV, except masa balik rumah Mak Wan. Sebabnya, sepupu-sepapat dia semua nak tengok Ultraman.

Mama tak berapa suka Imran tengok Ultraman masa umur2 sekarang ni. Kecik sangat lah. Plus Ultraman tu ada sedikit violent. Tapi takdelah mama halang langsung. Sekali sekala tengok jugak. Lagipun Imran sendiri prefer tengok Channel 613.

Mama rasa Ultraman tu untuk budak umur 3 tahun ke atas ok kot.

Apa pendapat kawan-kawan?

Menjadi Ayah Yang Baik

Lagi satu email sebagai renungan.

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

AlhamdulillahSyukur kehadrat Allah S.W.T, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam bagi Rasulullah s.a.w dan Ahlul Baitnya.

BEBERAPA kajian menunjukkan bahawa kehadiran ayah menyumbang terhadap kejayaan anak dalam setiap fasa kehidupan mereka. Kajian itu disimpulkan dalam Father Facts, Edisi Ketiga (1998), antaranya:

* Bayi yang mempunyai ayah yang selalu bersama-sama anaknya di lapan minggu pertama, lebih berkemampuan menangani tekanan di alam persekolahan.

* Anak yang rapat dengan ayahnya pada zaman kanak-kanak menjadi ejen ‘penyelesai masalah’ yang baik apabila dewasa berbanding kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ayahnya.

* Apabila anak lelaki dan perempuan dididik dan dibelai oleh ayahnya serta sentiasa di sampingnya, sikap mereka apabila dewasa menjadi lebih berinisiatif dan mampu mengawal diri.

* Kanak-kanak yang mempunyai hubungan rapat dengan ayahnya ketika zaman tumbesarannya akan menjadi seorang remaja dan orang dewasa yang seimbang.

* Anak yang tidak berbapa.
Kajian menunjukkan kekosongan daripada belaian kasih ayah mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai permasalahan gejala sosiadan prestasi pembelajaran anak-anak. Anak yang tidak tinggal dengan ayahnya menunjukkan gejala seperti di bawah:
- Limakali lebih teruk prestasi pembelajaran.
- Tiga kali lebih ramai yang mengandung tanpa nikah.
- Lebih 50 peratus kemungkinan keciciran dalam pembelajaran, terbabit dengan gangsterism, penyalahgunaan dadah dan jenayah juvana.

(Sumber: Pusat Kebapaan Kebangsaan)

Tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan.
Ramai lelaki terbilang berjaya dan berbangga kerana menjadi seorang ayah cemerlang dan berkesan. Menurut kajian Dr Ken Canfield, pengasas dan juga Presiden Pusat Kebapaan Kebangsaan dalam penyelidikannya mengenai ‘kebapaan’ ada tujuh rahsia menjadi ayah yang berkesan:-

* Bapa yang komited dan bertanggungjawab.
Jalankan tugas bapa dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Kenal pasti apakah tugas anda sebagai bapa dalam rumah tangga. Tunjukkan dan beritahu anak bahawa anda juga ada tugas dalam rumah tangga, disamping ibu mereka.

Anda bukan hanya bertugas di luar. Sekali-sekala berikan mereka peluang untuk mengutarakan pandangan atau menegur anda jika terlupa atau terlalai melakukan tugas anda di rumah.

Selalu memeriksa dan memantau apakah anda telah melaksanakan tugas di rumah. Bayangkan ‘hadiah’ atau ‘anugerah’ yang bakal didapati (sama ada di dunia atau akhirat) jika anda menjadi ayah cemerlang!

* Kenali anak anda.
Ambil masa untuk mengenali secara khusus keunikan dan kualiti anak anda. Libatkan diri dalam dunia mereka, hadiah yang mereka sukai, ketakutan, kekecewaan malah impian dan cita-cita mereka. Cuba ingatkan semua nama kawan mereka serta pembawaan masing masing.

Kenal pasti apa yang selalu mengecewakan, ditakuti, dibenci, paling memalukan serta yang boleh memberi motivasi dan perangsang kepada mereka

* Istiqamah (tetap pendirian)
Apabila anak tahu apa yang bapa mahukan, mereka akan lebih berasa yakin serta boleh menyesuaikannya dengan kehendak anda. Jadi, istiqamah, tetap pendirian serta konsisten.

Ada enam tempat anda perlu konsisten iaitu hadkan perubahan mood (jangan terlalu mengikuti perasaan); sentiasa ada di rumah (selalu menghadirkan diri dalam acara kekeluargaan); kotakan apa yang dikata, bukan cakap tidak serupa bikin; sentiasa menjaga moral dan adab sopan; mempunyai atur cara kehidupan teratur serta ada hobi dan kegemaran baik yang boleh dilihat dan diikuti.

* Melindungi, menyara dan mendoakan.
Sediakan suasana dan rasa selamat dalam rumah dengan memberikan respon yang positif setiap kali berlaku krisis dan permasalahan dalam rumah. Paling penting anda memberikan saraan yang cukup kepada mereka.

Bapa tidak boleh menghalang berlakunya krisis, tetapi tindakan anda ketika berlaku krisis dan mengembalikan suasana normal, sebenarnya ‘mengajar’ anak menangani krisis. Jangan lupa doakan untuk anak selepas solat.

* Mencintai ibu mereka. <--- !!!
Zahirkan cinta anda kepada isteri anda di depan anak untuk menunjukkan satu hubungan suami isteri yang intim dan bermakna. Jadikan diri anda sebagai anggota dalam pasukan ‘keibubapaan’, bukan hanya ibu. Inilah langkah dan hadiah terbaik untuk anak.

Dalam jangka panjang, anak mendapat manfaat yang sangat bernilai daripada hubungan ibu bapa yang hormat menghormati, bekerjasama dan berkasih sayang.

* Menjadi pendengar yang baik
Sedarlah bahawa anak mudah tersesat atau terpesong dalam arus dunia. Dengar apa yang mereka katakan dan apa yang tidak terluahkan.. Tunjukkan kepada mereka bahwa mereka ‘berhak’ untuk didengari dan diberi perhatian.

*Jadikan diri anda ‘pemimpin’ kerohanian.
Beri peluang anak anda mengenali Allah dengan menunjukkan ‘keimanan’ dan amal harian anda yang selari dengan tuntutan agama. Bersolat bersama-sama dan jadi imam dalam solat lima waktu di rumah. Bawalah mereka bersama-sama menunaikan solat berjemaah di masjid. Selalu bercerita mengenai makhluk yang dicintai Allah di bumi dan langit. Insya-Allah.

Al Anbiyaa’ ayat 105
Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh".
Oleh : Muhammad Nazir

Family

Mama nak berkongsi email yang mama dapat dari kawan mama.

Makna FAMILY

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,

Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, " Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

" Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,

FAMILY
Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
melebihi keluarga kita, adakah ia merupakan suatu pelaburan yang bijak ?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

Wednesday, January 14

Entri Bosan

Astro telah tiada (buat sementara) di rumah saya. (tuka mode 'saya' pulak hari ni).

Malam tadi saya berasa sangat bosan. Encik Suami juga rasa sangat bosan. Sebab tak dapat nak tengok apa-apa. Tak dapat tengok berita, tak dapat tengok apa2 cerita, drama, movie, even Imran & Irma pun tak dapat tengok kartun.

Kami sekeluarga sangat bosan.

Walaupun bosan, Imran dan Irma tetap tidur lambat. Haiyo. Imran tidur pukul 2330 sedang Irma tidur (selepas bangun balik) pukul 0015.

Hari ni nak ajak En Suami beli dvd apa-apa untuk hilangkan kebosanan di rumah. Mungkin juga belikan dvd Barney untuk Imran & Irma.

Sekian entri bosan saya.

Dah Sampai!

Setelah seminggu lebih mama menunggu, akhirnya sampai jugak!



Inilah dia!
Bungkusan yang mengujakan mama...

Bertambah teruja!

Inilah hasilnya!

Gambar-gambar yang mama order print dari eoe telah pun selamat sampai ke tangan mama pagi ni.

Kualitinya sangat memuaskan. Jenis kertas yang digunakan pun superb.

InsyaAllah, lepas ni boleh order kat sana lagi!

Well, kenapa sampai lambat sangat, anda tanya? Sebabnya mengikut kata courier company tu, alamat mama tak lengkap.

Memang, alamat tempat kerja mama ni memang susah sikit orang nak cari. Plus masa eoe call handphone mama, mama tak dengar. Mama ni pulak kalau nombor yang tak familiar mama takkan call back.

Lepas berdiskusi dengan orang eoe (diorang call mama balik untuk confirmkan alamat), mama minta diorang hantar ke tempat lama mama. Mama minta tolong kawan mama yang ambilkan dan pas pada orang lain nanti.

Dan inilah hasilnya! Mama sangat seronok. Tak sabar nak tunjuk kat abah.

FYI, mama dan abah tak pernah cuci gambar anak-anak lagi. Semuanya dalam PC. So bila dah ada hard copy ni memang tersangat lah seronok!

Thanks for the wonderful service, eoe!

Tuesday, January 13

Tag Bergambar

Owh mama telah di-tag oleh Cik Yan. Moh kita buat.

The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.

  1. I am


  2. I really want to go to...

  3. My favourite place...

  4. My favourite thing...



  5. My Fav Drink...


  6. My fav food...



  7. My fav colour...



  8. I live in...




  9. I was born in...



  10. My School/College...



  11. My fav story...




  12. My Hobby...




  13. I Wish...

dan


Jom tag orang.
1. Opie
2. Izan
3. Umi
4. Cik Mimielola
5. Cik Fid
6. Mamaadib

Stamp - Stop The War!


Jalan-jalan di blog Sayangibu, mama kidnap stamp ini dan tempekken di sini.
Marilah kawan-kawan. Tempekkan di blog anda!

Jurnal EBM 120109

Oh dah lama gila tak hapdet pasal jurnal EBM ku ini kan? Gilos takde disiplin mak anak dua nih. Kehkehkeh.

Hm... so far hari ni:
1100 hours: 7 oz.
Update:
1700 hours: 5.5 oz

Alhamdulillah. Masih ada rezeki buat Irma. Irma pun makin kerap bangun malam. Biasanya 2-3 kali jugaklah. Tapi, Irma ni selalunya nenen kejap-kejap ajelah. 5-10 minit aje. Pastu stop kejap. Mengamuk sakan kalau kita suakan B kat dia. Biasanya kalau mata dia terbukak, maknanya dah takmo baring lagi la tu. Nak kita dukung dia. Kalau mengamuk masa matanya tertutup, tu maknanya nak suruh kita letak dia atas tilam. Nanti dia tidur sendiri.

Tapi kadang-kadang mengamuk tak tau apa sebab. Sudahnya mama sumbat lagi sekali B kat dia. Irma nenen balik sampai tertidur. Biasanya macam tu lah....

Oh ye, pasal pumping pulak, mama perasan kalau mama try tambahkan kekerapan mengepam, let say 2-3 jam sekali, susu yang keluar sangatlah sikit. Tapi kalau mama pam selang 4-5 jam (tunggu rasa B bengkak), susu mencurah-curah! Mungkinkah strategi mengepam 2 jam sekali tak bersesuaian dengan mama?

Patut ke ikut gaya sendiri atau ikut gaya yang biasanya digunapakai oleh kebanyakan mommies?

Monday, January 12

Tag

Mama jalan-jalan ke blog mamaaina bila kat dalam blog tu mamaaina telah mengetag kesemua blog reader nya... mama pon termasuklah kan. Kehkehkeh.


Ni dah kira kes bagi award kat diri sendiri nih. Kahkahkah. Tapi tak kira. Nak bagi jugak!

The rules:

1.Pick 5 Bloggers that you consider as your best blogging buddies and deserves this award for their contribution towards the blogging community, no matter what language.
2.State the name of the author of each blog as well as a link to each one’s blogs.

Uh... mama pon rasa semua blogging buddies mama deserve award ni. Memang korang rock lah! Kalau tak, takkan la mama dok lawat blog korang everytime ada update. Tak gitu?

Kenan?

Berikutan daripada keluhan dan kerisauan mama, seorang kenalan Aunty Dilah tengok gambar Irma dalam henpon aunty masa aunty jumpa dia last weekend. Well, not actually kenalan lah sebab dah makcik dah. Lebih kepada keluarga angkat dia.

Nak dijadikan cerita, makcik ni boleh 'tengok-tengok'kan budak. Once dia tengok gambar Irma, dia kata Irma ni kena kenan. Dia kata, bila tengok bentuk kepala Irma yang ada lekuk kat tengah-tengah dan jugak kat tepi dahi (dapat bayangkan tak kat mana?), Irma ni kenan. Thats why dia kecik aje.

FYI, mak sedara mama, Angah pun beritahu benda yang sama kat nenek masa mula-mula dia tengok Irma dulu. Nenek pun rasa macam tu. Kata nenek, Aunty Dilah dulu pun kenan masa baby. Berat makin lama makin susut. Badan makin lama makin kecut. Angah ni lah yang perasan Aunty Dilah ni kenan. Angah ni lah jugak yang bagitau nenek, minta nenek bawa Aunty Dilah berubat.

Nenek pun bawalah Aunty Dilah berubat. Bukanlah jumpa bomoh bagai. Cuma dibawa jumpa orang alim (katanya. Wallahu alam), dimandikan dengan daun-daun dan akar kayu. Alhamdulillah starting from that time berat Aunty Dilah bertambah.

Masalahnya, selepas masuk sekolah rendah, berat Aunty Dilah juga makin bertambah dan bertambah. Maka jadilah Aunty seperti mama. Hoho.

Oh, mama dulu pun kecik juga. Atas saranan orang dalam keluarga atuk, nenek bawa mama berubat. Kononnya masa tu mama diberi makan telur rebus yang dah di'baca-baca'. Since that, mama sangat suka makan. Hinggalah kini. Kohkohkoh.

Persoalannya sekarang, patut atau tidak mama bawa Irma pergi berubat? Ada beberapa benda yang mama concern-kan:
1. Kenan ni, betul ke tak sebenarnya? Apa hukumnya mempercayai kenan ni?
2. Mandi-mandi ni, tak macam upacara halau benda halus ke? Atau macam buang s*al?
3. Mama takut Irma jadi gemok macam mama. Semuanya kerana berubat cara kampung.
4. Tapi mama juga risaukan berat Irma yang tak naik-naik. Dan rasanya, Irma makin hari makin ringan pulak.

Aduyai... apa yang patut mama buat?

Pergi berubat dan tawakal pada Allah?

Atau tunggu dulu - bagi Irma makan multivitamin, improve susu mama, tambahkan waktu makan solid food - kemudian kalau tak de hasil jugak baru pi berubat?

Atau tak payah berubat langsung sebab underweight di kalangan baby adalah sesuatu yang normal? <--- Ye ke normal?

Tolong!

Friday, January 9

Murah Air Mata

Ye... mama seorang yang sangat murah air mata. Senang sangat mengalirkan air mata bila hati tersentuh. Lebih-lebih lagi bila libatkan baby. Tak kisah la baby siapa.

Semenjak dua menjak ni mama blog hopping, ter-singgah kat blog ibu-ibu yang kehilangan anak, bukan atas kecuaian sendiri. Tapi kecuaian pihak BS atau nursery.

Bila baca kisah diorang, rasa sedih sangat-sangat. Mengalir air mata mama sebanyak-banyaknya walau macamana pun mama tahan. Agaknya apa lah staf kat ofis ni kata bila nampak mama menangis macam hape. Lagi-lagi bila tengok gambar baby yang comel-comel belaka, kini jadi bidadari syurga menantikan ibubapanya. Lagiii lah lajuuuu je air mata mama ni mengalir. Macam air terjun pon ada. Baca pula entri-entri si ibu yang amat-amat merindukan anaknya, owhhh.... makin deras lah air mata mama dan bengkak-bengkaklah mata mama ni menangis.

Teringat anak-anak mama yang sekarang ni kat Cheras dengan nenek dan aunty. Teringat pula, macamana agaknya keadaan sebenar kat nursery bila mama hantar Imran dan Irma ke sana. Agak-agaknya, elok ke cara penjagaan diorang? Diorang ada tinggal-tinggalkan budak-budak ni tak (especially babies yang memerlukan 200% perhatian dewasa). Saat-saat macam ni, rasa nak je resign dan jadi SAHM secara full-time. Alangkah best nya. Anak sentiasa depan mata.

Kemudian berita di Palestin pulak. Dapat pulak email yang mengandungi gambar-gambar yang sangat menyayat hati. Mengalir lagi air mata. Mama tak henti-henti beristighfar bila tengok gambar-gambar tu. Bilalah agaknya kekejaman Israel ni nak diberhentikan? Gambar-gambar penduduk Palestin yang dibom, lebih-lebih lagi baby dan kanak-kanak, sangat-sangat-sangat meruntun jiwa mama yang fragile nih. Kejam sungguh Israel ni. Kenapa orang awam yang disasarkan? Penakut betul!

Kemudian banyak pulak keluar dalam paper berita-berita kes buang bayi ni kat tempat-tempat yang tak sepatutnya. Dalam tong sampah la, lubang jamban la, belakang rumah orang la. Adeh. Apa hal la dunia sekarang ni. Orang lain begitu meratapi pemergian anak-anak mereka. Yang ni buang sesuka hati pulak. Sekali lagi, air mata mama mengalir. Kesian nasib baby yang tak berdosa tu. Lebih-lebih lagi baby yang dijumpai tak bernyawa. Rasanya, ramai pasangan yang inginkan anak tapi belum ada rezeki, yang sanggup membela anak-anak terbuang ni.

Well, mungkin si pembuang anak tu ada sebabnya sendiri. Tapi, dibiarkan mati berseorangan, kesejukan, kelaparan, kesakitan, dihurung serangga, adalah sangat-sangat tak patut dan kejam! Bukan ke lagi elok kalau diletakkan bayi-bayi tu kat tempat yang dapat dipastikan keselamatannya, dan terjamin nyawanya, kan? Bukanlah mama galakkan pembuangan bayi. Cuma, entahlah. There's no word that can explain how I feel about this. Eceh. Terus speaking landen pulok.

But then, bila difikirkan balik, mungkin lebih elok anak-anak yang tidak berdosa ni bersemadi di sisiNya daripada hidup terseksa dikeji orang yang tak de otak. Bukan budak tu yang salah tapi mak bapaknya! . Cuma... cara mereka 'pergi' tu yang mama rasa kesian sangat-sangat.

Baca kisah-kisah ni buatkan mama bersyukur kerana Allah kurniakan mama anugerah yang tak ternilai; anak-anak mama. Kasih sayang mama bertambah-tambah buat anak-anak mama. Tapi dalam masa yang sama, buat mama risau. Risau tentang keadaan sekeliling anak-anak mama.

Kat nursery - harap-harap nursery dapat berikan jagaan terbaik buat anak-anak mama. Harap mereka treat anak mama macam anak/adik mereka sendiri dan tidak abaikan atau melebih-lebihkan baby/toddler lain. Semuanya dilayan sama baik, sama istimewa.

Kat persekitaran - harap-harap anak-anak mama membesar dalam persekitaran yang baik. Berkawan dengan orang yang baik-baik, dan tak terjebak dengan benda-benda yang boleh binasakan mereka. Nauzubillah. Harap-harap mama dan abah mampu meletakkan anak-anak dalam persekitaran yang baik dan cukup Islamik.

Kat peringkat global - semoga umat Islam terus bersatu menentang zionis yang kejam. Mungkin Palestin jauh dari Malaysia. Tapi, efeknya tetap ada. Pada siapa lagi kalau bukan pada diri kita sendiri dan jugak anak-anak kita.

Semoga kita dapat yang terbaik dariNya.

Maaf atas entriku yang emo di pagi hari.

Thursday, January 8

Tag pregnant - updated

Owh. Tag zaman preggie dari Sayangibu. Malu neh nak kongsi. Bukan apa, banyak sangat 'kelebihan'nya. Wakaka. Tapi takpelah mama kongsikan jugak.

1. Berat sebelum mengandung
Sebelum ngandung Imran: 79kg (kan dah kata, 'lebihan' yang terlebih banyak!)
Irma: 83kg (ni tak sempat nak turun dah pregnant balik)

2 .Berat terakhir mengandung sebelum bersalin
Berat terakhir - Imran: 92kg
Irma: 92kg jugaks

3. Berat selepas abis pantang
Imran: Tak ingat lah. 80kg rasanya
Irma: 76kg <--ni semua berkat bf. Hehehe. Psst, FYI mama dah lama gile tak cecah berat ni. So satu pencapaian besar la buat mama. Hahaha.

4. Apa yang korang suke makan mase mengandung?
Semua mama belasah. Haha.
- Masa Imran mama pernah mengidam makan laksa asam kat Jusco MidValley tu. Sampai menangis2 sebab tak dapat. Haha. End up masa dah dapat makan tu siap cakap dalam hati, 'alahai tak berapa sedapnya la laksa ni.' Tapi mama sentiasa nak minum something yang sejuk dan manis.
- Masa Irma pulak, hm... Rasanya takde spesifik menu. Semua mama belasah. Mungkin sebab masa pregnantkan Irma mama banyak pi kursus so takde pilihan makanan. Belasah ajo.


6. Tunjukkan gambar anda masa pregnant.....at least 5 keping
Takde gambo ler buat masa ni. Nanti laa mama tepek.
Mama jumpa sekeping aje.

Masa ni sehari sebelum bersalinkan Imran. Bergambar dalam rumah. FYI, ni ajelah satu-satunya gambar masa pregnantkan Imran. Ni pun mama yang mintak abah tangkap gambar (timer) sebab takdek langsung gambar pregnant. Huhu.

Gambar masa pregnantkan Irma ada... tapi dalam PC abahnya la pulok. Nanti kalau senang2 mama update la lagik. Haha.


Mau tag siapa???
Okes...insan-insan yang bertuah terpilih itu adalah...
1. Lovebaby 2. Kak Zura 3. Cik Yan

Mana pi no. 5 ek??

Buang Bayi Lagi

Berita hari ni. Satu di Cameron, satu di PJ.

Satu di tempat pelupusan sampah, satu di belakang rumah teres.

Satu meninggal, satu masih bernyawa.

Mana perginya kemanusiaan? Kenapa dibuang? Kenapa tak diserahkan kepada seseorang? Atau diletakkan bayi tu kat tempat-tempat yang selamat? Kenapa dibuang? Kenapa?

Berdosakah bayi tu?

Hadeh.

Emo mama di pagi hari.

Wednesday, January 7

Irma Tumbuh Gigi

Irma dah tumbuh gigi! Dua batang gigi bawah. Akibatnya? Irma telah mengganyang B mama hingga luka. 2 gigitan sekali. Huhu. Maka berdarahlah B mama. Nak nenenkan Irma pun terseksa sungguh rasanya.

Mama mula perasan luka tu masa nak mandi, Isnin lepas. Kat breast pad mama ada kesan darah. Ok ow. Bila mama check, owh ada darah sedang menitis kat B. Patutlaaa rasa ngilu dan pedih semacam. Mama cuma sapukan susuibu kat B.

Masa nak nenenkan Irma, mama hanya mampu menahan sakit yaamat masa mula-mula. Lepas 10 saat macam tu, bila Irma dah 'melekap' barulah rasa sakit tu hilang. Ini semua sebab gigi Irma yang bergesel dengan luka tu.

Semalam, dek kerana tak tahankan sakit tu, dan kebetulan mama pun stay Cheras, mama minta abah pergi ke kedai Susuibu.com untuk belikan Lucas' Papaw Ointment. Lepas dah sapu, barulah rasa ngilu tu kurang. Dan rasa sakit masa nak nenenkan Irma tu dah berkurang dari 10 saat ke 5-6 saat gitu. Hehe.

Ada orang kata kalau nak ajar baby supaya jangan gigit masa nenen, kalau dia gigit kita tekap muka dia. Mama pernah buat tapi tak jalan. Irma lagi 'melawan' dengan 'menolak' kepala dia menjauhi B. Pernah juga cakap baik-baik dengan Irma supaya jangan gigit masa nenen. Hm, yang ni hasilnya dah ada sikit-sikit. Itupun lepas B dah luka.

Masa Irma nak nenen tu, dia tergigit lagi dan mama terjerit kuat. Irma terkejut dan menangis. Mama bagitau dia yang mama tak marah dia tapi mama terkejut sebab Irma gigit sampai mama rasa sakit. Mama bagitau juga dengan nada suara rendah kat Irma supaya jangan gigit B mama lagi. Sebab kalau Irma gigit, nanti luka. Pastu nanti Irma tak dapat nak nenen direct lagi sebab mama tak tahan sakit.

Pesanan ni mama bagitau banyak kali kat Irma. Well, ada nampak perubahan. Irma dah kurang 'rakus' bila nak nenen ie dah tak nenen ganas-ganas dah. Dia lebih berhati-hati masa nak mula hisap tu. Good girl!

Harap-harap cepatlah sembuh luka mama ni. Sakit woo.

Nenek's Arrival

Ahh... hari ni mama dah start kerja balik setelah cuti 2 hari sempena kepulangan nenek dari haji.

Nenek sampai pukul 0030, 4 Januari lepas. Ikut plan, abah je yang keluar pi jemput nenek, atuk, dan aunties. Tapi tetiba atuk call suruh mama pun pergi sekali sebab tak muat nak letak beg. Haiyo. Beg sudah beranak-pinak dari 4 buah kepada 8 buah! Hoho. Masa tu Imran & Irma baru je lelapkan mata. Tak sampai hati nak angkut masuk dalam kereta. Tapi takkan nak tinggalkan diorang kat rumah pulak!

So berangkutlah kami 2 kereta ke KLIA. Bertolak pukul 0150, sampai pukul 0245 kalau tak silap. Nenek tunggu kat departure sebab kat arrival ramai sangat orang. Sampai Cheras tak terus sambung tidur tapi nenek, atuk, aunties semuanya terus unpack barang. Yang mama nampak, kebanyakan barang yang 'dikumpul' setelah sebulan lebih kat sana ialah makanan! Hahaha. Biskut itu biskut ini, coklat itu coklat ini, siap ada puding karamel, jus buah, kurma, macam-macam lah!

Untuk Imran & Irma, nenek siap belikan mainan lagi. Tapi mainan kat sana sangat mahal okeh. Ada satu mainan ni, macam ferris wheel. Siap ada muzik dan pusing-pusing. Harganya? 50++ riyal! Takde brand pun. Tapi sekarang sudah rosak sebab dua orang cucu kesayangan nenek tu pusingkan ferris wheel lawan arah. Hahaha. Dah tak berpusing dah.

Untuk mama, nenek belikan jubah dan gelang. Untuk Imran ada jubah, Irma dapat gelang. Tapi disebabkan gelang tu besar so mama pakaikan kat kaki. Jadilah gelang kaki. Abah dapat jubah, perfume, seluar, kopiah.

Terima kasih, nenek!

Oh ye, selama seminggu ni mama berulang Cheras-Shah Alam sebab nenek nak main puas-puas dengan Irma dan Imran. Hihi.

Friday, January 2

Interview

Tadi dapat panggilan dari Jabatan Kesihatan (kot?). Interview mama pasal kes denggi abah. Huhu. Banyaknya dia tanya. Nak dekat 8 minit jugaklah.

Tanya abah pi mana antara 4 Disember hingga 17 Disember. Ada pi pasar malam tak. Ada makan kat luar tak. Pi kerja pukul berapa, balik kerja pukul berapa. Pi jumpa supplier pukul berapa. Huhu. Banyaknya soalan. Terasa ala-ala cuak pun ada. Macamanalah agaknya orang yang kena soal-siasat dengan pihak polis atau kat mahkamah ek? Sure seremmm jek.

Lastly sebelum letak telefon orang tu suruh sembur Shieldtox/Ridsect satu ruma pukul 7 pagi dan/atau 7 malam.Especially kat tempat-tempat gelap dan lembap.

Kawan-kawan, bersama-samalah kita mencegah pembiakan nyamuk Aedes!

Mari Print Gambar Secara Online Di eoe

Anda ada banyak koleksi gambar? Takde masa nak ke kedai gambar? Tak perlu lagi! Sekarang hanya klik dan walla, gambar anda siap di-print dan dihantar ke rumah anda. Tak perlu bersusah-payah, tak perlu start enjin kereta (atau berjalan kaki), tak perlu bayar duit petrol (walaupun petrol dah turun harga) atau duit tol. Semuanya di depan mata.

Silalah ke eoe untuk menyimpan, memilih dan mencuci gambar anda. Walaupun dah banyak website yang membolehkan anda menyimpan gambar-gambar anda, tapi kalau dapat hardcopy lagi puas hati kan?

Jom ramai-ramai ke sana! Bukan takat cuci gambar, boleh jugak kalau nak beli kamera etc. Jom!

Oh ye. Harganya juga berpatutan. Untuk gambar 4R hanya RM0.30 sekeping dan delivery charge adalah free jika order melebihi RM35.00! So, marilah!

Klik di sini untuk print gambar secara online!

Cuti & Tanduk

Maka di sini ingin mama mengumumkan bahawa mama akan bercuti pada 5 dan 6 Januari 2009, untuk menyambut (Read: bermanja-manja dengan) nenek, atuk, aunty baya dan aunty dilah yang akan pulang dari Mekah selepas selesai menunaikan haji. Hoyeh!

*Tanduk di kepala juga sudah tumbuh*

Hahaha. Sepanjang tempoh mama bercuti, Imran dan Irma akan berada di rumah nenek di Cheras kerana nenek dan atuk sudah sangat rindukan cucu mereka yang berdua itu. Mama pun lepaks sana jugak.

Tetapi, mama plan untuk berfoya-foya dengan abah sebentar, sementara Imran & Irma bermanja-manjaan dengan nenek dan atuk. Mama cadang nak pi dating dengan abah. Huahuahua. Mungkin kami akan tengok movie ke, karaoke ke, depends lah nanti. Hahaha.

*Tanduk tumbuh semakin panjang...*

Tantrum

Dipetik dari Babycenter


Why your child has temper tantrums

A temper tantrum is the emotional equivalent of a summer storm — sudden and sometimes fierce. One minute you and your child are in a restaurant enjoying your dinner, the next minute he's whimpering, whining, and then screaming at the top of his lungs because his straw is bent. Children between the ages of 1 and 3 are especially prone to such episodes.

Though you may worry that you're raising a tyrant, take heart — at this age, it's unlikely that your child is throwing a fit to be manipulative. More likely, he's having a meltdown in response to frustration. Claire B. Kopp, professor of applied developmental psychology at California's Claremont Graduate University, attributes much of the problem to uneven language skills. "Toddlers are beginning to understand a lot more of the words they hear, yet their ability to produce language is so limited," she says. When your child can't express how he feels or what he wants, frustration mounts.

How to handle a tantrum

Don't lose your cool. A tantrum is not a pretty sight. In addition to kicking, screaming, or pounding the floor, your toddler's repertoire may include throwing things, hitting, and even holding his breath to the point of turning blue. When your child is swept up in a tantrum, he's unlikely to listen to reason, though he will respond — negatively — to your yelling or threatening. "I found the more I shouted at Brandon to stop, the wilder he would get," says one mother of a 2-year-old. What worked instead, she discovered, was to just sit down and be with him while he raged.

Staying with your child during a tantrum is a good idea. Stomping out of the room — alluring as that may be — can make him feel abandoned. The storm of emotion he's going through can be frightening to him, and he'll appreciate knowing you're nearby. Some experts recommend picking up your child and holding him if it's feasible (i.e., he's not flailing too much), saying he'll find your embrace comforting. But others say it's better to ignore the tantrum until your child calms down, rather than rewarding negative behavior. Through trial and error, you'll learn which approach is right for your child.

Remember that you're the adult. No matter how long the tantrum continues, don't give in to unreasonable demands or negotiate with your screaming toddler. It's especially tempting in public to cave in as a way of ending the episode. Try not to worry about what others think — anyone who's a parent has been there before. By conceding, you'll only be teaching your child that throwing a fit is a good way to get what he wants, and setting the stage for future behavior problems. Besides, your child is already frightened by being out of control. The last thing he needs is to feel that you're not in control either.

If your child's outburst escalates to the point where he's hitting people or pets, throwing things, or screaming nonstop, pick him up and carry him to a safe place, such as his bedroom. Tell him why he's there ("because you hit Aunt Sally"), and let him know that you'll stay with him until his negative behavior stops. If you're in a public place — a common breeding ground for tantrums — be prepared to leave with your child until he calms down.

"When my daughter was 2, she had an absolute fit at a restaurant because the plain spaghetti she ordered arrived with chopped parsley on it," recalls one mother. "Although I realized why she was upset, I wasn't about to let her disrupt everyone's dinner. I took her outside until she calmed down."

Talk it over afterward. When the storm subsides, hold your child close and talk about what happened. Acknowledge his frustration, and help him put his feelings into words, saying something like, "You were very angry because your food wasn't the way you wanted it." Let him see that once he expresses himself in words, he'll get better results. Say with a smile, "I'm sorry I didn't understand you. Now that you're not screaming, I can find out what you want."

Try to head off tantrum-inducing situations. Pay attention to what situations push your child's buttons and plan accordingly. If he falls apart when he's hungry, carry snacks with you. If he has trouble making a transition from one activity to the next, give him a gentle heads-up before a change. Alerting him to the fact that you're about to leave the playground or sit down to dinner ("We're going to eat when you and Daddy are done with your story") gives him a chance to adjust instead of react.

Your toddler is grappling with independence, so offer him choices whenever possible. No one likes being told what to do all the time. Saying, "Would you like corn or carrots?" rather than "Eat your corn!" will give him a sense of control. Monitor how often you're saying "no." If you find you're rattling it off routinely, you're probably putting unnecessary stress on both of you. Try to ease up and choose your battles. Would it really wreck your schedule to spend an extra five minutes at the playground? And does anybody really care if your tike wears mismatched mittens?

Watch for signs of overstress. Although daily tantrums are a perfectly normal part of the mid-toddler years, you do need to keep an eye out for possible problems. Has there been upheaval in the family? An extremely busy or harried period? Tension between Mom and Dad? All of these can provoke tantrums. If after the age of 30 months your child is still having major tantrums every day, talk to your doctor. If your child is younger than 30 months and has three or four tantrums a day and isn't cooperating with any routines, such as getting dressed or picking up toys, you also may want to seek help. Your doctor can make sure your child has no serious physical or psychological problems and suggest ways to deal with the outbursts. Also, talk to your doctor if your child has frightening breath-holding spells when he gets upset. There's some evidence that this behavior is linked to an iron deficiency.

Lately Imran terlalu kerap throw tantrum tak kira di mana dia berada. Selalunya baling-baling barang. Bila ditegur lagi dia buat. Kalau kita keep on tegur dia, nanti dia pi kat adik dia dan pukul adik dia. Uhhh sangat bahaya. So selepas baca artikel ni mama akan cubalah semua tips-tips yang diberi di atas.

New Year @ Alamanda

Tengah hari tahun baru, kami ke Alamanda untuk hantar barang-barang kedai abah yang telah diambil dari Tropicana. Lepas hantar barang, kami jalan-jalan satu mall. Takde beli apa-apa pun, jalan-jalan aje.

Mama singgah beli air mineral dan air kotak pink guava kerana teringin haus. Tapi disebabkan Imran dah nampak mama pegang air kotak tu maka dia pun nak. Berdasarkan rekod-rekod Imran sebelum ni yang membasahkan bajunya jika diberi minum kotak tanpa dipantau mama atau abah, maka mama tak jadi minum air kotak itu dan beri pada imran tanpa membukanya terlebih dulu. Konon-konon nak bagi Imran leka ajelah.

Di eskalator, mama berdiri di belakang abah sambil mendukung Irma. Imran pulak duduk dalam stroller yang dibawa abah. Tiba-tiba mama terbau bau tengik-tengik dan manis. Haish! Bau peluh abah ke ni? Hahah. Kemudian mama tanya abah, Imran buat apa? Rupa-rupanya dia telah berjaya membuka itu air kotak. Hoho. Habis basah satu badan, dengan tuala dan nursing cover mama pun basah sama. Stroller pun basah. Aduyai. Nasib baik la mama bawa baju extra. Kami pergi ke baby room dan tukar baju Imran.

Selepas penat berjalan tanpa shopping apa-apa kami singgah di A&W untuk mengisi perut. Mama pesan coney dog dan float. Masa makan, mama rasa itu hotdog teramatlah sejuk! Adeh. Macam baru keluar dari fridge. Jadi mama minta abah tanya. End up, mama dapat coney dog yang baru yang masih panas. Hehe.

Pulang dari Alamanda, Imran terlena dalam kereta. Oh ye, Imran telah berjaya tidur tanpa paci nya dah hampir seminggu. Yay! Dah tak perlu buai, tak perlu paci. Mama sangat happy.

Sabtu ni abah ajak jalan-jalan. Mungkin kami akan ke Taman Burung? Atau Zoo? Atau mana-mana taman? Atau mungkin jugak tak pi mana-mana sebab kena balik Cheras kemas rumah sempena nak sambut nenek yang baru balik dari haji nanti? Huhu. Let's wait and see aje lah.

Sambutan Tahun Baru 2009

Selamat Tahun Baru 2009.

New Year Eve, kami ke Tropicana City Mall selepas pukul 10 malam. Ye, mall telah tutup ketika itu. Kenapa kami ke sana? Untuk mengeluarkan segala barang kedai abah. Tak jadi nak bisnes di sana. Mall sana belum betul2 siap maka crowd adalah sangat sikit. Sewa pulak agak mahal kalau nak di-comparekan dengan jumlah crowd yang seciput itu.

Sampai kat sana, pihak management rupa-rupanya dah siap-siap bungkuskan barang-barang abah. Oh ye, semenjak abah masuk hospital hari tu, abah memang tak bukak kedai kat sana. Takde staff dan abah sendiri tak daya nak jaga. Jadi agaknya pihak mgt rasa bengang kot maka dibungkus-bungkusnya lah barang abah. Kehkehkeh. Tapi ketika abah tunjukkan lengannya yang dah macam tattoo tai ko ah long maka terkejutlah pihak mgt itu kerana lebamnya yang amat 'ungu'. <--- wah dah lama tak guna perkataan ungu.

Selepas pulang dari Tropicana, kami terus beli KFC di Petronas tepi Federal Highway sebelah UiTM itu. Maka kami menyambut tahun baru dengan memakan ayam KFC. Hehe.

Oh ye, Astro kami telah dipotong kerana lambat membayar (tak senonoh kan?) maka kami pakat-pakat pi beli DVD 4 in 1 di kedai DVD berdekatan rumah. Untuk Imran, abah belikan DVD kartun. Ada Kungfu Panda, Clone Wars, Wall-E dan apa tah yang lagi satu itu. Untuk abah, dia membelikan diri sendiri DVD Indiana Jones yang mengandungi keempat-empat movie-nya. Untuk mama, tah apa tah mama beli mama pun tak ingat.

Maka sebelum ke Tropicana itu kami pun pasang lah DVD Wall-E. Hasilnya, hanya mama seorang yang layan. Irma tidur, Imran dengan dunianya (read: 'mengemas' rumah) dan abah bermain games di laptop nya (udah-udah la games tu abah...).

Secara rumusannya, cerita Wall-E tu pada mulanya amatlah slow hingga mama pun ngantuk. Tapi lama-lama makin best pulak. Overall mama bagi 3 1/2 bintang.

Hingga kini astro masih belum di'hidup'kan kembali kat rumah. Huhu.

P/S: Abah, bila nak bayar bil astro nih? :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!